Kembara di Jakarta (Bahagian Pertama)
Kapal terbang saya tertangguh selama 90 minit dari KLIA 2 ke Jakarta. Perkataan 'tertangguh' atau 'delayed' sudah boleh masul kamus alam penerbangan. Saya boleh menerima penangguhan ini kerana kita tidaklah sempurnaa. Apa yang sukar diterima ialah alasan yang kerap diberikan "maaf kerana pesawat ini sampai lewat daripada destinasi sebelum ini".
Selepas sampai di bandara (lapangan terbang), terus ambil teksi Blue Bird ke Jalan Sudirman. Jalan lancar kerana kerajaan Indonesia memperkenalkan peraturan baru tentang masa masuk jalan utama di Jakarta nengikut nombor plat kereta antara ganjil dan genap. Rancangan ini berjaya. Presis. Ini sudah diamalkan oleh banyak bandar besar seperti Beijing dan seumpamanya. Dalam kehidupan, kadang2 peraturan yang simple boleh menyelesailan banyak masalah kronik. Tengah fikir nak tulis buku Simplicity is Beatiful.
Sampai sahaja di hotel, terus mesyuarat pertama jam 1030 malam. Rakan saya di ofis Amanie Dubai Ibrahim Zahaf dan Hanif dari Amanie Capital (KL) sudah sampai lebih awal. Ada juga tetamu dari bandar Jakarta.
Soalan pertama saya kepada rakan di Jakarta; "Kenapa Balik Papan sebagai ibukota Indonesia yang baharu?". Banyak teori yang relevan. Kita hanya dapat melihat apa yang akan berlaku.
Sebenarnya polisi transmigrasi sudah bermula sejak zaman Sukarno meliputi Sumutra, Sulawesi, Papua dan Kalimantan. Rakyat padat dan sarat di Kepulauan Jawa. Dari segi ethinicity, Kepulauan Jawa adalah terdiri dari dua etnik utama iaitu Jawa di timur dan sunda di barat. Integrasi ethinicity perlu juga dalam pembentukan bangsa Indonesia. Kalau di Malayasia, rancangan Felda telah berjaya mentransmgirasi rakyat Malaysia di seluruh Malaysia, rancangan transmigrasi ini dan kemungkinan besar pusat pemerintahan baru di Kalimantan Timur boleh mempercepatkan lagi proses ini.
Dari segi geograpi, Kalimantan lebih banyak sumber bahan mentah untuk menyokong bekalan tenaga seperi batu bara (arang batu). Di Kepulauan Jawa, bekalan tenaga semakin mencabar. Kalimantan juga bebas gempa bumi dan gunung berapa di samping dekat dengan Papua.
Nampaknya, gagasan ibu kota ini akan meremajakan Indonesia yang hebat ini. Sambung....
MDB
Search