Jika anda sedang menderita, dari tahap satu hingga tahap empat, berapakah tahap derita anda?
(versi penuh)
Penderitaan ada banyak, tapi kita fokus empat dahulu, Jom kita susun tahap derita dalam hidup
Baik, sekarang kita pergi kepada masalah yang paling kurang deritanya berbanding empat penderitaan yang akan kita bincang nanti, dan oleh kerana derita ini paling kurang derita dari yang empat itu, maka saya namakan derita ini sebagai derita nombor empat..
Apa derita nombor empat?
Orang Bangladesh atau orang Indonesia yang tinggalkan keluarga jauh jauh untuk cari rezeki di Malaysia adalah contoh mereka yang menderita katogori tahap empat, korang nampak mereka macam bahagia di hujung minggu jalan-jalan kat pasar malam makan durian berpimpin tangan, tapi dalam lubuk hati mereka, ada perasan cemburu pada rakyat Malaysia yang tak payah susah-susah cari rezeki jauh jauh tetap ada,
Yelah! Korang nak ke jadi macam mereka?, tinggal anak bini cari rezeki jauh jauh sampai Afrika barat? Hilang satu nikmat hidup.., alahai orang Malaysia yang duduk kelantan tapi kena kerja Kuala Lumpurpun dah rasa tak best, apatah lagi orang Kerachi dari Paskitan yang terpaksa jual karpet kat Kubang Kriang?
Ini semua takdir, kita kena selalu bersyukur dengan nikmat Allah, sebab Allah boleh terbalikkan dunia, sekali datang selsema covid 20 pulak melanda Malaysia secara serius, habis lumpuh ekonomi Malaysia, last last, sebab takde kerja, tak mustahil, bini kita pulak jadi Amah kat Bangladesh, mana tahu?
Moralnya, Rezeki yang paling best adalah rezeki di kampong sendiri, maksud saya kerja yang kita kerja tu tak lah jauh dari rumah, tak lah jadi weekend husband, janganlah kerana gaji mahal semata mata kita selalu berpisah dengan anak isteri sampai ke tua, kasihan mereka..
Benda ni nak kena planning awal, sekarang baru kahwin takpe duduk jauh, tapi usahakan cari kerja-kerja yang boleh buat korang duduk sekali, atau bisnes ke, ambik pencen awal ke, kerana kelak bila ada anak ramai, masa tu dah kena stabil tapak rumah, dah tak payah nak travel-travel, jika susah sangat, yang wanita berhenti sahaja kerja ikut suami bertugas kat mana-mana, kang senang?
Bila duduk dekat, jika ada PKP, masih boleh ziarah sebab satu daerah, raya hari tu yang tak boleh lintas sempadan fahmlah perasaan warga asing yang terpaksa tinggal anak bini cari rezeki tak boleh balik sebab kontrak belum habis.
So, plan elok elok bab rezeki, InsyaAllah penderitaan kita semakin berkurang.., amin.
Ok, itu satu contoh derita tahap empat, senang cakap, derita tahap empat ni adalah derita sekitar bab rezeki, contoh lain macam kisah mereka yang kena pulau kat pejabat, atau kawan kawan seoffice yang tikam dari belakang, atau ada bos yang sengaja tak nak kita naik pangkat, atau rakan sekerja yang pakat-pakat tabur pasir dalam periuk nasik kita, atau bernoaga tapi kena tipu sehingga rugi berlipat ganda atau bencana datang buat rezeki kita lumpuh, atau kena potong gaji, atau bonus takde, kecuraian, kena roboh Majlis perbandaran atau apa sahaja, yang mana berkaitan dengan rezeki, sekali di uji macam tu, memang sakit hati, tapi nak buat camne?, dah takdir Allah, sabar jelah..,
Apa-apapun, sekarang korang dah tahu kategori derita tahap empat, memang korang derita, tapi releks, jangan sedih sangat.., ada lagi TIGA tahap derita yang lebih dahsyat, cuba check, korang ada tak derita yang berikutnya, jika ada baru boleh mengaku derita, jika takde, alhamdulillah, simple sangat derita korang, setakat kena jual karpet kat lorong Bombay, apa nak sedih?, ada rezeki boleh singgah rumah Aishwarya Rai jual karpet, Woha!
Kesimpulannya derita nombor empat adalah derita BAB REZEKI…, ramai jugak orang yang bunuh diri kerana masalah rezeki ni..isk..,
Betul tak?
*************
Baik, sekarang kita pergi kepada masalah yang lebih derita berbanding derita tahap empat tadi, dan oleh kerana derita ini lebih derita dari yang tahap empat itu, maka saya namakan derita ini sebagai derita tahap tiga..
Apa derita tahap tiga?
Oleh sebab kita dah kerja 8 jam kat pejabat atau berniga sampai larut malam, dan sudah ada banyak derita nombor empat, maka sekepulangan kita dari pejabat atau tempat bisnes, maka kita akan balik rumah dah habiskan masa purata 16 jam kat rumah, dan sudah namanya rumah, maka dah tentu kita akan ada jiran.., dan bila sudah ada jiran, maka akan timbul pulak banyak cerita dan derita..
Harapan kita bila sudah banyak menderita kat pejabat atau tapak bisnes, alih alih balik rumah, baru nak sampai depan pintu, kita berdepan pulak dengan jiran tentanga yang juga pulaukan kita.. aduh! Jiran pulak jenis jahat!
Jadi, derita tahap tiga adalah derita berkaitan jiran tetangga, ipar duai, atau saudara mara.., panjang nak cerita, tapi inilah kisah sebenar dalam masyarakat, jiran tu dengki dengan korang, lepas tu tak nak tegur dengan korang, atau adik beradik yang berebut harta sampai bergaduh tak sudah sudah.., atau ipar duai yang kikis harta..,
Tak cukup dengan gangguan kata nista dan fizikal, mereka ganggu pulak dengan gangguan mistik.., yang mana tak lama kemudian, jiran sebelah pulak sanggup bomohkan korang, malam malam jumpa Puaka niyang rapik sedang berak dalam tandas, atau jumpa keliwong dalam bilik air pinjam shampoo, memang masalah,
Lepas tu pulak, ipar duai yang dengki dengan korang, sanggup sebar fitnah dan mengumpat.., balik kerja ada yang ludah tengok korang, tak cukup lagi?, jiran yang janda pulak kacau suami korang, mentang mentang ada kopi janda, … apa?!, kopi duda tak de ke?, saya pun pelik, kopi jantan dah ada, kopi betina takde ke bang?
Dah! Cukup! Panjang cerita bab jiran tetangga ni, rumput rumah kita panjang dah kena umpat, keluar berdakwah dah kena pulau, masak petai goreng belacan dah kena maki, baru niat nak poligami dah kena kutuk, memang sakit hati!
Sampai satu tahap, ada yang bergaduh, bertumbuk, dan santau sana sini, memang teruk.., itu yang banyak drama ada cerita orang yang sanggup pindah duduk jauh jauh sebab hubungan dengan jiran tetangga dan teruk, yelah.., mana sanggup korang hidup berjiran dengan orang yang sakit hati dengan kita?
Hari hari tak selamat, baiklah pindah tempat lain mencari bahagia.., lepas tu pulak, bila jiran kita miskin atau kaya, maka akan wujud masalah kejiranan yang serius, atau jenis taksub pada parti, jenis assobiah, lagi teruk!
Sampai bila mati tak nak datang tahlil, atau buat kenduri tak nak makan sebab tak sah sebelihan kerana berbeza wahabi syiah sunnah, apa punya bangang daa.., esshh, panjang nak ceritalah bab ni, banyak yang dah makan hati, ini semua derita tahap tiga, ingat tu, derita tahap tiga…!
Kesimpulanya derita tahap tiga adalah derita BAB JIRAN DAN SAUDARA…, biasa orang akan pindah rumah atau lari dari kampong ler bila jadi kes macam ni, sanggup berhenti kerja sebab masalah kejiranan ni lebih besar.. aduhhh
Apa-apapun, sekarang korang dah tahu kategori yang bagaimana akan derita tahap tiga, memang korang derita, tapi releks, jangan sedih sangat.., sebab boleh pindah, ada lagi DUA derita yang lebih dahsyat dan tak boleh pindah, cuba check, korang ada tak derita yang berikutnya, jika ada baru boleh mengaku derita, jika takde, alhamdulillah, simple sangat derita korang, setakat berjiran dengan Firaun, Haman dan Abdullah bin Ubai, apa nak sedih sangat,
Jika bala datang melanda kampong korang kerana kejahatan mereka, dah tentu korangpun akan kena sekali, tapi sebab korang lelaki beriman di akhir zaman, Allah akan asingkan korang dari mereka kat akhirat, tak lah derita sangat, kan?
Dan jika korang ahli masjid yang jaga solat berjemaah, menurut hadith, bila bala datang, korang akan bertebaran dan selamat, ok lah tu…
************
Baik, sekarang kita pergi kepada masalah yang lebih derita berbanding derita bab jiran tetangga tadi, dan oleh kerana derita ini lebih derita dari yang tahap tiga itu, maka saya namakan derita ini sebagai derita tahap dua..
Derita tahap dua, (baca dalam keadaan echo)
Apa derita Tahap dua?
Dah tengok filem Si Tanggang yang di sumpah menjadi batu, atau Filem anakku Sazali? Kisah anak derhaka yang muka ada iras-iras P Ramlee tapi menderhaka pada bapaknya Sazali yang juga ada iras muka P Ramlee.., yang mana kalaulah sepuluh tahun dahulu bapaknya Sazali pukul Sazali, dah tentu Sazali tidak akan menjadi gengster nombor satu di Singapura Bapak tau?, tapi mungkin Sazali akan menjadi Hafiz di madrasah Darul Ulum Karachi Pakistan.., apa-apalah!
Arghh, pendek cerita, derita nombor DUA terbesar dalam hidup di dunia yang fana ini adalah: apabila anak yang kita sayang, kita sanjung, kita belai dan jaga serta tatang bagai minyak kereta Isi penuh, tiba tiba si anak yang kita harapkan itu, tiba tiba si anak itu, tiba tiba..oh! tergamak sungguh si anak tiba tiba mencucuh petrol itu dengan api sehingga wajah korang menjadi hitam seperti di conteng arang ke muka korang yang putih secara tiba-tiba, Tak ke tiba-tiba? (Tiberrrr)
Maka menangislah si ibu bapa di hujung usia mengenang perbuatan anak derhaka.., dunia terasa gelap, gelap terasa hitam, hitam sudah tiada manis lagi.., dan dalam kegelapan kesedihan, tiba tiba masuk pulak dalam kubur yang gelap..
Saya pernah tengok, orang yang derita bab rezeki, lepas tu dengan jiran pun ada masalah.., tapi bila anak-anak berjaya dalam pelajaran, atau berjaya dalam hidup, atau berjaya mengharumkan nama agama, bangsa dan Negara, senyum jer si ibu dan bapa dengan air mata kesyukuran sehingga lupa dengan derita bab rezeki dan jiran tetangga…
Tapi cuba korang tengok mereka yang takde masalah bab rezeki, dan tiada masalah dengan jiran tentangga, tapi bila anak derhaka, oh gelapnya hidup.., satu nikmat hidup yang besar telah luput dari genggaman.., tu yang banyak cerita orang buang anak yang dah besar, bukan buang bayi tapi masih di buang ibu bapa kerana penderitaan nombor dua tadi, tak mengaku anak!
Derita mana lagi yang korang nafikan?
Kesimpulanya derita nombor dua adalah derita BAB ANAK DERHAKA…, biasanya si ayah akan buang anak, atau tak mengaku anak.., (sehinggalah anak jadi kaya dan balik pada hari raya bersama menantu yang cantik jelita dan mintak maaf macam Shah Rukh Khan bergaduh dengan Amitabh Bachchan dalam filem Kabhi Khushi Kabhie Gham )
Dan si ibu pulak jika dapat anak derhaka, biasanya si ibu tak macam si ayah, si ibu akan menyumpah anaknya menjadi batu.
Woha!
**********
Baik, sekarang korang dah tahu katogori derita masing masing, ada derita tahap dua, derita tahap tiga dan derita tahap empat, korang yang tentukan..
Sekarang kita akan pergi kepada derita tahap satu..
Nombor SATU!, (baca dalam keadaan echo)
Apa derita tahap satu?
Derita ini bakal melanda semua pasangan hidup.., iaitu derita apabila pasangan hidup korang tiba tiba curang, pergi kepada kekasih lain! Oh.. sekelip mata kau berubah..…, budak sekolahpun sanggup bunuh diri bab ni.. aduhai..
Dan untuk suami isteri, masalah rumahtangga yang berakhir dengan penceraian, adalah kesan dari penderitaan ini, dan ramai jugak yang kemurungan.
Sungguh apabila orang yang telah sanggup seiring dan sejalan, sehidup dan semati, sangup tidur berbogel dengan kita, bergeser pusat dan berlaga lubang kencing.., tiba tiba.., si dia melukakan kita, mengkhianati kita, curang, derhaka dan berpisah…
Hati memang sedih.., dunia terasa gelap.., Lalu lagu lagu sentimental menjadi peneman bagi yang malas membaca Al quran..oh..
Saya tak perlu tulis panjang, semua tahu bagaimana deritanya jika mak dan ayah kita berpisah…, anak anak jadi derhaka.., jiran pun mengumpat, dan ekomoni rumah tannga men jadi huru hara.. oh…
Namun jika derita anda tahap tertinggi, masih ada jalan pulang dalam menacri cinta...
Sesungguhnya, Siapa saja yang mencintai manusia, maka manusia itu akan meninggalkan kamu sama ada kerana curang atau kerana menjadi mayat, Dan barangsiapa yang mencintai Allah, maka sesungguhnya Allah itu tidak akan meninggalkan kamu, dan Allah tidak akan mati dan tidak akan curang buat selama lamanya, dan Allah itu akan menerima cinta sesiapa sahaja hambanya yang bertaubat walaupun mempunyai dosa setinggi gunung mececah awan, kerana Allah adalah Kekasih Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang…
Nimat mana lagi yang kau dustakan?
Pulanglah kepada Allah…
Sekian.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「kelantan daerah mana」的推薦目錄:
- 關於kelantan daerah mana 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
- 關於kelantan daerah mana 在 Ramona Zamzam Facebook 的最讚貼文
- 關於kelantan daerah mana 在 Syamsul Yusof Facebook 的最讚貼文
- 關於kelantan daerah mana 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於kelantan daerah mana 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於kelantan daerah mana 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
kelantan daerah mana 在 Ramona Zamzam Facebook 的最讚貼文
Perbandingan fasa covid-19 Malaysia berbanding Itali..
Kalau rakyat Malaysia tetap juga berdegil keluar rumah.. agak2 unjuran mulai esok hingga hari seterusnya sama tak mcm apa yg sdg berlaku di Itali tu? Renung-renungkan.
6 Fasa Covid-19 Yang Rakyat Itali Dah Lalui. Malaysia kini berada di Fasa 3.
Baca sampai habis sebab anda akan faham apa yang rakyat Itali telah lalui dan apa yang rakyat Malaysia bakal lalui jika situasi tidak berubah.
Itali adalah contoh terdekat yang kita boleh ambil sebagai panduan untuk persediaan menghadapi Covid-19. Apa yang mereka telah lalui, sedang kita lalui dan bakal kita lalui.
Sejujurnya, hingga kini Itali masih belum berjaya mengawal Virus ini. Dalam tempoh 24 jam sahaja, mereka mencatatkan 3500 kes Covid-19 yang baru. Jumlah semasa di negara mereka 31,506 kes.
Dari segi progress, kita hanya 2 minggu di belakang mereka.
Masih ramai rakyat Malaysia yang ambil mudah, tak kisah, tak takut dengan gejala Covid-19 ini.
Hari ini, hari pertama Kawalan Pergerakan yang diarahkan kerajaan, masih ada kedai makan yang buka pagi ini dan orang makan di dalamnya secara berkumpulan.
Hari ini, di KL kebanyakkan taman taman dah ditutup pihak DBKL. Tapi, masih ramai berpusu pusu ke Bukit Kiara untuk bersenam dan aerobik di sana.
Di banyak tempat, banyak geng muda hari ni yang ‘berbasikal’ untuk pusing pusing. Exercise katanya.
Hari ini juga, ramai orang muda dari Kuala Lumpur yang merupakan bandar yang mencatatkan bilangan pesakit tertinggi di Malaysia telah sampai di kampung halaman masing masing. Mereka menggunakan kesempatan cuti sekolah dan cuti tempat kerja untuk ‘bercuti’ di kampung dengan ibu bapa tersayang.
Walaupun hakikatnya, kerajaan sudah memerintahkan Kawalan Pergerakan. Saya rasa RAKYAT MALAYSIA TAK SEDAR DAN TAK FAHAM apa yang dimaksudkan.
Kita hanya akan sedar betapa serius masalah ini bila kita baca artikel ini atau bila kita melalui sendiri.
Di Italy, seorang rakyat Italy telah berkongsi situasi yang dilalui oleh mereka menghadapi Covid-19. Jaso Yonowitz telah menulis 6 Fasa Covid-19 Yang Dilalui Rakyat Italy.
Penulisan beliau di Twitter mendapat jumlah Retweet yang sangat tinggi.
Saya tulis balik 6 Fasa yang dilalui oleh mereka dan sesuaikan dengan situasi di Malaysia yang sedang kita lalui.
*FASA 1*
Ramai orang mula tahu dan dengar mengenai penyakit berjangkit Covid-19 di Wuhan, China. Tapi sebab ia berlaku di luar negara, ramai tak ambil port sebab merasakan ia tidak penting. Tiba tiba, ‘kes pertama Covid-19’ sampai ke negara. Ini adalah permulaan kepada sebuah penderitaan yang berpanjangan.
Di Malaysia kes pertama dikesan pada 25 Januari 2020.
Pada waktu ini, pihak berkuasa mengatakan keadaan masih terkawal dan rakyat diminta untuk tidak panik.
Di luar negara, terutama di China, jumlah peningkatan tersangat banyak dan mengejutkan. Ia seperti tidak dapat dikawal. Tapi di negara kita, bilangan kes semakin bertambah. Kebanyakkan kes datang dari luar negara iaitu China. Atas sebab ekonomi, pihak kerajaan pada waktu itu masih tidak mahu menutup pelancong yang datang dari China. Ia situasi yang sama dihadapi oleh Itali pada peringkat awal. Kita dah lalui fasa ini.
*FASA 2*
Jumlah pesakit semakin meningkat. Makin ramai pelancong yang datang ke negara telah pun mendapat jangkitan Covid-19 dari negara asal. Cuma kesan dirasai ketika melancong. Ada juga rakyat Malaysia yang ke luar negara dan terkena jangkitan di luar negara membawa balik virus itu ke Malaysia tanpa sedar. Pada fasa ini, ada Menteri yang bijak mengatakan _"Covid-19 tidak memberi kesan ekonomi terhadap Malaysia”." Disebabkan Covid-19 penyakit berjangkit, pihak kerajaan mula menjejaki mereka yang pernah ada ‘contact’ dengan pesakit yang sudah disahkan. Mereka yang ada ‘contact’ diminta untuk membuat pemeriksaan. Dalam masa yang sangat cepat, penyakit mula berjangkit kepada rakyat tempatan. Waktu ini, pihak berkuasa mula mengarahkan Self Quarantine terhadap mereka yang close contact dengan pesakit. Syarikat yang staf mereka didapati positif mula ‘menutup’ bangunan dan meminta staf bekerja dari rumah untuk kerja kerja pembersihan. Makin ramai pelancong dari China yang datang ke negara disahkan positif. Kerajaan terpaksa buat keputusan untuk ‘tidak menerima kapal terbang dari Wuhan dan bandar yang terjejas teruk dengan Covid-19 dari China.” Atas dasar ekonomi, pelancong dari tempat lain di China masih boleh datang ke Malaysia. Waktu ini, peringatan demi peringatan diberikan kepada rakyat Malaysia. Tapi, hidup berjalan seperti biasa. Meeting berjalan seperti biasa. Kedai semua di buka seperti biasa. Kerja seperti biasa. Namun, bilangan pesakit semakin bertambah. Fasa ini lebih kurang sama yang dilakukan oleh kerajaan Itali dan kerajaan Malaysia. Fasa ini juga telah kita lalui.
*FASA 3*
1. Tiba tiba jumlah peningkatan pesakit meningkat mendadak. Kes sudah berjangkit dikalangan penduduk tempatan. Malaysia sekarang berada di Fasa Ketiga ini.
2. Hospital semakin dipenuhi dengan pesakit dan juga mereka yang dikuarantin. Pemeriksaan Covid-19 terpaksa di lakukan ke atas ribuan suspek.
3. Pihak pegawai kesihatan mula keletihan kerana terpaksa bekerja lebih masa dan merawat pesakit dengan pakaian keselamatan yang kurang selesa.
4. Negara mula mencatatkan kematian atas kes terdahulu.
5. Di Italy, Covid 19 hanya serius di 1/4 dari keseluruhan bandar bandar utama sahaja. Untuk itu, pada peringkat awal kerajaan menyisytiharkan penutupan sekolah, komuniti dan tempat kerja di 4 bandar utama ini.
6. Waktu ini, restoran, kerja kerja penting masih dibuka seperti biasa.
7. Sewaktu pengisytiharan KAWALAN PERGERAKAN di bandar bandar ini, hampir 10,000 rakyat Italy di Kawasan yang dijangkiti penyakit ini telah ‘pulang’ ke kampung halaman untuk bertemu dengan keluarga mereka di bandar bandar yang kurang dijangkiti penyakit.
8. Ini kesilapan besar yang dilakukan oleh rakyat Itali. Mereka telah keluar dari tempat wabak dan menjadi punca untuk tersebar penyakit di tempat lain.
9. Arahan pihak kerajaan untuk kekal di rumah masing masing diabaikan. Sebaliknya mereka ‘balik’ kampung dan ‘lari’ dari tempat wabak.
10. Ketika ini, di media social, di televisyen, di whatsapp, ramai orang berkongsi mengenai Covid-19 ini. Semua orang baca, tapi tak ramai yang ambil serius.
11. Situasi di Italy, sama seperti yang berlaku di Malaysia. Kerajaan melalui MKN memutuskan untuk Kawalan Pergerakan bermula 18 March – 31 March 2020. Tempoh kawalan selama 14 hari. Matlamat kerajaan adalah untuk memastikan orang ramai kekal di dalam rumah dan mengurangkan aktitivi berkumpul dan berjumpa dengan orang lain. Semua masjd dan surau serta rumah ibadah ditutup sepanjang tempoh ini.
12. Namun, apa yang berlaku malam tadi amat menyakitkan. Kita mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Itali. Kesilapan terbesar mereka kita lakukan.
13. Malam tadi, ramai penduduk di Kuala Lumpur pulang ke kampung halaman masing masing untuk ‘bercuti’ dengan keluarga di kampung. Anda boleh tengok, di lebuh raya menuju ke Kelantan di Gombak, plaza tol sesak teruk. Di TBS para pelajar berpusu pusu balik ke kampung setelah mendapat arahan dari pihak atasan untuk mengosongkan asrama. Di KL Sentral keretapi ke semua arah penuh. Di lebuh raya utara selatan malam tadi jammm. Belum dikira di balai polis malam tadi penuh disebabkan rakyat nak mohon untuk travel keluar daerah.
14. Tanpa kita sedar, mereka yang tinggal di Kuala Lumpur yang mempunyai rekod pesakit yang tinggi di sana telah balik ke kampung halaman masing masing di seluruh negara.
15. Bayangkan, betapa tinggi risiko sedang dihadapi oleh ibu bapa dan sedara mara di kampung yang masih sihat.
16. Malaysia sekarang berada di fasa ini. Lebih kurang 2 minggu lepas, Itali berada di fasa ini.
*FASA 4*
1. Di Itali, pada fasa ini. Peningkatan kes baru meningkat ribuan kes setiap hari. Keadaan semakin tidak terkawal.
2. Semua sekolah dan university di seluruh Itali diperintah tutup.
3. Di hospital, bilangan doctor dan nurse tidak mencukupi. Mereka terpaksa memanggil doctor doctor yang telah pencen untuk membantu. Tidak kurang, mereka memanggil pelajar jurusan perubatan dan nursing di tahun akhir untuk membantu di lapangan.
4. Mereka bekerja tanpa mengira shift. Ada yang bekerja lebih dari 24 jam kerana kekurangan kaki tangan dan bilangan pesakit yang bertambah.
5. Ada diantara mereka yang memakai pampers di dalam pakaian mereka. Mereka tiada masa untuk ke tandas sebab setiap kali dibuka pakaian keselamatan itu, merekta terdedah dengan virus ke badan mereka.
6. Itali sudah sampai ke fasa ini.
*FASA 5*
1. Ingat 10,000 rakyat Itali yang ‘melarikan’ diri ke kampung halaman masing masing untuk bercuti dengan keluarga. Nak jumpa ibu bapa mereka.
2. Kesan mula terasa. Seperti ada satu gelombang yang besar. Selepas 10 hari mereka sampai di kampung halaman, virus Covid 19 tersebar secara meluas di seluruh Itali. Ibu bapa mereka mula dijangkiti virus ini. Contact contact yang mereka buat di kampung juga turut terlibat. Rakan rakan yang mereka jumpa di kampung mula sakit.
3. Kes meningkat lagi sekali secara mendadak.
4. Sudah ada doctor dan nurse yang terjangkit dengan virus ini.
5. Hospital sudah penuh. Mereka terpaksa merawat pesakit di Gudang, di stor, di khemah.
6. Bilangan pesakit yang kronik terutama dari kalangan warga emas mula mengalami masalah pneumonia. Mereka perlukan bantuan pernafasan. Tapi bilangan tangki oksigen tidak mencukupi. Doktor terpaksa memilih, siapa yang perlu diselamatkan dan siapa yang akan mati. Keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai peluang rawatan yang tinggi untuk baik. Mereka yang sakit teruk, terpaksa dibiarkan mati.
7. Para doktor dan jururawat yang keletihan mula buat video memohon rakyat untuk betul betul lockdown di rumah.
8. Di Malaysia, jikalau yang balik kampung malam tadi mula menjadi penyebar Covid-19, kesan akan mula dirasai pada 1 April nanti.
9. Pada fasa ini, masalah di Itali masih belum selesai.
*FASA 6*
1. Peningkatan kes baru di seluruh negara meningkat mendadak. 3 hari terakhir, jumlah kes baru melebihi 3000 kes setiap hari.
2. Akhirnya, 12 March lepas, 6 hari lalu kerajaan Italy mengarahkan TOTAL LOCKDOWN DI SELURUH NEGARA.
3. Mana mana individu yang keluar rumah perlu ada Certificate untuk keluar dengan tujuan yang strict.
4. Siapa yang didapati salah, keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh di denda 206 EURO.
5. Hanya dibenarkan keluar untuk beli makanan atau ke ke hospital sahaja.
6. Selepas perintah berkurang ni dimulakan 6 hari yang lalu, kini baru Total Isolation Berjaya dilakukan di seluruh Italy. Mereka yang sakit tidak akan menyebarkan penyakit ke luar. Tapi, kesan penurunan hanya akan dapat di lihat selepa 14 hari.
7. Sebab itu, sekarang new case setiap hari adalah 3000. Ia kesan daripada SIKAP RAKYAT ITALI terdahulu yang tak serius mengikuti peraturan yang kerajaan sediakan.
8. Jika di lihat di China, new case setiap hari dah turun secara mendadak. Ini disebabkan kerajaan China sudah mengeluarkan perintah LOCKDOWN secara tegas
Belajarlah dari kesilapan rakyat Itali.
Buat rakyat Malaysia yang sudah pun pulang ke kampung halaman, jangan seronok sangat. Jangan ingat anda bebas dari Covid-19.
Semoga kita bukan penyebab kematian ibu bapa kita sebagai penyebar Covid-19 kepada mereka.
Jika dah balik ke kampung, elak lah bertemu dengan rakan rakan, jiran jiran. Lock down lah di rumah masing masing.
Jaga anak anak, elakkan anak anak dari berjalan merata rata.
Berdoalah sama sama, solat hajat, solat taubat, minta Allah mudahkan urusan kita.
Satu jer saya nak pesan, _"Elak terkena jangkita Corona Virus ni sekarang. Sebab kalau kita kena sekarang, lagi 14 hari baru nak rasa kesannya. Waktu tu, Hospital dah penuh. Tak ada tempat dah untuk kita. So, berhati hatilah...."
*Mohon SHARE.* Biar Ramai Orang Faham Apa Yang Bakal Terjadi Kalau Kita Tidak Berubah
kelantan daerah mana 在 Syamsul Yusof Facebook 的最讚貼文
6 Fasa Covid-19 Yang Rakyat Italy Dah Lalui. Malaysia Di Fasa 3 Sekarang
Baca sampai habis sebab anda akan faham apa yang rakyat Itali telah lalui dan apa yang rakyat Malaysia bakal lalui jika situasi tidak berubah.
Itali adalah contoh terdekat yang kita boleh ambil sebagai panduan untuk persediaan menghadapi Covid-19. Apa yang mereka telah lalu, sedang kita lalu dan bakal kita lalui.
Sejujurnya, hingga kini Italy masih belum berjaya mengawal Virus ini. Dalam tempoh 24 jam, mereka mencatatkan 3500 kes Covid-19 yang baru. Jumlah semasa di negara mereka 31,506 kes.
Dari segi progress, kita hanya 2 minggu di belakang mereka.
Seikhlas hati saya nak cakap, masih ramai rakyat Malaysia yang ambil mudah, tak kisah, tak takut dengan gejala Covid-19 ini.
Hari ini, hari pertama Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh kerajaan, masih ada kedai makan yang buka pagi ini dan orang makan di dalamnya secara berkumpulan.
Hari ini, di KL kebanyakkan taman taman dah di tutup oleh pihak DBKL. Tapi, uncle uncle dan auntie auntie di KL berpusu pusu ke Bukit Kiara untuk ‘bersenam’ dan aerobic di sana.
Di banyak tempat, banyak geng muda hari ni yang ‘berbasikal’ untuk pusing pusing. Exercise katanya.
Hari ini juga, ramai orang muda dari Kuala Lumpur yang merupakan bandar yang mencatatkan bilangan pesakit tertinggi di Malaysia telah sampai di kampung halaman masing masing. Mereka menggunakan kesempatan cuti sekolah dan cuti tempat kerja untuk ‘bercuti’ di kampung dengan ibu bapa tersayang.
Walaupun hakikatnya, kerajaan sudah memerintahkan Kawalan Pergerakan. Saya rasa RAKYAT MALAYSIA TAK SEDAR DAN TAK FAHAM apa yang dimaksudkan.
Kita hanya akan sedar betapa serius masalah ini bila kita baca artikel ini atau bila kita melalui sendiri.
Di Italy, seorang rakyat Italy telah berkongsi situasi yang dilalui oleh mereka menghadapi Covid-19. Jaso Yonowitz telah menulis 6 Fasa Covid-19 Yang Dilalui Rakyat Italy.
Penulisan beliau di Twitter mendapat jumlah Re-tweet yang sangat tinggi.
Saya tulis balik 6 Fasa yang dilalui oleh mereka dan sesuaikan dengan situasi di Malaysia yang sedang kita lalui.
Fasa 1
1. Ramai orang mula tahu dan dengar mengenai penyakit berjangkit Covid-19 di Wuhan China. Tapi sebab ia berlaku di luar negara, ramai tak ambil port sebab merasakan ia tidak penting.
2. Tiba tiba, ‘kes pertama Covid-19’ sampai ke negara. Ini adalah permulaan kepada sebuah penderitaan yang berpanjangan.
3. Di Malaysia kes pertama dikesan pada 25 Januari 2020.
4. Pada waktu ini, pihak berkuasa mengatakan keadaan masih terkawal dan rakyat diminta untuk tidak panik.
5. Di luar negara, terutama di China, jumlah peningkatan tersangat banyak dan mengejutkan. Ia seperti tidak dapat dikawal.
6.Tapi di negara kita, bilangan kes semakin bertambah. Kebanyakkan kes datang dari luar negara iaitu China.
7.Atas sebab ekonomi, pihak kerajaan pada waktu itu masih tidak mahu menutup pelancong yang datang dari China.
8.Ia situasi yang sama dihadapi oleh Italy pada peringkat awal. Kita dah lalui fasa ini.
Fasa 2
1. Jumlah pesakit semakin meningkat. Makin ramai pelancong yang datang ke negara telah pun mendapat jangkitan Covid-19 dari negara asal. Cuma kesan dirasai ketika melancong.
2. Ada juga rakyat Malaysia yang ke luar negara dan terkena jangkitan di luar negara membawa balik virus itu ke Malaysia tanpa sedar.
3. Pada stage ini, ada Menteri yang bijak mengatakan _"Covid-19 tidak memberi kesan ekonomi terhadap Malaysia”."
4. Disebabkan Covid-19 penyakit berjangkit, pihak kerajaan mula menjejaki mereka yang pernah ada ‘contact’ dengan pesakit yang sudah disahkan. Mereka yang ada ‘contact’ diminta untuk membuat pemeriksaan.
5. Dalam masa yang sangat cepat, penyakit mula berjangkit kepada rakyat tempatan.
6. Waktu ini, pihak berkuasa mula mengarahkan Self Quarantine terhadap mereka yang close contact dengan pesakit.
7. Syarikat yang staf mereka didapati positif mula ‘menutup’ bangunan dan meminta staf bekerja dari rumah untuk kerja kerja pembersihan.
8. Makin ramai pelancong dari China yang datang ke negara disahkan positif. Kerajaan terpaksa buat keputusan untuk ‘tidak menerima kapal terbang dari Wuhan dan bandar yang terjejas teruk dengan Covid-19 dari China.” Atas dasar ekonomi, pelancong dari tempat lain di China masih boleh datang ke Malaysia.
9. Waktu ini, peringatan demi peringatan diberikan kepada rakyat Malaysia.
10. Tapi, hidup berjalan seperti biasa. Meeting berjalan seperti biasa. Kedai semua di buka seperti biasa. Kerja seperti biasa.
11. Namun, bilangan pesakit semakin bertambah.
12. Fasa ini lebih kurang sama yang dilakukan oleh kerajaan Itali dan kerajaan Malaysia. Fasa ini juga telah kita lalui.
Fasa 3
1. Tiba tiba jumlah peningkatan pesakit meningkat mendadak. Kes sudah berjangkit dikalangan penduduk tempatan. Malaysia sekarang berada di Fasa Ketiga ini.
2. Hospital semakin dipenuhi dengan pesakit dan juga mereka yang dikuarantin. Pemeriksaan Covid-19 terpaksa di lakukan ke atas ribuan suspek.
3. Pihak pegawai kesihatan mula keletihan kerana terpaksa bekerja lebih masa dan merawat pesakit dengan pakaian keselamatan yang kurang selesa.
4. Negara mula mencatatkan kematian atas kes terdahulu.
5. Di Italy, Covid 19 hanya serius di 1/4 dari keseluruhan bandar bandar utama sahaja. Untuk itu, pada peringkat awal kerajaan menyisytiharkan penutupan sekolah, komuniti dan tempat kerja di 4 bandar utama ini.
6. Waktu ini, restoran, kerja kerja penting masih dibuka seperti biasa.
7. Sewaktu pengisytiharan KAWALAN PERGERAKAN di bandar bandar ini, hampir 10,000 rakyat Italy di Kawasan yang dijangkiti penyakit ini telah ‘pulang’ ke kampung halaman untuk bertemu dengan keluarga mereka di bandar bandar yang kurang dijangkiti penyakit.
8. Ini kesilapan besar yang dilakukan oleh rakyat Itali. Mereka telah keluar dari tempat wabak dan menjadi punca untuk tersebar penyakit di tempat lain.
9. Arahan pihak kerajaan untuk kekal di rumah masing masing diabaikan. Sebaliknya mereka ‘balik’ kampung dan ‘lari’ dari tempat wabak.
10. Ketika ini, di media social, di televisyen, di whatsapp, ramai orang berkongsi mengenai Covid-19 ini. Semua orang baca, tapi tak ramai yang ambil serius.
11. Situasi di Italy, sama seperti yang berlaku di Malaysia. Kerajaan melalui MKN memutuskan untuk Kawalan Pergerakan bermula 18 March – 31 March 2020. Tempoh kawalan selama 14 hari. Matlamat kerajaan adalah untuk memastikan orang ramai kekal di dalam rumah dan mengurangkan aktitivi berkumpul dan berjumpa dengan orang lain. Semua masjd dan surau serta rumah ibadah ditutup sepanjang tempoh ini.
12. Namun, apa yang berlaku malam tadi amat menyakitkan. Kita mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Itali. Kesilapan terbesar mereka kita lakukan.
13. Malam tadi, ramai penduduk di Kuala Lumpur pulang ke kampung halaman masing masing untuk ‘bercuti’ dengan keluarga di kampung. Anda boleh tengok, di lebuh raya menuju ke Kelantan di Gombak, plaza tol sesak teruk. Di TBS para pelajar berpusu pusu balik ke kampung setelah mendapat arahan dari pihak atasan untuk mengosongkan asrama. Di KL Sentral keretapi ke semua arah penuh. Di lebuh raya utara selatan malam tadi jammm. Belum dikira di balai polis malam tadi penuh disebabkan rakyat nak mohon untuk travel keluar daerah.
14. Tanpa kita sedar, mereka yang tinggal di Kuala Lumpur yang mempunyai rekod pesakit yang tinggi di sana telah balik ke kampung halaman masing masing di seluruh negara.
15. Bayangkan, betapa tinggi risiko sedang dihadapi oleh ibu bapa dan sedara mara di kampung yang masih sihat.
16. Malaysia sekarang berada di fasa ini. Lebih kurang 2 minggu lepas, Itali berada di fasa ini.
Fasa 4
1. Di Itali, pada fasa ini. Peningkatan kes baru meningkat ribuan kes setiap hari. Keadaan semakin tidak terkawal.
2. Semua sekolah dan university di seluruh Itali diperintah tutup.
3. Di hospital, bilangan doctor dan nurse tidak mencukupi. Mereka terpaksa memanggil doctor doctor yang telah pencen untuk membantu. Tidak kurang, mereka memanggil pelajar jurusan perubatan dan nursing di tahun akhir untuk membantu di lapangan.
4. Mereka bekerja tanpa mengira shift. Ada yang bekerja lebih dari 24 jam kerana kekurangan kaki tangan dan bilangan pesakit yang bertambah.
5. Ada diantara mereka yang memakai pampers di dalam pakaian mereka. Mereka tiada masa untuk ke tandas sebab setiap kali dibuka pakaian keselamatan itu, merekta terdedah dengan virus ke badan mereka.
6. Itali sudah sampai ke fasa ini.
Fasa 5
1. Ingat 10,000 rakyat Itali yang ‘melarikan’ diri ke kampung halaman masing masing untuk bercuti dengan keluarga. Nak jumpa ibu bapa mereka.
2. Kesan mula terasa. Seperti ada satu gelombang yang besar. Selepas 10 hari mereka sampai di kampung halaman, virus Covid 19 tersebar secara meluas di seluruh Italy. Ibu bapa mereka mula dijangkiti virus ini. Contact contact yang mereka buat di kampung juga turut terlibat. Rakan rakan yang mereka jumpa di kampung mula sakit.
3. Kes meningkat lagi sekali secara mendadak.
4. Sudah ada doctor dan nurse yang terjangkit dengan virus ini.
5. Hospital sudah penuh. Mereka terpaksa merawat pesakit di Gudang, di stor, di khemah.
6. Bilangan pesakit yang kronik terutama dari kalangan warga emas mula mengalami masalah pneumonia. Mereka perlukan bantuan pernafasan. Tapi bilangan tangki oksigen tidak mencukupi. Doktor terpaksa memilih, siapa yang perlu diselamatkan dan siapa yang akan mati. Keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai peluang rawatan yang tinggi untuk baik. Mereka yang sakit teruk, terpaksa dibiarkan mati.
7. Para doctor dan nurse yang keletihan mula buat video memohon rakyat untuk betul betul lockdown di rumah.
8. Di Malaysia, jikalau yang balik kampung malam tadi mula menjadi penyebar Covid-19, kesan akan mula dirasai pada 1 April nanti.
9. Pada fasa ini, masalah di Itali masih belum selesai.
Fasa 6
1. Peningkatan kes baru di seluruh negara meningkat mendadak. 3 hari terakhir, jumlah kes baru melebihi 3000 kes setiap hari.
2. Akhirnya, 12 March lepas, 6 hari lalu kerajaan Italy mengarahkan TOTAL LOCKDOWN DI SELURUH NEGARA.
3. Mana mana individu yang keluar rumah perlu ada Certificate untuk keluar dengan tujuan yang strict.
4. Siapa yang didapati salah, keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh di denda 206 EURO.
5. Hanya dibenarkan keluar untuk beli makanan atau ke ke hospital sahaja.
6. Selepas perintah berkurang ni dimulakan 6 hari yang lalu, kini baru Total Isolation Berjaya dilakukan di seluruh Italy. Mereka yang sakit tidak akan menyebarkan penyakit ke luar. Tapi, kesan penurunan hanya akan dapat di lihat selepa 14 hari.
7. Sebab itu, sekarang new cas setiap hari adalah 3000. Ia kesan daripada SIKAP RAKYAT ITALI terdahulu yang tak serious mengikuti peraturan yang kerajaan sediakan.
8. Jika di lihat di China, new case setiap hari dah turun secara mendadak. Ini disebabkan kerajaan China sudah mengeluarkan perintah LOCKDOWN secara tegas
Belajarlah dari kesilapan rakyat Itali.
Buat rakyat Malaysia yang sudah pun pulang ke kampung halaman, jangan seronok sangat. Jangan ingat anda bebas dari Covid-19.
Semoga kita bukan penyebab kematian ibu bapa kita sebagai penyebar Covid-19 kepada mereka.
Jika dah balik ke kampung, elak lah bertemu dengan rakan rakan, jiran jiran. Lock down lah di rumah masing masing.
Jaga anak anak, elakkan anak anak dari berjalan merata rata.
Berdoalah sama sama, solat hajat, solat taubat, minta Allah mudahkan urusan kita.
Satu jer saya nak pesan, "Elak terkena jangkita Corona Virus ni sekarang. Sebab kalau kita kena sekarang, lagi 14 hari baru nak rasa kesannya. Waktu tu, Hospital dah penuh. Tak ada tempat dah untuk kita. So, berhati hatilah...."
Mohon SHARE. Biar Ramai Orang Faham Apa Yang Bakal Terjadi Kalau Kita Tidak Berubah