AKU TERIMA NIKAHNYA
Di Klinik Psikiatri. Wanita ini sudah beberapa kali saya jumpa. Masih muda. Bertudung bawal, berkulit putih, dia memang sedap mata memandang. Kali ini, dia hadir dengan suaminya. Kurus tinggi, berkulit sawo matang, rambut ikal dan bergigi depan berlubang. Beza itu bagai langit dan bumi tetapi cinta itu sifatnya menyatukan, hingga lautan api juga terasa nyaman diredahi.
Cerita dia bukan luar biasa. Tapi cerita biasa yang begitu menyesakkan jiwa.
Ini cerita Dhia dan Ali. (Sudah pasti Dhia dam Ali bukan nama sebenar).
Mereka sudah berkahwin kurang lebih 6 tahun. Dikurniakan dengan 3 orang anak yang comel dan aktif. Hidup mereka bahagia dengan cara mereka. Tetapi, setahun ini, Dhia mulai murung, selalu bersedih, sukar tidur, rasa lesu dan letih. Dhia tidak lagi berminat untuk bercakap, lebih kepada suka menyendiri dan melayan perasaan. Ironinya, Dhia juga mudah menjadi marah, dan sering anak-anak kecilnya menjadi mangsa. Dhia rasakan hidup tidak bermakna, apatah lagi mempunyai guna. Dhia rasa Dhia bersendiri hadapi semua ini. Dan baru baru ini, Dhia mula mendengar suara suara yang banyak di telinga "kau memang tak guna" "kau patut mati" "kau memang menyusahkan orang". Adakalanya Dhia nampak kelibat yang menakutkan.
"En. Ali, dulu masa kenal Dhia, dia macammana orangnya?"
"Dhia ceria doktor, selalu tersenyum. Mulutnya becok"
"Tapi, sekarang?"
"Dhia bukan Dhia yang dulu"
"Apa jadi?"
"Entah, saya tak tahu, mana ada masalah"
Ketika itu, sang anak merengek..."Ibu, nak kencing!" Dhia membawa anaknya ke tandas. Dan serentak, raungan si kecil berumur setahun lebih yg ikut bersama, anak bongsu mereka, "nak ibu, nak ibu!"... Dhia kelam kabut, sang ayah.... Lihat... Tanpa seribu bicara... Dan teruskan duduk.
"Betul tak ada masalah?"
"mana ada apa doktor"
"biar saya beritahu, boleh"
"boleh"
"Anak awak yang menangis tu masalah pertama"
Ali terdiam.
"Ini masalah Dhia"
1. Semenjak kahwin, Dhia tidak dibenarkan kerja, tapi Dhia kena tinggal di rumah, menjaga ibu mertua.
2. Ibu mertua nyanyuk, jadi sering lupa. Paling teruk, ibu mertua sering mengapikan Dhia, pemalas, masak tak sedap, tak bagus sebab menantu lain kerja bagus-bagus tapi Dhia tak kerja, padahal Dhia yang basuh kencing berak mak mertua.
3. Adik beradik suami yang lain semua tak sanggup jaga mak "kami tak tahan dengan mak. Kau jagalah. Wife kami semua tak boleh dengan mak, jadi kami kena selamatkan wife kami" tanpa sedar Dhia makan hati.
4. Bila ahli keluarga balik rumah, adik beradik lain akan sambung kutukan pada Dhia, pemalas dan sebagainya. Husband, hanya mengiyakan tanpa pernah mempertahankan Dhia.
5. DI rumah mertua, ada adik lelaki. Budak universiti, cuti sebab accident tapi dah semakin baik. Makan pakai adik ipar juga Dhia kena uruskan. Baju berbakul bakul jika Dhia tak basuhkan. Tapi bila Dhia rungutkan, "ko buat apa kat rumah, takkan itu pon tak boleh buat"
6. Bila Dhia balik ke rumah ibunya, kata iparnya "nak mengelat la tu"
7. Adik ipar balik beli kfc, tapi beli hanya untuk anak sendiri, bila anak anak Dhia merengek, mereka kata beli sendiri. Dhia terpaksa minta mak sendiri belikan.
8. Bila Dhia penat, uruskan anak anak.... Yang semakin aktif dan nakal dan perlu rehat sebentar, Dhia juga yang pemalas.
9. Mak mertua sering merendah- rendahkan Dhia pada adik- beradik lain.
10. Suami, kerja dari pagi sampai malam. Balik kerja, tidur terbongkang sebab dia penat bekerja, katanya Dhia dah rehat sepanjang hari.
11. Bila Dhia memasak, dengan anak- anak yang merengek, ibu mertua dan adik ipar akan marahkan Dhia, tak pandai jaga anak sbb tu bising, tapi mereka tidak mahu tolong jaga, maka Dhia akan memasak sambil mengendong si kecik, dan letak di para sebelah kuali. Dhia di beri amaran, jaga anak jangan bagi bising "kacau tidur aku," kata adik ipar.
12. Dhia tak boleh balik rumah mak sendiri, sbb siapa nak jaga mak mertua, kata ipar yang lain.
Dan setiap hari Dhia yang kena menghadapi semua ini.
13. Perlu pakai tudung sepanjang hari kerana adir ipar lelaki. Rumah panas tanpa kipas dan air cond.
14. Bantulah isteri anda menjaga anak... Bermain dengan mereka... Tanggungjawab dikongsi bersama, anda akan menjadi sehandsome Adiputra
"Awak pernah ucapkan terima kasih pada Dhia?"
"Tak pernah"
"Pernah tanya dia penat ke tak?" "Tak pernah"
"Bila stress apa awak buat?"Pergi memancing"
"Dhia?" "Dia kena jaga mak"
"Itu mak awak atau mak Dhia?" Ali tunduk.
"Dhia, berapa lama awak masuk tandas kalau mandi atau buang air besar" "Kena cepat- cepat doktor, anak ikut masuk bilik air atau meraung depan pintu"
"En Ali?" "setengah jam ke sejam"
"Awak buat apa? Main dan update fb kan?"
"Ya doktor"
"Dulu masa awak ambil Dhia pada ibu bapa dia, comel lote kan.. Tapi bila awak jaga kenapa jadi macamni?" "dulu dia lawa sbb mak bapak dia jaga, tapi dia tak comel selekeh sekarang ni, siapa yang jaga dia? "
"saya"
"En. Ali rasa Dhia penat tak?"
"penat sangat doktor"
"Semalam kan doktor, saya nak sgt makan ikan bakar, saya minta abang belikan, mak mertua saya kata kenapa saya menyusahkan anak dia," kata Dhia.
Ali tunduk.
"Pernah awak pertahankan isteri awak? Bila adik beradik lain kutuk dia awak backing dia?
" tak"
"Kalau awak di office, awak kerja keras, tapi orang puji orang lain, apa awak rasa?"
"marah"
"pernah awak puji Dhia?"
"tak pernah"
"saya memang teruk" Ali menitiskan air mata.
Wahai suami,
1. Isteri hanya mahu di puji. Mereka juga mahu dimanja.
2. Pujilah. Katakan mereka seindah bidadari syurga. Pujian anda akan membahagiakan mereka.
3. Sesekali bawalah mereka ke mana saja yang mereka suka.
4. Bincang dan tanya. Apa mereka mahu dan suka.
5. Sesudah berkahwin, bukan tugas dia menjaga mertua. Itu tugas anda sebagai anak. Bila dia menjaga, dialah bidadari sejati. Bincanglah dengan adik beradik lain. Mereka sayangkan isteri mereka jadi bawa mereka keluar rumah, tapi mereka semua hina Dhia. Dhia boleh jaga ibu, tapi gilir gilirla. Bawa berbincang.
"Bila awak paling bahagia Dhia?"
"masa suami sewa rumah lain kejap, saya rasa bebas nak pakai apa pon di rumah saya"
6. Adik beradik lain yang tidak mahu menjaga masih okay, tapi mulut tidak perlu menjadi puaka. Dan bila itu terjadi, pujuklah isteri anda.
7. Hargai dan sayangi mereka.
8. Berilah dia "me time". Dia juga mahu makan, mandi dan berak dengan tenang.
9. Sekali sekala belilah hadiah buat penghargaan, makan cendol semangkuk tulis buat isteri tersayang pon dan kembang setaman perasaan isteri. Siap dia upload facebook "hari ini hari paling happy"
"Abang, kita ni muka tak hensem tak apa abang, yang penting hati kene handsome"
"perempuan kalau dah sayang, bulan bintang pon dia sanggup tinggal bang, sehidup semati, tapi sekali kau buat dia benci bang, sampai mati pon dia akan benci"
Biar cinta bertapak di janji, berpasak di hati,
Bukan cinta bertapak di kaki, berpasak di bodi.
Kemurungan dan suara halus Dhia tu, itu bukan sihir, itu memang BUATAN ORANG. Buatan Ali pada cinta Dhia.
"Dan bila AKU TERIMA NIKAHNYA, janji itu bukan dengan dia atau mak ayah dia, janji itu pada Allah, pada Tuhanmu yang menciptakan."
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「mandi putih klinik」的推薦目錄:
mandi putih klinik 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
Orang rumah kata kalau nak stay up buat kerja sekolah malam ni, baca kisah daripada KRT ni. Layan kejap siapa belum tidur tu 😈
Salam, kisah aku ni bermula dgn aku dan suami perlu pindah ke Petaling Jaya atas urusan kerja. Suami aku dpt rumah sewa area Taman Medan dgn harga yg not bad la. Rumah sewa aku ni berdekatan dgn Pasaraya Matahari So, senang la aku nk beli apa-apa kan? Jalan kaki pun boleh pergi pasaraya. Klinik Kerajaan Taman Medan pun dekat.
Masa first masuk rumah sewa ni aku dh rasa lain mcm. Mana tidaknya, aku siap jumpa kain putih lusuh berlumpur kering kt dlm bilik tidur aku. Siap ada 2, 3 helai rambut panjang lekat kt kain tu. Dlm hati aku tdetik, "kain pontianak ke ni? Pontianak tukar baju dlm bilik ni ke?". Aku gelak kecik dgn diri aku sendiri. Aku tanpa byk soal, aku terus campak kain tu dlm tong sampah luar rumah. Hari ptama aku kt rumah takde apa2 yg blaku pun. Siap aku menari2 lagi dgn suami dlm rumah.
Masuk hari kedua, start dh buat hal. Suami pergi kerja. Aku dlm bilik ni main Candy Crush, selamba je aku dengar ada org mandi mcm org gila kt bilik air diluar bilik. Dia punya jirus air tu mcm gelojoh sgt nk mandi. Aku menangis dn terus call suami aku. Suami suruh baca apa2 yg patut. Bila bunyi org mandi dh hilang, aku pi la tengok kt bilik air. Ya Allah, berus gigi aku dn suami betul2 landing dlm lubang jamban duduk tu. Lpstu ada najis dkt ats lantai. Aku cuci semua dan terus masuk bilik tak kluar2.
Bukan itu saja, mlm tu lagi teruk. Suami balik kerja nk makan nasi. Aku hidang nasi kt suami. Menjerit suami kata nasi basi dan bau hancing! Aku panik, macam mana boleh basi? Aku baru je masak nasi tu, masih panas lagi. Dah la basi, sekali pakej hancing pulak tu. Suami aku bangun, terus pergi azan dekat tengah2 rumah. Habis je suami azan, ada suara ikut azan, suara tu dtg dari sebuah bilik kosong yang pintunya bertutup. Benda tu azan main2, gelak2 dan ianya sgt myeramkan campur ngeri. Gigil tgn dibuatnya, first time dgn bende2 aneh mcm ni. Suami terus tendang pintu bilik tu sampai terbukak! Nyalakan lampu, tapi takde apa2 pulak. Tapi bilik bau hanyir busuk bangkai.
Tanpa byk ckp, suami dgn bengang call owner rumah. Mengadu pasal benda ni. Senang je jawapan si owner, dia kata itu masalah peribadi penyewa. Lps tutup call, dh takde apa2 gangguan dh. Tapi masa pukul 1 pagi, ada benda ketuk pintu belakang dapur mcm nk pecah. Ketuk bertalu2 mcm pencegah maksiat yg ketuk dh bunyinya. Kuat sgt, suami terkejut smpai tergolek jatuh katil. Aku menangis takut ya amat sgt, suami jerit smpai nk tkeluar anak tekak barulah benda tu diam. Kami tido sambil pasang ayat2 suci kt fon. Gangguan tiada sampai ke pagi.
Besok bangun, ada kesan lebam dekat peha dn dekat perut, bsar2 pulak tu. Aku takut duduk rumah sorang2, aku nk ikut suami pi kerja, suami kata jgn takut dgn benda tu nanti dia lg suka. Aku beranikan diri duduk sorang2 kt rumah. Tapi aku tperap dlm bilik la. Dari pagi hingga ke ptg takde apa yg berlaku, tp ade pekara aneh yg terjadi waktu suami balik kerja, suami kata "awk bermantera apa dgn sy ni?", aku tak phm dn tanya suami, "mantera apa bang?". Suami suruh tgk whatsapp. Aku on whatsapp, gila betul, aku ada hantar chat mentera kt suami aku dlm whtsapp. Manteranya berbunyi,
"terbang melayang2, ada didahan, Xxxxxxxxxxxxxxx.................
Berderau darah aku baca, takkan hantu setan pandai pakai whtsapp pulak? Pandai main teknologi? Aku cakap kt suami bukan aku yg hantar, suami aku diam je masuk rumah. Suami kata kita buat tak layan je, nanti benda tu tak kacau la. Nak cari rumah sewa lain mmg dh takde duit dah. Lps makan semua, malam tu lagi dahsyat, benda tu dh start main bakar2 pulak, tgh sedap2 tido smbil pasang ayat suci, ada terbau asap, alih2 dengar suami menjerit sekuat hati. Mana tidaknya, beg duit suami terbakar, habis duit, I/C dn kad bank semua hangus. Memang seram campur sakit hati. First time tgok suami menangis. Belum reda lagi kes tbakar ni, tiba2, semua frame gambar kahwin aku dgn suami semua tiba2 retak serentak. Lpastu terdengar bunyi benda mengilai kt ruang tamu punyalah nyaring dan kalau korang dengar, fuh, mesti terkencing sbb lain macam dia punya mengilai. Suami tak tahan, suami call ustaz yg dia kenal dn mintak tlg dtg kerumah. Ustaz tu kata, "saya dekat Kuantan, Pahang ni."
Lepas je ustaz ckp mcm tu, ada satu suara garau ckp dekat depan pintu bilik aku mcm ni, "di Kuantan ya? Hihihihi." Suami aku terus bukak pintu luas2 dan ckp, "jgn kacau la setan!", sbb benda tu dh berani mendekat dan bsuara. Lpstu suami sambung ckp dgn ustaz, "ustaz dgr tadi?". Ustaz tu tak jwb tapi dia baca sesuatu, dlm beberapa saat, ustaz tu suruh suami azan disetiap penjuru bilik. Suami cpt2 buat, lps tu, gangguan dh pulih sikit, kami sambung tido.
Pada esok hari aku bangun, aku tiba2 ada kat bilik air, suami angkat aku masuk bilik. Suami tak kerja, ponteng. Aku dh macam org tak betul dah asyik ketakutan saja. Aku paksa suami cari rumah sewa lain. Suami duduk termenung diam je. Pagi tu aku ikut suami beli nasi lemak kt luar naik motor. Balik je rumah, bukak pintu, ada 2 ekor burung gagak terbang dlm rumah, terkejut betul aku. Lpstu ada najis dekat atas meja makan. Hilang selera mkn aku. Suami tampar meja dgn tangan sambil ckp, "melampau la ni!". Suami suruh kemas baju2 nak blah. Suami ckp rumah ni puaka tahap gila. Aku tnpa blengah terus kemas baju. Suami pergi buang air besar. Masa aku tgh kemas baju. Aku dgr ada benda tgh pung pang pung pang masak kt dapur. Aku terus pergi tgok. Alangkah terkejutnya aku tgok ada pontianak dgn rambut pjg smpai ke pinggang, rambut kusut masai tutup muka. Pakai kain putih lusuh yg aku buang sebelum ni. Selamba je diri dekat dapur mcm patung smbil dua tangan letak kt perut (mcm org tgh solat). Bende tak guna tu pandang aku. Lutut aku goyang, memang goyang sgt tak tipu. Mulut aku tkunci, kaki pun tak boleh jalan. Badan gigil2. Serious aku tak pernah nampak benda2 ghaib ni. Skg dh nmpk, mmg tcabut skru lutut. Tdetik dlm hati aku adakah kita boleh lihat mahkluk ghaib sejelas ini?! Pagi pulak tu. Nk panggil suami tak boleh, mulut tkunci habis! Aku ingat dlm filem je bentuk pontianak mcm ni. Rupanya in reality pun sama. Lps terketar2 smbil menangis, aku pengsan. Sedar2 aku dah ada kt pusat rawatan islam.
Skrg aku dan suami dh tinggalkan rumah syaiton tu. Kami cari rumah sewa yg baru. Kami dapat rumah flat dkt Taman Desa Perangsang jln PJS 3/52. Kedai runcit Aceh pun dpn rumah je. Kt sini takde puaka2 syaiton ni. Alhamdulillah ok je. Cuma satu je yg pelik, masa hari first masuk rumah sewa baru ni. Aku tnampak kain putih lusuh baik je landing atas lantai rumah flat aku ni, bila aku pandang kali kedua, hilang la pulak. Maybe khayalan aku je kot sbb still trauma. Tapi yg penting, gangguan yg menimpa kluarga kecil ku sbelum ni sudah tiada. Tenang jiwa rasa. Bye2 semua, salam.
mandi putih klinik 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
30 PETUA MELAYU LAMA
.
1. MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
• Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL
Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.
3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM
Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.
4. UBATI SAKIT DADA
Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.
5. HILANGKAN URAT DI KAKI
Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.
6. RASA GARAM DALAM MASAKAN
Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.
7. SIMPAN KELAPA PARUT
Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.
8. MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.
9. PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.
10. GARAM UBATI SAKIT GIGI
Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.
11. MULUT BERBAU
Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.
12. IKAN KERING TIDAK BERULAT
Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.
13. TUMIT KAKI TIDAK PECAH
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.
14. KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK
Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan.
15. HILANGKAN DARAH TINGGI
Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.
16. KHASIAT DAUN JAMBU BATU
Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.
17. CARA CUCI BARANGAN PERAK
Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat.
18. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN
Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.
19. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR
Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.
20. MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU
Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.
21. ARANG KAYU PERAPI RAMBUT
Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut. Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.
22. PENAWAR BISUL/KUDIS
Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.
23. CARA HILANGKAN GRIS
Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk menghilangkannya. Cuab titiskan secamca minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya hilang.
24. PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA
Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan lihat pokok bunga subur menghijau.
25. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT
Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.
26. BILA NASI BERBAU HANGIT
Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.
(25/1/08 - Ini mlm tadi isteri dah cuba, bubur bau hangin, so letak daun pisang, bau hilang)
27. UBAT DEMAM MALARIA
Daun betik yang masih muda ditumbuk hingga haluslau diperah. Air perahan ini bolehlah diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh diminum setelah selesai haid. Kerana ia boleh melancar dan membersihkan sisa-sisa darah kotor.
28. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL
Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.
29. MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)
Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya-Allah, bau pedasdan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.
30. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN
Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkon ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.