~ KETAHUI KEGUNAAN SEBENAR 6 JENIS UBAT KRIM DI PASARAN ~
Saya kongsikan secara mudah, tentang jenis jenis ubat krim yang anda biasa dapat kalau jumpa doktor atau pergi farmasi.
Krim-krim ini pula sebenarnya disediakan oleh syarikat ubat dalam beberapa persediaan. Kita panggil 'krim', tapi ada beberapa persediaan krim ini, iaitu:
1. OINTMENT : Ianya oil-based. Sebab ia asas minyak, maka ia melekat lebih bagus (lama) pada kulit, dan lebih kuat kesannya pada kulit (more potent). Kita gunakan 'krim' jenis ointment ini pada kawasan kulit yang dah menebal dan kasar sebab kesan selalu garu dan bergesel (lichenified skin area). Rujuk gambar utk faham kulit yang sudah lichenified.
2. CREAM : Ianya water-based. Sebab ia asas air, ia kurang potent berbanding ointment. Kita sapu cream ini di kawasan yang less lichenified atau kawasan kulit sensitif seperti kulit muka.
3. LOTION / GEL : Kita sapu krim asas lotion / gel ini pada kawasan yang berbulu , juga di kawasan lipatan (intertriginious area) seperti kawasan ketiak, kelengkang, kawasan anus atau kemaluan, di bawah lipatan breast.
Jadi, bila dapat 'krim', tengok persediaannya, adakah ianya cream, ointment atau lotion.
------------------------------------------------------------------------------------------
Senarai 6 jenis krim untuk kulit yang terdapat di farmasi:
------------------------------------------------------------------------------------------
1. Steriod Cream (Nama saintifik berakhir dengan " SONE")
Secara umumnya digunakan untuk merawat keradangan (inflammation) pada kulit. Contoh paling tipikal untuk merawat eczema. Bagaimana nak tahu steroid cream?
Perhatikan nama saintifik cream itu (bukan brand name). Nama saintifiknya berakhir dengan " SONE". Contoh: Hydrocortisone, Clobetasone, Mometasone, Fluticasone, Betamethasone.
Krim steroid ini ada kelasnya. Kelas satu paling kurang power, dan makin tinggi kelas, makin power (potent) lah ia. Rujuk gambar untuk kenali kelas-kelas krim steroid ini. Tak boleh semberono korang tepek steroid krim tanpa tahu kelas. Sebabnya? Utk kelas yg potency tinggi, tak sesuai di sapu di kawasan yg sensitif seperti kulit muka /kawasan kulit yg dah menipis. Nanti kuli dpt komplikasi.
Krim-krim steroid juga secara umumnya tak boleh disapu secara berterusan untuk terlalu lama. Lama tu maksudnya lebih 2 minggu. Untuk kes-kes allergic /eczema yang kronik, doktor mungkin mulakan rawatan steroid cream/ ointment guna kelas paling potent untuk 5 hari, kemudian diikuti dengan yang less potent untuk seminggu berikutnya.
Apa komplikasi tepek steroid cream terlalu lama (prolonged used on skin)? Antaranya kulit akan menipis, rosak (atrophy), kulit hilang pigmen (hypopigmentation), kulit itu jadi alah pula pada krim yang disapu (allergic reaction), meninggikan risiko jangkitan (infection), dan kalau di sapu di kawasan yang besar, ada risiko sapuan krim steroid luaran itu diserap dalam badan (systemic absorption).
2. Anti-fungal Cream (Nama saintifik berakhir dengan "ZOLE")
Kita gunakan untuk rawat jangkitan fungus (kulat). Jangkitan kulat ni orang Melayu panggil kurap / kulat air. Panau itu pun sebenarnya ialah jangkitan kulat. Bagaimana nak kenal anti fungal cream?
Perhatikan nama saintifik cream itu, berakhir dengan "ZOLE". Contoh: Miconazole, Clotrimazole, Econazole, Ketoconazole, Fluconazole.
Dan ada satu jenis anti-fungal krim yg nama saintifiknya Terbinafine (brand name Lamisil).
3. Antibiotic Cream (Nama saintifik kebanyakannya berakhir dengan "IN")
Kita gunakan untuk rawat jangkitan bakteria pada kulit. Ada pelbagai jenis jangkitan bakteria, dan pelbagai rupanya. So biarlah kerja men'diagnosed' itu doktor yang buat. Penat dia belajar, korang tak payah susah-payah main agak-agak tengok imej Google. :P
Bukan apa, skin condition ni perlukan ilmu dan latihan mata yang tajam. Doktor yang berpengalaman pun kadangkala buat silap masa diagnose.
Bagaimana nak kenal antibiotic krim? Perhatikan nama saintifik cream itu, kebanyakannya berakhir dengan " IN". Contohnya: Gentamicin, Fucidin, Neomycin, Mupirocin.
4. Combination of cream
Krim dalam jenis keempat ini ialah kombinasi antara 3 jenis krim di atas. Contoh kombinasi yang biasa kita jumpa:
1. Steroid cream + Antibiotic cream
2. Anti-fungal cream + Steroid cream
Bila kita perlu guna krim 2 in 1 ini?
Or sometimes ada yang 3 in 1 (kombinasi antibiotic + steroid + anti fungal).
Rujuk gambar untuk contoh.
Bila ada komplikasi dari jangkitan asal. Contohnya kita kena kurap (fungal infection). Kita garu dan garu, punya syok garu sampai luka kulit. Kuku kita bukan sterile, bawah kuku banyak bakteria. Lepas seminggu kurap kita luka, kurap kita dapat jangkitan bakteria. So dalam kes ini, kita guna krim anti-fungal + antibiotic/steroid.
Ataupun kita ada eczema yang kronik. Garu punya garu sampai luka lepas itu infected. So kita kena sapu krim steroid + antibiotic.
5. Anti-virus Cream
Krim jenis ni untuk jangkitan virus. Paling mudah nak faham, kalau kena chicken pox atau kayap. Kedua-dua penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus. Selain kena ambik ubat oral, sapuan krim anti-virus pun perlu.
Sebab jarang krim ini digunakan secara meluas (berbanding 4 jenis krim di atas), maka saya tak menulis dengan lanjut tentang krim anti-virus ini.
6. Moisturising Cream
Okay, krim ini sangat-sangat penting. Walaupun ianya hanyalah krim pelembab, namun ia memainkan peranan penting dalam rawatan.
Contoh paling klasik ialah pesakit chronic eczema. Kulit pesakit eczema akan kering. Kering sebab cycle penyakit itu sendiri, kering sebab kesan sapu ubat steroid. Kulit yang kering akan gatal. Jadinya, perlu sapu krim pelembab setiap hari. Krim pelembab boleh disapu setiap hari untuk tempoh yg lama, Insya Allah no problem (tak macam krim steroid).
Kita sarankan untuk mereka yang ada eczema, sapu lah krim pelembab setiap malam sebelum tidur. Boleh juga dicampur dengan steroid cream dalam nisbah tertentu (50%-50%, 60%-40%, etc) bergantung pada rawatan doktor.
Krim pelembab yang bagus antaranya brand Cetaphil. Cetaphil ini juga ada dalam bentuk mandian. Cakap pasal mandi, untuk orang yang kulitnya ada eczema/sensitive skin, hati-hati guna sabun mandi yang berubat. Contohnya Dettol atau Protex, sebab chemical dari sabun-sabun ini boleh membuang lapisan minyak dan lemak pada kulit, so end up kulit akan kering. So gunakan mandian yang ada moisturizer macam Cetaphil atau Dove.
Untuk kulit yang super sensitive juga, kita advised untuk jangan lap badan terlalu kuat dengan towel. Tinggalkan sikit basah-basah/kelembapan pada kawasan kulit terlibat, dan selepas itu sapu krim pelembab untuk maintain kelembapan area terbabit.
So, please kenal krim yang anda gunakan. Jangan kenal krim based on color. Contohnya, " Saya nak krim warna putih tu ". Hampir semua krim warna putih! Ataupun beli krim yang TIADA LABEL.
Zaman dulu ya doktor/farmasi re-pack krim dalam bekas bulat leper. Zaman sekarang, make sure beli krim yang dalam bentuk tiub macam ubat gigi tu. Kalau re-pack sekalipun, anda berhak tahu kandungan krim itu (mesti ada label).
Jangan main hentam sapu krim orang lain kat badan anda. Orang tu "serasi " sapu krim tu, awak pun tepek kat badan awak. Padahal orang tu ada eczema, tapi awak ada kurap.
Again, jangan berguru dengan imej di Google semata-mata.
Credit to Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar
fucidin cream 在 fucidin cream用法-推薦/討論/評價在PTT、Dcard、IG整理一次看 的推薦與評價
Cream 褐黴素乳膏2% 膚得舒乳膏5公克/支作用: 本藥用於治療葡萄球菌、鏈球菌或其他對Fusidic Acid 敏感的細菌的皮膚感染癥。 劑量與用法: 將患部洗淨擦 ... ... <看更多>
fucidin cream 在 fucidin cream用法-推薦/討論/評價在PTT、Dcard、IG整理一次看 的推薦與評價
Cream 褐黴素乳膏2% 膚得舒乳膏5公克/支作用: 本藥用於治療葡萄球菌、鏈球菌或其他對Fusidic Acid 敏感的細菌的皮膚感染癥。 劑量與用法: 將患部洗淨擦 ... ... <看更多>
fucidin cream 在 What are the uses of Fusidic Acid? - YouTube 的推薦與評價
What are the uses of Fusidic Acid ? #TrustTheExpertsFusidic Acid is a topical treatment for skin infections that include cellulitis and ... ... <看更多>