Ya Allah sebaknya. Rasa nak menangis. Pagi-pagi tadi saya turun bawah beberapa jambatan. Ada satu tempat ini tinggi. Saya nampak ada orang tidur dekat tepi tu dari bawah. Saya pusing dari bahagian lain dan turun disitu.
Berdebar rasa. Terkejut tengok tidur dekat situ. Walau sikit rasa berdebar tapi rasa kasihan. Terus saya bertegur sapa dengan anak muda ini. Kenapa tidur sini. Takde kerja ustaz. Tangan dia patah. Jatuh dari tempat tinggi ini
Saya beri dia sedikit duit belanja dan sarapan pagi. Katanya Ustaz, macam tahu jer apa saya rasa. Kata-kata ustaz sampai ke hati saya. Saya rindu semua nasihat begini.
Tak sangka ustaz sanggup meniarap macam tikus dekat bawah ni. Sedih rasa tengok adik ni tidur dekat sini. Ya Allah ampunkanlah dosaku ini
Sedang saya tidur lena ada jer orang tinggal bawah jambatan begini. Ujian hidup manusia berbeza-bezakan. Jika biasa jer ujian pasti takdelah sampai tidur sini. Rasa sebak dan nak menangis. Dulu saya takde tempat tidur. Pernah tidur di masjid. Walau kadang tepi longkang masjid sebab masjid ada tak boleh iktikaf waktu malam. Syukur. Tapi tak pernah tidur ditepi tebing begini.
Baik betul adik ini dengar nasihat saya. Allahuakbar. Siap terima kaseh banyak kali diucapkannya. Sedih rasa. Semoga Allah rahmati dan permudahkan hidup beliau. Pohon doa nak bantu lebih ramai orang yang hidup susah
Pohon doakan program keluargasunnah 9feb2020. Dijemput semua sekali. Pendaftaran di www.transformjiwa.com
-ebitlew
kata-kata dosaku 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
Terdapat seorang lelaki pada zaman Nabi Musa عليه سلم yang meninggal dunia. Orang ramai tidak mahu menguruskan jenazahnya kerana kefasikan lelaki ini. Mereka kemudiannya membuang jenazahnya ke sebuah tempat yang kotor dan busuk. Allah سبحانه وتعالی kemudiannya memberikan wahyu-Nya kepada Nabi Musa عليه سلم. Allah berfirman " Wahai Musa, seorang lelaki telah meninggal dunia, tetapi orang-orangmu telah mencampakkan jenazahnya di tempat yang kotor, sedangkan dia ialah kekasih (wali) daripada kekasih-Ku, mereka tidak mahu memandikannya, mengkafankannya dan mengebumikan jenazahnya, maka engkau pergilah, uruskan jenazahnya."
.
Kemudian Nabi Musa عليه سلم pun berangkat ke tempat tersebut. Nabi Musa عليه سلم bertanya, " beritahulah aku tempatnya." Mereka pun bersama-sama menuju ke tempat tersebut. Ketika Nabi Musa عليه سلم melihat mayatnya, orang-orangnya pun bercerita tentang kefasikannya. Lalu Nabi Musa عليه سلم berbisik kepada Tuhan-Nya dengan berkata, " Ya Allah, Engkau memerintahkanku untuk menguruskan mayatnya, sedangkan orang-orangku menjadi saksi atas kejahatannya, maka Engkau lebih tahu daripada mereka."
.
Kemudian Allah berfirman, " Wahai Musa, benarlah kata-kata kaummu tentang perilaku lelaki ini semasa hidup. Namun, ketika dia menghampiri ajalnya, dia memohon pertolongan dengan tiga perkara, jika semua orang yang berdosa memohon dengannya, pasti Aku akan mengampuni dirinya demi Allah, Zat yang Maha Mengasihani." Tanya Nabi Musa " Ya Allah, apakah tiga perkara itu?"
.
Allah berfirman, " Ketika dia diambang kematiannya :
.
1) Dia Benci Kemaksiatan Dalam Hati.
Pertama sekali dia berkata, " Ya Tuhanku, Engkau tahu akan diriku, penuh dengan kemaksiatan, sedangkan aku sangat benci kepada kemaksiatan dalam hati, tetapi jiwaku terkumpul tiga sebab aku melakukan maksiat walaupun aku membencinya dalam hatiku iaitu: hawa nafsuku, teman yang jahat dan iblis yang laknat. Inilah yang menyebabku terjatuh dalam kemaksiatan, sesungguhnya Engkau lebih tahu daripada apa yang aku ucapkan, maka ampunilah aku."
.
2) Mencintai Orang Soleh.
Kedua dia berkata, " Ya Allah,Engkau tahu diriku penuh dengan kemaksiatan, dan tempat aku ialah bersama orang fasik, tetapi aku amat mengasihi orang-orang yang soleh walau aku bukan dari kalangan mereka, kezuhudan mereka dan aku lebih suka duduk bersama mereka daripada bersama orang fasik. Aku benci kefasikan walau aku adalah ahli fasiq."
.
3) Mengharap Rahmat Allah Dan Tidak Berputus Asa
Ketiga dia berkata " Ya Allah, jika dengan meminta untuk dimasukkan kedalam syurga itu akan mengurangkan kerajaanMu, sudah pasti aku tidak akan memintanya, jika bukan Engkau yang mengasihaniku maka siapakah yang akan mengasihaniku ?".
.
Lelaki itu kemudian berkata lagi, " Ya Allah, jika Engkau mengampuni dosa-dosaku bagai buih di pantai, maka bahagialah kekasih-kekasihMu, Nabi-NabiMu, manakala syaitan dan iblis akan merasa susah. Sebaliknya jika Engkau tidak mengampuniku, maka syaitan dan iblis akan bersorak kegembiraan dan para NabiMu dan kekasihMu akan merasa sedih. Oleh itu, ampunilah aku wahai Tuhan Pencipta Sekalian Alam, sesungguhnya Engkau tahu apa yang aku ucapkan."
.
Maka, Allah pun berfirman, " Lantas Aku mengasihaninya dan Aku mengampuni segala dosanya, sesungguhnya Aku Maha Mengasihani, khusus bagi orang yang mengakui kesalahan dan dosanya di hadapan-Ku. Hamba ini telah mengakui kesalahannya, maka Aku ampuninya. Wahai Musa, lakukan apa yang Aku perintahkan, sesungguhnya Aku memberi keampunan sebab mulianya orang yang menguruskan jenazahnya dan menghadiri pengebumiannya."
.
- Kisah ini menunjukkan kita tidak boleh sama sekali berputus asa dari rahmat Allah yang amat luas walau apa jua sekalipun. Firman Allah “ Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu “( Surah Al-A'raf : 156). Semoga Allah mengampuni segala dosa kita. آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
.
[ Dari kitab Tawwabin karangan Imam Ibnu Qudamah ]
kata-kata dosaku 在 Fedtri Yahya Facebook 的最讚貼文
KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE. RH
"Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta."
- (Imam AsSyafie)
"Jika ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepadaku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya."
- (Imam asSyafi'e)
"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."
- (Imam asSyafie)
Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang ditenun.
- (Imam asSyafie)
Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.
- (Imam asSyafie)
Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika dia berpendapat salah.
- (Imam asSyafie)
Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu.
- (Imam asSyafie)
Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia.
- (Imam AsSyafie)
"Pentingnya menyebarkan ilmu agama.
- (Imam asSyafie)
Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak, Menjadi mati lalu membusuk."
- (Imam syafie)
"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
- (Imam Syafie)
"Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah." - (Imam as Syafie)
Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
- (Imam asSyafie)
Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
- (Imam Syafie)
Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan.
- (Imam asSyafie)
Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''
- (Imam asSyafie)
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
- (Imam asSyafie)
"Dosa-dosaku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu, ternyata keampunanMu jauh lebih besar."
- (Imam syafie)
"Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang, angkasa pun menjadi sempit"
- (Imam asSyafie)
Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.
- (Imam asSyafie)
Sebesar-besar aib (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri.
- (Imam asSyafie)
Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil kerana dia tak tahu akan landasan ilmu.
- (Imam asSyafie)