𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐌𝐀𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐒𝐈𝐁 𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐈 𝐅𝐀𝐒𝗔 𝟮 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔.
1. Penerima pertama merupakan seorang suri rumah berumur 37 tahun yang menghidapi sakit kronik kencing manis semenjak dari sebelum berkahwin lagi. Beliau juga menghidap penyakit paru-paru berair dan lemah jantung dari tahun 2019. Pada tahun 2020, kaki kiri beliau terpaksa dipotong sehingga ke paras peha akibat dari kencing manis kronik yang dialami. Pergerakan dan pengurusan diri terpaksa dibantu oleh suami yang berniaga sambilan atas talian dari rumah dengan menjual simkad telefon dan makanan ringan (paru rangup) serta menanggung 2 orang anak yang berusia 7 dan 9 tahun. Pernah memohon bantuan PERKESO tetapi ditolak atas sebab caruman yang tidak mencukupi. Penerima ini mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah setiap bulan dan ada menerima Bantuan Kanak-Kanak dari JKM sebanyak RM300 sebulan. Selain itu, adik beradik beliau turut meyumbang dari segi kewangan dengan anggaran sebanyak RM600 sebulan bagi meringankan beban. Mereka ini mendiami di rumah pusaka peninggalan keluarga suami.
2. Penerima kedua berumur 26 tahun pernah mengalami kemalangan jalan raya pada tahun 2015 menyebabkan patah 3 tulang kaki kiri sehingga ke pinggang. Kesan dari kemalangan tersebut, beliau tidak boleh duduk atau berdiri terlalu lama sehingga ke hari ini dan menyebabkan beliau tidak boleh bekerja. Segala pengurusan diri diurus sepenuhnya oleh ibu beliau yang juga mengalami masalah kesihatan seperti strok, kencing manis, darah tinggi dan baru menjalani pembedahan membuang selaput mata dan pemasangan kanta mata. Ayahnya pula seorang pesara juga mengalami masalah kesihatan iaitu Alzheimer dan prostat. Penerima ini menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 setiap bulan.
3. Penerima ketiga pula merupakan seorang OKU terlantar yang mengalami sakit Celebral Palsy dan Hydrocephalus sejak kecil. Satu dari saluran otaknya tersumbat dan pernah menjalani pembedahan ketika usia 2 bulan bagi mengelakkan dari kepala membesar. Disebabkan masalah kesihatan yang dialami, segala keperluan diri diurus sepenuhnya oleh ibunya yang tidak bekerja. Beliau juga perlu minum susu khas melalui tiub dan menggunakan lampin pakai buang yang menelan kos sehingga RM1500 setiap bulan. Ayahnya seorang pesara dan terpaksa menggunakan sepenuhnya wang pencen setiap bulan bagi pembelian susu dan lampin selain dari menyara serta menanggung keperluan keluarga tersebut. Penerima ini turut menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 setiap bulan.
Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyempurnakan penyerahan kurniaan kepada ketiga-tiga penama.
Beliau turut diiringi Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Penghulu Tinggi, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,Selamat datang ke Jelajah Inspirasi Usahawan Selangor yang dibawakan khas oleh Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor. Dalam episod ini Rhys ...
「makanan khas daerah」的推薦目錄:
- 關於makanan khas daerah 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於makanan khas daerah 在 ERA (Malaysia) Facebook 的最佳解答
- 關於makanan khas daerah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
- 關於makanan khas daerah 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
- 關於makanan khas daerah 在 putri oshyn Youtube 的最佳貼文
- 關於makanan khas daerah 在 Annur Syuhadah Youtube 的最讚貼文
makanan khas daerah 在 ERA (Malaysia) Facebook 的最佳解答
Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berhubung Perintah Kawalan Pergerakan
- Situasi adalah terkawal pada hari pertama PKPB semalam biarpun jumlah kenderaan di jalan-jalan raya dilihat bertambah.
- Kerajaan ucap terima kasih kepada rakyat yang mula mempunyai kesedaran dan mampu melakukan kawalan kendiri dalam tempoh PKPB.
- PDRM telah tubuhkan Pasukan Petugas Khas operasi pematuhuan bagi memantau memantau tahap pematuhan SOP di bawah PKPB di seluruh negara.
- Pasukan Pematuhan PKPB di peringkat daerah dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan turut ditubuhkan.
- Sehingga semalam, PDRM dan SKMM telah membuka 259 kertas siasatan berhubung berita palsu COVID-19.
- Sehingga kini 255 penafian berhubung berita palsu tular telah dibuat Pasukan Respon Pantas KKMM.
- Sehingga semalam, 245 pusat kuarantin telah beroperasi dengan 17,835 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.
- Orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan makanan adalah mencukupi dan mampu menampung secara beterusan serta mudah diperolehi.
Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berhubung Perintah Kawalan Pergerakan
- Situasi adalah terkawal pada hari pertama PKPB semalam biarpun jumlah kenderaan di jalan-jalan raya dilihat bertambah.
- Kerajaan ucap terima kasih kepada rakyat yang mula mempunyai kesedaran dan mampu melakukan kawalan kendiri dalam tempoh PKPB.
- PDRM telah tubuhkan Pasukan Petugas Khas operasi pematuhuan bagi memantau memantau tahap pematuhan SOP di bawah PKPB di seluruh negara.
- Pasukan Pematuhan PKPB di peringkat daerah dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan turut ditubuhkan.
- Sehingga semalam, PDRM dan SKMM telah membuka 259 kertas siasatan berhubung berita palsu COVID-19.
- Sehingga kini 255 penafian berhubung berita palsu tular telah dibuat Pasukan Respon Pantas KKMM.
- Sehingga semalam, 245 pusat kuarantin telah beroperasi dengan 17,835 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.
- Orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan makanan adalah mencukupi dan mampu menampung secara beterusan serta mudah diperolehi.
makanan khas daerah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
Majlis Perasmian Perpustakaan Selangor Daerah Gombak
Pagi tadi ada majlis perasmian perpustakaan daerah Gombak (penjenamaan semula) yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Selangor. Saya diminta untuk berbicara tentang perpustakaan sebagai ejen transformasi masyarakat sebelum majlis perasmian.
Saya amat kagum dengan konsep, design & fungsi perpustakaan ini...ia adalah cukup trendy (terkini), moden & functional. Ia adalah untuk semua lapisan umur....daripada kanak2, remaja, pelajar IPT dan kolej, ibubapa dan ibu yang sedang membesarkan anak kecil mereka (ada bahagian khas untuk mereka). Perpustakaan ini mempunyai studio untuk kegunaan semua, IT, pemeriksaan kesihatan secara mesin, bilik latihan, auditorium, kafe & pelbagai lagi. Ini adalah perpustakaan masa depan.
Saya tidak dapat gambarkan semuanya. Nasihat saya datang & lihat sendiri..Saya pasti anda akan teruja. Kita mesti belajar daripada role model ini.
Perpustakaan (dan kedai buku) dalam setiap kawasan adalah dua frasarana penting untuk masyarakat berilmu & maju. Saya sebut dalam bicara saya bahawa ini perlu menjadi KPI kepada setiap ahli politik kawasan & pentadbir kerajaan.
Saya cerita sejarah perpustakaan samada perpustakaan awam atau peribadi di negara Islam suatu ketika dahulu dibanding dengan negara Eropah di era kegelapannnya. Menariknya, dalam skim perpustakaan Islam di zaman dahulu, ada disediakan tempat tinggal (untuk pelajar jauh), makanan dan alatan menulis.
Perpustakaan daerah Gombak tak kurang hebatnya. Selepas waktu sekolah, pelajar boleh datang mandi & membuat kerja rumah dengan bantuan pegawai2 perpustakaan. Saya difahamkan ini sedikit sebanyak boleh membantu masalah ponteng sekolah di peringkat menengah kerana ramai yang ponteng kerana tidak siap kerja rumah & ibubapa pula sebuk untuk memantau kerja rumah anak2 mereka. Idea yang hebat.
Senoga minda & usaha membina perpustakaan sebegini berkembang di seluruh negara.
"Buku adalah bisu selama mana anda perlu diam tetapi fasih berbicara apablla anda perlu berhujah & berbicara....Buku adalah seoarang sahabat yang tidak pernah menipu atau memuji lebih2. Ia juga seorang sahabat yang tidak pernah jemu dengan anda" (al-Jahiz)
MDB
makanan khas daerah 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
Selamat datang ke Jelajah Inspirasi Usahawan Selangor yang dibawakan khas oleh Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor. Dalam episod ini Rhys berada di Daerah Sabak Bernam untuk berjumpa dengan usahawan ZERO to HERO dan berkongsi cerita perjalanan perniagaan mereka.
Ikuti Rhys bertemu dengan En. Fahmi, pemilik Restoran Lembah Bernam di Sabak Bernam Apa yang menarik mengenai restoran ini, mereka menyajikan makanan eksotik seperti Rusa, Landak dan Kijang. Restoran ini juga terkenal dengan masakan kampung seperti Udang Galah, Ayam Kampung dan bermacam lagi. Selain dari itu, terdapat beberapa lagi produk usahawan tempatan yang berjaya di daerah ini. Jom tonton untuk melihat keunikan produk-produk mereka.
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
makanan khas daerah 在 putri oshyn Youtube 的最佳貼文
Salah satu objek wisata yang sering dikunjungi di kota Solo adalah Gladag Langen Bogan atau Galabo.
Galabo boleh dikatakan sebagai salah satu destinasi wisata yang harus atau wajib didatangi ketika berkunjung ke Solo.
Galabo Solo, merupakan sebuah destinasi wisata kuliner yang menyajikan beragam makanan khas kota Surakarta.
Lokasi Dimana
Tempat makan dengan konsep warung-warung outdoor ini berada di sisi paling timur dari Jln. Slamet Riyadi, salah satu Jalan utama yang berada di jantung kota Surakarta.
Tepatnya berada di timur bundaran Gladag, di sebelah Benteng Vastenburg atau di depan Pusat Grosir Solo (PGS) dan Beteng Trade Center (BTC).
Tempat makan ini berada di sisi Jalan Mayor Sunaryo, berbentuk warung-warung pedagang (biasanya berupa gerobak-gerobak pedagang) yang menjajakan makanan khas kota Bengawan. Boleh dikatakan ‘pasar kuliner khas Solo’.
Rute Menuju Lokasi
Ada banyak cara untuk menuju ke Galabo Solo ini. Jika datang dari arah barat (dari daerah Kartasura, Klaten, Boyolali, Salatiga, Semarang, Yogyakarta) sobat traveler bisa pergi ke Galabo dengan cara pergi ke Jalan Slamet Riyadi.
Kemudian ikuti jalan itu hingga ke ujung timur tepatnya di bundaran Gladag yang ditandai dengan adanya patung Slamet Riyadi dan disebrangnya ada pos polisi.
Sampai di sini, belok ke kiri ke arah Jalan Jendral Sudirman (karena Jalan Slamet Riyadi merupakan jalan searah pada jam 6 pagi – 9 malam), lalu lurus hingga sampai di bundaran depan kantor Balaikota Surakarta atau Tugu Pemandengan.
Putar balik ke Jalan Jendral Sudirman dengan memutari Tugu, lalu lurus hingga sampai di bundaran Gladag lalu belok ke kiri, ke Jalan Mayor Sunaryo.
Atau bisa juga dari arah Pasar Gede, lalu pergi ke arah Balaikota Surakarta melalui Jalan Jendral Urip Sumoharjo.
Kemudian pergi ke arah bundaran Gladag dengan menyusuri Jalan Jendral Sudirman. Ketika sampai di bundaran Gladag, belok kiri ke Jalan Mayor Sunaryo.
#solo#galabo#kulinermalam
makanan khas daerah 在 Annur Syuhadah Youtube 的最讚貼文
Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort 2019 | Berlayar menaiki bot merentas tasik sementara menunggu waktu berbuka menjadi tarikan unik yang terdapat menerusi pakej bufet berbuka puasa sempena Ramadhan tahun ini di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) dengan tema 'Gerbang Iftar Nusantara'

Sajian bertemakan citarasa masakan nusantara dengan campuran beberapa menu istimewa ketimuran seperti nasi mendi dan kabsah turut menjadi daya penarik bebrbuka puasa di sini sewaktu menjamah juadah di kala senja berlatarkan pemandangan Tasik Bukit Merah yang terbentang seluas 7000 ekar.

Beberapa gerai dihias cantik memudahkan pengunjung memilih juadah kesukaan selain menjadi penyeri bahagian ruang legar menghadap tasik berhampiran Le' Lac Cafe, disulami dengan alunan muzik akustik yang dimainkan pada setiap hari Rabu, Jumaat serta hujung minggu pastinya menggamit suasana berbuka puasa menjadi lebih syahdu.

Kambing bakar yang menjadi antara menu wajib tatkala berbuka di hotel turut dihidangkan selain ayam golek dan beberapa menu santapan nusantara seperti kari kambingg berkentang, bawal hitam goreng berempah, sambal sotong, rendang daging, daging tetel masak mamak, gulai udang dengan pisang muda dan sebagainya.
Eksekutif Chef BMLR, Noorul Qamar Mohd Noor, berkata sebanyak lima set menu yang bakal bersilih ganti mengikut hari disajikan pada tahun ini.

Ini meliputi sehingga 50 jenis hidangan termasuk sajian makanan barat seperti spaghetti, bebola daging, pai shepherd, pasta fusili bakar, serta makaroni ayam tumis dengan sos keju berserta tomato.

Katanya, hidangan lain seperti laksa Sarawak, roti John, murtabak, kambing serta ayam cincang Bamia, sup berempah serta cendawan, ikan kembung serta pari bakar, mi udang, roti prata, bubur nasi, cucur bergoreng, pencuci mulut yang turut disertakan dengan pelbagai jenis kerabu, salad, dan ulam-ulaman turut menjadikan juadah berbuka di sini lebih meriah.
"Menu yang bersilih ganti pada setiap hari bertujuan meraikan kepelbagaian citarasa pengunjung di mana mereka dapat menempah pada hari tertentu yang bertepatan dengan menu kesukaan mereka sepertimana dihebahkan melalui edaran flyers, banner, media sosial, dan sebagainya."
"Kita turut menawarkan promosi pemberian satu baucer percuma untuk setiap 10 tempahan berbayar selain berbesar hati menjadi perantara kepada mana-mana pihak yang berkeinginan menaja anak-anak yatim dan fakir miskin untuk merasai pengalaman berbuka puasa dengan juadah di sini." ujarnya.
Menariknya, pakej bufet berbuka puasa di Bukit Merah Laketown Resort ini benar-benar memberikan 'feel' sajian nusantara dengan memberikan pilihan tempat duduk secara tradisi dan membuatkan kita rasa dekat dengan kampung sendiri. Selain makan secara formal di atas meja, pengunjung boleh memilih untuk makan secara bersila di beberapa runagan khas yang disediakan.

Dengan kadar RM 45 bagi dewasa serta RM 35 untuk kanak-kanak, warga emas, dan Orang Kelainan Upaya (OKU), pengunjung pastinya berpuas hati ditambah pula dengan perkhidmatan pelayaran tasik menaiki bot secara percuma bagi 60 penumpang terawal setiap hari melalui dua sesi pelayaran masing-masing pada jam 6.15 serta 6.45 petang.

Bagaimanapun, perkhidmatan pelayaran tasik itu juga bergantung kepada paras air Tasik Bukit Merah yang menjadi nadi pengairan bagi daerah Kerian serta sebahagian daerah Larut Matang dan Selama memandangkan bot hanya boleh bergerak apabila paras air berada pada paras air tertentu.
Bagi pengunjung yang ingin menghidupkan malam di bulan Ramadhan, usah bimbang kerana solat tarawih secara berjamaah juga akan didirikan di surau yang terletak tidak jauh dari lokasi bufet.
Sementara itu, promosi istimewa turut ditawarkan untuk pembelian awal pada harga serendah RM 35 bagi dewasa dan RM 25 kanak-kanak, warga emas, serta OKU untuk pembelian yang telahpun bermula, iaitu dari 1 April - 30 April 2019.
Pakej penginapan juga ditawarkan pada harga serendah RM105 untuk bilik biasa di Laketown Hotel dan RM 175 untuk bilik studio Kampung Air bermula 6 Mei - 31 Mei 2019 dengan disertakan bersama satu baucer bufet berbuka puasa untuk seorang.
Gerbang Iftar Nusantara
Pakej Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort
Bukit Merah Laketown Resort
Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
http://www.bukitmerahresort.com.my
Hubungi :
+605 - 890 8888
+605 - 890 8000 (fax)