Wawancara Jejak Anak Kampung Menjadi Warga Global..Siri ke 7
Mohd Danial Madani (MDM)
Di samping membaca kisah kejayaan, kisah kegagalan juga mesti dipelajari oleh pembaca agar dapat belajar dari kesilapan. Jika boleh Datuk kongsikan 3 kegagalan yang dianggap besar sepanjang kehidupan Datuk dan kalaulah boleh berpatah balik ke zaman lampau apakah yang ingin dielak atau dilakukan bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB)
Kalau boleh, semua orang tidak mahu gagal dan kecundang. Namun, pengalaman hidup saya yang tidak seberapa ini tidak sunyi daripada kegagalan dan rebah tersungkur. Secara peribadi, saya kena terima kegagalan ini dengan reda dan semangat ingin bangun semula. Namun, kadang-kadang kegagalan saya disebabkan sebab yang salah dan sikap yang bodoh. Di situlah kekesalan saya yang amat sangat. Dalam buku saya "Saya ada 25 Jam Sehari : Cara Bijak Menjana lebih Masa", saya terangkan ada sebab baik untuk gagal dan ada sebab 'bodoh' untuk gagal. Ada perbezaan ketara antara dua sebab ini. Renung-renungkanlah.
Kegagalan saya disebabkan sebab yang 'bodoh' atau dalam bahasa Inggeris 'stupid mistake' banyak rupanya bila saya menoleh ke lipatan sejarah. Saya akan kongsikan sebahagian sahaja. Malu juga nak kongsi semuanya. Apabila saya membuat keputusan untuk membuka syarikat saya Amanie di Dubai pada tahun 2008 setelah beroperasi beberapa tahun di Kuala Lumpur sejak tahun 2005, saya melakukan kesalahan yang menikam jantung kewangan saya. Walaupun Dubai adalah dinamik dari segi peluang bisnes kerana kedudukannya yang strategik, saya melakukan kesalahan apabila takut untuk menzahirkan kekuatan syarikat saya iaitu Amanie Advisors sebagai syarikat perundingan Syariah antarabangsa. Sebaliknya, saya tubuhkan syarikat di Dubai atas nama Amanie Islamic Finance Learning Centre atau sebuah syarikat latihan walaupun fokus saya ialah khidmat rundingan Syariah.
Apakah yang mendorong saya berbuat demikian? Antara lain kenapa saya tidak mahu namakan syarikat saya sebagai syarikat rundingan kerana ingin menjaga hati syarikat-syarikat lain yang melakukan aktiviti bisnes yang sama di Dubai dan sebahagian mereka adalah rakan saya. Dalam bisnes, persaingan adalah perkara biasa dan bukannya negatif. Saya belum lagi menjadi insan korporat. Disebabkan kesalahan teknikal dan kepincangan strategi serta kelemahan diri yang jelas ini, saya tidak mempunyai sebarang pendapatan sepanjang dua tahun berada di Dubai. Kos operasi pula mahal sangat-sangat. Apatahlagi krisis kewangan dunia baru saja bermula pada Ogos 2008 iaitu selepas dua mingu saya menubuhkan syarikat saya di Dubai apabila Lehman Brothers hancur berkecai disebabkan kegagalan mereka dalam instrumen Credit Default Swaps (CDS). Dalam era krisis kewangan, bajet pertama yang akan dipotong ialah latihan.
Lapuran kewangan syarikat saya bewarna merah selama dua tahun. Kerugian. Satu dirham pendapatan pun tak ada. Sedih dan menyesal. Sesal dulu berpendapatan sesal kemudian tidak berguna. Pengajaran dalam kehidupan ialah kita kena pasti dan yakin apa yang kita hendak lakukan dan bukannya cuba memberi fokus kepada perkara sampingan. Dalam bisnes, mesti berani dan 'thick skin'. Saya mempunyai kulit yang nipis. Saya gagal. Alhamdulillah, saya gagal di permulaan perjalanan di mana ada masa dan ruang untuk pemulihan. Sekarang pejabat Amanie di Dubai adalah cukup berjaya dan mendapat anugerah tertinggi dari pemerintah Dubai dan Timbalan Presiden UAE DYMM Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum pada tahun 2015
Kegagalan kedua ialah saya mempunyai rakan kongsi yang tidak sehati dan sejiwa dan lebih teruk lagi tidak amanah dan mempunyai cara bekerja dan niat yang tidak profesional. Kalau boleh, semua orang tidak mahu mempunyai rakan kongsi yang semacam ini. Tapi dalam bisnes, kita perlu ada rakan kongsi untuk sinergi kepakaran, modal, hubungan, tempat dan geografi dan lain-lain. Cuma kita hanya boleh mengetahui 'warna' manusia apabila kita sudah bekerja bersama. Ini pengalaman saya yang perit. Kalau boleh saya tidak mahu ada rakan kongsi lagi dalam apa-apa aktiviti bisnes saya. Bolehkah kita melakukan bisnes tanpa ada rakan kongsi? Agak sukar. Sekarang saya kena melakukan 'due diligence' yang lebih lama dan rapi sebelum menerima jemputan untuk bersama dalam mana-mana aktiviti bisnes. Walaupun saya boleh buat semua penilitian ini, tetapi hati manusia siapa tahu. Itulah cabaran dalam bisnes dan juga kehidupan. Kena banyak berdoa supaya anda dihindarkan daripada manusia yang tidak jujur, tamak, pentingkan diri sendiri dan mempunyai muslihat dan niat untuk menipu dan mengambil peluang sejak hari pertama lagi anda bekerjasama. Saya boleh menulis satu buku hanya untuk tema ini di masa hadapan.
Kegagalan saya dalam kehidupan pula ialah saya seorang yang tidak tegas dalam pendirian saya. Di masa-masa lepas saya telah ditipu atau dikaburi dengan kata-kata manis walaupun hati kecil saya merasa sesuatu yang tidak kena. Senang sangat percaya cakap orang dan sukar untuk mengatakan "tidak". Dalam buku saya " Saya Ada 25 Jam Sehari", saya sebut bahawa keberanian untuk mengatakan "tidak" adalah permulaan untuk menjauhi kegagalan. Saya telah banyak kali tersungkur sebab terlalu percaya apa yang dibentangkan dan dicadangkan tanpa menyelidiki dan membuat 'due diligence' atau menolak apabila merasai "too good to be true" atau menimbulkan kesamaran. Sekarang, belajar dari kegagalan, saya akan berpendirian tegas apabila keadaan menuntut sedemikian. Semuanya mesti diselidiki dahulu dan dipertanggungjawabkan. Saya lebih berani untuk menuturkan dua patah perkataan "No". Gembira dapat kekuatan ini.
Kalaulah saya diberi peluang untuk pulang ke zaman lampau, saya ingin sekali untuk melakukan beberapa perkara yang saya terlepas pandang atau tidak merasai kepentingannya. Kalau boleh, saya ingin menguasai bahasa asing yang baru selain bahasa Arab dan Inggeris. Sekarang saya sudah rasa kekosongan dan kekurangan dalam kehidupan saya kerana hanya terhad kepada dua bahasa asing. Alangkah baik kalau saya mulai belajar bahasa Mandarin atau Spanish waktu muda-muda dahulu. Walapun sekarang baru hendak belajar bahasa asing, kekangan masa adalah cabaran utama. Kalaulah saya boleh berbicara Minda Syariah iaitu tema kegemaran saya di atas pentas dalam bahasa Mandarin atau Spanish atau Rusian sekarang, sudah tentu cakupan radar saya lebih luas. Yang lebih penting lagi, saya dapat menerokai karya dan peradaban dalam bahasa asing ini. Belum lagi terlambat. Saya sudah mulai belajar bahasa asing yang baru dan saya memberi masa untuk saya selama 2 tahun dari sekarang untuk bertutur dan berbicara dengan baik dalam bahasa ini. Doakan untuk saya. Anda juga kena buat perkara yang sama. Jadilah warga Malaysia dan juga insan Muslim yang multi-lingual. Jangan malas belajar bahasa asing.
Saya juga selalu berangan-angan kalaulah saya boleh jadi atlet kebangaan negara. Malu rasanya nak kongsi perasaan ini. Saya rasa atlet kebangaan negara adalah role model yang lebih berkesan daripada seorang tokoh masyarakat atau pun seorang sarjana Islam yang hebat. Golongan muda iaitu jenerasi X dan Y lebih mudah tertarik dengan role model sebegini yang lebih dekat di hati mereka. Sebarang nasihat daripada mereka akan terus disambut oleh jenerasi muda. Kalaulah ada atlet kebangaan negara yang tampil dengan imej baik dan pesanan atau kempen seperti hormati ibubapa, tinggalkan rokok, dadah dan minuman keras dan merempit, jaga kesopan pakaian dan akhlak, impaknya akan lebih terasa berbanding berpuluh jam kuliah di mesjid dan TV. Saya masih menaruh harapan sebegini tapi sudah terlambat. Orang-orang yang berdekatan saya sudah mendengar mimpi saya tentang Akademi Sukan Amanie atau Amanie FC...satu hari nanti, insyaAllah. Semoga Allah permudahkan.
Selain itu, saya juga terkilan kerana tidak menghargai kepentingan pembelajaran analisa data di masa lepas. Data dan Syariah macam bertembung dan tidak sinergi. Apabila saya menubuhkan syarikat yang mungkin yang pertama di Malaysia dalam bidang Big Data Analytic dan juga Artificial Intelligence (AI) iaitu Economic Analytic Centre (EAC) Sdn Bhd pada tahun 2014, saya sudah dapat melihat data kehidupan dan data Syariah dalam bentuk yang hidup. Ini ilmu yang realist. Sekarang saya memberi masa yang banyak untuk menjadi pakar dalam bidang ini iaitu satu bidang yang baru. Kehidupan kita masa sekarang adalah dipenuhi dengan data. Data memberi gambaran jelas tentang cara hidup dan trend kehidupan dalam semua aspek. Nantikanlah buku saya tentang Islam & Artificial Intelligence. Cukup menarik.
Kalau boleh saya tambah satu lagi, dengan izin, ialah saya agak lambat untuk meninggalkan dunia makan gaji kepada dunia keusahawanan. Saya hanya berani berbuat demikian waktu berumur 40 tahun. Apabila saya melihat dinamika dunia keusahawanan walaupun banyak cabaran, saya terasa kerugian amat sangat apabila lambat mengetahui apa yang ada di dunia mencipta pekerjaan buat diri sendiri. Saya mencipta pekerjaan untuk diri sendiri dan juga orang lain. Indah dan teruja sangat perasaan ini yang sentiasa mendorong dan memotivasikan saya untuk memberi apa sahaja. Doa dan tawakkal saya pun semakin bertambah. Bagaimana dengan doa dan tawakkal anda?
Kegagalan adaah sebahagian dari kehidupan. Tiada manusia yang tidak gagal. Tiada pula yang berjaya tanpa gagal melainkan mereka yang ada tongkat sakti. Mereka yang berjaya dengan tongkat sakti adalah pemegang piala kegagalan no 1. Mana mungkin dianggap berjaya dengan bantuan tangan keramat sebab kejayaan hanya datang selepas kegagalan. Yang penting kita mesti belajar dari kegagalan untuk menjadi lebih baik. Kita juga tidak mampu untuk melakukan semua perkara. Tapi jangan padam mimpi-mimpi indah ini dari hati. Jadikan ia nasyid kita setiap hari. Ulang-ulangkan mimpi itu moga-moga satu hari nanti kita diberikan peluang untuk menjadikan mimpi itu realiti kehidupan. WaAllah al-Musta'an.
Salam dari Jakarta....510 petang waktu tempatan.
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過2萬的網紅PJ大俠愛旅行深活 PJ Travel,也在其Youtube影片中提到,此影片介紹印尼菜市場,我前往的菜市場屬於室內型,位於印尼爪哇島首都-雅加達北區,擁有華人元素令人感到熟悉溫馨,更有不少好吃的華人早餐喔,米糕作法類似但口感不同。市場一樓為五金、服飾、鞋子;二樓則為蔬果、肉品、海鮮等集中區,也是菜市場最精華樓層,除此之外,更有不少印尼特殊食材,還有國寶級食材?! 現在...
jakarta mandarin 在 PJ大俠愛旅行深活 PJ Travel Youtube 的最佳解答
此影片介紹印尼菜市場,我前往的菜市場屬於室內型,位於印尼爪哇島首都-雅加達北區,擁有華人元素令人感到熟悉溫馨,更有不少好吃的華人早餐喔,米糕作法類似但口感不同。市場一樓為五金、服飾、鞋子;二樓則為蔬果、肉品、海鮮等集中區,也是菜市場最精華樓層,除此之外,更有不少印尼特殊食材,還有國寶級食材?! 現在透過PJ的視野帶你領略世界不同傳統市集,若是觀看者也曾去過印尼其他市集,發現有不一樣,勿過於刁鑽審視,畢竟印尼種族多、島嶼多,隨著時間也會有所調整喔。
重要:影片內提到的苦豆,印尼文為Jengkol,也有人稱臭豆;而Emping是苦豆餅
市場名稱:Pasar Sunter
營業時間:為早晨菜市場,大約11點半就會開始收攤(禮拜一攤位較少)
大眾交通資訊:雅加達市區公車綠色12號至Sunter Karya車站下車;位於商場Sunter Mall後方
Market Name:Pasar Sunter
Working Hour:It is a morning market, until 11:30 AM.
Traffic:Taking the bus (Transjakarta) Green 12 to Sunter Karya Station, this market is behind Sunter mall.
→ 印尼旅遊 所有影片 https://bit.ly/2Lk3KJW
PJ印尼傳統市集 文章介紹點這
→ http://pj20120619.pixnet.net/blog/post/180941964
************************************************************
→PJ頻道 點我訂閱(Subscribe) https://bit.ly/2oA9Z1O
→PJ大俠部落格(PJ's Blog) http://pj20120619.pixnet.net/blog
→粉絲團(Facebook) https://www.facebook.com/pj20120619/
→合作聯繫信箱(Contact box): q8819@hotmail.com
***********************************************************
註:感謝Youtube音樂,出場依序如下:
1.Marvin's Dance by Silent Partner YouTube音樂庫: https://www.youtube.com/audiolibrary_...
作者其他背景音樂作品播放清單: https://www.youtube.com/watch?v=Gerz0...
2.All My Shuffling by Silent Partner YouTube音樂庫: https://www.youtube.com/audiolibrary_...
作者其他背景音樂作品播放清單: https://www.youtube.com/watch?v=Gerz0...
3.Lovable Clown Sit Com by Sir Cubworth YouTube音樂庫: https://www.youtube.com/audiolibrary_...
作者其他背景音樂作品播放清單:
4.If I Had a Chicken by Kevin MacLeod YouTube音樂庫: https://www.youtube.com/audiolibrary_...
作者其他背景音樂作品播放清單: https://www.youtube.com/watch?v=AFWB2...
