Berikut adalah kisah Sherry Halim. Dulu beliau peserta cabaran Jom Kurus dengan berat 140kg. Setelah setahun, beliau berjaya kurangkan lebih 70kg dan kembali sebagai team leader cabaran #jk1m musim 5 untuk kawasan Sungai Besi. http://kevinzahri.com/sherry
Following is her story in her own words (unedited)
------------------------------------------------------------------------------------
Hope this submission could inspire thousands of malaysians to battle their obesity.
Below is my story::
Saya adalah salah seorang average jane. Bekerja di pejabat, tidak sukakan sukan dan senaman, suka menonton televisyen dan cukup sukakan makan. Aktiviti sosial saya bersama rakan adalah lepak di kedai mamak. Satu kombinasi profil bagi mereka yang gemuk.
Saya seorang yang obes. Pada usia 30 dan berketinggian 167cm, berat badan saya hampir memcecah angka 140kg.
Makanan kegemaran saya adalah jenis savoury. Jika saya makan, saya akan makan tanpa mempedulikan tentang kalori, kegemukan dan kesihatan.
Pada ketika itu, saya tidak kisah apa pun nasihat keluarga dan rakan-rakan. Yang saya tahu, mereka harus menerima diri saya seadanya, walaupun niat mereka sebenarnya adalah untuk memastikan saya sihat dan gembira.
Dipanggil si gemuk, anak gajah adalah perkara biasa saya hadapi. Namun saya hanya menelan kata-kata tersebut. Bagi diri saya, saya gembira walaupun di tahap obesiti. Namun itu hanya lah penipuan pada diri sendiri. Sebagai seorang wanita, pastinya saya menginginkan memakai pakaian yang cantik, berhias dan kelihatan menarik. Tetapi, kerana nafsu makan yang tinggi, saya menafikan kehendak saya.
Banyak kenangan yang kurang manis saya alami ketika di puncak obesiti. Paling utama adalah pakaian, saya hanya boleh membeli pakaian di kedai yang menyediakan pakaian untuk mereka yang gemuk. Lantas saya tidak suka shopping kerana memberi kekecewaan.
Saya suka adrenalin rush. Roller coaster dan pelbagai lagi permainan di taman tema menjadi kegemaran saya. Namun banyak permainan itu tidak dapat saya naiki, kerana faktor, badan terlalu besar dan tidak muat untuk duduk di kerusi permainan tersebut. Ini terjadi di taman tema baik di negara kita yang mempunyai saiz badan yang kecil mahupun di luar negara yang mempunyai struktur badan yang lebih besar dari Asean.
Pernah, suatu ketika dahulu, semasa berada di Phuket, saya tidak dibenarkan untuk menyewa motosikal dari kedai motosikal sewa kerana keadaan fikizal saya.
Paling memalukan, saya terpaksa menggunakan tali pinggang tambahan apabila menaiki kapal terbang dan ketika berada di Medan ketika menaiki bas angkut-angkut, saya tidak dapat duduk di kerusi bas kerana saya terlalu besar untuk muat di kerusi bas tersebut dan ditertawakan oleh warga tempatan.
Pelbagai lagi kenangan tidak indah saya sebagai seorang yang obes. Namun saya bersyukur yang sepanjang ini, saya tidak menghidap apa-apa penyakit yang berkaitan dengan mereka yang obes.
Setelah dihantui pelbagai ketidakmanisan dalam hidup, saya telah pergi bercuti ke Bandung pada April 2014. Ini adalah satu permulaan untuk saya berubah.
Di sana, dengan pujukan rakan yang mahukan saya berubah, saya telah membeli ubat kurus di kedai jamu. Saya telah menghabiskan wang ribuan ringgit untuk membeli ubat kurus tersebut. Pulang ke Kuala Lumpur, saya menggunakan produk itu, namun tidak sampai 2 minggu, saya telah mengalami gastrik yang teruk sehingga terpaksa menerima suntikan. Terus saya memflushed pil-pil itu ke dalam tandas. Dan saya kecewa dengan diri saya. Saya akan obes selamanya.
Namun....
Dalam pada masa yang sama, mungkin dengan ketentuan tuhan, saya terlihat satu pos dari rakan saya menerusi Instagram, yang telah berjaya menurunkan berat badan. Setelah diamati, saya mendapati rakan saya ini telah enrol satu program yang sangat besar si negara ini. Lantas, saya telah membuat selidik tentang program ini melalui laman web penganjur.
Setelah membuat kajian dalam laman web itu, saya mendapat satu semangat baru. Penganjur program tersebut, Kevin Zahri memberi satu dimensi baru untuk saya. Banyak ilmu baru yang saya peroleh semasa melayari laman web kevinzahri.com. Saya pasti, lebih banyak ilmu bakal saya peroleh, jika mendaftar untuk program tersebut.
Lantas..
Dengan semangat yang cukup berkobar ingin kurus yang telah tersemat dalam diri, saya mendaftar sebagai peserta program Jom Kurus Raya yang bermula pada 24 Mei 2014.
Memang benar telahan saya, program ini memberi saya banyak manfaat dari segi ilmu yang diperoleh dan mengubah gaya hidup saya.
Dan tarikh itu (yang juga tarikh hari jadi saya yang ke-30), menjadi tarikh yang bakal mengubah hidup saya seratus peratus dan menjadi tarikh yang tidak dapat saya lupakan.
Pertama kali berjumpa dengan Kevin Zahri dan mendengar seminar beliau, saya mengetahui tentang kalori, kiraan, makan dengan betul dan bersih. Selama ini saya terlalu naif untuk mengetahui tentang hal penjagaan pemakanan. Bagi saya untuk kurus perlu berlapar. Namun persepsi saya berubah apabila mengikuti program Jom Kurus Raya.
Bermula dari hari itu, saya mengubah pemakanan saya. Saya makan mengikut kiraan kalori. Saya memastikan saya tidak makan lebih dari 1500 kalori setiap hari.
Dari seorang yang gemarkan makanan bergoreng dalam (deep frying) menu saya berubah kepada goreng tanpa minyak, bakar dan sup. Makanan yang saya masak tidak lagi mengandungi msg dan untuk memastikan makanan saya enak namun tidak berkalori tinggi, saya membuat pelbagai research untuk mendapatkan resipi-resipi masakan sihat.
Saya tidak berlapar. Sebagai seorang yang gemar makan, saya makan lebih dari 10 kali sehari, namun tetap dalam kiraan kalori yang di tetapkan.
Menu harian saya meliputi protein (600g-700g sehari seperti ikan, ayam, udang dan ketam), buahan, kekacang dan segenggam karbohidrat (seperti biskut, roti atau nasi) dan sejari coklat. Namun ia tidak melebihi 1500 kalori. Saya minum air sehingga urin berwarna jernih.
Tiada ubat kurus lagi. Saya tidak lagi menghabiskan ribuan ringgit untuk ubat-ubat kurus yang menjanjikan kurus dengan cepat tanpa diet dan senaman. Saya mengikuti panduan yang diberikan oleh Kevin Zahri dan menyertai aktiviti yang disediakan oleh team leader saya.
Yang paling menyeronokkan adalah, apabila saya menjadi seorang yang aktif. Bersama team leader dan rakan-rakan jom kurus yang mempunyai objektif yang sama, kami beriadah, bersukan dan bersenam. Motivasi menjadi tinggi apabila bersama kumpulan yang mempunyai matlamat yang sama dan saling menyokong antara satu sama lain.
Tiada rasa malu terbayang di mata saya seperti mana sebelum ini, di mana, perasaan bimbang ditertawakan apabila bersenam tidak timbul.
Pelbagai perkara baru yang saya buat semasa bersama program KZ. Antara nya adalah hiking, rock climbing. Sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan saya akan lakukan.
Setelah tamat program Jom Kurus Raya 2014, saya meneruskan lagi misi saya untuk kurus dengan mengikuti pula Jom Kurus Satu Malaysia anjuran Kevin Zahri.
Circuit training, dodgeball, berbasikal, trampolin dan badminton adalah kegemaran saya sekarang.
Tidak dapat disangka yang sekarang saya mempunyai lebih ramai jaringan rakan di seluruh Malaysia. Program ini bukan sahaja telah menjauhkan saya dari obesiti, namun ia mengubah diri saya dari seorang yang pasif kepada aktif.
Bukan itu sahaja, saya sekarang lebih berkeyakinan dan dapat berfesyen seperti wanita yang lain.
Setelah sepuluh bulan, saya telah hilang lebih 70kg. Saya sekarang mampu memakai pakaian bersaiz S dari xxxxxl dan seluar bersaiz 28 dari 48. Ianya seperti berada di alam mimpi. Cukup indah. Saya bersyukur dapat bertemu dengan fitness guru yang telah mengubah diri saya.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
makanan enak di bandung 在 Makanan Enak Khas Bandung Yang Paling Hits Dan Terkenal 的推薦與評價
Makanan Enak Khas Bandung Yang Paling Hits Dan TerkenalSeblakMakanan khas Bandung yang bernama seblak ini cukup populer dikalangan wisatawan ... ... <看更多>