BUKAN HAMBA ABDI
Sesungguhnya, cinta abadi adalah cinta Ilahi. Cinta manusia? Ada permulaan dan ada penamatnya.
Benar... Semua wanita sayangkan pasangan masing-masing. Tapi dalam sayang itu, letaklah sedikit had. Sedikit border. Letak beberapa terma dan syarat.
Setidak-tidaknya wanita, jom punya minima rumah sebuah 100% nama sendiri. Punya takaful perubatan andai diuji kesihatan.
Punya sumber menjana wang. Punya sedikit simpanan wang tunai dan emas 999. Ada 200g simpanan emas, dilanda musibah tak mudah rebah.
Cinta itu adakalanya menyakiti. Realiti cinta ada masa melukai.
Berpada-pada. Jangan letak 100% harapan pada pasangan semata-mata.
Memberi pada pasangan, jangan lebih 1/3.
2/3 lagi? Simpan dan peram untuk persediaan diri.
Pasangan kita?
Hakikatnya, bukan hak kita.
Ini fakta. Tak kira kita suka atau tak suka.
Mana pernah langit sentiasa cerah?
Ada waktu rumahtangga diuji.
Kewangan, kesihatan, mentua ipar, orang ketiga, anak-anak dan sebagainya.
Sebab itulah pesanan akak sejak dulu jelas. Elak berkahwin selagi tidak faham bahawa, cerai itu pasti, cerai itu realiti.
Samada cerai hidup?
Ataupun cerai mati.
Semua pasti bercerai nanti.
Tuhan tak ambik?
Ungka ambik.
Maka.... Cinta biar bersyarat. Setia biar bersebab.
Memberi hanya pada yang layak menerima. Elak taat membabi buta. Anda adalah isteri, BUKAN HAMBA ABDI sehingga perlu melutut di tapak kaki. #apeni?
Jaga diri semua wanita. Simpanan perlu ada, aliran pendapatan perlu sentiasa dijana.
Salam Sayang
Kredit : Marlia Ramli
#marliaramli_loves
#kongsiilmu
#learnfromobservation
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「kongsiilmu」的推薦目錄:
- 關於kongsiilmu 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
- 關於kongsiilmu 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
- 關於kongsiilmu 在 Mohd Asri Facebook 的最讚貼文
- 關於kongsiilmu 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於kongsiilmu 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於kongsiilmu 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於kongsiilmu 在 #kongsiilmu | Muhd Liew | Muhd Liew · Original audio - Facebook 的評價
kongsiilmu 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
HILANG KERJAYA
1 - Bayangkan... Tuan ada seorang anak gadis. Satu-satunya anak gadis yang amat disayangi sepenuh hati. Tak ada dua dan tiga. Hanya seorang anak gadis saja yang dicintai.
2 - Tuan sekolahkan anak, bayar tuisyen yang paling mahal, hantar ke sekolah swasta malah tuan ikat perut untuk pastikan satu-satunya anak gadis ini mencapai sesuatu.
3 - Paling tidak Tuan harapkan anak gadis ini mampu menjana pendapatan sendiri sebagai bekalan harta peribadi. Tuan mahu bila pejam mata nanti, anak gadis ini mampu menyara diri
4 - Akhirnya anak gadis Tuan berkerjaya doktor, engineer, lawyer, professional manager, akauntan atau professor. Anak gadis tuan dah beli beberapa rumah dan mula membayar hutang yang baik. Tuan rasa lega bukan?
5 - Tiba-tiba datang seorang lelaki yang tak layak digelar arjuna mahu menyunting anak gadis yang Tuan amat cintai. Lelaki yang bukanlah kaya mana. Tak kaya tak apa... Tuan bukanlah bapa yang kemaruk harta sesiapa.
T.E.T.A.P.I...
6 - Lelaki ini meletak syarat, pegi jahanam dengan kerjaya doktor, engineer, lawyer, professional manager, akauntan atau professor yang anak gadis tuan miliki. Saya suami!
7 - Nanti jika isteri saya bekerja, siapa nak sidai baju? Siapa nak mop lantai? Siapa nak masak? Siapa nak kemas rumah? Kalau isteri bekerja saya lantakkan saja semua urusan rumahtangga. Padan muka!
8 - Inilah hujah bakal hantu yang akan menjadi teman seumur hidup anak gadis Tuan. Satu saja soalan saya... Tuan nak ke serahkan anak gadis Tuan pada suami yang tak faham didikan sebenar agama? Yang berkahwin hanya untuk mendapat bibik percuma? #apeni
9 - Kata bakal hantu (baca : menantu), lepas kawen anak gadis Tuan wajib berhenti kerja. Jangan fikir hutang rumah jualkan saja dan hapuskan semua harta kerana dia isteri saya. Hak mutlak saya. Seriously lelaki ini bagitau pegi ke neraka lah kerjaya hebat anak gadis tuan.
10 - Tuan nak bagi ke satu-satunya anak gadis tuan pada lelaki begini? Tuan berani untuk meletak masa depan anak gadis Tuan dengan lelaki yang masa depan sendiri pun belum pasti? Tuan sanggup cagarkan anak gadis untuk kononnya menjadikan dia isteri sejati?
11 - Ikhlas lah jawab. Sebab sekarang Tuan dah tua. Mungkin Tuan akan meninggal esok lusa dan tak mampu lagi melindungi anak gadis tercinta. Tuan tidak selamanya mampu memerhati anak yang Tuan belai dan sayangi semenjak tapak kaki nya sebesar ibu jari. Lagipun, Tuan tahu benar, alam perkahwinan langit tak selalunya cerah. Ini fakta.
12 - Bagi pembaca yang belum kahwin, anda tak perlu jawab. Anda belum faham ujian ekonomi rumahtangga sebesar mana. Belum lalui jerih mengikat perut bagaimana. Sesak mengorek wang belanja sekolah anak pun belum rasa. Anda belum faham perit rasa bila wanita bekerjaya HILANG KERJAYA. Anda belum faham rasa hati juga harapan ibu bapa.
13 - Jika kita tidak mahu sesiapa melayan anak gadis kita di kelas kedua, letakkan isteri kita di tingkat pertama. Kita jaga anak gadis orang, Allah jaga anak gadis kita. Deal?
Salam sayang
#kongsiilmu
#learnfromobservation
#empoweryouranakgadis
kongsiilmu 在 Mohd Asri Facebook 的最讚貼文
Hari yang padat.
Alhamdulillah.
Penuh jadual seharian berkongsi di beberapa platform memenuhi jemputan pihak korporat dan institusi pengajaran tinggi.
Terima kasih kepada pihak YAPEIM Smart Venture atas jemputan sebagai panel dalam sesi 'Forum Pelaburan Masa Kini' bersama dengan 2 lagi panel jemputan yang pakar dalam pelaburan emas dan hartanah yang dijalankan secara online.
Sesi petang pula memenuhi jemputan dari Kelab Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia dalam sesi 'Versatile Alpha - Zero to Hero Investing'. Tahniah kepada adik-adik yang mengambil langkah proaktif mendapatkan ilmu praktikal dalam pelaburan yang betul.
Baru sebentar tadi saya bersama bakal-bakal pelabur menjawab persoalan berkaitan pelaburan saham dalam sesi 'Q&A Bersama THMA'. Walaupun sedikit penat, tetapi saya berasa seronok melayan semua pertanyaan. Seronok kerana masih ada yang dahagakan ilmu pengetahuan yang boleh membantu memperbaiki kehidupan mereka dan memberikan manfaat kepada orang lain.
Semoga sesi yang dianjurkan memberikan manfaat kepada semua. Kita jumpa dalam sesi Webinar Labur Saham Xtended esok pagi. Daftar segera di http://bit.ly/WebinarLaburSahamXTENDED.
'Sah, Selamat, Mudah, Patuh Syariah'
#SahamIsCool
#SoalJawab
#KongsiIlmu
kongsiilmu 在 #kongsiilmu | Muhd Liew | Muhd Liew · Original audio - Facebook 的推薦與評價
2.3K views, 44 likes, 0 comments, 14 shares, Facebook Reels from Muhd Liew: #kongsiilmu. Muhd Liew · Original audio. ... <看更多>