Posted @withrepost • @sahabatsurga Inspirasi @sahabatsurga .
Mengunjungi orang sakit merupakan perbuatan mulia, dan terdapat keutamaan yang agung, serta pahala yang sangat besar, dan merupakan salah satu hak setiap muslim terhadap muslim lainnya.
.
.
Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda:
“Apabila seseorang menjenguk saudaranya yg muslim (yang sedang sakit), maka (seakan-akan) dia berjalan sambil memetik buah-buahan Surga sehingga dia duduk, apabila sudah duduk maka diturunkan kepadanya rahmat dengan deras. Apabila menjenguknya di pagi hari maka tujuh puluh ribu malaikat mendo’akannya agar mendapat rahmat hingga waktu sore tiba. Apabila menjenguknya di sore hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mendo’akannya agar diberi rahmat hingga waktu pagi tiba.” (HR. at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad dengan sanad shahih).
.
.
Hendaknya orang yang membesuk mendoakan orang yang sakit:
.
.
لاَ بَأْسَ طَهُورٌ اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ .
.
“Tidak mengapa, semoga sakitmu ini membersihkanmu dari dosa-dosa, Insya Alloh.” (HR. al-Bukhari).
Atau doa:
.
.
أَسْأَلُ اللَّهَ العَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ .
.
“Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, agar menyembuhkan penyakitmu.” (HR. at-Tirmidzi, dan Abu Daud) .
.
Klik Like ❤ , Komentar yg sopan
Tag & share @.... .
@sahabatsurga
Media Inspirasi Islami
#via #YufidChannel
#inspirasi #nasihat
#tausiyah #hijrah #ceramah #dakwah #muslimah #hijab #kekinian #jomblo #ngaji #tobat #baper #khimar #ilmu #motivasi #pp #parenting #viral #jilbab #hidayah #islam #jodoh
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過38萬的網紅Bumi Ratu Channel,也在其Youtube影片中提到,Khimar rm150 eksklusif putih beras menjadi rebutan follower sy.. sy gayakan ke wanita hari ini.. tdung khimar ni tailornya sbenarnya perusahaan org km...
khimar muslim 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
[Menjawab Dakwaan Pejuang ‘Kebebasan Bertudung’]
1) Ada sebahagian golongan yang mengatakan bahawa tudung tidak wajib dengan memberi komen mengenai perbincangan ayat 59 dalam surah al Ahzab yang bermaksud:
“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak di ganggu.”
a) Kebanyakkan mereka hanya mengulas ayat ini sahaja tanpa membawa perbincangan di dalam surah an Nur ayat 31 yang jelas menyuruh wanita memakai khimar. Sedangkan untuk membincangkan nas, perlulah dibahasakan secara keseluruhan.
b) Mereka juga menyeleweng maksud yang dibawa oleh Ibnu Asyur di dalam kitabnya Maqasid asy Syariyyah al Islamiyyah, dengan mengatakan Ibnu Asyur menyatakan bahawa tudung itu adalah pakaian tradisi orang Arab dan bukan syariat Allah. kata Ibn Asyur:
وفى القرءان :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
فهذا شرع روعيت فيه عادة العرب , فالأقوام الذين لا يتخذون الجلابيب لا ينالهم من هذا التشريع نصيب
Maksudnya: Ini peraturan yang meraikan kebiasaan orang Arab. Maka kaum yang tidak memakai jilbab, maka tidak mempunyai nasib (iaitu tidak disabit) dengan pensyariatan tersebut”
Perlu diberi perhatian di sini, jilbab dan khimar adalah dua bentuk pemakaian yang berbeza. Maksud Ibnu Asyur adalah membahaskan tentang pemakaian jilbab dan bukan khimar (tudung) seperti disebut di dalam surah an Nur ayat ke 31. Ulama tafsir membahas mengenai ‘Jilbab’ ini antaranya Imam asy Syaukani di dalam tafsir Fathul Qadir menyatakan Jilbab adalah pakaian pakaian luar yang lebih besar dari tudung (yang melapisi tudung).[1]
Ibnu Kathir di dalam tafsirnya mengatakan Jilbab adalah pakaian kain/selendang lebar bagi melapisi tudung dan pakaian mereka.[2]
Adapun ulama lain seperti Al Wahidi menyatakan Jilbab adalah kain yang menutup wajah dan kepala mereka kecuali sebelah matanya sahaja. Manakala al Hasan berkata “Menutup separuh wajahnya” dan Qatadah mengatakan “ditutupkan di atas dahi dan diikatkan, kemudian menutupi bahagian hidung” [3] Ibnu Kathir mengatakan pakaian luar ini adalah bertujuan agar mereka mudah untuk dikenali dari para wanita jahiliyyah dan hamba-hamba perempuan. [4]
Dengan kata lain apa yang dibincangkan oleh Ibnu Asyur tidak menyentuh tentang khimar seperti yang disebut dalam surah an Nur ayat 31. Tetapi ia hanya membahaskan tentang pemakain jilbab iaitu pakaian luar yang melapisi tudung yang menjadi tradisi pakaian orang arab dan seperti pakaian Chadur di Iran.
c) Tidak ada satupun ulama fiqh yang khilaf di dalam isu pemakaian tudung (khimar).
2) Adakah pemakaian tudung itu sesuatu perbuatan yang menindas wanita?
a) Sekiranya ia dikatakan menindas, harus mengapa perlu dipersoalkan kepada penganut agama Islam sahaja? Malah jika dibincangkan di dalam agama lain juga memiliki suruhan supaya wanita memakai hijab dan menutup kepala seperti dalam Yahudi, Kristian, Hindu dan agama-agama lain. Rujuk: http://bit.ly/2o8HIQU
b) Sekiranya disangka perkara itu menindas dan membebankan, bagaimana pula dengan kod etika pemakaian di pejabat, dan badan beruniform seperti polis, askar dan lain-lain di atas mematuhi kod pemakaian yang digubal oleh manusia, harus mengapa tidak mempersoalkan etika pemakaian itu di atas alasan membebankan dan menindas mereka? Mengapa tidak memperjuangkan hak kebebasan supaya anggota beruniform boleh memakai baju singlet sahaja ketika bertugas?
c) Oleh kerana seorang muslim itu patuh kepada arahan dan anjuran Allah maka dia mematuhi suruhan itu. Malah mereka melakukan kerana memahami itu adalah tuntutan Allah ke atas mereka.
3) Kassim Ahmad menyatakan tudung bukan amalan Islam tetapi amalan kitab Taurat, di dalam artikelnya “Tudung: Penemuan Baru”. Berdasarkan petikkan di dalam blog beliau yang disemak semula pada 25 Mac 2017, beliau menulis:
“Tudung ini berasal dari kitab Taurat, Perjanjian Baru, Bab Korintus I, 11: 5-9 yang berbunyi, “Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa dan bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung menghina kepala-nya sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya. Sebab jika perempuan tidak mahu menudungi kepalanya maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya. Sebab lelaki tidak perlu menudungi kepalanya; ia menyinarkan gambaran dan kemuliaan Allah. Tetapi perempuan menyinarkan kemuliaan lelaki. Sebab lelaki tidak berasal daripada perempuan, tetapi perempuan berasal daripada lelaki. Dan lelaki tidak diciptakan kerana perempuan, tetapi perempuan diciptakan kerana lelaki.”
Kata beliau lagi: “Tidak banyak orang Islam mengetahui bahawa tudung yang dipakai oleh kebanyakan wanita mereka sekarang berasal dari kitab Taurat. Tiga puluh lima tahun dulu perempuan Melayu memakai selendang ke majlis-majlis. Isteri sarjana besar agama Nusantara, Hamka, tidak memakai tudung. Dalam zaman sekarang, pemakaian tudung timbul balik selepas revolusi Islam Iran pada tahu 1979 yang dicetuskan oleh Khomeini.”
“Yang menghairankan kita adat ini berlaku di seluruh dunia Islam. Mengapakah cerdi-pandai Islam tidak menegur adat jahat ini? Kita patut tahu, sesuatu perkara yang tidak disuruh oleh Tuhan, jika dilakukan, boleh membawa mudarat. Kepada wanita yang ditudung akan berbau busuk dan membawa mudarat kepada rambut wanita.”
Ada beberapa persoalan yang akan dibahaskan:
a) Saudara Kassim Ahmad perlu mempelajari terlebih dahulu istilah nama buku-buku di dalam Bible dan juga pembahagiannya. Bukan kesemuanya itu adalah taurat. Dan surat 1 Korintius yang beliau rujuk itu bukanlah hukum Taurat tetapi ia adalah surat-surat dalam Perjanjian Baru.
b) Sekiranya ia adalah amalan di dalam kitab terdahulu, apa masalahnya? Bukankah orang Islam itu beriman bahawa rasul-rasul yang terdahulu membawa ajaran Islam dan juga hukum Allah? Sekiranya begitu, adakah beliau juga berpandangan hukum haram memakan babi dipengaruhi oleh kitab Taurat (Imamat 11: 7-8) maka orang Islam pada hari ini perlu memakan babi?
Ini antara masalah asas yang tidak difahami oleh saudara Kassim Ahmad bahawa Islam ini bukanlah agama baru yang bermula pada zaman nabi Muhammad. Nabi Muhammad SAW adalah penutup segala nabi dan kesemua nabi-nabi sebelum baginda adalah muslim. Dan hukum hakam yang mereka bawa juga yang memiliki persamaan dengan al Quran merupakan hukum Islam juga. Sebab itu di dalam rukun iman, umat Islam beriman kepada rasul-rasul dan kitab-kitab terdahulu.
Sekiranya di kalangan mereka (Yahudi dan kristian) mengikut ajaran kitab terdahulu maka ia tidak bersalahan dengan hukum Allah itu sendiri. Kecualilah saudara Kassim Ahmad dapat mengemukakan ayat di dalam al Quran yang dapat memansuhkan hukum pemakaian tudung di dalam al Quran sendiri, dan sudah tentu ia tidak akan dijumpai kerana Allah telah menetapkan bahawa wanita itu perlu berhijab.
c) Kassim Ahmad berhujah dengan hujah sekeping gambar isteri Buya HAMKA yang tidak memakai tudung dengan alasan ia tidak wajib. Dikatakan HAMKA sebagai seorang ulama hebat di nusantara pun tidak kisah apabila isterinya tidak memakai tudung. Adakah benar dakwaan sebegitu?
Perlu diketahui bahawa, hukum jilbab bagi perempuan yang sudah menopause tidak sama dengan perempuan muda. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:
“Dan perempuan-perempuan tua yang telah berhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (jilbab) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana” (An-Nur 60).
Bagi perempuan yang berusia dan sudah tidak berkeinginan kahwin bagi mereka ada kelonggaran, tetapi itu tidak bermakna mereka boleh berbuat sesuka hati. Berkelakuan sopan itu lebih utama. Berkait pula dengan gambar isteri Buya HAMKA yang tidak memakai hijab. Perlu kita tahu, gambar tersebut diambil tika lewat usianya dan sekira benarlah HAMKA tidak kisah isterinya tidak berhijab, kenapa tidak ada satupun gambar isterinya ketika muda tidak memakai hijab? Rujuk gambar: http://bit.ly/2nCeTZc
Sekira dikatakan Hamka tidak cakna kepada isu hijab maka ia suatu kesilapan besar sedangkan HAMKA mengulas panjang lebar sejarah hijab di Indonesia di dalam Tafsir al Azhar. Bagi mereka yang ada Tafsir Al Azhar boleh semak dalam Juz 22, Pustaka Panjimas, Jakarta, 2006, hal. 97-98.
d) Sejak bila pula agama dan hukum hakam terletak di atas ‘perbuatan individu’? Sebenarnya isu ini tidak patut menjadi hujah kepada boleh atau tidak boleh kepada memakai hijab. Perbuatan individu itu tidak boleh dijadikan hujah kepada agama. Sekiranya agama itu diukur dengan perbuatan seseorang yang dianggap alim tanpa merujuk kepada al Quran dan Sunnah maka huru haralah agama ini. Tidak ada beza dengan perbuatan orang Yahudi yang mengikuti apa yang dibuat oleh Rabbi mereka walhal perkara itu bercanggah dengan Taurat. Sekiranya seorang muslim melakukan kesilapan ia tidak sama sekali melambangkan agama menyuruhnya melakukan perbuatan tersebut. Saya hairan, kenapa orang yang bijak pandai boleh tercapai ke hujah sebegini, dimana nilai ilmiah dan keliberalan ilmu itu?
e) Kassim Ahmad juga mengulas isu ini dengan mengaitkan situasi masyarakat dahulu tidak memakai tudung setelah datangnya semangat dari evolusi Khomeini 79.
Sebenarnya suasana dan semangat zaman itu perlulah dirai. Pada zaman awal 50-an hingga 80-an penekanan mengenai tudung tidak sangat ditekankan. Masyarakat ketika itu menganggap orang yang tidak bertudung itu suatu perkara yang biasa. Bagi orang yang tidak bertudung pun tidak mendatangkan fitnah ke atas diri mereka. Akan tetapi apabila kesedaran agama semakin berkembang, situasinya berubah. Pada tahun 90-an islah untuk bertudung itu menjadi penekanan kepada masyarakat Malaysia sehinggalah ke hari ini ia mengubah mentaliti masyarakat bahawa tudung itu suatu kemestian kepada seorang perempuan. Sekiranya perempuan tidak memakai tudung pada zaman ini maka ia menjadi fitnah kepada masyarakat maka situasinya tidak sama dengan zaman dahulu. Mentaliti masyarakat pada hari ini sudah berubah dan mentaliti masyarakat kini tidak bersalahan dengan agama.
Kesimpulan
Percayalah golongan yang memperjuangkan ‘hak kebebasan bertudung’ ini tidak ada hujah yang kuat untuk membenarkan perbuatan mereka. Mereka hanya mahukan kelonggaran dalam berhukum, dan mereka sering menggunakan beberapa kaedah hermenutik dalam menafsir ayat al Quran dengan kehendak hawa nafsu mereka. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.
Nota Kaki:
[1] Lihat Imam Asy Syaukani, (2011). Tafsir Fathul Qadir, tahqiq Sayyid Ibrahim, Putaka Azzam, Jakarta, jilid 9, hlm 173-174
[2] Lihat Ibnu Kathir, (2013). Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Putaka Ibnu Katsir, Jakarta, Jilid 7, hlm 372
[3] Lihat Imam Asy Syaukani, (2011). Tafsir Fathul Qadir, tahqiq Sayyid Ibrahim, Putaka Azzam, Jakarta, jilid 9, hlm 173-174
[4] Lihat Ibnu Kathir, (2013). Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Putaka Ibnu Katsir, Jakarta, Jilid 7, hlm 372
R&D Team MRM
khimar muslim 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
[Al Quran Bukanlah Kitab Pertama Memperkenalkan Tudung]
Di dalam artikel sebelum ini sudah dibincangkan mengenai mengapa manusia ini secara fitrahnya mahu menutup aurat atau kemaluannya. Ini kerana fitrah manusia memahami tuntutan perasaan malu itu yang sedia tertanam di dalam diri mereka. Tambahan pula bagi wanita juga memahami auratnya tidak sama dengan lelaki. Rujuk: http://bit.ly/2nHvGeh
Arahan supaya wanita berpakaian dengan pakaian labuh dan memakai tudung ini bukanlah dimulakan di dalam al Quran. Ia sudah sedia diamalkan oleh masyarakat terdahulu di atas maslahah menjaga kehormatan diri.
Malah Allah juga telah mengaturkan cara wanita perlu menutup aurat. Aturan yang Allah turunkan ini bukan bermula dari al Quran sahaja malah kitab-kitab rasul terdahulu juga telah disertakan hukum memakai khimar (tudung) dan melabuhkan pakaian khusus bagi wanita.
Di dalam al Quran, jelas Allah menyebut tentang kewajipan untuk wanita menutup aurat dengan sempurna dari seluruh tubuh badannya kecuali pada ayat “maa zoharo minha” iaitu bahagian yang diperselisihkan untuk ditutup. Ia disebut di dalam surah an Nur:
“Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka dan ….” (QS. An-Nur : 31)
Satu ayat ini sudah jelas menceritakan mengenai kewajipan wanita mengenakan ‘khimar’ kain tudung di kepalanya dan melabuhi ke dadanya.
Ulama fiqh berbeza pendapat di dalam garis pada bahagian manakah yang dimaksudkan pada ayat “Maa zoharo minha” itu dengan bersandarkan kepada hadis antaranya, dari Aisyah:
“Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita, apabila telah baligh (mengalami haid), tidak layak tampak dari tubuhnya kecuali ini dan ini (dengan menunjuk muka dan telapak tangannya). (HR Abu Dawud 2/226).[1]
Majoriti ulama berpendapat bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan. Abu Hanifah mengatakan tapak kaki wanita bukan aurat.[2] Manakala Imam Nawawi mengatakan seluruh tubuh adalah aurat kecuali wajah dan pergelangan tangan.[3]
Dalam isu pemakaian khimar (tudung) ini tidak ada khilaf di dalamnya. Ia adalah kewajipan bagi muslimat untuk menutup seluruh badannya kecuali khilaf pada tangan, tapak kaki dan wajahnya sahaja. Manakala ayat seterusnya juga menguatkan lagi kewajipan wanita untuk mengenakan pakaian sopan iaitu dengan mengenakan jilbab iaitu pakaian luar yang labuh menutupi pakaian dalam. Pakaian ini juga diimejkan sebagai pakaian wanita merdeka, firman Allah yang bermaksud:
“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak di ganggu.” (Surah al Ahzab: 59)
Pemakaian jilbab dan tudung ini adalah pemakaian yang mengangkat martabat wanita. Malah sebelum diturunkan al Quran, para rasul terdahulu telah membawa syariat ini. Seperti dibincangkan dalam penulisan sebelum ini bahawa semua rasul adalah muslim dan membawa ajaran Islam. Malah ajaran dan syariat itu masih tersisa di dalam kitab-kitab terdahulu dan digubal seperti di dalam ajaran Yahudi dan Kristian.
Agama Yahudi
Di dalam tradisi agama ini, wanita mereka memakai tudung. Dalam Perjanjian Lama menyebut:
“Katanya kepada hamba itu: “Siapakah lelaki itu yang berjalan di padang ke arah kita?” jawab hamba itu: Dialah tuanku itu,” Lalu Ribka mengambil telekungnya dan bertelekunglah ia” (Kejadian 24: 65)
Selain itu terdapat senarai pelanggaran hukum yang berkait dengan wanita di dalam kitab Talmud dan salah satu adalah perbuatan tidak memakai tudung:
“The following women are divorced, and do not receive [the amount of] their ketubah: One who violates Mosaic Law or Jewish custom. What constitutes [a violation of] Mosaic Law? If she feeds him untithed [food]; if she engages in intercourse with him while she was a niddah [a female who has menstrual discharges which render her impure]; if she does not set apart challah[a portion of a batch of bread dough given to a kohen which becomes holy upon separation, and can only be consumed by kohanim or their household]; and if she makes vows, but does not fulfill [them]. What constitutes [a violation of] Jewish custom? [If] she goes out [in public] with her hair uncovered; [if] she spins [thread] in the market, and converses [flirtatiously] with any man. Abba Saul says, "Also one who curses his children in his presence." Rabbi Tarfon says, "[Also] a noisy woman." What constitutes a noisy woman? One who speaks in her own house [so loudly] that her neighbors can hear her voice.” (Mishnah Ketubot 7: 6)
“The Daughters of Israel shall not walk with their heads uncovered in a marketplace, whether she is available (for marriage) or whether she is married.” (Hilkhoth Isurei Bi'ah 21:17)
Malah di dalam kitab Talmud terdapat banyak lagi bahagian yang membincangkan tentang memakai tudung antaranya adalah dalam Berakhot 24a, dan Hilkhoth Avoda Zarah 12:11.
Agama Kristian
Di dalam agama Kristian juga mengambil tradisi di dalam Yahudi. Malah di dalam Tanakh (taurat) sudah menggambarkan situasi masyarakat terdahulu sudah memakai telekung. Disebut di dalam buku Kejadian:
“Katanya kepada hamba itu: “Siapakah lelaki itu yang berjalan di padang ke arah kita?” jawab hamba itu: Dialah tuanku itu,” Lalu Ribka mengambil telekungnya dan bertelekunglah ia” (Kejadian 24: 65)
Manakala di dalam bahagian Perjanjian Baru pula terdapat beberapa ayat yang menyuruh perempuan supaya memakai tudung. Di dalam Bible, 1 Korintus, Bab 11:
“Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.’’(1Korintus 11:5)
“Sebab jika perempuan tidak mahu menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya.Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.’’ (1Korintus 11:6)
“Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh kerana para malaikat.‘’(1 Korintus 11:10)
“Pertimbangkanlah sendiri: Patutkah perempuan berdoa kepada Allah dengan kepala yang tidak bertudung?’’ (1 Korintus 11:13)
Agama Hindu
Di dalam agama Hindu juga menganjurkan pemakaian tudung bagi perempuan. Disebut di dalam Veda (bahasa Sanskrit):
“patiryadvadhvo vāsasā svaman ghamabhidhitsate, ye vadhvaścandram vahatum yaksmā yanti janādanu.” (Rigveda 10: 85: 30)
Bermaksud: “Unlovely is his body when it glistens with this wicked fiend, What time the husband wraps about his limbs the garment of his wife.”
“Adha Pashyaswa, Mopari Santaram Padakau Har, Ma Te Kashaplakaun Drushan Shtrihi Brahma Babhuvith” (Rigveda 8: 33: 19)
Sebahagian terjemahan menyebut:
“Hey woman, you always keep a low vision. Never have an eye contact with men. Walk seriously and cover all the organs of your body. Your status in the family is an important as that of Lord Brahma in the Yadnya”
Manakala terjemahan Ralph T.H.Griffith menyebut:
“Cast down thine eyes and look not up. More closely set thy feet. Let none
See what thy garment veils, for thou, a Brahman, hast become a dame.”
Sememangnya tradisi dan agama di dalam masyarakat India mereka memakai tudung. Tudung di dalam masyarakat mereka dikenali sebagai Ghoonghat, Chunni atau Dupatta. Ia biasa dipakai oleh masyarakat wanita India. Tidak kira agama Hindu, Jain atau Sikh akan memakainya.
Agama Sikh
Di dalam agama Sikh, diwajibkan penganut mereka agar memakai serban. Manakala bagi pihak wanita pula mereka boleh memilih di antara serban ataupun memakai kain selendang (Ghoonghat) menutup kepala. Di dalam kitab suci utama mereka, Guru Granth Sahib Ji mengatakan:
“Naapaak Paak Kar Hadhoor Hadheesaa Saabath Soorath Dhasathaar Siraa ||12||”
Purify what is impure, and let the Lord's Presence be your religious tradition. Let your total awareness be the turban on your head. (Guru Granth Sahib: Ang 1084: 12)
Ayat ini terpakai untuk lelaki dan wanita.
Malah dilihat selain daripada agama-agama ini, agama lain juga memiliki anjuran supaya wanita mereka memakai penutup kepala. Di dalam agama Zoroaster mereka juga mewajibkan wanita mereka memakai hijab ketika memasuki rumah ibadat (Ateshgah). Begitu juga dengan agama Sabean Mandaeisme, Druze, Samaritan, Yazdanisme juga mewajibkan wanita mereka untuk mengenakan tudung di kepala.
Kesimpulan
Wanita dan hijab adalah elemen kesopanan yang tidak dapat dipisahkan dari sudut kaca mata manusia dan juga agama. Pemakaian tudung juga adalah tuntutan dari Allah sejak dari dahulu lagi. Hikmah tentang pemakaiannya sungguh besar dan luas jika ingin dibincangkan. Ia menjaga kehormatan wanita dan juga dapat menjaga dari pandangan mata orang lelaki.
Adapun orang mempersoalkan bahawa kewajipan ini menindas wanita dan sebagainya. Sebenarnya terdapat kejanggalan dalam cara sebahagian kita berfikir. Mengapa kita tidak mempersoalkan jika semua pejabat menggariskan kod etika pemakaian seperti kena memakai kasut, memakai baju kemeja kosong, baju batik atau kita juga dapat melihat anggota polis dikodkan dengan pakaian beruniform, tidak pula kita mempersoalkan perbuatan itu sebagai menindas mereka. Sedangkan itu hanya arahan manusia dan etika yang digubal oleh manusia sahaja. Itupun kita tidak persoalkan dan kenapa apabila berhadapan dengan arahan Allah, Tuhan yang memberi kita nyawa, makanan, rezeki, dan segala-galanya, tiba-tiba kita banyak berdalih. Tepuk dada tanya iman.
Bersambung ke artikel Menjawab Tuduhan ‘Kebebasan Bertudung’
Nota kaki
[1] Hadis ini mursal (daif) di sisi Abu Daud, manakala al Albani mengatakan Hasan dalam غاية المرام no 187
[2] Lihat Ibnu Rusyd, (2006). Bidayatul Mujtahid, Takhrij Ahmad Abu al Majd, Pustaka Azzam, Jakarta, Jilid 1, hlm 237
[3] Lihat Abu Zakaria Muhyiddin Yahya al-Nawawy, (2000). Al- Majmu' ala Sarh Muhaddab, Dar al-Fikr, Beirut, jilid 3, hlm 167-168.
R&D Team MRM
khimar muslim 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳解答
Khimar rm150 eksklusif putih beras menjadi rebutan follower sy.. sy gayakan ke wanita hari ini.. tdung khimar ni tailornya sbenarnya perusahaan org kmpg yg tidak dijual di mana2 butik.. bantu naiktaraf sesama muslim.. bg yg dh order harap blh tggu stok masuk 1minggu lebih lg..
Pertanyaan dn order whtsapp ke 0199009133
Jangan lupa Subscribe Channel Bonda & boleh follow bonda di Media Sosial yang lain :
FB PAGES (Rozita Jamu Ratu Malaya)
https://www.facebook.com/BondaRozita/
Instagram (Rozita Jrm Official)
https://www.instagram.com/bondarozitaibrahim
Ikuti kisah Bonda di blog
http://rozitaibrahim.com/
Dapatkan Produk Jamu Ratu Malaya melalui pengedar SAH kami :
FB PAGES Pengedar & Stokis
https://www.facebook.com/JRMHQ1/