Banyak juga tempat cantik di Melbourne ya. 🤩 Boleh masukkan Melbourne, Australia dalam bucket list lah lepasni.
#melbourne #australia
23 TEMPAT BEST DI MELBOURNE, AUSTRALIA! 🇦🇺
Tahun 2016, aku pergi Melbourne dengan 8 orang lagi geng. Serious best sangat trip ni, memang have fun. Ni adalah first trip aku ke negara mat saleh. 😏 Kitorang pergi 8H7M, 2-9 April 2016. Dalam list tempat aku pergi ni termasuk university sebab kitorang student yang pergi trip oversea untuk lawat culture dekat sana. 🤫
Ini adalah salah satu trip paling bermakna untuk aku sebab kitorang buat macam-macam event termasuk kursus kahwin, Rock N Run dan beberapa lagi yang lain untuk kumpul duit pergi Melbourne. Hard work paid off! 💪🏼😍
So ni list tempat best yang kami pergi,
1. City of Melbourne
2. Federation Square
3. Yarra River
4. Shrine of Remembrance
5. Southbank Theatre
6. Melbourne Recital Centre
7. Seafarers Bridge
8. Melbourne University
9. Victoria Harbour
10. Etihad Stadium
11. RMIT University
12. Melbourne Museum
13. Queen Victoria Market
14. St. Kilda Beach
15. Mornington
16. Philip Island
17. A Maze'N Things (Philip Island)
18. Kangaroo Watching (Philip Island)
19. Lavers Hill
20. Great Ocean Road
21. 12 Apostles (Great Ocean Road)
22. Thunder Cave (Great Ocean Road)
23. Brighton Beach
Untuk sesiapa yang pergi Melbourne, Great Ocean Road adalah tempat yang WAJIB korang pergi‼️ Serious, cantik sangat-sangat! ❤ Tak lupa juga, Melbourne banyak street art yang cantik untuk korang pergi, memang famous street art kat sana. Sepanjang kat sana juga kitorang banyak jalan kaki, naik train dan naik tram. 🚃 Nak pergi Great Ocean Road je sewa kereta.
Kat sana senang, dalam bandar naik tram je, FREE! 👍🏻 Dalam bandar tu, banyak tempat ah korang boleh pergi, rajin tak rajin je haha. Memang bahagian transport ni korang tak payah risau sangat dah. Lepastu makanan halal pun senang jugak lah cari, ada streets yang jual makanan arab halal, weh kebab daging dia besar, inti daging banyak gila, murah pula tu! 💯 Restoran Malaysia pun ada tau! Haaa, masjid kat sana pun ada, cuma tak besar sangat lah.
Masa kat Melbourne, memang dapat belajar banyak, culture dorang, suasana kat sana, makanan best dan sedap, sayur dan buah murah-murah. Paling best, park dekat sana, mesti ramai yang duduk sembang-sembang, picnic, melukis atau tidur haha, best kan! Korang cuba lah jejak kat negara-negara luar macam ni, mesti akan dapat belajar something and gain some experience. 📝
Boleh follow aku untuk lebih banyak info travel dan makan,
Instagram: instagram.com/fatinsihan
Twitter: twitter.com/fatinsihan
#fatinsihantravel #greatoceanroad #melbourne #australia
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「fatinsihantravel」的推薦目錄:
- 關於fatinsihantravel 在 Mat Travel Facebook 的最佳解答
- 關於fatinsihantravel 在 Mat Travel Facebook 的精選貼文
- 關於fatinsihantravel 在 Mat Travel Facebook 的最讚貼文
- 關於fatinsihantravel 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於fatinsihantravel 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於fatinsihantravel 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於fatinsihantravel 在 Ada Kabar Terbaru Messi akan di panggil pulang ke Barca pada 的評價
fatinsihantravel 在 Mat Travel Facebook 的精選貼文
Kalau korang tengah cari penginapan unik di Pulau Langkawi, boleh cuba tempat-tempat dalam list ni. 😍🏝
#pulaulangkawi #kedah
PENGINAPAN BOLEH CUBA DI PULAU LANGKAWI! 🏠
Ni bukan penginapan yang terbaik tapi korang boleh cuba mengikut bajet masing-masing.
1️⃣ JC Space Capsule Hotel, Pekan Kuah
Untuk backpackers, you guys should try it! And untuk yang nak dapatkan experience macam mana feeling duduk dalam capsule macam kat Jepun kan, haa try lah. Environment dalam tu memang nice dan quiet je, macam tulah kat Jepun. Memang sesuai untuk orang yang seharian penuh aktiviti dan balik just untuk tidur, hahahaha. 3 ⭐️ for me.
2️⃣ Dream Garden Resort Langkawi, Ulu Melaka
Aku suka katil dia sebab katil King! 😍 Besar gila, lepastu bilik luas! Environment bilik memang tenang, lepastu kalau rezeki dapat join BBQ yang pihak resort buat for free hehe. Cuma resort ni macam agak lama, dan jauh dari cenang atau kuah, dalam 30 minit. Layanan staff pun bagus! Aku bagi 3 1/2 ⭐️.
3️⃣ Langkawi Seaview Hotel, Pekan Kuah
Paling best sebab bilik sea view! Hehehe. Bilik pun selesa sangat, memang puas hati lah. Include breakfast lagi. 😂 Facilities hotel ada gym dan pool. Paling best tau tak apa? Dekat dengan Kompleks HIG, 5 minit je gais naik kereta. Hahahaha! Aku bagi 4 ⭐️.
Btw, pada aku penginapan yang aku duduk selama kat Langkawi ni tak berapa best sangat pun. 😂 Sebab kitorang ada jumpa penginapan yang lagi best dekat Pantai Cenang tu. Nak duduk Ritz-Carlton tapi sekarang belum kaya lagi, so yang mampu milik macam tu is Malibest Resort! Hahaha we will come back soon Langkawi! 💃🏻
Boleh follow aku untuk lebih banyak info travel dan makan,
Instagram: instagram.com/fatinsihan
Twitter: twitter.com/fatinsihan
#fatinsihantravel #pulaulangkawi #kedah #malaysia
fatinsihantravel 在 Mat Travel Facebook 的最讚貼文
Ada geng food hunter kat sini? 🍛😋 Sedap wei dapat makan semua tempat ni. Yang last tu macam sedap je tengok gambar.
5 TEMPAT MAKAN MENARIK DI PULAU LANGKAWI 🍜
Alaaa tak banyak sangat pun sebenarnya aku nak list ni, ada 5 tempat makan je tapi pada aku memang worth to try. Save for later! 😂
1⃣ Restoran D Saji
Restoran ni ada macam-macam menu, masakan thai, dessert, steamboat pun ada! Patotlah ramai, sebab ada pelbagai jenis makanan. Kitorang order tomyam, kangkung belacan dan ikan siakap masak pedas. Untuk siakap tu, aku dah inform dia beberapa kali untuk ambil size yang paling kecik dia ada hahaha (Yelah, dah 2 orang je nak makan). Haa sekali datang besar jugak ikan, tapi alhamdulillah habis jugak hehe. Untuk makanan aku order ni, harga RM58. Siakap & kangkung belacan dia boleh tahan sedap, cuma untuk tomyam tu okay-okay je.
2⃣ Kak Yan Nasi Campur
Memang patotlah ramai gila orang datang sini, sekali dengan matsaleh pun join. Sebab banyak gila lauk untuk nasi campur, boleh kata panjang 6-7 meja jugak lah lauk-lauk yang dia ada. Bukan setakat nasi, laksa, bubur, kuih-muih, buah-buahan dan ikan bakar semua ada. Harga pun murah jugak, RM18 untuk 2 orang makan. Kitorang ambil ayam goreng, ikan pari air asam, sayur, sagu gula melaka dengan air RM1. Makanan dia sedap jugak! Cuma air asam dia tak power sangat.
3⃣ Nasi Dagang Pak Malau
Kalau kat sini, memang layan lah makan. Sebab dapat layan view sambil angin sepoi-sepoi (kalau ada angin, kalau tak layan panas matahari lah ye haha). Dia ada beberapa jenis lauk untuk nasi dagang, kitorang cuba ikan gulai, ayam berempah dengan daging kerutub. Memang sedap ikan gulai dia, cuma aku taktau daging kerutub tu masakan apa, dia macam daging masak hitam. Tapi rasa dia not bad, sedap cuma ada manis-manis sikit. Harga untuk lauk kitorang ambil sekali air, RM30 dua orang. Agak mahal tapi berbaloi.
4⃣ Jom Ikan Bakar
Untuk bakar-bakar, aku recommend this place. Sebab perapan bakar dia memang sedap!!! Tak tipu. Kitorang cuba daging bakar dengan ayam bakar dia. Pehhhh! Perapan dia tu memang meresap masuk dalam daging dengan ayam. Tambah pula air asam dia meletoppp sedapp, cukup rasa dan pedasssss! I like! Serious tak menyesal datang hahaha. Harga RM18 untuk dua orang.
5⃣ Laksa Ikan Sekoq
Tadaaaaaa!!! Kalau datang Langkawi tak cuba Laksa Ikan Sekoq ni tak sah. (To be exact, kalau datang Utara, haha). Serious sedap. First sekali, warung dia tepi airport, which mean kita boleh layan depart dan landing flight. Dekat tepi airport tu ada beberapa lori jual laksa ni, korang pilih jelah yang mana korang nak, ada laksa ikan sekoq, ada laksa teloq bersarang. Haaa pilihhhh! Secondly, warung dia juga tepi pantai, memang layan ah view, bunyi ombak dan angin laut. Thirdly, laksa dia sedap! Koey teow goreng dia je kurenggg. Harga RM18 untuk 2 orang.
Extra : Aku ada pergi kedai crepe & waffle yang owner dia orang French and memang dia sendiri yang masak. Kitorang order waffle, and it is not beyond expectation lah. Biasa je. Maybe silap kitorang kot pilih waffle, sepatotnya pilih crepe, hahaha. Sebab waffle tu rasa biasa je, takde kelainan sangat. 😂
Ada yang korang pernah rasa tak? Pendapat korang macam mana pula? 🤔
Boleh follow aku untuk lebih banyak info travel dan makan,
Instagram: instagram.com/fatinsihan
Twitter: twitter.com/fatinsihan
#fatinsihanfoodreview #fatinsihantravel #pulaulangkawi #kedah #malaysia #foodporn
fatinsihantravel 在 Ada Kabar Terbaru Messi akan di panggil pulang ke Barca pada 的推薦與評價
... Instagram: instagram.com/fatinsihan Twitter: twitter.com/fatinsihan #fatinsihantravel #pulaulangkawi #kedah #malaysia kredit Fatin. ... <看更多>