Baca 1000 kali pun part bubur masin ni...
Tetap gelak.
#datingmrenemy
Ini semua salah @official_waniscollection buat ai terbaca balik... 😅
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「datingmrenemy」的推薦目錄:
- 關於datingmrenemy 在 Facebook 的精選貼文
- 關於datingmrenemy 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於datingmrenemy 在 Syamnuriezmil Facebook 的最佳解答
- 關於datingmrenemy 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於datingmrenemy 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於datingmrenemy 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於datingmrenemy 在 MY CRUSH IS SECRETLY DATING MY ENEMY...!!! - YouTube 的評價
- 關於datingmrenemy 在 Got my eye on you by … | Trollhunters characters ... - Pinterest 的評價
datingmrenemy 在 Facebook 的最讚貼文
“Baik-baik... Panas.”
“Ya, saya nampak asap...”
“Meh sini saya tiupkan...”
“Eh, tak apa... Saya boleh tiup.”
“Kalau awak tiup, lagi awak sakit. Virus akan melekat kat bubur nasi tu. Tak apa... Biar saya tiup!”
Afgan mengambil bubur nasi dari tangan aku. Tadi dia yang bagi... Sekarang dia pula ambil balik. Sepatutnya bukan Emran yang aku korbankan... Afgan ni yang aku kena gigit dulu.
“Okey, dah sejuk.”
Beria-ia Afgan tiupkan bubur tu sampai dah kurang asap. Comel pula aku tengok...
“Meh saya suapkan...”
“Tak apalah, saya boleh suap sendiri.”
“Tangan awak tu masih lemah. Demam urat ni memang melemahkan badan. Tak apalah, saya suapkan.”
“Tadi awak masak kan untuk saya, tiupkan bubur saya dan sekarang awak nak suapkan saya... Lepas ni awak nak buat apa pula?”
“Mandikan awak...”
“Hah?”
“Kalau saya dah kahwin dengan awaklah. Sebab... Sekarang ni, awak nampak masam!”
Mata aku membulat...
“Lepas makan, awak pergi mandi. Sekarang ni, makan dulu. Nganga!”
Wajarlah masam kut...
Aku demam!
Afgan suapkan aku bubur nasi yang dia masak kan ke dalam mulut aku.
“Okey ke?”
“Hmmm...”
“Pertama kali saya masak bubur tau.”
“Hmmm...”
“Sebenarnya, pertama kali saya memasak. Awak jangan masuk dapur tu tau. Nanti awak terus naik ke bilik. Kejap lagi saya kemas.”
“Hmmm...”
“Sedap ke? Awak makan tak berhenti ni...”
“Hmmm...”
Aku sulam makan dengan air.
Dia suap, aku telan...
Dia suap, aku minum air!
“Bagus, minum air banyak-banyak. Demam ni perlu minum air banyak.”
“Hmmm...”
“Habis dah semangkuk. Awak nak lagi ke?”
“Tak nak dah, saya dah kenyang... Terima kasih.”
“Makan ubat dan pergi mandi.”
“Ya... Saya nak pergi mandilah ni. Awak bolehlah balik, tak payah kemas dapur tu. Nanti Emran buat. Awak tu dahlah banyak kerja, tinggalkan kerja sebab saya demam pula. Saya dah okey...”
“Bukan ini ke yang sepatutnya seorang boyfriend buat kalau girlfriend dia sakit... Kan, Emran?”
“Betul sangat tu, Abang Yan!”
Yalah...
Kau sokonglah Abang Yan kau ni, Emran!
Tak guna betul... Konon jaga kakak... Tapi, kau jaga game kau aje kan! Kau biarkan kakak kau makan bubur masin berdengung Abang Yan kau ni... Siap kau, kalau kakak kau kena darah tinggi!
#datingmrenemy
datingmrenemy 在 Syamnuriezmil Facebook 的最佳解答
“Hujan duk tengah lebat ni, kak! Kakak kena naik kereta kut...”
“Kau hantar kakak pergi tadika, boleh? Kakak malaslah nak drive. Lagipun, kakak dah masak nasi goreng!” Aku capai tudung dan aku sarungkannya. Senang pakai tudung sarung. Berdepan dengan budak-budak selama lapan jam... Tak boleh nak melawa pun! “Nasi goreng telur lebih?”
“Haah. Gred AA lagi!”
“Okey. Boleh. Tapi...”
“Tapi apa?”
Baru aku nak calit pelembap bibir...
“Macam ada kereta berhenti depan rumah kitalah, kak.”
“Rumah sebelah kut.”
Sekali...
Loceng pintu aku berbunyi.
Dahi aku berkerut. Siapa pula yang datang pagi-pagi dalam waktu hujan pula ni?
“BKBK kakak dah datang ambil!”
“Hah? BKBK?”
“Boyfriendku bosku... atau bosku boyfriendku... Kakak pilihlah!”
“Banyaklah kau punya BKBK!”
Aku capai kunci dan beg.
“Pergi dulu. Jangan lupa kunci pintu kalau nak keluar.”
Emran senyum-senyum. “Untungnyalah Emran bila kakak ada boyfriend. Tak adalah jadi orang suruhan kakak!”
“Kau tu FOSK!”
“Hah? FOC tahulah!”
“Forever orang suruhan kakak!”
“Ceh!”
Aku tergelak. Kau ingat kakak kau tak pandai ke jadi budak WeChat!
“Eh, malam ni kakak nak tolong Kak Dada packing goodies untuk kenduri Sabtu ni. Jadi kakak balik lambat sikit. Kau jangan selak pintu. Tapi, kakak akan balik masak dulu sebelum pergi...”
“Yalah...”
“Kau nak pergi tak?”
“Tak naklah. Tu kerja orang perempuanlah. Dahlah... Banyak cakaplah kakak ni. BKBK dah berbulu tunggu kakak tu!”
“Hesy...”
.
.
#DatingMrEnemy
Buku ni nak habis dah. Adalah tinggai sebiji dua.
datingmrenemy 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
datingmrenemy 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
datingmrenemy 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
datingmrenemy 在 Got my eye on you by … | Trollhunters characters ... - Pinterest 的推薦與評價
Apr 29, 2018 - Description That moment when your teacher is also your enemy and is also dating your mom. Awkward. ... <看更多>
datingmrenemy 在 MY CRUSH IS SECRETLY DATING MY ENEMY...!!! - YouTube 的推薦與評價
Welcome to brand new Brookhaven mini-movie Roblox called MY CRUSH IS SECRETLY DATING MY ENEMY...!!! Brookhaven Mini Movie (VOICED)▻ ... ... <看更多>