Tindakan pantas dari Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) menahan empat individu yang bukan sahaja membelasah pekerja tetapi pada masa yang sama menghina agama Islam wajar dipuji.
Apabila saya mendapat berita ini, saya juga merasa geram dan marah akan kata-kata yang diungkapkan majikan andai apa yang ditulis di dalam laporan polis itu adalah benar. Secara peribadi, saya ada beberapa komen tentang perkara seperti ini;
1. Ini bukan kes pertama dan InshaAllah bukan yang terakhir.
2. Saya tidak terkejut dengan kata-kata yang diungkapkan kerana saya sendiri pernah melaluinya dan ramai muallaf juga menceritakan kepada saya pengalaman mereka berdepan majikan yang Islamophobia.
3. Saya sering menyeru agar masyarakat tidak mengambil tindakan sendiri dengan membelakangkan undang-undang negara walaupun kita marah dan geram.
4. Saya percaya ramai lagi yang pernah melalui situasi seperti ini tetapi tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana tidak mahu menanggung risiko dibuang kerja atau takut akan keselamatan diri dan ahli keluarga mereka.
5. Persoalan yang bermain di fikiran masyarakat adalah setelah 63 tahun kemerdekaan dan hidup bersama, kenapa masih ada lagi individu yang bersikap Islamophobia sedangkan selama ini mereka hidup aman & menjadi kaya di Malaysia sambil dikelilingi majoriti Muslim? Di manakah silapnya? Silap sistem pendidikan atau kelemahan penguatkuasaan atau budaya rasuah atau kelemahan ahli politik Muslim yang sibuk berebut kuasa?
6. Sesuatu yang menarik perhatian adalah sehingga kini (waktu posting ini dibuat), saya masih belum nampak sebarang respon dari SUHAKAM (Human Rights Commission of Malaysia) atau MCCBCHST atau para pejuang hak asasi manusia pasla isu ini. Mereka laju bersuara apabila terhadap Muslim & Islam tetapi berdiam diri atau lambat memberikan respon apabila melibatkan Muslim & Islam. Apakah hak asasi manusia itu tidak terpakai untuk Muslim?
7. Saya setuju dengan kenyataan PDRM bahawa ini bukan isu perkauman walaupun majikan mereka adalah berbangsa Cina dan pekerja berbangsa Melayu kerana terdapat juga Cina beragama Islam dan Melayu murtad dan Melayu munafik di sisi kita. Ianya adalah sikap individu yang Islamophobic!
8. Sebagaimana kes Adib dulu bukannya isu perkauman tetapi sikap ekstrim sesetengah kumpulan sehingga seorang seorang penjawat awam terbunuh yang diakibatkan oleh sesetengah kumpulan yang membelakangkan undang-undang negara dengan membina rumah ibadat di tanah orang lain SECARA HARAM! Bukan satu dua tetapi menurut Timb Menteri WP, setakat di Wilayah Persekutuan sahaja ada 115 rumah ibadah dibina secara HARAM - https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1952230#.YHbXW8Jw1_Y.facebook
9. Solusinya adalah agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas individu dan kumpulan seperti ini agar keharmonian negara terjaga dan tidak dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka.
10. Fahami dan amalkan Rukun Negara yang ketiga & keempat iaitu KELUHURAN PERLEMBAGAAN & KEDAULATAN UNDANG-UNDANG agar Malaysia kekal aman dan harmoni.
https://selangorkini.my/2021/04/belasah-pekerja-kerana-puasa-polis-tahan-empat-individu/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter&fbclid=IwAR2_gZiKIhO6fJ2-Fxld5UVFWcZN-BK-1lK1NZT5JwnaA27kb1eZGzv2RXg
「isu penjawat awam」的推薦目錄:
isu penjawat awam 在 Facebook 的最讚貼文
Teori konspirasi dipercayai oleh orang bodoh?
Copy/paste dari : http://suhaimiramly.wordpress.com
Sebelum saya mula, biar saya tekankan pendapat saya supaya para pembaca jelas di mana duduknya saya. Ini pendapat saya:
ORANG YANG CIPTA TEORI KONSPIRASI ADALAH PENIPU DAN ORANG YANG PERCAYA TEORI KONSPIRASI ADALAH BODOH.
Itu pendirian saya. Saya tak bersifat apologetik dengan pendapat saya yang tegas ini. Saya takkan “buka minda”, “celikkan mata” atau “pandang dengan mata hati” atau apa-apa lagi euphemism yang anda gunakan yang bermaksud “percaya kepada teori konspirasi”.
Agama Islam yang saya anuti adalah agama ilmu, bukan agama dengar-dengar, agama khabar angin, dan agama “maksud tersirat”. Setiap yang betul adalah jelas, tak perlu disokong dengan teori konspirasi yang gila dan jahil.
Sama ada anda percaya 9/11 dirancang oleh CIA/FBI/Mossad, atau percaya bahawa tsunami dibuat oleh Amerika menggunakan HAARP, atau percaya dunia ditadbir oleh Illuminati dan Freemason, semua teori konspirasi adalah bertentangan dengan bukti sebenar.
Siapa yang mengaku percaya teori konspirasi, anda bermasalah. Jangan pandai-pandai tuduh orang lain termakan dakyah Yahudi kononnya. Tak ada pun dakyah yahudi. Anda yang saja reka-reka benda ini dalam otak anda.
Kenapa kena percaya teori konspirasi? Kita percaya teori konspirasi kerana kita lemah. Kita percaya teori konspirasi kerana dalam hati sanubari kita ingin “percaya” pada sesuatu, walau benda itu karut sekalipun. Kita nak percaya bahawa wujudnya satu “big picture” di dunia ini, dan jika big picture itu kehilangan bibit-bibit tertentu, kita mahu isikan lubang-lubang itu dengan naratif kita sendiri (ini adalah motivation orang mencipta teori konspirasi)
Orang kuat tak perlu teori konspirasi. Orang Yahudi yang menguasai politik dan kuasa ketenteraan di Middle East tak perlu sebar-sebarkan teori konspirasi yang pelik-pelik untuk santapan rakyat meraka. Orang Arab yang lemah dan berpecah belah yang sibuk menyalahkan yahudi untuk semua kekurangan mereka.
Rokok? salah yahudi. Bukan salah budaya arab yang ketagih khat dan tembakau. TV? salah yahudi lagi. Bukan salah orang arab yang suka berhibur dan suka kepada rancangan hiburan barat yang bermutu tinggi (berbanding rancangan tempatan mereka). Pendek kata, semua salah yahudi, sehingga Pokemon pun adalah senjata yahudi menyerang akidah umat Islam. Di dalam kegilaan menyalahkan yahudi ini, tak ada kah yang fikir bahawa kehinaan dan kekalahan orang Islam adalah kerana diri mereka sendiri?
Itu cerita timur tengah. Di negaraku ini, yang tak pernah ada kaitan dengan yahudi pun, semua kita salahkan yahudi. “Eh Bal, kau tak tahu ke yahudi ada di mana-mana? sehingga dalam kerajaan malaysia pon banyak spy yahudi.” Ini lah fikiran mereka. Suka sangat reka hantu yahudi dalam otak mereka sampai kalau jadi masalah di ceruk kampung di pedalaman Kedah pun itu Yahudi punya salah. Lepas tu macam-macam teori dibuat — semuanya tanpa bukti yang sahih, cuma cerita-cerita orang sahaja.
Dulu saya dengar pelbagai teori konspirasi. Maaf, dari keluarga saya sendiri pun ada pelbagai cerita karut yang saya dengar. Seorang ahli keluarga saya pernah cakap, Tun Dr M adalah Freemason tahap ke-33 (tahap paling tinggi) sebab itu dia tak perlu takut kena assassinate walaupun lantang mengkritik Barat. Hahaha…apa lagi lepas ni? Pak Lah ahli Illuminati? Dato Seri Najib ahli New World Order? Kah kah kah, aktif sungguh imaginasi mereka.
Penyakit yang banyak menghinggapi geng-geng ini ialah kecenderungan mencari benda-benda yang “tersirat”. Di Amerika, mereka lah yang membawa cerita karut bahawa piramid dan mata yang terdapat di matawang US dollar adalah bukti Illuminati mengkontrol ekonomi dunia.
Antara orang bijak yang pandai mengambil peluang ke atas geng-geng konspirasi ini ialah Dan Brown, penulis novel yang banyak menggunakan elemen-elemen teori konspirasi dalam novelnya. Terus dia jadi jutawan, sebab geng-geng konspirasi ni pakat beli buku dia, kononnya nak tahu pasal konspirasi di Vatican, Paris dan Washington (ya, saya juga baca ketiga-tiga buku tersebut, cerita nya macam sampah, buang duit sahaja beli. Kalau anda mahu cerita teori konspirasi yang lebih intelek, cuba baca buku Foucault’s Pendulum karangan Umberto Eco).
Di Malaysia golongan “tersirat” ini juga ramai. Dalam semua benda, mereka nampak agenda yahudi atau anti-Islam. Dalam pokemon ada yahudi. Dalam colgate ada yahudi. Sudahlah ini menunjukkan kejahilan mereka terhadap dunia, tetapi juga menunjukkan kejahilan terhadap agama juga. Agama tidak mengajar merekacipta benda-benda karut kemudian berkata bahawa ini semua benda “tersirat” yang kami sahaja nampak kerana kami ada “pencerahan”.
****
Kenapa saya sibuk sangat dengan benda-benda konspirasi ni? “Biarlah orang nak percaya apa-apa pun, yang kau sibuk kenapa?”
Hehe…biar saya ceritakan kenapa saya kisah. Sebabnya mudah sahaja. Virus ini dah menular ke kalangan orang muda, terutama yang berpendidikan. Saya tak kisah kalau orang tua di kampung-kampung percaya bahawa Mahathir adalah agen Yahudi, atau pelajar-pelajar institut vokasional percaya bahawa ekonomi dunia dipegang oleh sekumpulan manusia sulit yang menyembah Iblis, semua itu saya tak kisah.
Yang saya kisah, budak2 universiti, budak2 yang belajar oversea, pekerja2 professional, bakal2 pemimpin, para pensyarah dan profesor, pun percaya kepada konspirasi-konspirasi yang karut. Luluh hati saya bila menerima email-email forward berisi teori konspirasi karut oleh eksekutif Petronas, oleh penjawat tinggi kerajaan, oleh pensyarah-pensyarah IPT, oleh pelajar-pelajar luar negara. Kalau golongan ini pun percaya kepada perkara karut, apa lagi harapan yang kita ada dengan rakyat jelata.
Jangan anggap anda mendapat “pencahayaan” atau bijaksana atau bermata hati atau berkebolehan melihat yang tersirat, kalau anda cuma mereka cipta benda yang tak wujud.
Jangan bersorok di sebalik nama agama, gunakan hadis dan ayat-ayat yang tak jelas kaitannya dengan teori konspirasi anda. Jangan pandai-pandai tuduh orang lain tidak nampak yang tersirat kalau kami tak mahu percaya karut-karut rekaan anda.
Maaf kerana saya agak keras, tapi saya tak akan berganjak. Tolong jangan percaya lagi teori konspirasi. Jangan sebarkan teori konspirasi melalui email dan usrah anda. Periksa asal usul sesuatu dengan sumber yang sahih, bukan melalui mat-mat dan minah-minah konspirasi yang lain. Buka mata anda.
Jangan percaya sesuatu hanya sebab yang cerita itu ustaz, atau abang usrah atau naqibah atau anda baca dalam buku sekalipun. Dulu saya banyak baca buku-buku mengarut, terutamanya buku mengenai dajjal. Dulu pada tahun 1990an, ada “ularmak” yang mempunyai ijazah syariah, mengatakan bahawa Dajal itu adalah USSR kerana gah nya empayar USSR dan kecanggihan teknologi mereka.
Ini bukan calang-calang buku, buku ini dijual di toko-toko buku Islamic dan dihebahkan di ceramah-ceramah agama. “Dajjal sudah muncul,” kata mereka, sambil memberikan berpuluh-puluh “bukti” bahawa dajjal itu adalah USSR. Ada “bukti” yang berbunyi sebegini: di hadapan pesawat-pesawat perang USSR, ada tertulis KFR. Ini bermakna KaFiR. Dan Dajjal punya muka ada tanda yang menyatakan Dajjal itu Kafir. Jadi USSR adalah Dajjal. Hahahaha…mengarut bukan? Tak ke sakit hati baca? Cuba bayangkan 50 “bukti” sedemikian dikumpul dalam satu buku. Buku itu layak dibakulsampahkan sahaja, walaupun ditulis oleh seorang yang bergelar ulamak.
Sekarang ni bila USSR dah pecah, apa sudah jadi dengan dajjal anda? Dajjal duduk di Moscow ka, atau di St Petersburg? Atau dah guna passport Belarus atau Ukraine? Dajjal dah tukar kerakyatan jadi People’s Republic of China ka? Atau Dajjal sudah jadi American citizen? Kalau dajjal itu kuasa besar, ini lah kuasa-kuasa besar sekarang. Mana pegi bukti KFR atas kepada dajjal?
Saya hari tu terbaca di MPH (tolong lah malu sikit wahai pengurus MPH, kenapa kedai anda banyak tajuk karut? mana QC?) ada buku yang menghuraikan “bukti-bukti” bahawa dajjal itu adalah Satya Sai Baba. Kah kah kah, dulu USSR, la ni saibaba pulak jadi dajjal? Lepas ni siapa pulak? Amitab Bachchan?
Ini semua adalah kerja gila dan sia-sia mereka yang tiada kerja lain selain daripada mencari benda-benda yang “tersirat” sehinggakan kepercayaan karut mereka sudah sampai peringkat kepercayaan kartun. Sudah tentu di chapter pengenalan buku tersebut mereka menonjolkan bahawa merekalah yang mempunyai “mata hati” dan mempunyai ilham yang agung dan orang lain di luar sana adalah buta dan tak berkasyaf seperti mereka.
Merekalah yang paling bijaksana kerana berjaya menjumpai “bukti” dajal ialah sai baba. Yang peliknya buku ini sampai jadi bestseller. Wah, lucrative sungguh market buku teori konspirasi ni. Apsal saya pegi tulis buku matematik, lepas ni baik saya tulis buku “Obama adalah Dajjal”. Sure jadi bestseller.
Ini penyakit yang dialami ramai orang. Saya panggil self-aggrandizement. Seakan mereka lah yang memperolehi kebenaran agung, dan yang nampak akan benda-benda tersirat, sehingga benda karut pun mereka anggap benar. Seakan orang lain itu berkomplot untuk menolak kebenaran sejati dan berusaha menyoroknya dari pandangan awam. Mereka sahaja betul, orang lain sesat.
Yang “tersirat” ini semuanya karut sahaja. Untuk menjadi seorang yang terhormat anda kena jauh jauh dari benda karut. Ulama-ulama yang saya hormati di Malaysia, tak ada pun yang kaki konspirasi. Mereka menekankan peri pentingnya ilmu dan kebenaran. Segala yang diujar perlu mempunyai bukti kukuh. Ini disiplin ilmu. Atas dasar ini agama tertegak.
Agama ini mudah. Jangan disusahkan dan disimpul-mati kan dengan konspirasi yang bukan-bukan. Jangan cemar keindahan agama dengan huduhnya cerita-cerita karut yang anda lemparkan. Jangan kelirukan rakyat dengan cerita-cerita bangang dan basi mengenai illuminati, freemason dan sebagainya.
Saya tak kata freemason tak wujud, di KL dan Penang pun ada Freemason Lodge. Saya pernah masuk Mason Lodge di Boston. Saya pernah berkenalan beberapa orang Freemason, dan saya pernah lihat dengan mata kepala sendiri “secret handshake” mereka (tidak lagi secret, kerana dah banyak website menghuraikan ritual-ritual Mason di Internet. Tapi mereka cuba mengekalkan secret itu dengan mencipta handshake yang tersendiri di setiap lodge).
Jangan ingat anda sudah tahu mengenai Freemason kalau cuma baca buku-buku nukilan ustaz-ustaz Maggi mee atau Harun Yahya atau membaca buku Dan Brown sahaja. Cuba kaji cara ilmiah. Kalau anda kaji secara ilmiah, anda akan tertawa dengan kenyataan bahawa “Freemason menakluki dunia”.
Begitu juga dengan yahudi. Tiada sekumpulan yahudi di dalam bilik gelap yang berkomplot menguasai ekonomi dan politik dunia. Itu semua fantasi sahaja. Elders of Zion tak wujud. Yang ada cuma kerajaan Israel yang kelam kabut dengan politik mereka (seperti mana-mana negara di dunia). Itu lah insitusi yang paling berkuasa di dunia Yahudi, beserta dengan tentera dan intelligence agency mereka. Ya, saya faham tentera Yahudi dibiayai Amerika dan intelligence agency mereka hebat, tapi kalau mereka ni hebat sangat sampai menakluk dunia, takkan mereka boleh disepak keluar oleh Hezbullah pada tahun 2006? Mana pergi tokey-tokey Illuminati yang berkuasa itu?
Tolong jangan obses sangat dengan konspirasi yahudi ni, mereka ni sama juga macam kita. Saya tahu ramai percaya yahudi kontrol media melalui rupert murdoch, tapi ini bukan bermakna mereka mengkontrol dunia seperti diwarwarkan oleh mat-mat konspirasi ini.
Tahukah anda syarikat media Rupert Murdoch itu antara pemegang saham terbesarnya adalah orang Islam, seorang putera Saudi? Kenapa tak kata Fox News dalang konspirasi Islam?
Saya juga faham yahudi banyak memegang kuasa ekonomi. Saya tahu CEO Goldman Sachs adalah bekas pelajar yeshiva di New York. Saya tahu Alan Greenspan dan Ben Bernanke, Fed chairmen adalah yahudi kedua-duanya. Dan banyak firma Wall St dan Fortune 500 company yang CEOnya adalah yahudi. So what? Adakah mereka ini tiap2 bulan akan meeting di dalam bilik rahsia dan membincangkan cara menghancurkan umat islam melalui pokemon dan colgate?
Ini adalah karut semata-mata. Jangan biar fantasi mencemar pemikiran logik anda.
Orang yang bising menggebangkan konspirasi yahudi ni, adalah orang yang paling jahil mengenai negara Israel. Bagi mereka Israel adalah negara yang diduduki oleh monster berhidung besar dan bergigi taring dan kerja mereka sehari-hari ialah berfikir cara menghancurkan umat Islam.
Ini lah fantasi geng-geng konspirasi ini. Pernahkah mereka melawat Israel? Berapa rakyat Israel yang mereka pernah jumpa? Pernah kah mereka membaca akhbar Yediot ahronot atau Haaretz? Sudah tentu tidak, buat apa nak percaya propaganda yahudi kan. Yang mereka percaya apa yang mereka dengar-dengar dan baca-baca dari sumber yang entah sahih atau tidak. Jauh sekali membuat kajian mengenai Israel. Yang mereka tahu, Israel = mengkontrol dunia melalui kumpulan sulit.
Tolong lah saya merayu anda, cukuplah obses dengan Yahudi dan konspirasi menawan dunia oleh Yahudi ini. Cubalah sedar bahawa kelemahan kita adalah disebabkan kekurangan kita sendiri yang perlu dibaiki, bukannya disebabkan yahudi yang buat. Cuba usaha kuat, belajar rajin-rajin dan amal agama sungguh-sungguh, nescaya anda akan jadi kaum yang kuat lebih kuat daripada yahudi. Masa itu tak perlu teori konspirasi lagi.
Saya kelakar apabila mendengar orang Amerika pun kuat konspirasi. Dalam satu survey yang dijalankan oleh Pew Research Centre baru-baru ini, 12% orang Amerika percaya bahawa Obama adalah seorang Muslim. Ini juga karut. Obama ialah seorang pengikut Kristian dan berkali-kali telah menyatakan perkara itu secara umum. Bayangkan 20 juta orang masih percaya teori konspirasi itu. Superpower my ass.
(Ada tak orang islam yang masih percaya Obama itu seorang Islam? Jika ada sila basuh muka anda, anda sedang bermimpi dan masih dibuai imaginasi indah.)
Saya seorang realist. Saya percaya hukum alam ini sama dari dulu hingga sekarang. Dunia ini bukan dunia yang ideal, dunia ini dunia yang cacamarba. Human nature adalah sesuatu yang buruk, bukan elok. Saya bukanlah idealis yang percaya dunia ini hitam putih. Saya tahu dunia ini tempat yang teruk.
Tapi saya tak perlulah pujuk perasaan saya dengan mempercayai pelbagai jenis teori konspirasi untuk menyedapkan hati saya. Untuk saya percaya akan sesuatu, perlukan bukti yang kukuh. Saya tak percaya semata-mata kerana sentimen.
Sentimen saya adalah sebagai orang Islam. Saya INGIN sangat percaya orang Islam adalah baik-baik belaka. Saya INGIN sangat percaya orang Islam ni tak buat kerosakan yang besar. Kalau ikut sentimen dan emosi (dan fantasi) saya, memang orang Islam ni tak buat salah.
Tapi bukti sahih menunjukkan orang Islam yang buat 9/11. Yang merancang dan menjalankan rancangan itu adalah orang Islam. Bukti dah jelas dalam pelbagai dokumen dan rakaman yang telah didokumentasikan. Samada saya suka atau tidak, orang Islam yang buat 9/11 itu. Saya realist. Saya terima hakikat yang pahit.
Bukannya saya reka cerita yang menyedapkan hati: oohh, sebenarnya yang buat adalah yahudi, atau CIA atau FBI. Orang Islam ni cuma dijadikan kambing hitam supaya mereka boleh serang negara Islam. Ini adalah emosi dan sentimen semata-mata. Tak ada satu bukti pun bahawa 9/11 dibuat oleh CIA atau FBi, walaupun sentimen dan emosi anda INGIN percaya pada benda itu. Telan lah realiti walaupun pahit, wahai saudara Islamku sekalian. Jangan buat-buat pejam mata.
Ramai yang terpedaya dengan teori konspirasi kerana mereka dimain angan-angan dan fantasi bahawa orang Islam ni baik baik belaka, tak ada yang sanggup buat terrorist attack. Jadi mereka salahkan pihak yang lain. Siapa lagi kalau bukan yahudi. Sikit-sikit yahudi. Bila kita nak terima kelemahan kita sendiri.
Teori konspirasi ini banyak mudaratnya jika dibenarkan bermaharajalela dalam masyarakat. Sebab itu saya ambil pendirian tegas dalam isu ini. Siapa menyebarkan teori konspirasi adalah menipu. Yang percaya adalah bodoh. Simple saja. Pahit untuk ditelan tapi straightforward. Hidup saya aman, hati saya tenang, minda saya puas dengan pendirian saya ini. Tak ada contradiction antara worldview saya dan realiti sebenar. Mat-mat konspirasi ini, selalu berlaku percanggahan antara worldview mereka dan realiti sebenar dunia.
Sudahlah cari benda-benda tersirat. Tak perlulah setiap bentuk pangkah (X) atau tambah (+) dianggap konspirasi Nasrani kononnya. Nanti kepala jadi mereng kalau setiap masa nak pikir pasal benda ini. Tengok benda dalam-dalam nanti mata pijau. Bukan semua benda ada maksud tersirat. Most of the time, what you see is what you get.
Jangan terlalu paranoid. Paranoid ini penyakit mental. Orang pandai juga boleh paranoid yang bukan-bukan (contohnya, Unabomber seorang profesor matematik lulusan Harvard yang anti-kehidupan moden, yang telah membunuh mangsanya menggunakan pipe bomb untuk menegakkan manifestonya). Bukannya semua orang nak attack kita. Kita ni entah siapa-siapa pun, orang pun tak ambil kisah. Tak ada kerja yahudi nak gondol orang kat malaysia ni. Baik mereka pikir hal-hal middle east. Kita je syok sendiri konon yahudi ni sibuk pikir hal kita.
Sedangkan kita ni dalam radar yahudi, takde keluar signal langsung. Jangan paranoid lebih-lebih. Jangan perasan.
Teori konspirasi ni menyakitkan hati saya, jadi maaf kalau saya tulis penjang lebar isu ini dan saya ulang benda-benda yang saya pernah cakap sebelum ini. Anggap lah ini luahan hati saya yang lama berbuku.
Saya tulis ini tanpa ada niat buruk atas sesiapa. Saya tak mengharapkan kemusnahan sesiapa, kerosakan sesiapa, kehancuran sesiapa. Saya cuma nak tunjukkan kecelaruan logik di sesetengah pikiran manusia. Kalau ada bahasa kasar saya pakai, itu untuk emphasis sahaja. Saya tak minta maaf kalau hati anda terguris (padan muka), bagi saya lagi penting bercakap benar daripada menjaga hati orang. Saya cakap kasar sikit tapi saya tak mahu bermusuh dengan sesiapa, kalau anda terima baguslah, kalau tidak, sikit pun saya tak susah.
Tak perlu nak menjelaskan kepada saya teori konspirasi ni mungkin ada yang benar, mungkin ada kebarangkalian 0.001% ianya bukan direkacipta, etc etc. Saya faham itu semua. Saya ambil jalan yang tegas kerana secara umumnya teori konspirasi ini menggoyahkan masyakarat dan memomokkan pemikiran kita.
Alright, maka terburailah apa yang terbuku dihatiku ini, terima kasih atas kesabaran anda membaca sampai ke akhir.
OK, haters, bring it on
End Copy/paste.
Ulasan dari keretamayat: Woha!
isu penjawat awam 在 Papa Azri Facebook 的精選貼文
Mohon kerajaan Negeri Sarawak pertimbangkan luahan Guru Guru dari Semenanjung.
Ada isu yang melanda guru-guru semenanjung yang berkhidmat di Sarawak, sekarang Kerajaan Sarawak mewajibkan penjawat awam persekutuan buat ujian swab untuk masuk ke dalam negeri Sarawak jika terbang dari Semenanjung, tetapi untuk anak sarawak kerajaan Sarawak tanggung.
Isu ini sangat meresahkan penjawat awam dari semenanjung yg majoriti terdiri dari guru. Untuk makluman polisi ini hanya dibuat kerajaan Sarawak, sedangkan persekutuan tidak sebagai contoh apabila orang awam dari Sarawak masuk semenanjung tak perlu swab apa apa pun.
Kos swab sangat tinggi rm 150 seorang dan wajib dibuat dua kali Rm 150 x 2 = Rm 300, Jika ada 5 orang anak, suami isteri 2 = 7 orang Rm 1050
manakala Hotel kuarantin 14 hari : kos tanggung sendiri Rm 2100 seorang, total kos seorang semua dalam Rm 2500 k seorang, ini sangat tidak masuk akal dan membebankan, guru-guru di sarawak tidak balik ke semenanjung hampir 6 bulan hingga 12 bulan rata2 semuanya.
Sedangkan gaji guru disini lebih2 lagi yang baru bekerja anggaran 2k-3.5k, di luar kemampuan gaji guru2/polis/ dan kakitangan awam yang lain.
Jika kos swab sahaja dikenakan pun ianya sangat membebankan guru-guru dan tidak masuk akal. Sepatutnya ia percuma sahaja sama seperti di Semenanjung.
Tambahan lagi kerana kami berkhidmat di Sarawak untuk anak bangsa Malaysia, dan kami rakyat Malaysia. Kami sanggup berkhidmat di perantauan tetapi jaga lah kebajikan kami semua rakyat Malaysia di Sarawak. Kami merayu dan meminta tolong pihak kerajaan khususnya.
Kami guru2 semenanjung sangat terasa seolah olah kerjaan negeri Sarawak buat kami macam orang asing, macam kami negara lain
Saya dan kami semua guru merayu DS Ismail Sabri ambil tindakan yang segera kerana kami semua akan bercuti pada pertengahan bulan disember 2020 ini.
- Guru Sayang Sarawak
isu penjawat awam 在 Isu Gaji Penjawat Awam dibayar... - Jabatan Perkhidmatan ... 的推薦與評價
Isu Gaji Penjawat Awam dibayar 2 kali sebulan. ... Jabatan Perkhidmatan Awam, profile picture. Join. or. Log In. Jabatan Perkhidmatan Awam ... ... <看更多>
isu penjawat awam 在 PM Minta JPA-CUEPACS Bincang Isu Gaji Penjawat Awam ... 的推薦與評價
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terus berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam ... ... <看更多>