Zizan pelawak terkenal bagitahu dia menyesal beli Ferrari.
“Ada sesetengah orang datang kepada saya (minta pendapat) sama ada nak beli GT-R atau Mustang, saya jawab NO! Beli rumah, Itu benda paling bagus,” katanya.
Terus telinga saya tergiang lagu Altimet..
"Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah .. Amboi, amboi."
Altimet perli sikap orang muda nak bergaya beli kereta mahal tapi duduk rumah sewa dan bertambah malang bila PKP. Kereta mewah tak boleh bergerak jauh, masa tu baru kita sedar yang penting rumah sendiri, sangat selesa tinggal di rumah sendiri walaupun tak besar mana…
Rumah sewa pulak, jika dapat tuan rumah yang tidak berperi kemanusian. Kita mintak tangguh bayar di tunjuknya kereta mewah boleh beli, kenapa sewa tak boleh bayar? Aduhai!
Lalu di halaunya kita walaupun sedang PKP tak boleh nak rentas daerah.. aduhai..
Inilah Neraka Wang bak kata sahabat FB saya, Afyan Mat Rawi ramai tentang orang muda tersilap beli kereta mewah dan masuk neraka wang hinga terperangkap dalam hutang seumur hidup.
(korang kena baca ebook dia pasal cara uruskan wang termasuk dalam bab kereta, jika nak ubah nasib sebab Allah tak akan ubah nasib kita melainkan diri kita sendiri mengubahnya.)
Sambung kisah saya, kisah kereta pertama saya. Walaupun Zizin masa tu masih berhingus, tapi saya beli rumah dulu…
Waktu itu, Kereta pertama saya adalah Dahaitsu Charade, beli waktu bujang, harga RM2500, bayar tiga kali, Alhamdulillah, habis.
Sayang betul, rupanya tak ada satu pun saya ambik gambar dengan kereta ni, zaman tu telefon belum ada kamere. Facebook pun belum ada untuk berlagak. Adohai.
Kereta itu walaupun buruk, kebaikkan nya adalah tak payah bayar bulan-bulan, dan kereta inilah saya guna untuk pikat hati mertua saya dan bini lantas membuktikan mereka tak meterialistik-woha!.
Air Cond tak ada, tempat pijak kaki ada lubang sikit, waktu hujan kena pakai selipar sebab air boleh masuk ikut bawah.
Sabar betul bini saya kahwin dengan laki yang pakai kereta macam ni, waktu hujan, cermin berwap, bini saya jadi wiper organic dengan lap cermin dengan tuala basah. Pernah rosak tengah jalan, ketuk ketuk sikit, dah ok dan teruskan perjalanan.
Kenapa saya beli kereta buruk ni? Tak macam kawan kawan yang beli kereta baru bayar bulan bulan RM800 ke RM1000.
Sebab saya beli rumah dulu, tak ada artis yang ajar saya buat kerja yang bukan bukan macam tu, tapi saya yang gatal nak beli rumah seawal umur 24 tahun, sebab masa tu harga mampu saya bayar, walaupun saya kerja kilang waktu itu, kira layak beli rumah sebab saya tak ada komitment lain.
Bila bini mengandung, kesian kat dia kena air hujan kat kaki, baru saya beli kereta proton wira yang ada aircond, dan bila bilangan anak melebihi kerusi wira, saya beli MPV ala ala keretamayat, cukuplah kami tujuh beranak.
Oh, lupa, kereta charade saya jual waktu beli kereta wira dan jual dekat ejen MLM, pernah Nampak kereta ni melintas dengan sticker MLM tahun 2005 dulu, tak tahu apa cerita kereta tu sekarang.
Jadi begitulah kisah kereta pertama saya sekaligus rumah pertama saya.
Rumah pertama saya sekarang dah buat rumah sewa, rumah kedua adalah banglo mini atas tanah lot, bolehlah anak syurga saya berlari keliling rumah tiap tiap hari, taklah bosan sangat dia waktu PKP ni.
Jadi isu Neraka wang ni memang nak kena belajar, dan bagaimana jika saya cakap modal nak belajar tak sampai pun seratus ringgit, rezeki korang sebab ada pakar kewangan dah tulis panduan nak uruskan wang dengan sangat baik, saya sendiri beli ebook tu baca dan suruh anak anak baca agar mereka semua tak buat kesilapan neraka wang!
Lebih bagus, Buku ini ada unsur mesra islamik.
Baik korang klik, baca, dan bersetuju di hujung ebook, Woha!
https://tinyurl.com/ya32hjuf
Buku fizikal pun ada, sini:
https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/po-bsbmw/Hamka
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過11萬的網紅Frugal Outdoors & Camping,也在其Youtube影片中提到,Siri ThrowBack trip kali ini kembali ke Oct 2016, satu trip pendakian sungai pergunungan tercantik dan popular di Malaysia Trans Chemerong Berembun La...
lagu daerah 在 Facebook 的最佳解答
Raya ni ada Plot Twist tak?
Al kisahnya.., Movie yang ada Plot Twist sangat seronok di tonton macam Filem M. Night Shyamalan's berjudul Sixth Sense, Kisah Pakcik nak tolong budak yang ada masalah Nampak hantu, tapi rupa rupanya pakcik tu adalah hantu! Hantu betul.
Atau Filem Star Wars, hero nak bunuh orang jahat yang bunuh ayah dia, plot twistnya, orang jahat tu adalah ayah dia sendiri lalu berkata: “Luke.., aku ni abah kau!!”
Lepas tu filem The Others, lakonan Nicole Kindman, kisah mak nak selamatkan anak anak yang duduk rumah berhantu, rupanya rupanya, plot twist sampai, Maknya hantu, adohai…
Sini ada tengok filem Fight Club kisah dua pemuda melawan kapatalist?, melawan Bank Riba? sekali watak Brad Pitt tak wujudpun, adohai.. hero dan Brad Pitt adalah orang yang sama, gila punya Plot Twist.
Itu dalam dunia filem, baca berita pun best jugak bila ada Plot Twist, contoh kisah Abang Burger yang kena saman RM50K tapi rupanya itu kesalahan beberapa kali yang mendatangkan masalah kepada jiran tetangga. Kemudian plot Twist cerita bahawa aduan jiran tersebut palsu dan Abang Burger itu memang peniaga kecil.
Lepas tu Twist lagi kisah abang Burger kaya sebab makan daging harga RM1000, lepas tu twist lagi orang kaya tak ambik gambar resit berlagak makan mahal kecuali orang susah kumpul duit, dapat makan, hingga resit pun ambik gambar, adohai.. Dua tiga kali plot twist.
Kemudian Cerita ibu tunggal dihina pusat zakat lalu terpaksa mendapat bantuan daripada gereja selama 9 tahun, babak awal, pusat zakat jahat, tapi plot twistnya, mereka memang asnaf zakat yang sudah menerima bantuan zakat berpuluh-puluh ribu selama ini, pusat zakat baik rupanya.
Ada jugak kisah seorang wanita tua yang dibuang oleh anak menantu, kemudian menantu dakwa bahawa rupa-rupanya dia yang selama ini membuang anak-anaknya sendiri. Lepas tu twist lagi, apabila cucu pula menafikan cerita tersebut. Berapa banyak plot twist daa...
Tak habis lagi, kemudian muncul kisah laki ada empat bini 28 orang anak yang hidup susah tiada yang bantu, lepas tu plot twistnya, zakat dah bantu sejak 2010, bayangkan 2010 tu bini dia berapa, anak dia berapa? Macam macam ceritalah!
Juga kisah bapa budak perempuan yang tak setuju lawak lucah dari cikgu, lepas tu datang orang politik, kemudian ada orang share bapa itu dulu pun ada buat lawak lucah jugak, macam macam berita melintas, berbelit belit plot twist dia. adohai..
Tapi berita tu bercampur antara rasmi dan tak rasmi, sebab media social ni semua orang boleh tulis.
Jadi kita kena percaya dalam arus perdana, sepeti TV, atau sidang akhbar.
Tapi masalahnya, berita zaman sekarang pun ada plot twist! Hari tu cucuk dua vaksin boleh rentas negeri. Kemudian tak boleh pulak?
Daerah macam mana? Awal-awal hari tu kata boleh balik beraya rentas daerah, tiada lagi PKP menyeluruh, tapi lepas beli baju raya, kuih raya, tiba tiba tak boleh rentas daerah, pulak? Aduhhhh..
Okey.. berita bagitahu boleh ziarah, tapi kena kira selipar, terkini, ziarah dalam rumah sendiri sahaja, dari bilik ke bilik ke?, huhuhuh Ini plot twist paling sedih dan mengharukan sebab kita semua yang kena.
Apa plot Twist mak Cik Kiah dan Haji Salleh yer? Dengar cerita dah beli Scanner suhu dan Print my Sejahtera sebab katanya, boleh open House jika ada dua benda tu, sekali Twist, scan ahli rumah jer rupanya, adohai...
Apapapun, Zaman Nabi dulu, sahabat menangis kerana sedih Ramadan dah habis.
Sedih macam lagu maher Zain tu, betul sangat lagu tu, Ramadan.. ku mohon usah pergi.
(Menyanyilah pulak,)
Jadi sahabat memang bersedih bila puasa nak habis, kita pulak sedih sebab raya PKP, plot twist jugak tu, sob sob..
Teringat kata kata Maulana Hassan, Allah cipta Ramadahan yang dipenuhi Ibadat, dan Cipta satu Syawal yang di larang puasa, dan di galakkan pakai baju cantik dan berhari raya adalah satu metafora dari Allah tentang kehidupan orang islam iaitu, siapa yang hidupnya seperti Ramadan, maka kematiannya akan menjadi seperti Aidilfitri.
Al faham ke idop? Mati pun ada plot Twist!
Sesiapa yang hidupnya seperti Ramadan, maka kematiannya akan menjadi seperti Aidilfitri!
Woha!
(Gambar raya tu bukan sedang bersiap nak pergi ziarah, tapi memang sedang ziarah menziarahi sambil ambik gambar! Plot Twistnya, baju sama warna-Woha!)
Promosi Raya, Jom Belajar Mudahnya Hafal Yasin, Plot Twistnya, beli dari Link saya tu akan dapat Ebook KISAH LAKI BINI PUASA percuma, Tawaran sampai 1 Syawal, tapi kita tengok kot Ada PLot Twist lain, Woha!
Klik sini.
http://bit.ly/HafalYasin
lagu daerah 在 ROTIKAYA Facebook 的最佳貼文
lagu daerah 在 Frugal Outdoors & Camping Youtube 的最佳貼文
Siri ThrowBack trip kali ini kembali ke Oct 2016, satu trip pendakian sungai pergunungan tercantik dan popular di Malaysia Trans Chemerong Berembun Lansir (CBL) di daerah Dungun Terengganu.Trip pendakian selama 3 hari 2 malam dimana kami dapat menikmati keindahan alam semulajadi di sana yang sangat unik
Lagu : Fourtwnty - Puisi Alam (Ruang Malam acoustic cover)
Link : https://www.youtube.com/watch?v=3mlFCy1N2zU
Frugal Outdoors & Camping Social Media:
FB Page: https://web.facebook.com/FCampM/
IG: https://www.instagram.com/frugal_outdoors_camping/?hl=en
Business enquiry/product review/send me your stuff deial via email : frugaloutdoorchannel@gmail.com
Tonton video-video dari kategori sama klik link ke playlist:
Solo Camping - https://bit.ly/2YXekjz
Motor Camping/Custom - https://bit.ly/2MIEvnj
Camping with friends - https://bit.ly/2TaV64y
Bushcraft Project - https://bit.ly/2ZGiqcL
Camping Tips,Hiking & Others - https://bit.ly/2YH2RED
#campingmalaysia #cbl #sungaibangan
lagu daerah 在 David Teo Youtube 的最讚貼文
Siapa kata nak dapatkan makanan halal kat Negara China susah, korang tengok macamana @fadzlyfuad berselera makan sambil jalan-jalan di daerah-daerah menarik di Negara China. Nersiaran selama 6 episod, #eatfunpray akan membawa anda meneroka tempat makan yang halal, masjid-masjid bersejarah & juga tempat-tempat menarik!
Bermula 8 Mei ini, setiap Rabu jam 9 malam di saluran 125 ? @naurashares