USUL 17 KAMAR KHAS I 22 MAC 2017 I 2.30 petang
YB Nurul Izzah Anwar, wakil rakyat Lembah Pantai mencadangkan kerajaan Malaysia menubuhkan Sekolah Berasrama Rendah bagi mengatasi kemerosotan literasi (keupayaan untuk membaca) dalam kalangan rakyat Malaysia.
Walaupun Malaysia mencapai tahap boleh membaca sebanyak 94.6 peratus, tetapi laporan daripada United Nations Population Fund (UNFPA) tahun 2014 mendapati seramai 44 000 kanak-kanak di Malaysia masih tidak bersekolah dari tahun 2009 hingga 2014.
Bukankah ini satu masalah yang perlu diselesaikan kerajaan demi masa depan anak Malaysia yang terpinggir daripada pendidikan?
Diharapkan agar cadangan menubuhkan Sekolah Berasrama Rendah disokong oleh Menteri Pendidikan anak-anak keluarga berpendapatan rendah mendapat akses pendidikan demi masa hadapan mereka dan mobalisasi sosial.
#InilahMasanya #PendidikanBuatAnakMalaysia
Search