Gambar bangkai Kapal Selam KRI-Nenggala 402 yang terpisah kepada 3 bahagian.
.
"Mereka tidak hilang, juga tidak tenggelam, mereka sedang melakukan misi terakhirnya. Menjaga laut Indonesia selama-lamanya." Tweet Rakyat Indonesia.
.
Selamat menjalankan rondaan buat selamanya kepada 53 anak kapal.😭👋
gambar kapal laut 在 Facebook 的最佳解答
Wah.. dua tiga hari ni ramai up status hari kekasih. Baik, bagi mereka yang ada Kekasih, cuba tanya soalan ini kepada kekasih korang:
-BUMI NI RATA KE SFERA?
Jika dia jawab bumi ni leper, kesianlah sebab Angkasawan Islam dan naik angkasa tengok bumi bukan rata, lepas tu Ustaz Azhar Idrus (pakar agama) dan Dr. Danial Zainal Abidin (pakar Sains) kata Bumi sfera dan keliling matahari tapi bakal pasangan seumur hidup korang sanggup berhujah lawan Ulamak, Doktor Phd dan Angkasawan sedangkan naik kapal terbang pun belum pernah? Adohai.. habis nanti anak cucu dapat ajaran sesat.
-BETUL KE ORANG KE BULAN?
Biasa hujah mereka bahawa bukti orang ke bulan palsu adalah: "Kenapa lepas Armstrong ke bulan orang dah tak pergi? Yang mereka tak tahu dah dua belas orang pergi ke bulan jalan-jalan ke sana, ramai lagi yang masih hidup dan ada bukti mereka pergi sana, sekarang ni orang dah nak ke marikh dan industri melancong di angkasa dah bermula. tapi itulah, jika angkasawan Islam pun dia sanggup lawan berhujah, tak sawan kau?
-ANAK NANTI NAK CUCUK VAKSIN KE TAK?
Hujah paling popular, Yahudi yang cipta virus, dan yahudi yang cipta vaksin, yang dia tak tahu, manusia ni nak cipta kepak lalat pun tak boleh apatah lagi kuman? Lepas tu yang dia tak tahu, teknologi vaksin ni berasal dari kepakaran perubatan islam, tapi itulah, jika Ustaz, Dr Phd dan Angkasawan pun dia boleh lawan berhujah, apatah sangat Doctor Pakar vaksin?! Celah gigi dia jer kot.
-PERNAH JOIN Piramid MLM?
Bisnes cari orang jadi ahli, bukan nak jual barang sangat, produk tak bermutu (jahil teknologi) tapi tipu dengan testimoni palsu (jahil sains) dan jual dengan harga tak masuk akal(jahil ekonomi). Lepas tu cakap kerja mudah tak perlu cari orang, tapi bila jumpa orang terus promosi, (jahil strategi) dan tunggang agama(jahil agama) adohai.., asal MLM ni tak salah, tapi ruang untuk menipu dan ditipu terlalu besar. Maka jika pasangan korang ajak MLM tapi produk ke laut, suruh dia buat bisnes yang betul. Ramai orang merana kerana MLM, termasuklah pasangannya. , Tapi itulah, jika Ustaz, Dr Phd, Angkasawan dan Doctor Pakar dia boleh lawan hujah? Apalah sangat Pakar ekonomi?
-PERNAH JOIN SKIM CEPAT KAYA?
Jika pernah dan sudah bertaubat alhamdulillah, semua tahu kalau nak kurus kena jaga makan dan kuat bersenam, tapi tiba tiba bila nak kaya boleh cukup dengan duduk sahaja dan labur modal dalam skim ntah apa-apa? Hotel Mekah lah, Saham Sawit lah! Kopi belalang tempur lah! Bila orang nasihat tak nak dengar, tapi logic jugak, jika Ustaz, Dr Phd, Angkasawan, Doctor Pakar, dan Pakar ekonomi dia sanggup lawan, apatah lagi korang yang tak nak join skim cepat kaya dia?
-APA PENDAPAT ANDA TENTANG ABU BAKAR DAN UMAR?
Tanya ni boleh tahu dia Syiah ke tak, iaitu bila dia sanggup caci maki dua sahabat ni, untuk pengetahuan: zaman Nabi takde Syiah, tapi hati-hati sebab mereka ada ilmu MENIPU, iaitu pura pura sokong Sahabat Nabi, cara nak uji, adalah korang puji Aisyah isteri Nabi banyak banyak depan dia, jika dia diam seribu bahasa, Boleh jadi Syiah lah tu. Boleh pujuk dia kembali ke jalan Sunah wal jamaah.
-SAMBUT MAULUD NABI BOLEH TAK?
Ni nak tahu dia ni wahabi ke tak? Jika dia kata tak boleh dan bagi hujah Nabi tak buat-confirm wahabilah tu, tapi tanya dia, birthday saya nanti boleh sambut tak? Tentu Dia kata birthday kekasih boleh yang tak boleh sambut birthday Kekakasih Allah, adohai..
-NAK BERANAK KAT RUMAH ATAU HOSPITAL?
Ini boleh tahu jika dia menyokong ajaran perubatan sesat ke tak? Zaman dulu kematian ibu dan anak tinggi sebab bukan semua kampung ada pakar meyambut kelahiran bayi, zaman sekarang bayi songsang pun ada teknologi belah perut selamatkan kedua-duanya. Orang tua zaman dulu bagitahu puntianak ni berasal dari perempuan yang mati waktu bersalin dan toyol pula berasal dari bayi yang juga mati waktu mak nya bersalin, Hantu Penanggal pun selalu berkeliaran cari darah tumpah orang beranak. Tapi sejak zaman perubatan moden, Nak cari puntianak, Penanggal dan toyol susah nak jumpa-Woha!
-APA PENDAPAT ANDA TENTANG TUN, ANWAR, HADI, ABAH DAN NAJIB?
Ni boleh tahu dia macai politik mana, sebab politik matang, sokong yang baik, dan kritik yang tak betul sahaja, Tapi jika kekasih korang: Apa parti saya buat semua betul walaupun hancing! Apa seteru politik saya buat semuanya salah walaupun betul-itulah PencaCAI Politik!
-PERNAH JUMPA HANTU?
Tanya ni boleh tahu tahap mistik yang dia percaya, kat sini boleh tahu sejauh mana agama dan sains dikaitan bab pengalaman mistik, tapi hati hati,almaklumlah, jika Ustaz, Dr Phd, Angkasawan, Doctor Pakar, dan Pakar ekonomi dia sanggup lawan, apatah lagi korang yang tak pernah jumpa hantu? Kah kah kah!
-COVID 19 PALSU KE BETUL?
Jika dia cakap Covid ni palsu atau tak bahaya sebab kematian sikit atau cakap ini semua konspirasi maka bertabahlah. Korang tak akan menang berdebat dengan mereka sebab geng konspirasi ni akan guna hujah paradox serta penuh ironi. Yang mana jika korang menang atau kalah berhujah akan tetap di tuduh ejen yahudi. Tapi jika ustaz, ulamak, dr pakar dan semua ahli dalam bidang masing masing pun mereka lawab. Apalah sangat korang yang dari awal di tuduh 'ejen yahudi'.
-SEDANG BACA BUKU APA SEKARANG?
Jika dia jawab tajuk buku apa apapun, Tahniah! Tapi jika dia jawab:
“Maaflah, saya dah lama tak membaca buku, paling last baca masa sekolah menengah dulu”
“ Saya ada beli buku lima tahun lepas, tak habis lagi baca, tak tahu nak sambung baca bila? Tak ada masa”
“Maaf, saya tak boleh baca buku yang tak ada gambar, pening!”
“Saya lebih suka pergi seminar bayar mahal mahal untuk dengar pakar motovasi ‘bacakan’ buku yang harga jauh lebih murah dari yuran seminar untuk saya, nak baca sendiri malas sangat-jadi saya upah doctor palsu bacakan semangat motivasi untuk saya”-Ambik kau!
Jika begitulah jawapan kekasih korang, memang patutlah dia sanggup lawan dengan semua ustaz, mufti, Dr Phd, Angkasawan, Doctor Pakar, Ulamak, Pakar ekonomi dan lain lain sebab malas membaca rupanya, adohai..
Dia tak tahu ke prosa ayat “saya dah lama tak membaca” atau “saya malas membaca” itu semua adalah kekurangan. Kenapa bangga mengaku tak suka baca buku dan anggap ianya satu kelebihan?
Habis tu, masa naik kapal terbang, masa tunggu bas, masa jalan jem, masa berehat melancong tepi pantai, masa rehat sebelum tidur, tak membaca kah korang? Korang buat apa?
Jika tak membaca, lebih suka termenung dan berangan, Kenapa nak bagitahu semua orang aib korang yang malas membaca tu? Apa ke jadah?
Saya nasihat, lain kali, jangan sesekali mengaku tak suka membaca, bosan membaca, beli buku tak baca, dan apa apa sajer alasan malas membaca kepada sesiapapun sebab nanti orang tahu korang bodoh dan senanglah korang kena tipu.
Itu yang pergi masuk skim cepat kaya, percaya bumi leper, dengki orang ke bulan, percaya hantu dan bomoh, jual produk MLM yang mengarut, percaya teori konspirasi dan macam-macamlah!
Habis sampai sini, demikanlah lebih kurang stok soalan korang kena tanya pada kekasih Korang, dan jika jawapan ke laut, jangan terus buang mereka, cuba Selamatkan mereka, InsyaAllah jika mereka ingin diselamatkan, maka akan terbuka jalan-jalan kebaikkan.
Sesungguhnya, kepada Kekasih kita adalah jalan keindahan, dengan syarat: Mereka ada Common Sense yang indah.
Woha!
Ps: Tak bagus juga saya kritik tanpa bagi jalan penyelesaian. Jadi siapa siapa nak beli bahan bacaan yang cover hampir semua subjek di atas boleh klik sini.
http://www.wasap.my/60199117163
gambar kapal laut 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
The Black Death
Wabak yang meragut ratusan juta jiwa pada abad yang ke 14. Wabak penyakit ini bermula di China, kemudian merebak ke India dan seterusnya ke asia barat. Dari asia barat dengan laluan perkapalan di seluruh Laut Mediterranean, wabak ini mula menular ke benua eropah.
Sebelum itu, hanya segelintir orang2 eropah yang ada mendengar kisah pendemik ini yang meragut ribuan penduduk di asia tetapi mereka tidak mengambil serious hal wabak penyakit misteri ini kerana sangka mereka, wabak ini tidak akan sampai ke tempat mereka.
Hendak dijadikan cerita, sebuah kapal Genoa telah mendarat di Pulau Sicily. Tetapi perkara pelik telah berlaku ke atas krew2 kapal tersebut. Pihak berkuasa pelabuhan mendapati, majoriti krew kapal dagang tersebut telah pun mati, yang hidup pun dah rupa zombi dah dengan keseluruhan kulit mereka seperti ditumbuhi tompok2 seperti cacar air.
Dan pada ketika itu, mereka dah tahu, ini bukan sebarang penyakit ni, lalu mereka tidak membenarkan kapal tersebut terus berlabuh, kapal itu di halau dari pelabuhan tersebut serta merta. Dan kita boleh agak apa yang akan terjadi kepada krew2 yang masih tinggal itu.
Walaupun kapal itu telah beredar, rupa2nya pihak berkuasa yang menyiasat kapal tersebut telah terkena wabak penyakit berjangkit ini. Dari mereka inilah kemudiannya ianya merebak seperti roket ke keseluruhan benua eropah. Mereka telah menyeberang dari Pulau Sicily ke tanah besar Itali.
Di tanah besar Itali terutama di Florence, kematian akibat penyakit ini menjadi2 dan seterusnya keseluruhan Itali dalam keadaan darurat. Simptom penyakit adalah sama, kadang2 hari ini sihat, dua tiga hari kemudian dah mati. Bukan hanya manusia, malah binatang ternakan juga dijangkiti oleh virus maut ini.
Ekonomi Itali lumpuh. Walaupun pelbagai kekangan cuba dilakukan dengan teknoloji yang cukup terhad oleh pihak berkuasa Itali (dulu namanya bukan Itali yaa, masa itu ada banyak negara kota di semenanjung Itali) termasuk mengurung mereka yang dijangkiti, tetapi ianya tidak mencukupi.
Wabak terus mengganas. Mula memasuki Perancis, Switzerland, Austria, Sepanyol dan seterusnya menyeberang selat Inggeris ke England, Ireland, Scotland. Tidak cukup dengan itu, wabak ini terus menuju ke negara2 Scandinavia seperti Denmark, Sweden, Norway dan Finland.
Pandemik di eropah diwaktu itu cukup cepat merebaknya berbanding di China, India dan asia barat sebelumnya. Bermula di eropah pada tahun 1346. Dan pada 1353, seluruh eropah telah terkena wabak "Black Death" ini. Sepanjang wabak Black Death bermaharalela di eropah, satu pertiga penduduk eropah telah lenyap.
Anggaran jumlah penduduk eropah yang terkorban diantara 155 juta sehingga 200 juta dalam tempoh 8 tahun. Memang amat mengerikan. Wabak ini senyap seketika, kemudiannya pada abad ke 17, sekali lagi wabak yang lebih kurang serupa menyerang eropah yang dikenali sebagai "Bubonic Plague".
Pada era inilah seorang doktor yang cukup dikenali yang kemudiannya dikenang sebagai tukang telek dunia iaitu Nostradamus bekerja sebagai "The Plague Doctor". Apakah itu "Plaque Doctor". Nampak gambar di bawah itu? Nampak paruh burung itu? Nampak Tongkat itu?
Gambar di bawah itu adalah kostum wajib bagi para Plaque Doktor. Doktor2 ini majoriti sebenarnya bukan pun doktor terlatih. Mereka ditugaskan untuk membuat "observation" tentang penyakit wabak ini. Juga mengira jumlah kematian. Cuba untuk merawat dengan menggunakan pelbagai kaedah.
Antaranya menggunakan lintah untuk menyedut lendir2 di badan pesakit. Ada yang lebih ekstrim, bubuh bisa ular kat badan pesakit, belah badan nak bagi darah kotor keluar dan bermacam2 kaedah lagi. Dan seperti maklum, kesemua kaedah2 ini gagal dan kematian semakin bertambah.
Apakah sebabnya pakaian "Plague Doctor " ini sungguh menyeramkan? Biasanya bagi pesakit2, kedatangan doktor sebegini diibaratkan sebagai kedatangan malaikat maut. Cuba kita bandingkan dengan dengan para doktor dan jururawat2 serta petugas2 hospital menangani wabak pada hari ini, lebih kurang samakan?
Cuma takda paruh burung aje. Sebenarnya topeng yang berupa paruh itu sengaja direka dengan sedemikian rupa. Pada paruh yang panjang itu, doktor2 ini akan memasukkan pelbagai herba harum seperti mint. Ini adalah untuk menghindarkan bau2 yang sangat busuk ketika merawat pesakit,
Keseluruhan badan ditutup dengan jaket kulit, seluar kulit, sarung tangan panjang kulit dan juga kasut tinggi kullit, Kesemua pakaian ini disapukan dengan lilin. Pada waktu itu, mereka fikir inilah saja caranya untuk menghindarkan diri dari terkena wabak dari pesakit2.
Batang tongkat itu pula tugasnya untuk memeriksa badan pesakit, jadi mereka tidak perlu menggunakan tangan untuk menyentuh pesakit. Kepala mereka pula dibalut dengan "balaclava" dan menggunkan topi untuk menutup kepala mereka.
Walaupun bertutup semuanya, lebih dari 80 peratus plaque doctor ini akhirnya terkorban akibat wabak ini. Wabak ini terhenti sepenuhnya pada tahun 1355, ada teori yang mengatakan, "kuarantin" yang berterusan yang dikenakan ke atas penduduk eropah menyebabkan virus ini tidak dapat merebak.
Gambar - "The Plaque Doctor".
Mohd Aznam Abdul Rahman
Kredit : Laksamana