10 CARA MENJADI WANITA MATANG.
.
1. Kurang Bercakap Dan Lebih Mendengar.
Wanita matang lebih banyak mendengar dari bercakap.
Secara semulajadinya kita dilahirkan dengan sepasang telinga dan hanya satu mulut dan lidah sahaja...
"A silent voice" kadang lebih kuat dari ketika kita bersuara.
Dan anda mungkin tak perasan, namun orang yang paling diam di dalam sebuah bilik adalah orang yang paling "loud" and could be the most "powerful" person too!
.
2. Tidak Berborak Kosong.
Wanita matang tidak berborak kosong. Tetapi lebih suka untuk membicarakan perkara yang mendatangkan faedah. Berbincang tentang tajuk yang intelektual.
Tidak punya waktu untuk berbahas dengan orang yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka.
.
3. Belajar dari kesilapan.
Wanita matang akan sentiasa belajar dari kesilapan. Mereka tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dalam hidup.
Tidak takut untuk mengakui kesilapan diri. Malah mudah untuk meminta maaf.
Untuk menjadi saya hari ini, saya juga telah melakukan banyak kesilapan dalam hidup. Namun kita perlu memaafkan diri kita. Meninggalkan hal yang tidak perlu. Berdamai dengan masa silam. Dan move on ok!
Usah kata...
"Aku tak sepatutnya kahwin pada usia muda.." (contohnya). Kerana setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya.
Kita bukanlah diri kita hari ini tanpa melalui segala kesilapan dalam hidup! Ucapkan terima kasih kepada masa silam kita.
.
4. Lebih Mudah Untuk Memaafkan
Wanita matang adalah orang yang lebih tenang dan mudah memaafkan. Nothing really matter in this world.
Menyimpan dendam adalah sangat meletihkan minda. Ianya sungguh tidak perlu. Anda akan jadi lebih bahagia apabila dapat memaafkan dengan mudah.
Jadi wanita yang tidak mudah untuk disakiti ok!
.
5. Tidak Memaksa Cinta
Owh yes! Wanita matang tidak akan memaksa cinta. Tidak mengejar cinta yang tidak berbalas. Tidak membuang masa untuk berharap kepada orang yang tidak membalas cinta mereka.
Anda akan tahu bagaimana rasa cinta yang sebenar bila orang yang benar-benar cintakan anda hadir dalam hidup.
.
6. Anda Terima Takdir Dengan Hati Terbuka
Samada ujian yang datang itu kecil... Sekecil-kecil seperti sakit kepala ataupun berat seperti terpaksa berdepan dengan perpisahan yang amat menyakitkan dalam hidup.
Anda sekarang lebih menerima takdir yang sedang anda lalui dan mengendalikannya dengan rahmat serta pengertian dan ketenangan berbanding dahulu.
Yakin bahawa setiap apa yang berlaku dengan izin Allah adalah yang paling baik sekali. Walaupun kita mungkin berasa ianya sangat sukar hinggakan terpaksa menangis begitu lama!
Sedih dan sakit itu biasa. Namun dengan kematangan kita akan dapat membersihkan "luka" itu sendiri. Bangkit semula tanpa menyalahkan sesiapa.
Not easy, but just keep going....
.
7. Tidak Mudah Menghakimi
Tidak judgemental apa lagi buruk sangka terhadap orang lain dengan mudah. Sentiasa melihat kebaikan pada setiap orang.
Wanita yang matang sangat merendah diri. Hebat mana pun kita, usah sesekali pandang hina terhadap orang lain. Kerana segala apa yang kita miliki adalah berupa pinjaman sahaja.
.
8. Lebih Suka Berdiam Dari Bertengkar Yang Tidak Membawa Kepada Kebaikan
Wanita yang matang akan tahu bahawa bertengkar untuk perkara yang tidak perlu adalah sia-sia. Jika tidak ada kata-kata yang baik, diam itu adalah lebih baik.
Jangan dengar yang tak perlu di dengar.
Jangan lihat yang tak perlu dilihat.
Jangan bicara yang tak perlu dibicara.
Do not react to negativity.
.
9. Tahu Bahawa Bahagia Itu Tidak Di tangan Orang Lain
Wanita matang tidak akan berharap kepada orang lain untuk menjadi bahagia. Cukup hanya Allah. Berharap kepada manusia akan membawa kecewa.
La Tahzan
Jangan bersedih.
Wanita matang yang kuat adalah yang sering tersenyum ketika dalam ujian. Sentiasa redha dan berlapang dada.
.
10. Bersolat 5 Waktu
Kerana wanita yang matang tahu, solat itu kunci bahagia. Menangis tidak kepada manusia lagi. Tetapi hanya kepada Allah yang Esa.
Wanita matang tidak meminta kepada manusia. Tetapi bersujud dan memohon kepada Allah sahaja.
.
Kredit - Dzuriasikim Dzulkefli
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「kata-kata sedih berharap」的推薦目錄:
- 關於kata-kata sedih berharap 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
- 關於kata-kata sedih berharap 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
- 關於kata-kata sedih berharap 在 冯以量 Facebook 的最讚貼文
- 關於kata-kata sedih berharap 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於kata-kata sedih berharap 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於kata-kata sedih berharap 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
kata-kata sedih berharap 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
Penapis air, korang Mazhab mana?
Alkisahnya, sekarang ada isu kompeni penapis air yang harga ribu ribu tapi tak datang service walaupun dah boleh bekerja sebab PKPB
Ramai share keluhan pengguna penapis air yang call kompeni tu tapi tak jawab dan komen dekat FB mereka tapi gigih mereka delete.
Itu jenis servis setiap bulan, Ada jenis penapis air yang tiap tahun kena servis dan sekali servis cas RM500. Harga penapis tu pulak RM3000 dan beli secara hutang bayar ansuran, Perghhhh. Mahalnya.
Pelik jugak kenapa harga penapis air ni sangat mahal, sebab dipromosikan oleh artis korea ke?
Kisah lain bab penapis air ni, ada kawan siap buat pinjaman peribadi beli 10 bijik penapis air harga puluh ribu ribu dan tersadai sebab tak laku tapi hutang kena bayar, pendek kata macam macamlah rungutan yang saya dengar masalah tentang penapis air dari pelbagai mazhab.
Jadi hari ni saya nak berterus terang sebab korang ada yang tanya, jenis penapis air yang macam mana cik Hamka pakai? Sungguh mazhab penapis air saya sangat berbeza dari semua pembeli penapis air di kejiranan saya sebab saya guna penapis air tak sampai rm100 dan bila filter kotor saya tukar sendiri kos dalam Rm5. (rujuk gambar)
Secara praktikalnya, Saya rasa seronok nampak filter bertukar hitam bermakna penapis tu bekerja dengan baik, sayapun tukar dengan penapis baru yang harganya RM20 empat batang, dan saya guna hanya dua batang.
Air tapisan tu pulak saya masak hingga mendidih pada suhu 100 darjah celcius sebab kuman akan mati pada suhu itu. Lepas tu baru saya bagi keluarga saya minum sejak awal kahwin hinggalah anak dah besar panjang.
Jadi beginilah mazhab penapis air saya, jimat ribu ribu dan duit beli penapis air tu dalam RM3000 saya simpan dalam tabung haji sebab dengar cerita pergi haji dapat minum air zam zam free-Woha!
Saya tulis ni sebab ada ramai suami isteri muda baru kahwin duit tak ada, tapi sanggup beli penapis air beribu ribu siap berhutang, bayar bulanan, dan bila service harganya macam servis kereta, aduh..
Ini pun termasuk dalam masalah neraka wang kerana kita tak mampu tapi kerana nak sangat bergaya, sanggup beli kereta mahal, penapis air paling canggih (dan sangat mahal), telefon baru paling canggih (juga sangat mahal) dan macam macam lagi kita beli hingga sanggup guna kad kredit yang faedahnya sangat tinggi.
Tapi itulah, kadang kita mudah termakan dengan pujukan orang jual penapis air konon air yang dibekalkan oleh kerajan Malaysia ni tersangat kotor dan hanya penapis air jenamanya sahaja yang mampu mensucikan air itu bersama pekej kesihatan kerana penapisnya ada PH yang boleh rawat bermacam macam penyakit konon. Aduh..
Padahal guna penapis biasa, masak air tu, dah selamat diminum insyaAllah,
Apa? Malas masak air?, nak mesin yang terus keluar air panas?
Air panas tu mendidih 100 darjah celcius tak? Tahu tak Kuman mati bila air mendidih?, dan bab malas masak air, kita bukan guna dapur kayu, zaman sekarang masak pakai cerek air elektrik tak sampai 3 minit dah masak, rumah saya tak ada thermos tempat simpan air panas, sebab bila nak air panas, saya akan terus masak, dah jimat jugak wang sebab tak beli Thermos.
Satu lagi saya nak kongsi, saya pengemar air mineral, sebab air masak, atau mana mana air berpenapis yang saya minum, rasanya tak sesedap air mineral yang jual kat kedai bertudung biru tu. Jika nak minum air bancuhan., saya masak air dari penapis. Tapi jika nak minum kosong saya suka minum air meniral semula jadi yang harganya RM1 sebotol 1.5 liter, dah jadi tabiat, saya jika pergi pasar raya, saya akan beli dua kotak dengan kos dalam RM22. Boleh bertahan sebulan (sambil diselangi air masak) dan minum air tu sangat sedap rasanya.
Eh? Tak rugi ke beli air mineral Rm22 sebulan? Ok, katakanlah saya spend RM30 beli air mineral, sehari sebotol, setahun baru RM330, jauh lebih murah dari kos servis penapis air yang RM500, dan paling penting, saya dapat AIR DALAM BOTOL BESAR sebanya 365 Botol! , Botol tu saya boleh bawa ke mana-mana, Nak daki gunung ke, nak berjogging ke, nak melancong ke, atau musim PKP ni, sambil bersenam depan TV sambil minum air mineral semula jadi, perghhhh, nikmatnya hidup.
Jadi itulah mazhab penapis air saya, dan saya berharap Kerajaan Malaysia akan datang dapat sediakan kualiti air macam Negara maju yang boleh minum terus dari kepala paip. Sebab makin banyak kita guna pelbagai jenis penapis, makin hilang zat galian dalam air sebenarnya.
Akhir kata, memang ada juga berpuluh puluh kali cubaan penjual penapis air nak suruh saya tukar dari penapis murah sedia ada kepada penapis ribu ribu siap ada PH untuk setiap penyakit, tapi saya ada fakta dan alasan tersendiri dan kebanyakkan penjual penapis air ni akan insaf bila berdialog dengan saya. Apa tak insafnya, saya cakap duit RM3000 saya simpat kat Tabung Haji sebab nak minum air zam zam free!
Maka pesan saya dalam berbelanja, jangan ikut nasihat penjual sebab dia memang nak habiskan produk dia sahaja, tapi ikutlah kemampuan kita, macam bila sakit jumpa doctor, bukan semua ubat doctor suruh makan, hanya ubat yang perlu sahaja, tapi jika sakit kita jumpa penjual MLM, habis semua produk dia suruh beli siap dengan gelang magnet, jaket aura, penapis PH, bantal herba, pil ajaib, dan macam macam lah dengan harga tak masuk akal! Aduh!
Eh? Sedang asyik saya menulis, tiba tiba teringat kenangan bersama penjual penapis air sebelum PKP hari tu.
“Assalamulaikum” suara dari luar pintu.
Lalu terpanculah wajah sorang lelaki yang berpekaian kemas di depan pintu rumah saya, rambutnya tersikat rapi, wajah bersih dari sebarang misai dan janggut, lengkap dengan tali leher bersama kilauan kasut yang memancar mancar.
“Tahniah bang, rumah abang terpilih dalam taman ini sebagai lokasi demo untuk produk baru kami, penapis air penyembuh semua penyakit, tak lama bang, 15 minit sahaja, dan syarikat kami ada meyediakan cenderamata dan kami akan ambil beberapa keping gambar abang dan rumah abang untuk di letakkan dalam majalah kami”
Beberapa rangkap perbualan kemudian, sebelum dia menghabiskan kata kata, saya sebagai seorang yang skema dan menghafal rukun negara, menolak demo itu dengan cara yang lemah lembut, berhemah dan bersopan santun.
Tapi dia tetap mahu buat demo dengan sungguh sungguh kerana rumah abang sudah terpilih katanya, tak lama bang 15 minit sahaja katanya lagi. Puas saya bagitahu bahawa saya tak berminat, tak mahu, tak mboh, tok sir, tapi dia begitu beria-ria menghina kebijaksanaan saya, maka terpaksalah saya menggunakan agama sebagai senjata utama untuk menghalau penjual yang ada unsur paksa dalam jualan produk entah apa-apa.
“Apa pandapat kamu tentang mati?”
Tanya saya dengan kuat, dan dia terus terdiam dan agak terkejut. Lantas saya kembali mesra dengan menggosok bahunya dan mula berceramah ugama.
“Semua orang akan jadi mayat..”
Saya lihat wajah dia sudah berubah, tapi saya gigih teruskan kata kata..
“kalau kita kaya, kita akan jadi mayat orang kaya, kalau kita miskin kita akan jadi mayat orang miskin, kalau kita menipu, kita akan jadi mayat penipu, mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akan hisap darah kita!”
Saya lihat dia murung, saya teruskan bercerita tentang azab kubur, tentang iman, tentang kehidupan akhirat dan pertolongan Allah kepada Nabi-Nabi. Saya juga memberi takzirah akan pentingnya solat jemaah di masjid bagi lelaki beserta fadhilat solat tahajjud. Segala ayat Al quran yang saya hafal makna, dan hadis hadis yang saya hafal perawinya, saya cerita pada si penjual penapis air itu.
Belum sempat 3 hadis Nabi di ceritakan oleh saya, kelihatan dia mahu berundur diri, saya pegang tangan dia dan terus berceramah. Saya bagi akan pentingnya ummat islam berdakwah, dan bagaimana mahu jadi pendakwah cara Nabi Muhammad SAW.
Dia toleh kiri kanan, garu telinga, gosok hidung, dan sesekali tengok telefon dengan muka sedih. Saya tak peduli, saya cerita pula tentang lapisan isi neraka serta azab neraka.
"Errr takpelah bang, saya ada masa 15 minit sahaja, nanti bos saya marah"
Dia beralasan dengan gelabah, tapi jawab saya:
"Eh apa pulak? Bukankah rumah saya telah terpilih?, marilah kita solat magrib sama sama, lepas tu kita sambung, ada banyak lagi saya mahu cerita"
“tapi bang.., saya.., saya…”
Pendek cerita, dah habis muzakarah enam sifat sahabat, akhirnya saya 'lepaskan' dia pergi.., Bini saya yang mengintai dari balik langsir gelak besar bila tengok hamba Allah tu jalan laju laju tak toleh belakang langsung.
Woha!
Moral of the story: Hafal hadis banyak banyak dan gunakan ianya sebagai pendinding ketika bertemu penjual kebesaran dunia yang mengarut dan tak masuk akal, dan dari hadis yang kita hafal tadi, olahkan supaya kita dapat belajar bercakap tentang kebesaran Allah kerana bila dah jadi mayat kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak bab agama’ yang mana jika kita diam tak reti nak bercakap bab agama, maka malaikat Kubur akan hantuk kepala kita ke tanah! Sila take note, ini sangat deep!
Ps: Nak jual penapis air tak salah asal jangan menipu dalam bab servis atau harga terlalu mahal, juga jangan paksa orang tak mampu beli suruh berhutang bagai, kesian pasangan baru kahwin naik motor sahaja tapi dah berhutang sebab nak pakai penapis air harga ribu ribu.
Ps: Korang pulak, Nak membeli apapun kena ada ilmu kewangan yang betul, ni saya membebel tak bagi solusi tak betul jugak. Maka saya cadang belilah ebook dan video dari pakar kawangan kita Tuan Afyan Mat Rawi dan bagaimana jika saya cakap modal nak belajar tak sampai pun seratus ringgit, rezeki korang sebab ada pakar kewangan dah tulis panduan nak uruskan wang dengan sangat baik, saya sendiri beli ebook tu baca dan suruh anak anak baca agar mereka semua tak buat kesilapan neraka wang!
https://tinyurl.com/ya32hjuf
Baik korang klik, baca, dan bersetuju di hujung ebook, Woha!
https://tinyurl.com/ya32hjuf
kata-kata sedih berharap 在 冯以量 Facebook 的最讚貼文
Kepada Pengamal Perubatan Malaysia di Barisan Hadapan Covid 19:
Saya dimaklumkan bahawa sebahagian daripada golongan anda yang terasa hancur lebur akibat tekanan yang bertubi-tubi ini. Oleh yang demikian, saya rasa perlu menulis surat ini untuk menyampaikan salam dan penghargaan kepada anda semua.
Apa khabar anda? Selera anda baik? Tidur dengan baik? Saya berharap anda sanggup menjaga diri-sendiri dengan baik sementara menjaga pesakit-pesakit.
Anda mungkin berasa risau diri anda akan dijangkiti virus, anda khuatir samada sistem dan peralatan perubatan cukup sempurna, anda menghadapi tekanan daripada ahli keluarga (ataupun rasa tersingkir), memandang ahli keluarga pesakit-pesakit yang tidak memahami tetapi memaki-maki di depan hospital, tambahan pula anda kini dalam keletihan akibat kurang rehat……
Segala tekanan ini adalah begitu berat untuk anda buat masa kini.
Siapa sanggup menerima atau mengalami segala tekanan ini? Anda amat khuatir bahawa penularan covid-19 lagi sukar dikawal pada masa akan datang, dan hati anda penuh dengan ketakutan.
Saya tidak dapat membantu anda di barisan hadapan. Namun begitu, sebagai seorang pekerja sosial perubatan (Medical Social Worker) yang pernah berkhidmat di sistem perubatan selama 8 tahun, saya ada sepatah dua kata yang ingin berkongsi dengan anda:
1) Izinkan diri anda merasai perasaan yang sedih sekali, izinkan anda meluahkan kesedihan melalui air mata anda. Kita rasa sedih bukan kerana kita gagal atau lemah, tetapi disebabkan hati kita cukup lembut. Semasa kita menghadapi cabaran yang maha besar, kita bukan sahaja perlu memiliki hati yang kuat tetapi lebih memerlukan hati yang cukup tabah.
Angin kencang boleh menumbangkan pokok besar, akan tetapi rumput kecil yang tabah masih diri menegak. Oleh yang demikian, hati kita haruslah cukup lembut dalam keadaan krisis. Jangan sekali-sekala memaksa diri supaya sentiasa rasa diri cukup kuat.
2) Izinkan diri anda memiliki hati yang stabil. Pastikan anda meneruskan cara hidup seperti biasa. Tidak kira betapa sibuk urusan kerja anda, meluangkan sedikit masa, sungguhpun 15 minit, untuk menenangkan hati dan fikiran anda.
Sekiranya anda suka menonton drama TV, melayari facebook, main game, gunakan masa lapang yang singkat ini untuk membuat demikian. Kerana ia adalah cara yang terbaik untuk membantu anda tenangkan hati anda.
3) Kekalkan komunikasi: Selalu berhubungan dengan saluran yang memberi tenaga positif kepada anda, seperti simpan gambar ahli keluarga dalam poket, selalu dengar mesej ahli keluarga yang memberi sokongan moral, saling dorong-mendorong dalam kumpulan whatsapp rakan-rakan, sembayang, pandang ke langgit atau matahari dan lain-lain lagi.
Dalam keadaan yang perlu anda menyumbangkan tenaga secara berterusan ini, anda mesti cukup kreatif untuk mencipta cara-cara atau saluran-saluran yang dapat memberi tenaga positif kepada anda.
4) Bersendirian: Sila memberi sedikit masa, sungguhpun 5 minit, untuk rakan sekerja dan diri anda bersendirian. Bersendirian amat penting apabila kita menghadapi krisis, kerana ia dapat mengurangkan atau menghilangkan gangguan dari orang ramai.
Lakukan pernafasan dalam semasa anda bersendirian, Selalu mengingatkan diri untuk melakukan pernafasan dalam dari semasa ke masa. Anda boleh berdoa kepada Tuhan, atau letakkan tangan di dada dan berterima kasih kepada anda sendiri. Terima kasih kepada diri sendiri kerana tidak menyerah kalah demi diri dan Negara, dan anda telah cukup berusaha untuk anda sendiri, dan terus berkhidmat untuk masyarakat.
5) Menerima batasan dan kurang keupayaan diri. Cadangan ini paling sukar diterima oleh semua. Setiap kali saya bersama Doktor dan jururawat, saya dapati bahawa pengamal-pengamal perubatan ini amat sukar mengatasi emosi menyalahkan diri sendiri, menyesal, serba-salah, marah dan lain-lain lagi apabila pesakit mereka meninggal dunia.
Saya tidak dapat mengubah fikiran dan emosi anda, kerana ia menunjukkan bahawa anda merupakan seorang yang mengambil berat kepakaran anda, dan anda mementingkan nyawa setiap insan. Saya dapat lihat kesungguhan dan ketekunan anda, dan saya berterima kasih kepada anda yang menaruh belas kasihan membantu setiap pesakit. Akan tetapi, pesanan saya adalah, terimalah batasan, kekurangan dan kelemahan anda. Terima hakikat ini, barulah anda dapat terus melangkah ke hadapan.
6) Sila minta bantuan apabila diperlukan. Apabila anda rasa tidak dapat menanggung sebarang tekanan lagi, sila minta bantuan daripada orang lain. Simpankan tiga nombor telefon yang anda boleh hubungi bila-bila masa, di mana jua anda berada. Ketiga-tiga orang yang penting dalam kehidupan anda sanggup bergilir-gilir mendengar anda meleter, membenarkan anda menangis dan meluahkan segala emosi, yang mendorong anda supaya tidak berputus asa.
Akhirnya, saya ingin berkata:
Wahai Rakan-rakan Pengamal Perubatan, apabila pesakit-pesakit anda berada dalam keadaan kritikal atau meninggal dunia, jangan anda rasa kesepian. Sungguhpun anda tidak nampak kami, tetapi melalui kata-kata ini, saya berharap anda dapat ketahui bahawa ramai antara kami yang ingin berada di sisi anda, menepuk bahu anda, dan menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada anda.
“Terima kasih kepada anda, sungguh berterima kasih kepada anda”
Di mana ada harapan, di situ ada kehidupan. Kepayahan di depan bukan lagi kepayahan.
THANK YOU. You stay work for us, we stay home for you.
Yee Leong
Pengkhidmat hospis dan pengebumian
25/03/2020 (7p.m.)
Versi Bahasa Inggeris:
https://www.facebook.com/130028873696510/photos/a.318646528168076/3100873906611977/?type=3&theater
Versi Bahasa Mandarin:
https://www.facebook.com/130028873696510/photos/a.318646528168076/3100712239961477/?type=3&theater
Penulis:Fong Yee Leong
Penterjemah:
Bahasa Inggeris: Kaichyne Woon
Bahasa Malaysia: PT Tan & SJ Yee
Ilustrator: Rongo Wong