Saya melihat ramai orang muda muda yang buat business menjadi kaya raya. Muda muda lagi dah bergelar Dato. Cuma saya perhatikan cara hidup mereka tak berapa classy dan tak ada aura berbanding orang kaya dulu dulu.
Bila shopping mereka bawa duit tunai dalam bag plastik. Saya mendengar anak seorang founder bercakap bab “marketing” tapi adakah strategi marketing dengan menunjukkan wang tunai yang banyak seperti itu sebenarnya yang mampu menarik orang ramai untuk membeli produk mereka.
Hmm tak pasti. Tapi teringat kata seorang ustaz, kebahagiaan di dunia ini akan lenyap dengan berlakunya kematian. Jadi wang adalah mainan dunia semata mata.
#coretanhilangkanboring
#gambartiadakaitandengancaption
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「gambartiadakaitandengancaption」的推薦目錄:
- 關於gambartiadakaitandengancaption 在 Facebook 的最佳解答
- 關於gambartiadakaitandengancaption 在 Facebook 的最佳解答
- 關於gambartiadakaitandengancaption 在 Facebook 的最佳解答
- 關於gambartiadakaitandengancaption 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於gambartiadakaitandengancaption 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於gambartiadakaitandengancaption 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
gambartiadakaitandengancaption 在 Facebook 的最佳解答
Saya mungkin tidak sama dengan orang lain. Maaf jika ada yang tidak setuju. Ini adalah pengalaman saya sendiri. Dari dulu sehingga kini. Dari mula bekerja sehingga dah bersara. Lebih lebih lagi, kerana saya tidak mendapat pencen.
Sikap berjimat adalah sikap yang sentiasa relevan untuk manusia tak kira zaman dulu atau zaman sekarang. Lahir dan dibesarkan di kampung. Tidak senang walaupun tidak susah. Kedua ibubapa saya membanting tulang bawah panas mentari untuk membesarkan kami menjadikan saya sangat berjimat cermat sehingga sekarang.
Ibubapa saya adalah role model buat saya. Sikap mereka yang rajin berusaha dan berjimat cermat. Saya dan kakak perlu membantu menyiram beratus ratus anak pokok tembakau setiap hari menjadikan saya memahami kepenatan untuk mencari rezeki. Menyiram dengan membawa baldi berisi air dari pokok ke pokok.
Saya berjimat dalam bab memasak. Saya tak tuang minyak separuh kuali untuk menggoreng ikan atau ayam. Saya tak buka paip air secara berterusan ketika menyiang dan membasuh ikan ayam dsb. Tuang air dalam besen. Basuh dan ganti air lain untuk membilas.
Saya akan perhatikan suis kipas, suis lampu bilik dan bilik air yang tiada orang, suis charger handphone ditutup bila tidak digunakan.
Semua ini adalah sikap yang ada dalam diri sendiri. Sikap tidak sukakan pembaziran walaupun setelah saya mampu.
Berjimat bukan bermakna kita kedekut. Saya juga memberi reward pada diri saya selepas berpuluh tahun bekerja. Tapi saya mengambil masa bertahun sebelum mendapatkan sesuatu yang saya ingini dengan cara menyimpan. Saya membuat timbang tara sebelum membuat sesuatu pembelian terutama jika untuk diri sendiri.
Jadi di masa susah ini, kita semua harus belajar berjimat. Berjimat pada benda benda yang boleh dielakkan. Siapa yang ada persamaan dengan saya, jom share.
#gambartiadakaitandengancaption
#sikapdiri
gambartiadakaitandengancaption 在 Facebook 的最佳解答
Teringat waktu anak anak masih kecil. Saya menggunakan lampin kain yang dilapik dengan satu lapisan apa pun saya dah lupa. Bagi memastikan kulit bayi kering. Kemudian dipakaikan seluar getah.
Gaji graduate masa tu hanya RM1200. Saya memang sangat berjimat cermat dalam perbelanjaan waktu membina kehidupan. Tak mampu untuk beli lampin pakai buang. Lampin pakai buang hanya dipakaikan waktu hendak ke hospital atau keluar rumah. Setiap hari lampin kain dibasuh.
Bila anak ketiga, akhir 1990an baru saya menggunakan lampin pakai buang. Terasa sangat perbelanjaan bertambah. Bila mereka telah “toilet trained” terasa sangat jimat perbelanjaan.
Tapi sekarang saya melihat, anak anak kecil sejak lahir dipakai lampin pakai buang. Tak pasti mengapa, mungkin kerana tiada lagi lampin kain.
Siapa menpunyai pengalaman seperti saya. Terpaksa berjimat cermat dengan menggunakan lampin kain. Jom kita chat.
#lampinpakaibuang
#pampers
#lampinkain
#seluargetahbayi
#gambartiadakaitandengancaption