Ini Gambar kenangan makan di Masjid Seri Petaling sebelum Covid, harga satu talam RM10, termasuk lima air sirap, kenyang makan lima orang. Nak tambah hanya bayar RM2.
Siapa kata KL makanan mahal? Tengok tempat lah kan?
Waktu makan dalam talam, ada orang tegur, awak Hamka keretamayat? Kenapa pilih nama keretamayat?
Okey, Tazkirah sikit..
Pernah tak orang tuduh korang dengan ayat sebegini?
"Aku tengok kau ni dah makin jauh dari Allah"
Apa perasaan korang kena tuduh macam tu? Rasa nak marah? Tak puas hati?
Relaxs, tenang Bro.. tuduhan tidak menjadi benar sehinggalah ada bukti kukuh.
Jadi apa bukti kita jauh dari Allah?
Mudahkan cerita, Terdapat tiga tanda yang menunjukkan kita jauh dari Allah…,
Pertama:
Kita suka menangguhkan taubat… cuba fikir, bila last buat solat taubat? Apa? Tak dengar? Masa kem ibadat sekolah menengah dulu, okey..,
Solat mungkin susah bagi kau, cuba check lagi, bila last menangis dalam taubat? Menangis sebab hidup susah cerita lain, ini menangis sebab dosa banyak? Bila buat? Jika ada buat, alhamdulillah, korang belum jauh dari Allah.
Kedua:
Tanda kita jauh dari Allah, adalah bila Kita selalu tidak berpuas hati dengan rezeki kehidupan, harta rasa sikit, kereta rasa kecik, rumah rasa sempit, rezeki rasa tak cukup,pasangan rasa hodoh sangat, anak rasa bodoh sangat jugak, dan mudah dengki tengok orang happy... geram tengok orang Berjaya, lepas tu mengeluh “kenapa hidup aku susah sangat berbanding dengan orang lain?”,
Itulah tanda korang jauh dari Allah, tapi Jika takde sifat di atas, selalu bersyukur atas segala nikmat walaupun sekecil nikmat, sentiasa bersabar walaupun sebesar besar ujian, alhamdulillah, korang belum jauh dari Allah. Tahniah!
Ketiga:
Tanda kita jauh dari Allah, Kita beribadat dengan malas… solat dengan malas, baca al quran dengan malas, zikir dengan malas…, arghh, malaslah nak cerita.
Kesimpulanya, jika ada semua tanda itu, maka korang dah terkena penyakit hati yang akan buatkan kita menjauh dari Allah, namun jangan bimbang sebab keretamayat boleh “dekatkan” korang semua pada Allah.
Err, maksud saya, Setiap penyakit ada penawarnya, wabak ada vaksin, maka ubat untuk penyakit hati adalah, ingat mati.
Sungguh Orang yang bijaksana adalah orang yang ingat mati, lalu membuat persiapan mati.
Bijak di sana, okey!
Woha!
Ps: Pesan pada diri sendiri, perjalanan tidak jauh tapi kita yang masih jauh, semoga kita semua bijaksini ingat mati, dan bijaksana kerana buat persedian sebelum mati, Kerana itulah saya pilih nama pena kereta mayat, Now you know!
gambar sekolah yang mudah 在 Facebook 的最佳貼文
Anak baca taklim hadis. Lepas baca saya suruh recall balik tanpa tengok kitab tapi semua anak tak ingat. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Maka saya buat tambahan muzakarah hadis selepas taklim iaitu lepas setiap sorang baca hadis selama 20 minit, kemudian tutup kitab dan masing masing kena cerita balik tentang hadis yang di baca.
Dapat tahu nama perawi lagi bagus. Atau sekurang-kurangnya faham mesej yang disampaikan dalam hadis maka barulah bila berceramah atau berdakwah nanti banyak modal nak bersembang.
Dan bila ada muzakarah hadis barulah anak sibuk nak mencatat, masing masing keluarkan pen da kertas. kadang kadang jadi macam zaman sekolah. Cikgu baca bahasa baku perlahan lahan, anak anak bergegas tulis. Alhamdulillah.
Step pertama: Baca hadis-Done.
Step kedua: Hafal/faham hadis-Done.
Step tiga: Amal Hadis-InsyaAllah.
Step empat: Sampaikan-InsyAllah.
Doakan yang baik baik.
Saya paksa anak buat muzakarah hadis bukannya apa, kuat benor main telepon jika kita tak pantau. Adohai...
Esok tambah masa muzakarah hadis lagi 15 minit.
Woha!
(Gambar dari buku mesyuarat keluarga-laporan pukul tu salah. Tegur manja sebenarnya, siapa tak sayang anak oiiii)
Ps: Jom ajar anak anak cara mudah hafal Yasin. Klik sini: http://bit.ly/HafalYasin
gambar sekolah yang mudah 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
Sebenarnya, ramai isteri di luar sana,
Telah terbunuh jiwanya di tangan suami masing-masing. Cuma ia tidak terlihat sebagai jenayah.
Semoga para suami tak triggered & ambillah mana-mana point ini jika bermanfaat, ya.
1. Suami tak solat, tidak mengaji, tidak laksanakan tuntutan sebagai seorang muslim yang baik. Tiada kualiti father figure. Asal isteri ingatkan untuk solat je, diperli-perli isteri.
🚫'Ala kau ingat kau tonggang tonggek sembahyang tu, dah confirm-confirm ahli syurga ke?'
2. Suami baran, tidak berlemah lembut. Tiada perkataan yang baik-baik keluar dari mulut suami selain caci & herdik.
🚫'Hey perempuan, betina ni, bodoh, bangang, celaka' Allahu, nak tulis pun, seram.
3. Suami tidak menjaga kehormatan isteri. Selalu ambil gambar, video isteri dalam keadaan mengaibkan dan jadikan sebagai jenaka di media sosial.
🚫Paling teruk saya pernah tengok ialah suami buat live dan tanya isteri tentang his male fantasy about three**me. Nak nangis muka isterinya masa tu. Allahu.
4. Suami biarkan pengurusan anak-anak semuanya di tangan isteri, lebih-lebih lagi jika si isteri ialah suri rumah. Ada juga yang langsung tak berkerja dan mengharap 100% ditanggung isteri.
Sudahlah begitu, tak ambil pula tanggungjawab bantu urus rumahtangga. Tidur & main game saja.
🚫'Aku dah beli beras!'
- habis tu isteri masak, basuh ikan, mandikan & tukar pampers anak, and the list goes on, bagaimana pula?
5. Suami spend terlalu banyak masa dengan kawan-kawan. Jangan anggap masa bermain dengan anak-anak, yang suami spend untuk keluarga sudah cukup untuk isteri.
Allocate masa untuk spend BERDUA dengannya. MASA. Isteri perlukan sokongan emosi dari suami, ambil berat & ambil tahu.
🚫Sampai rumah pukul 6. Main dengan anak kejap, dinner, lepas maghrib pergi berbasikal. Balik tengah malam, isteri dah tidur.
6. Suami culas nafkah (keperluan) tapi mampu melebihkan kemahuan sendiri (kehendak), seperti merokok dan kerap tukar aksesori kereta.
🚫Banyak kali saya menyaksikan. Anak-anak tak beli keperluan sekolah lagi, tapi ayah hantar ke sekolah naik motor dengan asap berkepul-kepul di mulut. Keperluan isteri apatah lagi, terabai langsung.
7. Kurang pelukan, terima kasih dan kata cinta. Percayalah, pelukan & kata-kata I ❤️U, adalah amat powerful bagi seorang isteri. Lazimilah setiap hari.
⭕️Contoh,
Masa isteri sedang memasak, peluklah dari belakang. Ucap terima kasih & ILYSM.
8. Suami gila game 🎮. Game ni mengheret masa & tumpuan kita. Walhal itulah kualiti yang perlu disalurkan kepada isteri & keluarga.
⭕️Paling busuk pun, suami letak sempadan masa dan allocate masa tertentu main game, bukan 24 jam mengadapnya. Suami yang betul-betul bertanggungjawab, TAK AKAN ADA MASA nak main game.
9. Mudah naik tangan dengan isteri. Hilang rasa ihsan dan pukul isteri ibarat itulah penyelesaian terbaik dan cara menunjukkan kuasa sebagai suami.
🚫Lebam & luka fizikal pasti sembuh, tapi hatinya?
10. PORNO, CURANG, ZINA, ARAK, JUDI, DADAH.
🚫Ini yang paling dasyat sekali! Menyiat, merabak dan membunuh terus jiwanya! Perasaan, rasa hormat dan kepercayaan kepada suami selepas itu pasti tak akan sama, menjadi tawar setawarnya.
Apapun,
Yang paling penting dalam rumahtangga,
Ialah komunikasi.
Suami jangan ego,
Isteri jangan simpan perasaan.
Duduk & musyawarah bersama.
Tak perlu formal tapi sekurang-kurangnya ada ruang refleksi bersama.
----
Puan,
Ini bias!
Tulis pasal suami je,
Habis tu isteri sempurna sangatlah macam bidadari salju?
Bagaimana dengan suami yang tersakiti dengan perangai isteri yang kerap selfie dan post untuk tatapan lelaki lain & menari tiktok sepanjang masa tanpa rasa malu?
Iya,
Nanti saya tuliskannya,
Kita bukan nak condemn, tuan-tuan.
Kita sedang refleksi.
Tiadalah yang menulis ini, lebih baik daripada yang membaca. Moga kita sentiasa dalam bimbingan & kasih sayang Allah.
Happy weekend everyone!
Kredit : Hazwani Mohd Dah