Mendengar murid autisme boleh kenal nama saya dan panggil Cikgu Adila merupakan satu kepuasan kepada saya sebagai seorang pendidik.
Saya mengajar di sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan mempunyai seramai 35 orang murid autisme. Di sekolah, murid autisme berkongsi padang, kantin, bangunan belajar dan program bersama murid arus perdana. Malah murid autisme dan murid arus perdana diletakkan sekali dalam satu rumah sukan yang sama. ‘Paling seronok bila Hari Sukan. Murid arus perdana akan bersorak bagi semangat rakan-rakan mereka (murid autisme) sebagai satu pasukan. Mereka nak rumah sukan mereka menang’.
Berbanding murid arus perdana yang mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), murid autisme atau murid keperluan pendidikan khas (MBK) akan mengambil Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR). Instrumen PASR dibina berdasarkan KSSR PK Tahap 2 sahaja, dan terdiri daripada instrumen ProKhas 1 dan ProKhas 2. Antara komponen yang ditawarkan adalah penternakan, jahitan, masakan dan perkebunan.
Sebelum negara dilanda COVID-19, banyak aktiviti-aktiviti khusus dijalankan oleh pihak sekolah seperti program bowling, menonton wayang, bergaul dengan orang ramai. Ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada murid autisme agar tidak takut dengan dunia luar dan melatih kemahiran mereka.
Memasuki aliran sekolah yang betul dari awal amat penting bagi murid autisme. ‘Jika ibu bapa sudah mengetahui anak mereka mereka adalah autisme, ‘early intervention’ seawal yang mungkin.’ Early intervention membantu perkembangan kanak-kanak autisme terutamanya dalam perkara-perkara asas. Ini memudahkan mereka apabila memasuki alam persekolahan kelak.
Apabila murid autisme sudah pandai duduk dengan baik diatas kerusi, pandai melukis, boleh tulis nama sendiri malah ke tandas sendiri, itu merupakan satu pencapaian yang kami sebagai guru sangat bangga. ‘Sewaktu Hari Guru, guru pendidikan khas paling kurang dapat hadiah, tetapi sebenarnya itu bukan ukuran kami. Melihat anak-anak pendidikan khas berupaya menguruskan mereka sendiri adalah hadiah terbaik’.
Malah sempena bulan Autisme, pihak sekolah banyak menganjurkan program melibatkan murid arus perdana juga. Program seperti melukis poster, melukis baju t, tayangan video, pameran dan kuiz. Ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan didikan sejak awal kepada murid arus perdana agar menerima rakan-rakan mereka yang kelainan upaya ini. Program ini berkesan kerana ada murid autisme dan murid arus perdana menjadi rakan baik sehingga bermain bersama di padang dan makan bersama di kantin.
#AutismAwarenessMonth
#BulanAutisme
integrasi adalah 在 Ainie Haziqah Facebook 的最佳解答
‘Saya agak sedih dengan gambaran masyarakat luar terhadap autisme.’ Itulah luahan hati Puan Ainul Munirah seorang ibu yang mempunyai anak autisme, Aez Noah.
Puan Ainul mengetahui Aez mengidap autisme sewaktu anaknya berumur dua tahun lebih. Antara simptom yang beliau sedar adalah Aez mengalami ‘speech delay’ dan tiada ‘social skills’. Aez kelihatan normal seperti kanak-kanak yang lain cuma orang luar boleh tahu ada sesuatu yang tidak kena daripada segi pergaulan. Aez tidak memberikan sebang respon apabila ditanya.
Kerana inginkan yang terbaik buat anaknya, Aez telah dihantar ke pusat terapi seawal dua tahun dan sekarang bersekolah di sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Shah Alam. PPKI adalah sebuah sekolah kerajaan yang bertujuan untuk murid berkeperluan pendidikan Khas (MBK) berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang releven dan sesuai.
Apabila ditanya, apakah cabaran yang beliau hadapi? Puan Munirah berpendapat adalah untuk mendapatkan keperluan sekolah kerana sekolah pendidikan khas ini selalunya jauh dan memerlukan kos yang tinggi. Namun Puan Munirah bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong dan memahami apa itu autisme. Puan Munirah mempunyai pekerjaan sendiri dan masa yang fleksibel jadi lebih mudah untuk beliau mengurus keluarga terutamanya Aez Noah. Namun cabaran terbesar adalah untuk Aez bergaul dengan orang luar kerana beliau mempunyai masalah untuk didekati dan tiada komunikasi dua hala.
Bagi Puan Munirah, media sosial sangat berperanan dalam memberi kesedaran dan pendidikan kepada orang ramai tentang apa itu autisme. Bulan April merupakan bulan kesedaran Autisme, jadi banyak kempen yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan, swasta dan NGO. Seperti yang Puan Munirah sendiri ungkapkan ‘Autisme is not as bad as people thought’.
‘Kepada semua ibu bapa diluar sana yang mempunyai anak autisme, jangan mengalah kerana kanak-kanak autisme adalah sama seperti kanak-kanak yang normal. Sepanjang perjalanan ini kita akan belajar banyak perkara. Teruatamanya daripada anak autisme kita sendiri sebab kita akan nampak benda yang orang lain tak nampak.’
‘So enjoy the journey’ itulah pesanan terakhir Puan Munirah mengakhiri perbualan ini.
#AutismMonth
#AutismAwareness
#Autisme
integrasi adalah 在 Mohd Asri Facebook 的最佳解答
Petang ini kita teruskan lagi membuat ulang kaji bersama-sama untuk memantapkan ilmu yang telah dipelajari sebelum ini. Sesi petang ini adalah untuk melihat bagaimana kita aplikasikan ilmu yang telah dipelajari dalam pasaran sebenar.
Ingat!! Pelaburan adalah tanggungjawab diri kita sendiri. Bukan orang lain.
Tahniah dan terima kasih kepada para alumni yang komited mengikuti sesi ini. Kutipan bagi sesi amal kali ini akan digunakan untuk membantu menyiapkan pembinaan bangunan tambahan Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz.
Kita mungkin tak mampu untuk membina dan menguruskan sebuah maahad tahfiz tetapi kita boleh memberikan bantuan untuk memudahkan urusan mereka. Semoga Allah sahajalah yang memberikan balasan yang setimpal dengan sumbangan yang diberikan.
Semoga sesi ini memberikan manfaat kepada semua. Hari Sabtu kita jumpa dalam sesi Power Talk 3.0.
Sumbangan ke Madrasah Tahfiz Madinatul Huffaz boleh terus disalurkan melalui link ini :-
https://tahfizmadinatulhuffaz.com/v3/donations/pembangunanfasa2/
'Sah, Selamat, Mudah, Patuh Syariah'
'Dengan Allah semakin taat, dengan manusia memberikan manfaat'
#AlumniTheProtege
#SahamIsCool
#MTIMadinatulHuffaz