Kenapa kita tak Bahagia?
(Perkongsian ini dipetik dari seorang bapa yang ada anak OKU autisme di Group Autisme Malaysia -memujuk ibu bapa yang punyai anak OKU agar sentiasa berbahagia-Semoga ada manfaat)
Dalam dunia ini, ramai orang tak percaya dia sedang bahagia.
Contohnya: Ada orang naik kapal terbang tambang murah, sempit, penumpang di sebelah tidur berdengkur, lalu dia rasa tak bahagia, dalam hati mengeluh kepada dirinya sendiri sebab hanya mampu beli tiket tambang murah dan terpaksa duduk sebelah orang gemok yang berdengkur.
Pada waktu itu, dia percaya dia sangat tak bahagia, tiba tiba enjin kapal terbang mati, dan terus menjunam, waktu itu dia menjerit tak bahagia dan sedar, tadi, waktu kapal terbang tak rosak, dia sedang bahagia walaupun terpaksa mendengar dengkuran orang berdengkur.
Nampak tak?
Contoh untuk group ini: Bila dapat anak OKU autisme, ada ibu bapa yang hari hari menangis sedih sehinggalah di takdirkan anaknya tiba-tiba mati, dan hidupnya tiba tiba menjadi sunyi, barulah dia sedar, dulu waktu anaknya ada, saya sedang bahagia sebenarnya tapi sebab terlalu bandingkan dengan anak orang lain yang normal buatkan diri tak percaya sedang bahagia.
Nampak tak?
Jadi.., apa punca kita tak percaya kita sedang bahagia?
Sebab kita tak bersyukur. Simple, Nabi dah ajar lama tapi kita sendiri tak berapa nak percaya dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.
Kita sangat tak bersyukur sehingga nikmat depan mata dirasai semacam azab, itulah neraka dunia yang boleh hadir pada sesiapun walau duduk dikerusi empuk, bilik air cond, tubuh semua sihat tapi masih mengeluh kerana kita tak percaya kita sedang bahagia.
Bagi ibu bapa yang ada anak OKU satu orang, cuba tengok parent lain yang ada anak OKU kesemua adik beradiknya, baru kita sedar bahawa kita sedang berbahagia sebenarnya. Napi pun selalu pesan, tengoklah orang di bawah kamu agar kamu selalu bersyukur.
Baru baru ni saya lihat seorang makcik tua tapi masih mampu tersenyum menjaga anak OKU lumpuh yang sudah dewasa, tiba tiba dalam wawancara Makcik ini berkata dirinya sangat bahagia hari ini.. kenapa makcik ini bahagia? Sebab Pihak Kebajikan Masyarakat telah hadiahkan katil baru boleh laras kepada anaknya yang OKU.
Nampak tak? jika Makcik itu boleh bahagia menerima katil baru untuk anaknya, kenapa tidak kita yang setiap hari anak anak semakin positif perkembangannya? InsyaAllah…
Paling saya tak boleh nafikan, kisah sorang makcik dalam TV dulu-dulu waktu jaga anak OKU yang terbaring lumpuh tak boleh berkata kata, makcik ini sudahlah miskin, suaminya juga lumpuh, dan kesemua tiga orang anaknya OKU cacat otak dan lumpuh sehingga tak kenal siapa mak dia. Makan bersuap, mandi dan bersihkan najis, semua maknya yang urus.
Waktu wartawan ada bertanya soalan: “Apa harapan makcik pada anak?” Sebab kesemua anak makcik tu dah besar, umur 20-an, tapi masih lumpuh, berak kencing masih di jaga mak, dan si anak masih belum boleh bercakap, jawapan makcik ni buat air mata lelaki saya tumpah.
Kata makcik tu..
“Harapan makcik..., makcik nak jaga dia sepanjang hidup makcik, dan sebelum makcik mati, makcik harap sangat dapat dengar walau sekali dari mulut dia, anak ini panggil makcik .. emak.. sekalipun cukuplah!”
Makcik tu menangis kesat air mata dengan hujung baju, saya pun menangis jugak sebab saya rasa sampai ke matipun makcik tu tak akan dapat nikmat anak mengenali beliau dan dapat memanggil “Mak” walau sekali seumur hidup. Oh…,
Siapa yang awal sangat potong bawang di bulan puasa begini? Sob..sob…
Sesungguhnya, Makcik tu jauh lebih mulia dari saya sebab ujian dia lebih besar dari saya, Special Request dia lebih Special! anak saya sendiri walaupun OKU, masih kenal siapa ayah dan ibunya, boleh panggil nama ayah bila dia ada masalah. Sob..sob.. tapi makcik?
Bertabahlah makcik, walaupun ujian makcik jauh lebih besar dari saya, pun masih ada orang yang jauh lebih menderita dari makcik iaitu si anak syurga makcik sendiri sebab dia juga ada roh dan perasaan, dia juga sedang menderita sebab dialah pejuang sebenar di medan derita, makcik hanya membantu perwira yang sedang berjuang seberat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, sebab dia tak mampu nak suarakan perasaannya kepada sesiapapun!
Dan yakinlah makcik suatu hari nanti, anak Syurga Makcik akan jerit nama makcik di pintu syurga, beliau akan jerit dengan suara yang indah, wajah yang indah, pakaian yang indah.
Baik, Kita tinggalkan kisah Makcik yang sedang berpelukkan dipintu syurga, kita sambung kisah kita.
Kenapa kita tak bahagia sedang bahagia itu sudah ada dalam diri kita?
Ada orang bagitahu, jika dia kahwin dengan pasangan yang betul, baru dia akan bahagia, sekarang hidupnya merana kerana mendapat pasangan yang salah, padahal rahsia pasangan yang bahagia kita nampak sekarang ini adalah, sebelum kahwin lagi mereka dah lama bahagia, dah lama tahu erti kesyukuran.
Mereka lelaki bujang yang bahagia dan bersyukur, bila bertemu wanita bujang yang bahagia dan bersyukur, maka insyaAllah rumah tangga mereka juga akan bahagia sebab mereka sentiasa bersyukur. Dan jika mereka ditakdrikan dapat anak OKU pun insyaAllah mereka akan bahagia dan bersyukur.
Oleh sebab itu, jangan tunggu pasangan yang betul baru saya bahagia, jangan tunggu dapat anak normal baru bahagia, tapi bersyukurlah dengan nikmat yang ada, dan jadilah orang yang bahagia maka insyaAllah orang bahagia akan menarik orang bahagia juga untuk bersamanya. Akan merubah orang disekeliling untuk turut bahagia bersamanya, dan akan mengubah anak OKU kita menjadi lebih positif insyaAllah.
Nampak tak?
Nak faham lagi? Cuba korang tengok iklan TV, apa motif mereka?
Iklan akan bagitahu anda sedang tak bahagia kecuali anda beli produk mereka.
Dalam iklan ada cerita orang sedang sedih dan bila beli produk mereka tiba tiba bahagia, jadi korangpun percaya, sebab tu ramai tertipu skim cepat kaya sebab percaya mereka sekarang tak bahagia lalu melabur dan perasan bahagia sekejap lepas tu tersontot.
Okey, itu produk scam, produk tak scampun yakinkan anda tak bahagia, suruh beli kereta misalnya, anda beli, tapi lepas tu tengok iklan kereta model baru, orang memandu sedang senyum bahagia, ada pulak tambahan air bag, sensor dan sebagainya, terus korang rasa.., alamak, silap beli kereta ni, patut beli kereta tu.
Begitulah hidup ini buat kita membuang masa dengan memberi anggapan kita sedang tidak bahagia.
Ada orang makan gaji dan rasa dirinya tak bahagia selagi tak bisnes sendiri. Lalu berhenti kerja dan bisnes tapi tak menjadi dan mulai sedar waktu makan gaji dahulu sebenarnya bahagia.
Berapa ramai yang tak bahagia bekerja dan berhenti lepas tu kerja tempat lain dan rasa tak bahagia jugak? Ramai kan?
Berapa ramai yang bercerai sebab tak bahagia dan kahwin dan bercerai lagi dan kahwin dan bercerai lagi hingga buat kesimpulan, bini pertama yang terbaik sebenarnya…, dulu saya sedang bahagia sebenarnya.
Berapa ramai yang rasa mak bapaknya tak membahagiakan lalu lari dari rumah utamakan kawan, utamakan kekasih tapi bila shit happen, patah balik cari mak bapak sebab sedar dulu mak bapak kita sedang membahagiakan kita Cuma kita tak percaya.
Berapa ramai yang nafikan anaknya OKU kerana jika anaknya OKU akan sangat tidak bahagia lalu hantar anak ke sekolah biasa hingga anak itu terseksa di buli oleh guru dan pelajar yang tak faham tentang masalah anak OKU dan bertambah sedih tengok anak stress dan diapun stress!
So apa saya nak cerita, bersyukurlah, maka Allah akan tambah nikmat. Jika ada orang bagitahu anda sedang tak bahagia, janganlah percaya sebab mereka sedang menipu.
Waktu pilihan raya, ramai ahli politik bagitahu anda sedang tak bahagia kecuali undi mereka, waktu itu tengoklah fakta atau auta, bab kata P Ramlee: Salah pangkah dapat taik!
So sebagai penutup, marilah kita menikmati nikmat yang sedia ada, bersyukur dan berbahagialah!
Cuba tengok tangan dan cakap:
“Ya Allah terima kasih berikan saya tangan dan mintak maaf kerana tak pernah cakap terima kasih ada tangan”
Cuba tengok anak OKU kita dan cakap:
“Ya Allah, terima kasih kurniakan saya anak syurga, mudah mudahan si anak dapat menutup aib saya yang sangat banyak di akhirat kelak, anak inilah ladang pahala saya, anak inilah yang akan sibukkan saya dengan kerenahnya sehingga saya tak ada masa nak buat dosa, semoga anak ini akan dapat tarik saya yang hina ini ke syurga”
Baca buku tulisan Hamka keretamayat, cakap:
“Bukan Hamka yang kena berterima kasih kepada saya kerana membeli buku beliau, tapi sayalah yang akan berterima kasih kepada Hamka kerana menulis buku best!”
Woha!
Akhir kata,Selamat bersyukur dan berbahagialah. Jangan mengeluh penat menjaga anak OKU tapi berterima kasihlah kerana bila kita penat, maka kita dah tak larat buat maksiat-Alhamdulillah
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過38萬的網紅Bumi Ratu Channel,也在其Youtube影片中提到,Anak2 muda mana nak makn sgt makanan melayu, bab korean , jepun western hafal dn terua suka ..!! Hebat betul ajaran mesia sosial pengaruhi anak2 kita ...
manfaat makan cepat 在 Coach Anuar Facebook 的精選貼文
5 PUNCA BERAT BADAN “YOYO"
.
Bersusah payah berdiet, berat naik semula?
.
Kenapa agaknya ya berat boleh jadi naik & kembali turun?
.
1. CEPAT MENGALAH
.
👉Kalau berdiet, jangan sekali pun mengalah. Kesabaran adalah kunci yang terpenting dalam proses menurunkan berat badan. Ramai juga yang berhenti berdiet kerana berat masih sama walaupun telah 2 minggu berdiet.
2. TAKUT GAGAL
.
👉 Ada yang sudah berjaya kurus, namun tiba-tiba je berat naik semula. Inilah yang membuatkan sesetengah mereka tidak mahu berdiet lagi kerana minda mereka telah dibayangi kegagalan masa lalu.
3. RAGU UNTUK BERUBAH
.
👉 Ramai pendiet yang janggal & tidak selesa dengan perubahan aktiviti harian yang berbeza dari kebiasaan/rutin. Contohnya ‘workout’ gym, senaman & diet makan.
4. BERJAYA BUAT ANDA RISAU
.
👉 Anda pasti mengharapkan pinggang yang ramping & badan yang fit. Namun cita-cita untuk memiliki tubuh yang sempurna membuatkan anda risau & banyak berfikir. Ini kerana sebelum mendapat hasil yang berjaya, anda terlebih dahulu telah terbayang-bayang manfaat yang anda perolehi apabila bertubuh menawan. Contohnya, terfikir bahawa bisnes akan lebih laris & dapat menjadi model atau pelakon. Berangan untuk meningkatkan kerjaya itu bagus. Tetapi, cuba letakkan matlamat utama anda yang lebih realistik seperti untuk memiliki tubuh badan yang sihat luar & dalam.
5. EMOSI TIDAK STABIL
.
👉Naik turun berat badan seseorang itu boleh jadi berkaitan dengan emosi. Adakalanya orang stress membuatkan dia makan banyak, ada juga orang yang sedang bersedih langsung tidak mahu makan. Sebaiknya kawal emosi anda dengan perkara-perkara yang lebih menenangkan seperti berenang, yoga & jogging. Walau apa jua yang terjadi pada anda, jaga pemakanan sangat penting kerana ia mempengaruhi kesihatan.
Menstabilkan berat badan sebenarnya bukannya susah.
Yang penting pemakanan
Jom bertindak
manfaat makan cepat 在 Facebook 的最讚貼文
Perang Palestin dan Israel ni bermakna Kiamat dah dekat?
Benar kiamat sudah dekat, tapi tarikhnya tiada siapa yang tahu? Hanya Allah sahaja yang tahu.
Namun kiamat tidak akan berlaku selagi orang islam buat kerja Dakwah.
Zaman Nabi dulu, semua sahabat buat dakwah, malahan Syaitan datang 'ajar' agama kepada sahabat
Tak cukup Syaitan, Berhala dan Dajjal pun ber'dakwah' korang tahu tak?
(Kena baca habis atikel ini sebab jika baca separuh takut sesat-dan sila bersetuju di akhir perenggang sebagai persiapan untuk permulaan hidup baru-Woha!)
Al kisahnya, Pada suatu hari, ketika sahabat Nabi duduk berbicara kisah Nabi Muhammad SAW yang telah wafat kepada murid-muridnya yang terdiri daripada para Tabien, maka terbongkarlah akan sebuah kisah bagaimana pernah satu ketika, di zaman hayat Baginda Rasulullah SAW masih dikandung badan, telah muncul seekor serigala kurus di hadapan Nabi lantas mulai berbicara dalam bahasa arab.
Rupa-rupanya, kemunculan serigala itu adalah bertujuan untuk meminta izin dari Nabi agar dibenarkan makan kambing yang dipelihara oleh orang ramai, namun Nabi tidak benarkan mereka memakan kambing yang dimiliki oleh orang ramai, bermakna serigala jika nak makan, pergilah memburu hidupan liar dengan kudrat sendiri, jangan menyusahkan orang ramai terutama orang islam, lalu beredarlah serigala itu dengan kesedihan kerana sukar untuk memburu hidupan liar di pinggir Kota Madinah barangkali.
Tidak lama kemudian, muncullah seluruh keluarga serigala daripada datuk serigala sehinggalah ke cucu serigala dalam keadaan yang kurus kering lalu meminta izin untuk di benarkan makan kambing peliharaan orang ramai, melihat kebuluran yang menimpa keluarga serigala, maka Nabi benarkan mereka makan kambing orang ramai, tapi dengan satu syarat iaitu: hanya kambing yang sesat atau yang terpisah dari jema’ah nya.
Apabila Tabi’in (gelaran untuk orang yang tidak sempat berjumpa Nabi tapi sempat berjumpa sahabat) mendengar cerita ini, mereka semua merasa takjub dan mula menzahirkan niat akan betapa indahnya jika dapat hidup bersama sezaman dengan Nabi SAW menyaksikan peristiwa peristiwa ajaib yang bakal meningkatkan iman.
Tapi sahabat menyatakan, indah itu hanya pada kemanisan iman, kerana kami para sahabat RA pada waktu itu selalu berada dalam keadaan ujian lapar dan ancaman, kami selalu mengikat perut dengan batu, dan tidak lena malam berjaga dari serangan musuh, malahan Nabi Muhammad SAW sendiri mengikat 2 batu di perutnya di atas ujian lapar.
Lalu terbongkarlah kisah penderitaan dan pengorbanan Nabi bersama para Sahabat baginda di zaman permulaan islam.
Diriwayatakan akan kehidupan Nabi Muhammad saw itu, kebiasaanya hidup sehari kenyang dan sehari lapar, Aisyah pernah mengatakan pernah dapur rumah Nabi tidak berasap selama beberapa bulan, di waktu pagi apabila Nabi nak breakfirst, isteri baginda cakap makanan takde.
Maka Nabi dan isterinya buat keputusan untuk berpuasa.
Kata Ibnu Abbas r.a lebih kurang maksud:
“Berlapar selama beberapa hari adalah perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan keluarga Rasullullah"
Siti Aisyah r.ha pernah di pelawa menghadir majlis makan-makan selepas zaman Nabi, lantas apabila Aisyah menyuapkan makanan ke mulutnya, Aisyah r.aha telah menangis. Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata.
“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku..”
Aisyah berkata lagi…
“Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”
Riwayat lain Aisyah berkata:
“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari bertutut turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah kewafatannya”
“Pernah satu hari apabila tiba waktu berbuka puasa, tiada apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah telah membahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa.”
Untuk pengetahuan pembaca, Nabi berlapar bukan kerana Nabi amalkan diet, atau Nabi muflis, tapi kerana rumah Nabi memang tiada makanan! Langsung! Ini adalah disebabkan oleh sekatan ekonomi daripada orang kafir yang tidak mahu menjual makanan kepada orang islam, hamba yang bekerja dikebun pula, di seksa siang malam kerana memeluk islam. Malahan sekatan ekonomi daripada orang kafir kepada orang islam membuatkan anak anak orang islam, ada yang mati di riba ibu-ibu mereka.
Inilah pengorbanan di awal keislaman, dah macam PKPD, orang islam di sekat ekonomi.., lapar dah jadi makanan harian.
Maka tercatatlah dalam sejarah, akan seluruh harta benda jiwa raga di korbankan demi agama, peluh dan darah di alirkan semata semata untuk menegakkan agama, seluruh fikiran di tumpukan kepada masalah ummat, tidur sudah menjadi tidak lena, makan sudah tidak lalu kerana begitu risaukan masa depan ummat sekalian alam.
Isteri baginda, Khatijah r.aha yang merupakan jutawan juga akhirnya wafat sehelai sepinggang kerana telah berkorban segala galanya untuk membantu agama sehingga mewasiat, tulang tulangnya seandainya diperlukan untuk agama, buatlah jambatan, buatlah pedang, buatlah apa sahaja, semua sanggup di korbankan sampai ke tulang temulang.
Begitu jugak pengorbanan di kalangan para Sahabat, sebelum islam Abu Bakar r.a ada 8 gedung perniagaan, apa telah jadi pada beliau setelah memeluk islam?
Benar, beliau telah korbankan seluruh hartanya pada ugama dan pernah memakai pakaian yang di buat dari guni dan berbutangkan duri. Sewaktu wafat hanya meninggalkan Allah dan Rasul pada keluarganya.
Saidina Umar r.a pula dihujung hayatnya, hanya memiliki sehelai baju yang bertampal tampal dan satu darinya di tampal dengan kulit binatang.
Pernah berkata Hazrat Abu hurairah r.a setelah membersihkan hidungnya dengan kain yang halus;
“Oh, Abu Hurairah, hari ini kamu membersihkan hidung dengan kain yang halus. Masih aku teringat ketika aku pengsan tidak sedarkan diri di antara mimbar Rasulullah SAW, Orang ramai menekan nekan tengkukku dengan kaki kerana mengikut petua yang kononnya aku terkena sawan, padahal aku sedang menderita kelaparan."
Itu belum saya cerita kisah Mus’ab bin Umair r.a, seorang anak orang kaya yang sentiasa memakai baju berharga 200 driham. Tapi bila masuk islam, beliau telah dibogelkan dan dibuang oleh keluarga, hujung hayatnya, beliau hanya memakai sehelai kain yang koyak rabak dan bertampal. Nabi menangis melihat keadaannya yang begitu daif, apatah lagi ketika Mus’ab bin Umair r.a terbuhuh di medan Uhud, mayatnya hanya di tutup dengan daun-daun pokok kerana tak cukup kain.
Belum cerita kisah Abu Zar, yang mati bersendirian di padang pasir.
Korang semua yang saya muliakan, Nabi SAW dan para sahabat r.a benar benar telah membuat pengorbanan untuk ugama.
Sehingga Allah telah jadikan mereka ‘asbab’ hidayat seluruh alam, di hujung dakwah Nabi, ketika peristiwa Penaklukan Kota Makah, Islam akhirnya menang dengan terzahirnya peristiwa berbondong bondong manusia telah masuk ke dalam agama islam.
Sebaik perjanjian Huhabiah di meterai, yang mana berlakunya gencatan senjata, maka bolehlah orang islam bergaul dengan aman bersama orang kafir yang mana telah membuka pintu hidayat selebar lebarnya sehingga dimana sahaja penjuru sahabat berada, akan ada orang yang terbuka hatinya pada islam.
Dalam peristiwa Hak, seperti kejujuran berniaga, pengorbanan melayan tetamu, sifat memaafkan, dan saling berlumba membantu orang sekeliling, akhirnya hidayat terus tersebar sehingga tiada lagi orang kafir di bumi Mekah buat selama-selamanya, dan tanah itu telah menjadi haram kepada bukan islam selamanya.
Asbab pengorbanan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi daripada perkara batil juga boleh jadi asbab hidayat.
Contohnya kisah yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id, kisah bagaimana seekor serigala kurus telah mengejar seekor kambing dan menangkapnya, lalu si pengembala yang bukan islam mengejarnya dan menarik kambing tersebut dari cengkamannya.
Tapi tiba tiba Serigala itu berkata dalam Bahasa arab:,
"Apakah kau tidak takut kepada Allah? Mengapa kau ambil paksa dariku rezeki yang telah diberikan Allah kepadaku?”
Terus pengembala itu berkata: "wah, hebatnya, serigala boleh bercakap?"
Dengan selamba serigala menjawab: “Ada berita yang lebih hebat, nun di Madinah, telah lahir Nabi akhir zaman”
Terus si pengembala pergi ke Madinah, dan akhirnya masuk islam.
Tuan tuan para pembaca yang saya muliakan, Asbab pengorbanan Nabi dan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi dari perkara BATHIL, contohnya binatang seperti serigala pun boleh ‘berdakwah’ kepada islam.
Tak cukup BATHIL lagi dakwah dari serigala? Saya bagi cerita lain yang lebih gempak.
Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang bersama Ali bin Abu Thalib dan beberapa sahabat lain, datanglah seseorang dari kabilah Bani Amir bernama Ghassan bin Malik yang berkata:
“Mahukah engkau wahai Muhammad menyampaikan semua perintah Tuhanmu atau aku yang menyampaikan perintah berhalaku?”
Rasulullah SAW menjawab, “Aku yang akan menyampaikan perintah Tuhanku.”
Baginda kemudiannya menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepadanya lalu masuk islamlah akan Ghassan..
Setelah itu Ghassan bin Malik berkata, “Kami dari kabilah Bani Amir mempunyai sebuah berhala yang kami sembah setiap hari. Suatu hari, berhala kami telah berkata: “Wahai manusia, telah diutus nabi yang jujur di Madinah”
Tuan tuan para pembaca yang saya muliakan, Asbab pengorbanan Nabi dan sahabat yang begitu tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi dari perkara BATHIL, contohnya berhala pun boleh ‘berdakwah’ kepada islam.
Tak cukup BATHIL lagi dakwah dari berhala? Ingat kisah Syaitan mengajar Abu Hurairah rahsia ayat Kursi?
Kata Syaitan: "Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimah yang Allah memberimu manfaat dengannya. Bila engkau masuk ke tempat tidur, bacalah ayat kursi. Dengan demikian, akan selalu ada penjaga daripada Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.” Ketika Abu Hurairah menceritakannya kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam, beliau berkata, “Sungguh dia telah berkata benar, walaupun dia sebenarnya banyak berdusta.”
Ok, berhala dah, Syaitan dah, sekarang saya bagi cerita lain yang lebih gempak gila. Ha ha!
Tersebutlah akan kisah sahabat Nabi yang bernama Tamin Dari r.a seorang pengembara yang terdampar di sebuah pulau dan bertemu dengan makhluk yang berbulu tebal sehingga tidak tahu jantan ke betina, dan makhluk itu membawanya berjumpa Dajjal.
Lalu Dajjal bertanya:
“Apakah buah tamar di tanah arab masih berbuah?
“Apakah air tasik di tanah arab masih mengalir?
Apabila Tamin r.a membenarkan kata-kata Dajjal, maka Dajjal bagitahu bahawa dia akan muncul apabila buah tamar dan air tasik tanah arab menjadi kering, kemudian kata Dajjal, beruntunglah sesiapa yang mengikut Nabi Muhammad SAW di Madinah, kerana akan terselamat dari fitnah Dajjal.
Korang semua yang saya muliakan sekalian.
Dajjal adalah sebesar besar batil dalam dunia ini, tapi asbab pengorbanan Nabi dan sahabat RA, Dajjalpun jadi asbab hidayat(buat dakwah)
Kadang kadang muncul syaitan di hadapan nabi lalu ‘mengajar’ ugama dengan memberitahu siapa musuhnya dan siapa kekasihnya (rujuk ustaz sebab kisah ni panjang)
Syaitan pun ‘berdakwah’? wow!
Kenapa sampai jadi macam tu?
Kerana Pengorbanan mereka terhadap agama begitu dahsyat sekali, ikat perut kerana ugama, berpeluh dan letih kerana agama, dan menitiskan darah serta air mata kerana agama!
Seorang sahabat ketika hendak di bunuh oleh seorang raja kapir telah menangis sambil berkata: aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!
Nabi SAW telah mengajar Sahabat RA membuat pengorbanan ke atas agama sehingga mereka tak sempat nak majukan dunia mereka, tapi Allah telah buka pintu kemenangan yang mana akhirnya berbondong bondong manusia dari seluruh dunia telah kembali kepada Allah..
Ketika baginda wafat, Fatimah r.a telah pergi melihat mayat baginda SAW, lalu mengusap mata baginda dan berkata:
“inilah mata yang tak pernah lena kerana ummat”
Kemudian, mengusap perut baginda dan berkata:
“inilah perut yang tak pernah kenyang kerana ummat”
Kemudian, mengusap badan baginda dan berkata:
“inilah badan yang tak pernah rehat kerana ummat”
Pendek cerita, asbab pengorbanan Nabi dan sahabat, akhirnya, serigala, berhala, syaitan dan DAJJAL pun ‘berdakwah’ kepada islam.
Namun kita hari ini, apabila ummat islam termasuk saya tidak membuat pengorbanan ke atas agama, melalui perkara Hak pun hidayat boleh tersekat, jika dulu Dajjal sebesar besar batil pun boleh buat ‘dakwah’, tapi hari ini orang islam, manusia terpilih, ummat terbaik pula yang telah menghalang dakwah!
Pernah ada ustaz dan AJK Surau yang menghalang dakwah pintu ke pintu, menghalang orang beriktikaf di masjid, menghalang dakwah sesama islam. Adohai..
Tapi itu dulu, sekarang smeua dah buka mata, Cuma zaman PKP ini, SOP agak tidak mesra agama, tapi kita akur, sebab taat pemerintah juga sunah kerana sekarang sedang darurat. Semoga Alalh hindari kita semua dari wabaj penyakit.
Namun pesan saya, agar kita semua orang islam tolong jangan bergaduh, walau beza bab akidah atau mazhab, jangan terus caci mencaci, dalam politik parti, jangan kafir mengkafir, jangan menghina ulama dan jangan mendoakan bala sesama islam, jangan cepat mebidaahkan semua perkara, cuba berpalang dada dan Untuk menjadi asbab hidayat, kita perlu tambah pengorbanan.
Tapi apa itu pengorbanan?
Sebenarnya, saya dan korang, belum lagi buat apa apa pengorbananpun, tak payah nak berlagaklah, kerana korban adalah di kira selepas kamu tunaikan HAK.
Contoh, kalau kita bagi minum air pada orang yang dahaga, itu baru di kira sebagai menunaikan Hak mereka yang kehausan, tapi sekiranya kita jugak dalam keadaan dahaga, tapi masih bagi orang lain minum air itulah yang di katakan pengorbanan.
Dan itulah yang berlaku di zaman Nabi SAW dan sahabat RA, cerita seperti menjamu tetamu dengan membiarkan anak-anak mereka tidur kelaparan, cerita kepala kambing, mengikat perut kerana agama, menanggung susah demi orang lain, dan lain lain itulah yang di katakan korban mereka kepada Allah,
Korban mereka tinggi, walaupun mereka tahu pahala solat di masjidil haram dan masjid Nabawi adalah digandakan ratusan ribu kali ganda, tapi mereka tetap buat pengorbanan dengan meninggalkan anak isteri dan kampong halaman berdakwah ke suluruh pelusuk alam sampai ke india dan cina!
Sesungguhnya, kubur kubur sahabat Ra telah bertebaran ke suluruh dunia hingga sampai ke negera Russia, mereka telah benar benar berkorban dan terkorban.
Saya hari ini, Bukan nak cakap pasal Korban, tunaikah Hak ugamapun belum lagi, Apa kejadah?
Sebagai contoh: saya belum menunaikan Hak Solat, Yang mana saya wajib solat jemaah awal waktu tempat azan di azankan, juga saya sepatutnya banyakkan solat sunnat dan solat tahajjud tapi saya kadang kadang just solat wajib sahaja, itupun dengan sambil lewa, acuh tak acuh!
Hampeh kepada diri sendiri!
Saya juga belum menunaikan Hak Al-Quran, Yang mana saya wajib Khatam Al-quran setiap tahun dengan tahu semua makna, tapi saya biarkan masa lapangku dengan baca komik, baca whatsapp, baca FB dan baca blog? atau baca teori kospirasi?
Adohai..
Saya juga belum menunaikan Hak Zikir, Yang mana saya sepatutnya berzikir pada waktu pagi dan petang iaitu waktu yang di haramkan solat, waktu pergi kerja dan balik kerja tapi saya dalam kereta suka dengar radio dan update lagu popular arghh! cukupkah jika saya sekadar ber’zikir’ dengan lagu nashid? Hempeh!
Saya juga ternyata belum lagi menunaikan Hak dakwah, Yang mana saya wajib ajak kawan kawan bukan islam masuk islam dan ajak orang islam amal agama tapi saya masih bersenang lenang depan TV layan movie, ohhhhhhh..
Tunaikan Hak Ugamapun Belum Lagi, Apatah Lagi Korban! Apa kejadah?
Pesanan ini di tujukan khas kepada diri sendiri.
Akhir kata: Dajjal adalah sebesar besar batil dalam dunia ini, tapi asbab pengorbanan Nabi dan sahabat RA, Dajjalpun jadi asbab hidayat, maka kenapa kita dalam hidup beragama Islam boleh bergaduh sesama kita?
Renung-runungkan, dan selamat muhasabah diri!
Woha!
Ps: Gambar buku tu dah takde stok, habis, tiada cetakan lagi, nak buku lain karangan saya InsyaAllah ada, terima kasih.
manfaat makan cepat 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的精選貼文
Anak2 muda mana nak makn sgt makanan melayu, bab korean , jepun western hafal dn terua suka ..!! Hebat betul ajaran mesia sosial pengaruhi anak2 kita
.
Malah ada anak2 xtau ttg makanan melayu pun..!! Mulanya sy ketawa lama2 sy sedih ..!! Melayu terkubur dgn adab kesenian , tanaman , perubatannya..!! Kenapa bangsa lain maju dgn warisannya sedang kita bumi melayu sgt hebat ilmu nenek moyang kita
.
Bab keladi sy kongsikan di you tube bumi ratu chanell hari ni ttg keladi ( full video subscribe ke you tube bumi ratu chanell)
.
tentang ubi keladi.. banyak sgt jenisnya rasa dan warna yg xsama menafaat kesihatan byk khasiat antaranya ialah utk kecantikan, pencernaan dn kesihatan.. bagi org yg ada masalah diabetis, cepat penat, anemia, cirit birit, penuaan dn kanser sgt bagus makan ubi keladi..
.
Dulu hanya org miskin makan ubi tp sekarang tak lagi..!! Ubi mahal harganya sy kongsikan sebagai ilmu ingatlah apa yg kita makan, apa yg kita minum, sgt penting bagi kesihatan.. badan nak pakai lama.. jadi sayangi lah nyawa dn kesihatan..Hargai alam dan badan sihat utk mudah buat amal kebaikan