(Sempena pesta buku Selangor, aku up balik status ini, baca sampai habis and be educated-Woha!)
Orang melayu kita, (bukan semua) bangga benar bila cerita kelemahan diri sendiri, tapi bercerita dengan bangga tanpa malu.
Contoh:
“Hamka, awak sekarang penulis kan?, maaflah, akak dah lama tak membaca buku, paling last baca masa sekolah menengah dulu”
“Bro, tahniah jadi penulis, tapi itulah, aku beli buku lima tahun lepas, tak habis lagi baca, tak tahu nak sambung baca bila? Tak ada masa…”
“Adik Hamka menulis buku? Makcik tak boleh baca buku yang tak ada gambar, pening!”
“Abang Hamka ada buku sendiri? Maaflah, adik sibuk sangat, sejak kahwin 10 tahun dulu, langsung tak baca buku, tak sempat”
Dalam hati aku, WTF (wei, tak faham lah?)
Wei!! Perlu ke kita bagitahu orang ramai kelemahan diri tak mampu baca buku. Jika borak dengan orang kafir yang datang melancong Malaysia tak malu ke korang mengaku tak suka baca buku dengan bangga sedangkan Islam mengajar umatnya budaya Iqrak?
Jap-jap, kejap!, prosa “saya dah lama tak membaca” tu, kelebihan ke kekurangan? Atau korang rasa bangga mengaku tak suka baca buku dan anggap ianya satu kelebihan? WTF?
Aku tanya ni?, “saya dah lama tak membaca” tu, kelebihan ke kekurangan? Tak payah nak ambik masa fikir, Dah tentulah kekurangan dik oiii.
Habis tu, masa naik kapal terbang, masa tunggu bas, masa jalan jem, masa berehat melancong tepi pantai, masa rehat sebelum tidur, tak membaca kah korang? Korang buat apa?
Jika tak membaca, lebih suka termenung dan berangan, Kenapa nak bagitahu semua orang aib korang yang malas membaca tu? Apa ke jadah?
Aku nasihat, lain kali, jangan mengaku tak suka membaca, bosan membaca, beli buku tak baca, dan apa apa sajer alasan malas membaca kepada sesiapapun sebab nanti orang tahu korang bodoh dan senanglah korang kena tipu.
Sebab raya baru ni, aku jumpa balik orang yang mengaku malas membaca raya tahun lepas, katanya:
“Hamka, akak kena tipu pelaburan jual beli lot kurma, habis beribu melabur tak dapat modal, akak siap keluarkan duit tabung haji sebab dengar cerita Kerajaan nak kebas duit tu lepas kebas KWSP, jadi akak dah melabur beli lot tu dalam RM30 ribu, dapat dua bulan pulangan, RM 3 ribu, lepas tu ejen lari bersama wang deposit, kenapa kerajaan tak tangkap penipu ni?”
Aku tepuk dahi sendiri, sebelum sorang lagi yang mengaku malas membaca bersuara:
“Bro, bisnes emas aku dah tersontot, katanya melabur emas ni Sunnah Nabi, emas tak ada riba, jadi kena tukar duit kepada emas, elok melabur semua duit simpanan kepada emas, siap buat pinjaman peribadi lagi, tapi bila dapat banyak duit, tauke tu lari tak nampak muka, emas hilang, wang melayang”
Aku geleng kepala, lepas tu dengar pulak rungutan orang lain, yang pernah mengaku tak suka baca buku:
“Adik Hamka, makcik dah kena tipu, melabur beli penapis air belas belas ribu konon boleh rawat kanser, padahal semua tu bohong, dah lah makcik gadai semua barang kemas beli 10 bijik mesin penapis air, sekarang laki makcik dah membebel sebab kat dapur penuh stok penapis air tak ada orang nak beli, Hamka nak beli?”
Aku jawab tak nak, lepas tu ada pulak keluhan dari belakang, ya, orang yang sama mengaku tak ada masa baca buku:
“Abang hamka, anak saya tak vaksin sebab ada nanah babi, sekali kena batuk kokol, habis duit beribu ringgit beli selimut garam bukit, bantal aura terapi, tilam kain kaabah, dan berbotol botol air tapis yang di baca dengan ayat Al quran, tapi sakit anak makin parah, duit berubat makin susut. Macam mana ni?”
Aku suruh pergi hospital, katanya hospital ni agenda yahudi big farma senjata sulit dajjal nak bunuh orang islam, arghhh, malas aku nak layan. Dalam hati aku berbisik, Siapa suruh korang mengaku malas membaca? Kan dah kena tipu! Adohai..
Pesan aku, kepada korang semua, jangan mengaku malas membaca depan orang lain, bodoh tu simpan, jangan tunjuk dan mengaku, adohai..
Dah! sudah! pergi baca buku sebulan sebijik (sekurang-kurangnya) mulai sekarang, dan ubahlah masa depan!
Jika malas baca buku berat berat, boleh mula dengan buku indie seperti:
“Menangkap Dajjal atau Kamar Sutera” Banyak tip untuk elak kena tipu dalam buku tu. Serius!
Eh? Terpromote buku sendiri pulak, kebenaran apakah ini?
Arghh, senang cerita, korang pergi ke Pesta Buku Shah Alam sekarang, beli buku dan membacalah.
Membaca adalah bakat yang boleh digilap.
Membaca jambatan ilmu.
Membaca adalah nikmat hidup.
Malas membaca, senang kena tipu!
Kena tipu dengan kawan, kena tipu dengan pembakang, kena tipu dengan kerajaan, kena tipu dengan MLM, kena tipu dengan ostad, kena tipu dengan skim cepat kaya, kena tipu dengan FB, kena tipu dengan syaitan dan tak boleh blah, kena tipu dengan diri sendiri.
Take note!
ps: Buku pojok booth depan pintu utama, Doobok - booth H13
Terfaktabxputeh - booth H05- semuanya di Pesta Buku selangor 2016
(kredit gambar: Google image-anonymous)
Search