Saya tengok sejak dua menjak ini ada Atheis (orang tidak percaya kepada Tuhan) datang perli saya di ruang komen.
Saya nasihatkan kepada pembaca beragama islam, jangan sindir sangat mereka, doakan hidayat, sebab seorang tidak bertuhan sanggup datang ke Page ketuhanan dan tak jemu ceritakan kelebihan Tidak bertuhan adalah seorang yang sangat kesepian.
Kesipian boleh datangkan kemurungan, dan boleh membawa kepada bunuh diri.
Saya Google kejap tadi dan mendapati, banyak kajian menunjukan golongan Athies lebih ramai membunuh diri berbanding orang agama.
Copy paste: In a global study on atheism, sociologist Phil Zuckerman noted countries with higher levels of atheism had the highest suicide rates. (wiki)
Lepas tu saya terbaca artikel ini, ditulis oleh Staks Rosch seorang vocal atheist, and Jedi.
Tulisan itu sangat membantu orang Atheis yang kemurungan, maka saya translate dan copy paste di sini, semoga membantu:
Tajuk: ATHEISM HAS A SUICIDE PROBLEM, oleh Staks Rosch seorang Vocal Atheist.
Kemurungan adalah masalah yang serius dalam komuniti orang yang tidak bertuhan dan sering membawa kepada bunuh diri.
Ramai Atheis tidak suka perkara ini termasuk saya sebab kita ingin percaya kita manusia Bahagia tanpa Tuhan tapi bila sesuatu yang buruk berlaku, kita sangat tidak Bahagia.
Sudah tentu ada banyak sebab mengapa ateis lebih cenderung kepada membunuh diri berbanding daripada golongan penganut agama. Tapi ironinya, salah satu sebab ateis membunuh diri adalah tekanan dari orang Bergama itu sendiri, mereka selalu menyisihkan kita, menghina, mengutuk, mengkeji hingga ramai Ateis yang mengalami kegelisahan dan kemurungan.
Bayangkan seorang anak muda yang baru menyedari bahawa Tuhan itu tidak wujud? Baru sedar amalan kelurga semuanya sia sia, maka anak muda itu tidak dapat menjawab soalan, dari mana saya datang, kemana saya selepas mati? Dan apa tujuan hidup?
Dalam kemurungan mencari jawapan yang tidak ada, masalah ditambah bila anak mud aitu dipulaukan oleh orang agama, dihina dan dikutuk, maka anak muda itu terpaksa teruskan perjuangan tanpa tujuan secara bersendirian dan akan cenderung bunuh diri.
Saya pernah menulis mengenai masalah bunuh diri di kalangan ateisme sebelum ini dan mendapat pelbagai respons. Beberapa ateis mempersoalkan sama ada statistik itu benar-benar wujud? Sebagai rekod, memang begitu. Malahan saya dapat memberitahu anda secara anekdot, bahawa ia berlaku.
Pengalaman saya sendiri, memang ada rakan-rakan ateis yang saya kenal telah bunuh diri, malahan sejak saya pegang jawatan ‘vocal atheist’ saya kini lebih tahu begitu banyak lagi ateis yang telah membunuh diri sendiri.
Jadi kita kena berusaha menurunkan angka bunuh diri tersebut sebab Kehidupan ini adalah satu-satunya harta yang kita ada.
Ada orang Kristian yang menjawab secara peribadi dan terbuka akan artikel saya sebelum ini lalu berkata:, “Lihat, ateisme menyebabkan bunuh diri,”
Ada juga yang berkata:
“Atheis mempunyai kadar bunuh diri yang lebih tinggi kerana mereka tahu bahawa hidup mereka tidak ada artinya tanpa Tuhan, tetapi terlalu sombong untuk meminta pengampunan kepadaNya walaupun mereka tahu di dalam diri mereka adalah bersalah, tapi mereka tetap memilih untuk mati selamanya dengan dosa kesombongan mereka. "
Ya, itu adalah komen dari penganut agama Kristian. Malah ada yang menulis buku bertajuk:
"Kelebihan Katolik: Mengapa Kesihatan, Kebahagiaan, dan Syurga Menunggu Orang Yang Beriman,"
Baiklah, saya akui, atheis seperti minoriti lain yang bila stress boleh terdedah kepada kemurungan dan bahkan bunuh diri tapi korang semua kena ingat sebahagian besarnya bunuh diri ini disebabkan oleh tekanan geng agama!
Saya mengakui bahawa ‘kejahilan’ sebenarnya adalah salah satu kebahagian atau kepercayaan kepada kehidupan selepas mati dan kepercayaan pada syurga juga adalah kebahagian, tapi bagi saya kebahagian sejati bila kita mampu bahagiakan diri sendiri dan mampu bahagiakan orang lain tanpa perlu kepada tahyul, itu Bahagia tertinggi! Lebih tinggi dari Jesus sebab kita memahami tentang alam semesta yang luas seluasnya!
Sebagai sebuah komuniti, ateis harus saling mengingatkan tentang keajaiban alam di sekeliling kita. Alam ini terlalu besar dan kita mudah tersesat dalam perjuangan serta masalah kita sehari-hari.
Memetik kata kata Ferris Bueller, kehidupan ini bergerak sangat pantas dan jika kita tidak berhenti dan menoleh sekali-sekala, maka kita akan ketinggalan sedangkan kita hanya mempunyai satu kehidupan. Sungguh tidak ada Tuhan yang ajaib dan Maha sempurna menanti kita selepas kita mati. Ini sahaja pilihan kita ada, nikmati hidup sebab Hidup terlalu singkat untuk disia-siakan.
Sekiranya hidup anda menyedihkan, tolong berusaha untuk menjadikannya lebih baik, jika tidak untuk anda, buatlah untuk orang yang menyayangi anda. Ingatlah, ada banyak Galaxie di luar sana dan kita semua adalah pelengkap dalam rantaian kemajuan manusia.
Satu perkara yang saya perasan adalah: Selepas seorang ateis membunuh diri, tiba-tiba nampak macam banyak yang nak bantu, tapi dah terlewat,padahal kalaulah bantuan itu dibuat sebelum mereka bunuh diri tentu lebih baik.
Dalam bab ini golongan agama lebih baik, mereka saling bantu membantu, mereka ada system yang sangat baik, sepatutnya kita golongan ateis juga boleh memiliki system sokongan tanpa perlu percaya kepada Tuhan.
Tapi masalahnya golongan Atheis terkenal sebagai orang yang suka membantah dan tidak suka berjemaah, Cuba korang kumpulkan tiga atheis di sebuah bilik bersama, kejap lagi mereka akan bergaduh dengan masalah kecik tak masuk akal, adohai.
Jadi terbukti, hidup berjemaah membantu orang Bergama selesaikan kemurungan, maka kita golongan athies patut lebih mudah berjemaah, bergabung tanpa perlu bersetuju dengan semua isu, kita hanya perlu sokongan moral sesama atheis kerana kita tiada Tuhan ajaib yang akan menolong kita.
Dengan system berjemaah ini,. Kita bukan sahaja mampu untuk saling membantu, tetapi kita juga mampu untuk menyampaikan gerak perjuangan kita antara satu sama lain dan mampu meminta sokongan. Sungguh tidak ada Tuhan ajab yang akan bantu kita untuk keluarkan kita dari neraka ini.
Eh? Adakah saya sebut Neraka? Itu tak wujudpun, maafkan saya yang tersesat dalam berkata kata, Walau bagaimanapun, maksud saya adalah kita jangan sombong untuk menawarkan pertolongan kepada orang lain dan kita jangan malu untuk meminta pertolongan.
Jadi sesiapa yang ada masalah nak bunuh diri, sila hubungi nombor ini:
(Rujuk artikel asal dalam link, maaf jika translate saya tidak tepat, BI masa SPM dulu tak kredit, saya cuba ringkaskan sebab agak Panjang, nak baca kill link ini: https://www.huffpost.com/entry/atheism-has-a-suicide-problem_b_5a2a902ee4b022ec613b812b )
Ulasan saya:
Seronok bila tahu Atheis kagumi alam yang luas ini, Tahu tak? Ada teori mengatakan, saiz planet Mustari yang besar adalah untuk melindungi bumi dari meteor sesat kerana gravitinya yang kuat menyebabkan tahi bintang raksasa itu jatuh ke planet lain.
Namun, andai kata, jika tahi bintang itu terlepas planet Mustari, ada lagi Sembilan planet lain yang menjadi perisai bumi, dan andai kata ada komet yang terlepas, bulan juga ada gravity yang mengelilingi bumi setiap bulan untuk menhadang hentaman tahi bintang, tak percaya cuba teropong bulan, penuh dengan kawah hasil hentaman tahi bintang, dan bulan juga bertindak sebagai pasang surut air laut agar nelayan mudah buat kerja, dan andai komet besar masih berjaya lepas dari gravity bulan sebab arah paksi yang berbeza, tiba tiba tahi bintang itu akan terbakar dan jadi batu kecil bila berlanggar dengan atmpsohera, kenapa bumi masih selamat?, kenapa blue planet ini so-so SO protection?
Macam ada satu kuasa yang mengawalnya, kan?
Balik ke bumi, Bila tak ada air, tiba tiba hujan, bila lapar nak makan, ada tumbuh tanaman, nelayan dilaut tangkap ikan yang duduk secara berkumpulan, jadi senang masuk pukat,. Waktu tidur kita masih bernafas dengan otak luar kawalan sebab ada kuasa yang pantau kita.
Oleh sebab alam ini begitu tersusun, maka orang agama Yakin ada Kuasa yang menyusunnya, letupan di angkasa (big bang) bukan tiba tiba, sebab dibumi ini ada banyak bahan letupan nuklear, tapi takde yang meletup sebab ada yang kawal, maka Sebagai manusia yang boleh berfikir, kita rujuk sebab dan akibat, Tuhanlah layak kepada segaka penciptaan.
Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang untuk penuhi keperluan cinta.
Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana aku datang?, apa tujuan aku di dunia ini?, dan kemana aku selapas ini?. Juga disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau mengabaikannya.
Dan Orang yang bagitahu Allah itu tuhan kami bukan manusia biasa. Beliau seorang yang paling berpengaruh dalam dunia sebab beliau berjaya dalam bidang agama dan politik.
Beliau dikenali sebagai Pakar motivasi, pakar diplomasi, pakar perniagaan, juga ketua perang yang selalu menang walau tenteranya sikit dan Legasinya kekal beribu tahun sampai sekarang.
Kira macam The Real 'Iron Man' sepanjang zaman. Sebab baginda bijak, kacak, kaya, kuat dan mampu kumpulkan pahlawan terhebat di zaman itu lalu menakluk dunia, tak ada mana mana musuh pun yang berjaya membunuhnya atau mengatasi legasinya.
Maka logik sangat orang handal macam ini yang Allah hubungi dan lantik jadi Nabi bersama kitab yang ada mukjizat mudah di hafal.
Jadi saya nak tanya, orang yang bagitahu tuhan tak wujud tu siapa? Encik Nobody cares?
Logik tak? Antara manusia paling hebat di dunia dan encik nobody cares kita pilih nobody cares?
Sesunguhnnya Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Lakum di Nukum Wali Yaddin.
Woha!
「kata-kata yakin dan percaya」的推薦目錄:
kata-kata yakin dan percaya 在 Facebook 的最佳貼文
Saya tersenyum sendiri melihat insan hebat seperti Saudara @fazleyjalal berkongsi screen capture kata-kata “Fak Faazley Yaacob” dengan kritikan konstruktif tentang recipe saya. Syukur Alhamdulilah, kerana insan sehebat beliau sudi berkongsi dengan khalayak.
Ramai yang screen-capture mengatakan bahawa sebagai “influencer” beliau tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian(berkongsi paparan chat, walaupun mungkin bukan dia yang menulis). Ramai juga yang forward kepada saya menyatakan “Melayu tak boleh tengok Melayu lain lebih”
Beginilah, saya yakin beliau berniat baik. Mungkin itu adalah cara beliau untuk menegur saya supaya berusaha lebih baik menghasilkan kek batik tersebut, mungkin juga ianya cara beliau untuk mempromosikan produk tempatan untuk support saya, mungkin juga ianya cara beliau untuk bergurau dengan teman2 beliau. Saya lebih gemar bersangka baik daripada mengambil hati
Saya, seperti dia, gemar memasak. Saya, seperti dia, gemar mencuba resipi-resipi baharu. Saya, seperti dia, gemar merakam video memasak. Dan saya, seperti dia gemar makanan.
Tetapi saya juga berpegang kepada prinsip saling sokong menyokong semua yang dalam industri yang sama. Saya bekerjasama dengan semua tak kira jenama besar atau yang tiada jenama sebab saya percaya dalam rezeki saya sebagai seorang tukang masak, ada rezeki orang lain juga, baik dari segi pembekal, pembungkus, penghantar, pembeli dan semua yang terkait dari titik A ke titik Z dalam proses penjualan makanan.
Saya sendiri agak segan untuk mengkritik hasil air tangan orang lain di media sosial. Kerana semua ada citarasa masing-masing kan? Malahan saya sendiri pun masih jauh perjalanan dan banyak yang saya sedang pelajari.
Prinsip saya tak suka tak apa. Tak sedap tak apa. Biar orang ramai yang bagi pendapat sendiri. Asalkan saya tidak berkongsi apa2 yang boleh melukakan hati sesama tukang masak atau baker
Terima kasih buat Fazley Jalal dan rakan2 beliau! Semoga kita semua kekal berusaha mencari rezeki yang halal di era pendamik yang sangat mencabar! Fazley Jalal, I’m your fan! I love your videos and will continue supporting you.
kata-kata yakin dan percaya 在 Facebook 的最佳解答
Bercerita bab pahala, ada kejadian yang membuatkan aku angin semalam sewaktu servis keretamayat di sebuah bengkel berdekatan surau sebelah kedai Pok De yang jual masakan panas, lalu sewaktu menunggu keretamayat siap dibaik pulih, terborak pula seorang aku dengan Pakcik Sidik Tasdik yang memberi pandangan pelik tentang pahala.
Kata Pakcik Sidik Tasdik, kitab fadhail amal itu untuk budak-budak, banyak hadith lemah dan kurang berkesan dalam menyuntik semangat jihad.. katanya lagi, buat amal dengan ikhlas dan jangan mengharap pahala, jika berniat mahukan pahala, itu perbuatan syirik kerana pahala dan shurga adalah makhluk, kita tidak boleh beribadat kerana makhluk, kita kena beribadat semata mata kerana Allah, yang mana andai kata kita kejar pahala maka kita tidak akan mendapat pahala itu, perbuatan itu adalah tidak ikhlas dan boleh membuatkan kita masuk neraka.
Tambah Pakcik Sidik Tasdik lagi, doa yang terbaik adalah doa wali Allah yang mengatakan jika aku mengabdi kepada-Mu karena takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka, dan andai aku mengabdi kepada-Mu karena mengharapkan surga, jauhkanlah aku daripada shurga. Jadi dalam doapun jangan minta shurga kerana itu menggambarkan diri kita tidak ikhlas.
Begitulah panjang lebar Pakcik Sidik Tasdik itu memberi hujah dengan merujuk kepada pelbagai kisah wali tapi lansung tidak merujuk kepada kisah Nabi atau sahabat baginda, aku pula berhujah:
Wah wah wah! Ini yang buat ummat jadi keliru.. Nabi Muhammad s.a.w pesan pada Ummat, baca Al quran dapat pahala, setiap huruf satu pahala, alif Lam Min dapat tiga pahala, solat di malam lailatul qadar seribu bulan ganda pahala, amalan di bulan puasa diganda 70 kali pahala, solat berjemaah dapat 27 kali ganda pahala, setiap langkah ke masjid dapat satu pahala dan pelbagai lagi, ini Nabi yang bagitahu, tiba tiba Pakcik Sidik Tasdik cakap: jangan kejar pahala? wah wah wah, habis tu pesan Nabi suruh berlumba lumba buat pahala di bulan Ramadan nak campak ke mana? Kelaut bersama syaitan?!
Dalam Al quran pun Allah cerita tentang pahala, tentang nikmat shurga dan azab neraka, ada 1000 ayat tentang pahala, tiba tiba Pakcik Sidik Tasdik bilang, jangan kejar shurga?
Woi! Si perasan alim, ada pernah baca tentang hadith dari hazrat Abu Hurairah r.a. yang berbunyi, Nabi saw bersabda, “sesiapa yang berdiri beribadat pada malam qadar dengan iman dan IHTISAB. Akan di ampunkan dosanya yang terdahulu.”
Pakcik Sidik Tasdik tahu apa itu IHTISAB?
Ihtisab adalah niat untuk mendapatkan ganjaran! Mengharapkan pahala adalah kesempurnaan iman, kerana percaya dan yakin pada benda yang ghaib.. itulah IHTISAB!
Kepada yang masih degil konon belajar tasauf yang mendakwa tidak boleh niat mahukan pahala, atau tidak boleh niat mahukan shurga, biar aku terang sikit guna kaedah hakikat marifat ala-ala tasauf, mudah-mudahan anda semua faham. Insya-Allah..
Baik, memang benar ‘in the first place’, buat amal kerana makhluk adalah tanda tidak ikhlas dan mungkin jadi syirik. Ya, aku tahu, memang benar, pahala, dan shurga atau neraka adalah makhluk Allah.
Tapi kita kena ingat, Allah boleh azab manusia tanpa neraka dan Allah boleh bagi nikmat pada manusia tanpa shurga. Sebab itulah kita selalu dengar orang yang gembira dalam dunia berkata:"Aku hidup bagai dalam shurga”. Padahal terbukti duduk dalam dunia, dan kita selalu juga dengar orang yang menderita dalam dunia berkata:"Aku hidup bagai dalam neraka”
Maksudnya di sini, Allah boleh bagi nikmat tanpa shurga dan Allah boleh bagi azab tanpa neraka, yang mana “JANJI ALLAH” untuk azab dan bagi nikmat bukanlah makhluk.
“JANJI ALLAH” adalah SIFAT ALLAH. ALLAH berjanji akan azab, bila manusia buat sekian-sekian. ALLAH juga berjanji akan beri nikmat, bila manusia buat sekian-sekian.ORANG YANG YAKIN DENGAN JANJI ALLAH adalah orang yang BENAR-BENAR BERIMAN.
Apatah lagi shurga dan neraka di gambarkan sebagai tempat yang tidak terlintas dalam kepala, tidak tergambar oleh otak, tidak terbayang oleh kata-kata. Inilah IMAN!. Di sinilah terletak “JANJI ALLAH”. Untuk azab atau bagi nikmat.
MAKA, takut neraka adalah takut kepada JANJI ALLAH! Sebab tidak pernah melihat neraka cuma beriman dengan “JANJI ALLAH” dan mengharap shurga adalah harap kepada JANJI ALLAH! Sebab tidak pernah melihat shurga cuma beriman dengan “JANJI ALLAH”.
JANJI ALLAH BUKAN MAKHLUK! JANJI ALLAH adalah GHAIB.YAKIN dengan yang Ghaib adalah kesempurnaan iman.
Pahala juga GHAIB, dan yakin dengan janji Allah dapat pahala adalah tanda kesempurnaan iman!
Jadi bila kita beribadat, dengan niat mendapatkan ganjaran, itu tanda iman kita betul sebab yakin dengan janji Allah, dan melakukan amal dengan yakin pada janji Allah adalah tanda iman yang sempurna, kita tidak ragu ragu dengan janji Allah.., Allah janji pahala, maka ghairahlah kita mengejar janji Allah.
Bila Allah janji mahu azab manusia dalam neraka, maka gementarlan hati kita kerana takut kepada janji Allah, orang yang slow sahaja yang tidak faham antara janji Allah dengan ‘material instinct’.
Pedulikan doa tersirat wali Allah yang berkata jika aku mahu shurga jangan masukkan aku dalam shurga dan jika aku takut neraka, lalu campakkan aku ke dalam neraka, doa begitu memang cool dalam menggambarkan cinta kepada Allah, tapi itu kisah wali, sedangkan Nabi Muhammmad SAW yang jauh lebih cool untuk di jadikan contoh berpesan dalam bulan puasa ini, banyakkan memohon dari Allah untuk masuk ke shurga, dan banyakkan memohon dari Allah supaya selamat dari azab api neraka..(H.R Hazrad Salman r.a).
Pakcik, ketahuilah,dalam Al quran banyak bercerita tentang nikmat shurga dan azab api neraka kerana Allah faham bagaimana mahu tarbiah manusia, maka tolonglah jangan perasan pandai tidak mahu shurga konon, ini pesanan Nabi, Nabi yang ajar berdoa minta shurga, kenapa mahu ikut wali yang kisahnya tiada perawi? Ini ada lagi Nabi Muhammad s.a.w pesan, jika berdoa minta shurga, mintalah shurga yang tertinggi.., iaitu shurga firdaus!
Tak Faham-faham lagi?! Adohai...
Patut bulan puasa begini isu pahala tidak timbul sebab yang membenci pahala di kurniakan sebegitu banyak pada ummat Nabi Muhammad s.a.w ni adalah syatan, sehingga tabur kepala dengan pasir, jadi bulan puasa begini syaitan sudah di ikat, sehingga ‘ustaz’ yang tidak suka mengajar guna hadith kelebihan pahala, sudah pakat pakat guna di bulan puasa,.., jadi Pakcik Sidik Tasdik jangan cuba berlagak alim, sahabat nabi Muhammad SAW sentiasa menangis takut api neraka dan melangkah kaki pendek pendek ke masjid sebab mahu pahala lebih, Pakcik boleh pula berlagak tidak mahu pahala.
Pakcik buat dosa jika tidak berniat mahu dosapun, akan tetap dapat dosa itu, pakcik buat baik, dapatlah pahala sebab itu janji Allah!
Kalau Pakcik Sidik Tasdik tak nak pahala, niatkan sahaja untuk sedekah pada aku.., aku nak!
Woi, aku nak pahala, bak semua pahala Hang kat aku! Kita jumpa nanti kat shurga firdaus tingkat lapan.
Woha!
Korang tahu apa respond Pakcik Sidik Tasdik bila aku hujah macam tu?
Panjang nak cerita, bersambung dalam novel SEMUSIM DI SYURGA oleh Hamka keretamayat
Nak beli rujuk komen, selamat rebut pahala Ramadan demi keredaan Allah guys!
Ps: Jom baca MUDAHNYA HAFAL YASIN, klik sini: