ADAKAH BELAJAR MEMBACA ALQURAN ITU WAJIB?
Pertama sekali perlu anda ketahui bahawa ayat Al Quran perlu dibaca dengan makhraj dan tajwid yang betul agar tidak merubah makna ayat.
Di dalam Al-Quran pula terdapat satu surah yang apabila kita tidak membacanya dengan betul maka rosaklah seluruh amalan.
Surah itu adalah Al Fatihah.
Anda semua tahu surah Al-Fatihah adalah rukun bacaan solat (syarat sah solat). Apabila rosak bacaan A-Fatihah seseorang itu, maka rosaklah solatnya.
Syarat sah bacaan Al-Fatihah pula adalah perlu dibaca dengan sebutan makhraj dan tajwid yang betul. Ramai orang membaca Al-Fatihah sekadar menghafal tanpa mengetahui tempat keluar bunyi setiap huruf yang dibaca. Hal ini boleh membawa kepada kesalahan besar dalam bacaan Al-Quran iaitu kesalahan menukar huruf kerana huruf-huruf Al-Quran terdapat persamaan bunyi tetapi sebenarnya berbeza tempat keluar (makhraj). Jika dilakukan dengan sengaja hukumnya haram dan berdosa.
Apakah yang dimaksudkan melakukan dengan sengaja?
Seseorang yang membaca Al-Fatihah atau ayat Al-Quran tetapi tidak yakin akan bacaannya betul atau tidak, dan pada masa yang sama juga tidak berusaha untuk belajar. Maka mereka itulah golongan yang melakukan kesalahan dengan sengaja. Dengan ertikata lain setiap individu muslim mestilah sentiasa mengemaskini bacaan Al Qurannya iaitu belajar dengan bimbingan guru.
Justeru, setiap individu muslim wajib sekurang-kurangnya mempelajari dan memperbetulkan bacaan Surah Al-Fatihah.
Akhir kata, renungkan Hadis ini;
“Amalan yang pertama dihisab daripada seorang hamba pada hari Kiamat ialah solat. Jika baik (solatnya), maka baiklah seluruh amalannya. Jika rosak (solatnya), maka rosaklah seluruh amalannya.” (riwayat al-Thabarani)
.
Nak tau kunci mudah & lancar baca Quran walaupun masih tak kenal huruf? 😍☝🏼
Jom join kelas PERCUMA FBLive (Group Tertutup)
•26 April 2020
•Ahad, jam 10.30 pagi
Daftar di sini⤵
www.wasap.my/601126356647/KunciQuran
.
Untuk yang baru nak belajar dari ASAS
Boleh join Kelas Al Quran Ekspres Online
Daftar di sini⤵
www.wasap.my/601126356647/QuranEkspresOnline
Like FB kami #HazaAddeenAlQuranCentre
Dan page kami #KelasAlQuranEkspres
DID YOU LEARN TO READ THE ALQURAN IS A MUST?
First you should know that the Quran verse needs to be read with the correct makhraj and tajwid so that it does not change the meaning of
In the Quran there is a surah that when we don't read it correctly then all the practices are ruined.
The Surah is Al Fatihah.
You all know the surah of Al-Fatihah is a prayer recitation (prayer condition). If someone's A-Fatihah reading is broken, then the prayer is broken.
The legal condition of the Al-Fatihah reading is to be read as the correct makhraj and tajwid. Many people read Al-Fatihah just memorizing without knowing the sound of every letter that is read. This can lead to a big mistake in the Quran reading which is the mistake of changing letters because the letters of the Quran have sound similarities but actually different places out (makhraj). If done intentionally the law is haram and sinful.
What's meant to do on purpose?
Someone who reads Al-Fatihah or Quran verse but is not sure of the reading right or not, and at the same time is not trying to learn. So they are the ones who do wrong on purpose. With other words every Muslim individual must always update his Quran reading which is learning with teacher's guidance.
In fact, every Muslim individual must at least study and correct the reading of Surah Al-Fatihah.
End of words, reflect on this Hadith;
′′ The first practice of being proposed from a slave on the Day of Judgment is prayer. If good (prayers), then good all the practices. If it's broken (prayers), then the whole practice will be damaged." (history of al-Thabarani)
.
Want to know the key to easy & smoothly read Quran even though still don't know 😍☝🏼
Let's join the FREE FBLive class (Closed Group)
• April 26, 2020
• Sunday, 10.30 am
Register here ⤵
www.wasap.my/601126356647/KunciQuran
.
For those who are just about to learn from ASAS
Can join the Quran Online Express Al Quran Class
Register here ⤵
www.wasap.my/601126356647/QuranEkspresOnline
Like our FB #HazaAddeenAlQuranCentre
And our page #ClassAlQuranEksprespresTranslated
Search