Sambal ikan kembung😋
Bahan2:
Ikan kembung(goreng dulu)
Cili kisar
Bawang putih,merah
Kicap manis
Cili sos
Asam keping
Gula
Garam
Bawang holand
Cara masak:
Tumis bawang putih, merah(sampai naik bau)masukkan cili kisar korang agak2 laa ikan tu banyak mana,masuk air sikit,kacau2 masuk pulak asam keping,kicap,sos..last sekali gula garam haa siap gu plak dengan nasi panas2 aummmm😬
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,Dapatkan stok makanan sejuk beku dan barang-barang runcit yang lain di PFF. Servis penghantaran percuma dengan setiap pembelian RM200 ke atas. Borang...
「ikan kembung sambal merah」的推薦目錄:
- 關於ikan kembung sambal merah 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
- 關於ikan kembung sambal merah 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於ikan kembung sambal merah 在 Professor Chef Zam Facebook 的最讚貼文
- 關於ikan kembung sambal merah 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳貼文
- 關於ikan kembung sambal merah 在 Annur Syuhadah Youtube 的最佳解答
- 關於ikan kembung sambal merah 在 Ikan kembung sambal balado yang membawa nikmat - YouTube 的評價
ikan kembung sambal merah 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
Sape suka mee pangkor..org lumut confirm taw menu ni
Bahan A
1. laksa mee
Bahan B ( sup ketam/sup udang lipan/sup ikan)
Terpulang pd citarasa masing2...
Untuk sup
1.ikan kembung
2.daun sup
3.bawang putih
4.bawang merah
Bahan C
sayur
1.kacang panjang
2.bawang putih
Bahan D
Udang
Untuk sambal
Cili giling
Bawang merah
Bawang putih
Belacan yg dibakar
Asam keping
Cara-cara Memasaknya:
Membuat kuah
Ikan kembung rebus bersama asam keping dan garam..angkat ikan perisi ambil isi ikan..(kdg2 terpulang ada yg letak seko ikan yg dipotong dua..)dah letak semula dalam rebusan td.
Bahan yg tumis darat td masukkan..dan masuk daun sup.letak garam dan gula sikit. Siap kuah ala2 sup Ikan kembung
Panaskan minyak (tumis darat)
Masukkan bawang Putih yg diketuk dan bawang merah dihiris halus tumis sehingga garing (masukkan dlm kuah sup)
Membuat sayur
Kacang pjg potong halus
Panaskan minyak(minyak sikit je)
Masukkan bawang putih yg diketuk (ada org buh lobak masin..)sy juz buh garam sedikit..
Goreng sekejap je.jgn sampai kacang pjg layu..
Membuat sambal
Panaskan minyak
Masukkan cili yg dah blend
Goreng sehingga garing ,masuk bawang putih yg dibelah dua..(sambal hampir masak lenyek bawang putih yg dibelah td utk aroma bertambah naik baunye) masuk sedikit belacan yg dibakar td.masuk asam keping..dan Cili dah hampir masak masuk isi udang...Masukkan garam ,gula dan secukup rasa.
Rebus mee seperti biasa dan hidangkan
credit : Lina Alias
ikan kembung sambal merah 在 Professor Chef Zam Facebook 的最讚貼文
Laksa Terengganu ada 2 jenis kuah: kuih merah/kuah masak & satu lagi kuah putih/kuah mentah. Dua-dua guna isi ikan selayang/ikan sardin yang dipanggang kerana rasanya yang ‘manis’ & sedap. Laksanya pulak laksa beras, bukan berangan pakai spaghetti bagai, pastu kuah letak pulak ikan kering + hidang dgn sambal belacan, bunga kantan, kubis jeruk segala. Sooooo confusing!🤣🤪
Lantak la sorang umat negeri selatan tu yg fefeeling dia ‘berbangsa kayangan’. Tak mati pun makan laksa bukan berkuahkan isi ikan parang & tenggiri bagai. Kalau pandai buat, pakai ikan puyu yang halau polong air pun sedap, kan? 🙄🙄😂😂👨🍳🔥🌶
Laksa Terengganu Kuah Putih
2 kg Laksa Beras (laksa chap)
Kuah:
8 ekor @ 800g ikan selayang/ ikan kembung- dipanggang & diambil isinya
2 sudu kecil lada hitam
½ inci halia
5 ulas bawang merah
sedikit belacan bakar
3 cawan santan pekat
3 biji limau nipis
sedikit garam dan gula
Kaedah Membuat Kuah:
1. Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam hingga lumat.
2. Masukkan semua bahan yang ditumbuk ke dalam santan bersama garam secukup rasa. Perisakan secukupnya dengan jus limau nipis.
Ulam:
Daun kesum secukupnya dimayang halus
Kacang panjang secukupnya dimayang
Kobis diracik halus
Timun dimayang
Daun Kemangi- dihiris halus
Selasih- di hiris halus
Bunga Kantan- dihiris halus
Taugeh - buang ekor
10 biji limau kasturi-belah 2
Sambal Belacan:
4 tangkai cili merah
4 biji cili padi merah
sedikit belacan-di bakar
sedikit gula
2 biji limau kasturi
Kaedah:
1. Belacan di bakar sebentar, tumbuk cili merah, cili padi, belacan bersama sedikit gula. Setelah lumat perahkan jus limau kasturi.
2. Gaul sebati dan bolehlah di hidangkan bersama laksa tadi.
#resipiChefZam #instafood #foodstagram #laksaTerengganu #makan #food #ChefZam #ricenoodles
ikan kembung sambal merah 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳貼文
Dapatkan stok makanan sejuk beku dan barang-barang runcit yang lain di PFF. Servis penghantaran percuma dengan setiap pembelian RM200 ke atas.
Borang tempahan PFF » https://bit.ly/2VUKSH9
Nasi Kerabu bukan sahaja terkenal di Kelantan, malah menjadi salah satu makanan yang popular di semua tempat pada waktu bulan puasa. Antara kelebihan nasi kerabu ini adalah salah satu makanan yang mempunyai pelbagai tambahan lauk-pauk untuk digandingkan bersama. Hari ini Imran nak share resipi lengkap untuk memasak Nasi Kerabu bersama lauk Daging Kunyit.
Bahan-bahan untuk Kerabu Sayur:-
? Kacang Panjang
? Kobis
? Bunga Kantan
Cara-caranya:-
Hiris semua sayur dengan halus.
Gaulkan dengan sebati.
Bahan-bahan untuk Kuah Tumis:-
? Cili Kering 10-15 tangkai
? Bawang Kecil 10 ulas
? Bawang Putih 5 ulas
? Budu
? Air
? Serai 1 ulas
? Gula Melaka
? Santan 1 cawan
Cara-caranya:-
Kisar cili kering, bawang putih dan bawang kecil sehingga halus.
Tumis semua bahan kisar bersama budu.
Masukkan serai yang sudah dititik dan tambahkan gula merah.
Tambahkan santan dan kacau sebati. Tunggu sehingga kuah tumis pecah minyak dan masak.
Bahan-bahan untuk Nasi Kerabu:-
? Beras 600 gram
? Daun Limau Purut 3 helai
? Serai
? Pewarna Biru
? Garam
? Air 1 liter
Cara-caranya:-
Masukkan beras yang telah dibasuh bersih dan tambahkan air secukupnya.
Masukkan daun limau purut dan serai. Tambah sedikit pewarna biru.
Akhir sekali, tambah garam secukup rasa.
Bahan-bahan untuk Serunding Kelapa:-
? Kelapa Parut 1 biji
? Ikan Kembung
? Halia
? Bawang Kecil
? Serai
? Garam 1 sudu kecil
? Gula 3 sudu besar
? Cili Api 2 biji
Cara-caranya:-
Masak kelapa parut dengan api perlahan. Tambahkan sedikit halia, bawang kecil dan serai.
Masukkan ikan kembung yang sudah direbus dan dicarik isinya.
Kacau sebati sehingga semua ramuan bertukar ke warna keperangan.
Tambahkan gula, garam dan cili api. Gaul sehingga semuanya masak.
Bahan-bahan untuk Daging Kunyit:-
? Daging Lembu
? Serbuk Kunyit 1 sudu besar
? Bawang Holland 2 biji
? Bawang Putih 2 ulas
? Kacang Panjang
? Lobak Merah 1 biji
? Garam
Cara-caranya:-
Lumurkan daging yang telah dipotong bersama serbuk kunyit. Masak daging sehingga lembut.
Masukkan bawang putih dan bawang holland. Tambahkan lobak merah dan kacang panjang. Masak dengan sebati.
Tambahkan sedikit garam dan tunggu sehingga daging masak.
Facebook : https://www.facebook.com/Pfffrozen/
Instagram : https://www.instagram.com/panglimapff/
Panglima Frozen Food atau lebih dikenali sebagai PFF merupakan pemborong dan peruncit untuk makanan sejuk beku. Terdapat pelbagai jenis makanan laut dan sumber protein berkualiti tinggi dijual disana. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PFF menyediakan perkhidmatan penghantaran ke tempat-tempat berdekatan. Tempah barangan anda bersama PFF sekarang.
?Lokasi » Panglima Frozen Food
No 137G & 139G, Jalan Permata 1/KS09 Pusat Perniagaan Bandar Bestari, Taman Perindustrian Air Hitam, Selangor 42000 Klang
☎️ 018-220 8855
⏰ Waktu Operasi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan » Isnin hingga Sabtu - 9 pagi hingga 5 petang
Ahad - 9 pagi hingga 1.30 petang
Teruskan menyokong Youtube Channel Destinasi TV! Jangan lupa untuk subscribe dan like video kami. Terima kasih kerana menonton dan jumpa di episod akan datang..
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/ngRwHSk7DEI/hqdefault.jpg)
ikan kembung sambal merah 在 Annur Syuhadah Youtube 的最佳解答
Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort 2019 | Berlayar menaiki bot merentas tasik sementara menunggu waktu berbuka menjadi tarikan unik yang terdapat menerusi pakej bufet berbuka puasa sempena Ramadhan tahun ini di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) dengan tema 'Gerbang Iftar Nusantara'

Sajian bertemakan citarasa masakan nusantara dengan campuran beberapa menu istimewa ketimuran seperti nasi mendi dan kabsah turut menjadi daya penarik bebrbuka puasa di sini sewaktu menjamah juadah di kala senja berlatarkan pemandangan Tasik Bukit Merah yang terbentang seluas 7000 ekar.

Beberapa gerai dihias cantik memudahkan pengunjung memilih juadah kesukaan selain menjadi penyeri bahagian ruang legar menghadap tasik berhampiran Le' Lac Cafe, disulami dengan alunan muzik akustik yang dimainkan pada setiap hari Rabu, Jumaat serta hujung minggu pastinya menggamit suasana berbuka puasa menjadi lebih syahdu.

Kambing bakar yang menjadi antara menu wajib tatkala berbuka di hotel turut dihidangkan selain ayam golek dan beberapa menu santapan nusantara seperti kari kambingg berkentang, bawal hitam goreng berempah, sambal sotong, rendang daging, daging tetel masak mamak, gulai udang dengan pisang muda dan sebagainya.
Eksekutif Chef BMLR, Noorul Qamar Mohd Noor, berkata sebanyak lima set menu yang bakal bersilih ganti mengikut hari disajikan pada tahun ini.

Ini meliputi sehingga 50 jenis hidangan termasuk sajian makanan barat seperti spaghetti, bebola daging, pai shepherd, pasta fusili bakar, serta makaroni ayam tumis dengan sos keju berserta tomato.

Katanya, hidangan lain seperti laksa Sarawak, roti John, murtabak, kambing serta ayam cincang Bamia, sup berempah serta cendawan, ikan kembung serta pari bakar, mi udang, roti prata, bubur nasi, cucur bergoreng, pencuci mulut yang turut disertakan dengan pelbagai jenis kerabu, salad, dan ulam-ulaman turut menjadikan juadah berbuka di sini lebih meriah.
"Menu yang bersilih ganti pada setiap hari bertujuan meraikan kepelbagaian citarasa pengunjung di mana mereka dapat menempah pada hari tertentu yang bertepatan dengan menu kesukaan mereka sepertimana dihebahkan melalui edaran flyers, banner, media sosial, dan sebagainya."
"Kita turut menawarkan promosi pemberian satu baucer percuma untuk setiap 10 tempahan berbayar selain berbesar hati menjadi perantara kepada mana-mana pihak yang berkeinginan menaja anak-anak yatim dan fakir miskin untuk merasai pengalaman berbuka puasa dengan juadah di sini." ujarnya.
Menariknya, pakej bufet berbuka puasa di Bukit Merah Laketown Resort ini benar-benar memberikan 'feel' sajian nusantara dengan memberikan pilihan tempat duduk secara tradisi dan membuatkan kita rasa dekat dengan kampung sendiri. Selain makan secara formal di atas meja, pengunjung boleh memilih untuk makan secara bersila di beberapa runagan khas yang disediakan.

Dengan kadar RM 45 bagi dewasa serta RM 35 untuk kanak-kanak, warga emas, dan Orang Kelainan Upaya (OKU), pengunjung pastinya berpuas hati ditambah pula dengan perkhidmatan pelayaran tasik menaiki bot secara percuma bagi 60 penumpang terawal setiap hari melalui dua sesi pelayaran masing-masing pada jam 6.15 serta 6.45 petang.

Bagaimanapun, perkhidmatan pelayaran tasik itu juga bergantung kepada paras air Tasik Bukit Merah yang menjadi nadi pengairan bagi daerah Kerian serta sebahagian daerah Larut Matang dan Selama memandangkan bot hanya boleh bergerak apabila paras air berada pada paras air tertentu.
Bagi pengunjung yang ingin menghidupkan malam di bulan Ramadhan, usah bimbang kerana solat tarawih secara berjamaah juga akan didirikan di surau yang terletak tidak jauh dari lokasi bufet.
Sementara itu, promosi istimewa turut ditawarkan untuk pembelian awal pada harga serendah RM 35 bagi dewasa dan RM 25 kanak-kanak, warga emas, serta OKU untuk pembelian yang telahpun bermula, iaitu dari 1 April - 30 April 2019.
Pakej penginapan juga ditawarkan pada harga serendah RM105 untuk bilik biasa di Laketown Hotel dan RM 175 untuk bilik studio Kampung Air bermula 6 Mei - 31 Mei 2019 dengan disertakan bersama satu baucer bufet berbuka puasa untuk seorang.
Gerbang Iftar Nusantara
Pakej Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort
Bukit Merah Laketown Resort
Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
http://www.bukitmerahresort.com.my
Hubungi :
+605 - 890 8888
+605 - 890 8000 (fax)
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/t0W2wNWYuns/hqdefault.jpg)
ikan kembung sambal merah 在 Ikan kembung sambal balado yang membawa nikmat - YouTube 的推薦與評價
ikankembungsambalbalado #resepikanbalado #indoculinairehunterKali ini saya memasak ikan kembung sambal balado yang membawa nikmat, ... ... <看更多>