Hidup di Taiwan. 🇹🇼
Setakat ni kalau aku tanya orang diorang suka ke tak duduk di Taiwan, semua cakap suka. Dan aku rasa benda yang sama. Selama ni aku tak ada apa persepsi pun tentang negara ni.
Even tak pernah terfikir pun nak jejak sini, apatah lagi tinggal kat sini. Tapi hampir 3 bulan aku duduk sini, aku boleh kata aku jatuh cinta dengan budaya kat sini. Gittewww haha.
So hari ni aku nak share sikit macam mana life dekat Taiwan, particularly bandar yang aku duduk ni, Kaohsiung.
1. Bandar yang selamat
Orang selalu kata kat Jepun kalau tercicir atau tertinggal barang kat mana2, pergi balik mesti jumpa. Rupanya ada satu lagi negara macam tu, Taiwan. Kalau tinggal phone atas meja, atau tercicir beg duit atau tertinggal beg.
Percayalah, korang pergi balik tempat tu, tak bersentuh! Tak ada orang akan ambil benda kau. Aku tak cakap 100% macam ni, tapi dah few people cerita dekat aku benda sama. And aku sendiri tinggal je barang unattended (tapi phone dengan beg duit bawak lah) hahaha memang takde orang sentuh.
So fenomena kat kedai kopi orang tinggal laptop ke phone ke tu biasa. Mula-mula aku tengok aku yang risau. Betul ke selamat ni? Tapi dah lama duduk sini, memang aku boleh confirm lah.
2. Orang local sangat peramah
Walaupun kau obvious orang asing, tapi untuk ditegur oleh orang local secara random tu sangat tinggi. Tak kira lah dalam bas ke, kat kedai kopi ke, people just come and talk to you. Ni pun awal2 aku rasa janggal.
Ada sekali tu ada aunty tu tengok je aku study Chinese, pastu datang tegur cakap tulisan aku cantik (cehhh ni je point dia haha) and start borak2 tanya dari mana lah apa. Ada gak pakcik ni nampak aku bawak ukulele keluar, datang lari kat aku semata2 nak tanya aku main ukulele ke. Tu je. Haha aku macam wowwww. Aku rasa kalau aku boleh cakap bahasa cina ni memang panjang ler aku borak dengan depa. 😂 Sayangnya bahasa cinaku masih level tadika.
But basically orang Taiwan ni memang peramah lah. Dari 10 orang aku jumpa, ada lah kot 1 orang je yang sombong. Haha gitulah.
3. Bandar bersih, rakyat bertanggungjawab
Pelik tapi benar. Aku sangat amaze dengan toilet awam kat sini. Bersih dia tahap Jepun punya bersih. Serius tak tipu. Bandar dia pun, walaupun tak banyak tong sampah (sangat susah nak cari) tapi susah jugak nak jumpa sampah.
Sistem buang sampah kat sini pun lebih kurang Jepun, kena asingkan recyclable item dengan sampah biasa. So bila jumpa tong sampah tu memang akan ada 2 jenis.
Kalau pergi kedai makan, coffee shop atau fast food restaurant, korang akan nampak meja tu bersih je. Sebab people here self clean up. Benda tu macam sangat natural, sangat biasa, dah jadi habit.
Lepas makan ambil pinggan, sampah, buang and kemas meja. Effortlessly tau! Sambil borak2 sambil kemas. Plus asingkan yang boleh kitar semula dengan sampah biasa. So aku memang amaze sangat dengan culture sini yang macam ni. Kalau Malaysia macam ni memang bahagia je tengok.
4. Susah nak jumpa perokok
Bagi orang yang alah dengan bau asap rokok, memang satu kebahagiaan duduk dekat sini. Jarang aku jumpa orang hisap rokok. Kalau kenal dengan orang Taiwan pun depa tak merokok. Memang susah sangat lah nak jumpa. Tak tahu kenapa. Maybe ada kaitan dengan policy negara ni kot. Not sure. Tapi aku bersyukur. 😘 Sayang Taiwan.
5. Gaya hidup sihat
Aku rasa kat Malaysia kita dah boleh bayang kot kat taman tu selalu ada aunty2 uncle2 Chinese buat exercise, bawak anjing jalan2 atau ber taichi. So it's the same here. Aku rasa orang Taiwan ni memang sihat2. Umur 50-60 tahun tu rilek je panjat bukit waktu weekend. Bukan seorang dua, ramai kot!
Kat uni aku ni biasa court, padang penuh dengan orang bersukan. Which aku sangat sukaaaaa. Inspired nak bersukan jugak hehe.
6. Transportation
Transport di sini sangat efficient. So jangan risau. Bas, MRT, Tren, dan speed train. Sangat mudah nak bergerak ke mana2. Jalan2 around city pun boleh naik basikal. Totally safe! Paling jauh takat ni 6 km berkayuh tapi ada plan nak kayuh gi bandar lain. Haha tengok lah camne.
Btw banyak bandar kat Taiwan pakai public bike free for the first 30 mins. Except Taipei kena bayar 10 ntd (RM1.30) untuk first 30 minutes. Kalau nak drive disarankan ada IDP sebab lesen Malaysia tak sah kat sini.
7. Beautiful places
Tempat2 cantik jangan cerita lah. Sini kalau nature lover memang akan enjoy duduk sini. Dia punya view gunung lawa, pantai cantik. Historical places pun best nak visit.
8. Makanan
As a Muslim duduk sini mencabar sikit lah. Tapi sikit je sebab sering mengidam Mekdi, Kepci. Dah 3 bulan tak merasa makan burger dengan ayam goreng k! 😢
Tapi untuk cari makanan halal tu tak susah. Kebanyakan bandar kat sini ada restoran halal. If not pun boleh opt for makanan vegetarian. Kat family mart, 7 eleven ada je makanan utk vegetarian atau di restoran vegetarian pun boleh juga pergi. So takat ni memang takkan kebulur duduk sini.
Banyak lagi benda lain yang aku suka. Naik basikal paling best, perasaan tenang dan selamat duduk sini, orang terbuka untuk terima aku walaupun aku orang luar.
Taiwan ni bagi aku negara yang sangat warm dan welcoming! Aku takde apa nak complain pasal negara ni. Such a nice county to live in.
Kredit penulis: Izzat Zaid
#kaohsiung #taiwan
===
Follow Mat di media sosial lain,
Instagram: https://www.instagram.com/mattravelmy
Twitter: https://www.twitter.com/mattravelmy
Sign up di cuti.my dan dapatkan diskaun bila anda tempah pakej percutian, klik http://bit.ly/2mxDP9v .
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「halal food in taipei」的推薦目錄:
- 關於halal food in taipei 在 Mat Travel Facebook 的精選貼文
- 關於halal food in taipei 在 Fazley Yaakob Facebook 的精選貼文
- 關於halal food in taipei 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於halal food in taipei 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於halal food in taipei 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於halal food in taipei 在 Muslim Street Food in TAIWAN | Taipei's HALAL ... - YouTube 的評價
- 關於halal food in taipei 在 麵疙瘩halal Food - Taipei, Taiwan - Chinese Restaurant 的評價
- 關於halal food in taipei 在 Pin on Taipei Expat - Pinterest 的評價
halal food in taipei 在 Fazley Yaakob Facebook 的精選貼文
Alhamdulilah selamat sampai di ibukota Taiwan semalam malam. Kami dijemput pihak kementerian pelancongan untuk terus ke hotel amba Taipei Songshan 台北松山意舍酒店(Songshan). Thank you to China Airlines 中華航空 for the smooth flight and halal in-flight food. #funtaipei #terokahalalditaiwan
halal food in taipei 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
halal food in taipei 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
halal food in taipei 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
halal food in taipei 在 麵疙瘩halal Food - Taipei, Taiwan - Chinese Restaurant 的推薦與評價
麵疙瘩halal Food, Taipei, Taiwan. 9 likes · 617 were here. Chinese Restaurant. ... <看更多>
halal food in taipei 在 Pin on Taipei Expat - Pinterest 的推薦與評價
Jan 8, 2018 - Muslim travellers, fret not about finding Halal food in Taipei. Simply bookmark these restaurants and you're good to go! ... <看更多>
halal food in taipei 在 Muslim Street Food in TAIWAN | Taipei's HALAL ... - YouTube 的推薦與評價
Taipei Street Food Tour 台北小吃 : https://youtu.be/BGIPk8XjDHI SUPPORT US : https://www.patreon.com/join/chopsticktravel? ... <看更多>