Meh OOtD baju kurung moden biasa je and kain ela ni beli kat @jakel_shahalam Sebab sana murah and yang Penting Lawa ‼️ -
InstaSAYA : BAKIRAHQ ✅
-
-
#melaka
#sayaJual
#johorbahru
#jb
#kepong
#bangi
#perlis
#perak
#bruneidarussalam
#kotabharu
#Kedah
#kuantan
#jualonline
#bajukurung
#johor
#shahalam
#klang
#putrajaya
#sarawakonlineshop#sabah#kajang #igmalaysia#kotadamansara #rawang #cyberjaya #vscoMalaysia #singapura #petalingjaya#ootdmalaysia
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過452的網紅Afzalsukasuki,也在其Youtube影片中提到,Jangan lupa 19-21 Jan 2018, telah berlangsungnya Festival Kain & Batik Malaysia bertempat di Bangi Gateaway, Bangi. . Ada banyak kain ela dilelong pad...
kain ela 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
Kenapa Kita Tak Mampu Pulun Dalam Kehidupan? (Pulun: Bab kedua)
Ada orang mampu memberikan segala-galanya bagi berjaya. Yang mahal dan yang murah; yang bulat dan yang pipih; yang payah dan yang mudah; yang berliku dan yang lurus. Namun, ramai juga yang tidak mampu dan tidak bersedia untuk mengambil madu asli dari sarang lebah. Mereka hanya ingin menikmati madu lebah asli tetapi tidak berani langsung menghampiri sarang lebah. Malah tak terdetik pun di hati bagi belajar bagaimana mengatasi rasa takut dan bagaimana pula bagi mengambil madu – milik koloni lebah – tanpa diserang dan disengat oleh bala tentera lebah yang pantang diusik sarang permaisuri mereka.
Ibu saya, Ain Noor Ain terpaksa membuat pelbagai kerja hanya bagi mendapatkan sedikit wang lebihan bagi menampung kos dan belanja kehidupan yang tidak pernah cukup. Maklumlah gaji ayah saya hanya sekelumit. Sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Itu pun kalau bernasib baik. Kadang-kadang, kami terpaksa berpuasa pada malam hari kerana tidak ada apa-apa makanan walaupun habis dikais sepanjang petang. Kami makan malam hanya dengan beberapa keping roti kering yang dicicah dalam air teh panas. Tapi pengalaman masa lalu kitalah yang mampu membentuk kita pada hari ini. Adakah kita akan terkandas dek kegagalan atau adakah kita akan terlonjak olehnya? Keputusan di tangan kita.
Untuk pakaian hari raya kami pula, setelah ditinjau harga pakaian di pusat membelibelah di sekitar Alor Setar, semuanya melepasi bajet keluarga. Inilah situasi gawat setiap tahun pada bulan Ramadhan. Melihat boleh, membeli jauh sekali. Mana ada anak kecil yang tidak mengharapkan pakaian baru. Baju raya. Mereka mungkin mengenali erti kemiskinan tetapi untuk tidak ada baju raya pada hari raya, ini adalah di luar kotak minda mereka. Saya juga ada perasaan begitu semasa zaman kanakkanak dahulu.
Apa jalan keluar? Kain ela dibeli. Baju dan seluar dijahit sendiri walaupun tak rapi. Maklumlah, ibu belajar menjahit hanya dengan cara memerhatikan jiran berbangsa Tionghoa – selang beberapa rumah dari rumah kami – yang mengambil upah menjahit baju dan pakaian. Nasib baik jiran kami ini amat baik hati berkongsi ilmu dan resepi. Itulah sekolah jahitan ibu saya yang paling tinggi. Sekadar bertanya beberapa soalan dan memerhati. Tiada langsung praktikal dan latihan kemahiran diri. Namun, beliau sentiasa mandiri. Biar gunung setinggi Ledang, yang gigih tak pernah menyerah terbuntang.
Pada hari raya, saya dan adik-beradik tetap bergembira kerana mendapat sepasang dua pakaian baru, walaupun ada sedikit congket sana dan sini. Di sebalik kegembiraan kami, terpahat sifat pulun yang luar biasa dari insan yang luar biasa. Kami tak tahu betapa ibu kami terpaksa bergelut antara berpuasa dan mengajar Quran pada anak-anak kampung sepanjang Ramadhan pada siang hari, bertarawih di malam hari, bangun dini hari mengejutkan jiran-jiran bangun sahur sekitar jam 4 pagi dan juga menjahit pakaian untuk kami serta mengambil upah jahit dengan upah yang tak seberapa kerana penjahit wanita ini tidak bertauliah. Namun perkataan penat langsung tidak wujud dalam kamus hidupnya.
Sekarang saya tahu betapa hebatnya wanita ini (semoga Allah merahmati ruh beliau). Beliau juga adalah contoh dan idola saya dalam hal sifat pulun ini. Saya lebih banyak belajar dari ibu saya tentang perwatakan pulun berbanding dari orang dan institusi lain. Saya dibesarkan dalam sekolah kemiskinan tetapi ia juga sekolah mendidik jatidiri dan mandiri. Pulun untuk berjaya. Jika permata di dalam tanah, ke situlah kita. Jika kejayaan bermukim di hujung dunia, maka ke mana arah tujuan kita? Mana lagi... ke situlah kita.
Tiada jalan pintas dan tidak pula saya menagih belas kasihan atau meletakkan harapan pada mana-mana manusia yang berada di kedudukan tinggi untuk mereka melihat ke bawah. Kadangkala, Sang Garuda tak pernah melihat ke bawah, kecuali apabila ingin menerkam mangsanya. Jadi, apa pilihan kita? Hanya satu sahaja yang tinggal.
Tetapi ada juga dalam kalangan kita yang tidak terpanggil bagi melakukan kerja keras. Pantang sekali kalau ada kerja yang di luar jangkaan atau lebih sikit dari biasa; mulut menjadi muncung, muka menjadi masam kelat, perkataan rungutan keluar di celah-celah bibir yang tidak jelas kedengaran (tapi Allah mendengar), pelbagai alasan meluncur laju macam air sungai di lereng bukit selepas salji mencair dan lebih teruk lagi, ada yang terus mengancam letak jawatan. Apa nak jadi dengan manusia sebegini? Tidak boleh bekerja kuat sama sekali. Tulang kertas agaknya.
Persoalannya, di mana silapnya? Kalau anda tahu jawapannya, sudi kiranya dikongsi bersama. Okay, bagaimana kita nak mula? Izinkan saya bagi menelusuri beberapa sebab yang saya kira sebagai pencetus pada sikap kenapa sebahagian kita tidak mahu dan tidak bersedia untuk menyinsing lengan bermandi lumpur untuk membanting tulang sekudrat mungkin mengabdikan diri bagi bekerja kuat. Pada pengamatan saya, apa yang telah kita perhatikan tentang sikap negatif dalam nukilan sketsa di atas hanyalah hasil dan natijah terakhir. Buah sudah busuk dan berulat. Tetapi persoalannya, kenapa buah busuk dan berulat?
Anda boleh juga baca dalam blog saya www.mohddaudbakar.com
MDB
kain ela 在 ienaeliena.com Facebook 的最佳貼文
Hai korang, hari ni cik iena dekat @belleninaspakualalumpur ..iena buat KERATIN LASH & BROW TINT ❤️❤️❤️.
Nanti cik iena share hasil ny okay.. Ada banyak urusan nk buat tuk wedding adek.. Nak balik kg n maraton pass kain ela boria 😁😁😁
Belanja #ootd dari @arco.my
Je dlu hehe
kain ela 在 Afzalsukasuki Youtube 的最佳解答
Jangan lupa 19-21 Jan 2018, telah berlangsungnya Festival Kain & Batik Malaysia bertempat di Bangi Gateaway, Bangi.
.
Ada banyak kain ela dilelong pada harga serendah RM25 dan paling mahal pun RM40 untuk 4 meter.
.
Better korang datang awal, kalau tak tinggal corak2 biasa je la nanti. Ramai orang borong kain time aku pegi tadi. Sedang elok la kalau korang plan nak tempah awal baju raya.
#festivalkaindanbatikmalaysia #kainbatik #batik #kainela #promosikainela #kainmurah #promosibangi #bangigateaway #bangi #kain #kainbangi #picoftheday #igers #iger #instamoment #lifestyleblogger #BloggerMalaysia #BloggerMY #afzalsukasukidotcom
