“Seminggu ni aku aman saja tau. Tak sampai 5 minit, sekejap saja lebur!”
Gee tergelak.
“Dia ingat aku ni apa? Suka-suka hati, datang. Susah-susah hati, pergi. Dia doktor tulang ke doktor hati?”
Gee senyum.
“Oh sorry! Tak pasal kau kena dengar aku membebel.”
Dahlah pakai baju merah jambu sama warna dengan aku. Sakit pula hati aku dengan Izak tu. Rasa macam aku nak cekik dia saja!
“Alah, kalau dia dah tak ada dalam hati kau, Dee.... tak yah ambil port! Biarlah dia nak cakap sayang ke apa ke, sendiri perasan sendiri.”
Betul sangat lah tu. Lagipun, diri aku ni bukannya pelabuhan nak singgah-singgah macam Port Klang ke, Port Dickson ke...! “Dah start ke?”
Tak ada dengar bunyi pun. Macam dok tengah bersembang lagi. Awat lama sangat pun tak tau? Tunggu siapa pula ni? “Entah. Jap, aku pergi tengok.”
Tapi bila aku nak bangun... sekali lagi bunyi tingkap diketuk. Aku pandang Gee. “Bukalah. Entah-entah penting.”
Aku menggetap bibir. Penting apa? Apa yang penting sampai tak boleh guna pintu? Aku ke tingkap itu semula. Izak lagi.
“Yes, Dr. Izak Ashaal. Nak apa lagi ni?”
“I want you, nothing more.”
Aku nak tutup tingkap tu, terkepit jari Izak. Izak menjerit. Aku terkejut, terus buka semula tingkap itu. Siapa suruh letak tangan kat situ. Cakap lagi merepek, kan dah kena!
“Tengok. Cacat tak?”
“Kalau patah 27 tulang kat tangan abang ni, macam mana abang nak sarungkan cincin kat jari sayang?”
“Cubalah sarung, kalau rasa nak patah 300 tulang kat dalam badan tu.”
“To be exact, kita ada 206 tulang saja. 300 tu, jumlah tulang semasa bayi.”
Aku menggetap bibir. Ada juga yang kena ketuk dengan tulang dinasour ni.
.
.
#ManuskripCinta
Adaptasi cerita ni paling best. Sebab dia ikut sebiji dalam buku dan buku ni... mmg paling syok ditulis.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「manuskripcinta」的推薦目錄:
- 關於manuskripcinta 在 Syamnuriezmil Facebook 的最佳貼文
- 關於manuskripcinta 在 Syamnuriezmil Facebook 的最佳解答
- 關於manuskripcinta 在 Fadlan Hazim Facebook 的最讚貼文
- 關於manuskripcinta 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於manuskripcinta 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於manuskripcinta 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於manuskripcinta 在 Telemovie Syawal Mencari Cinta in 2023 | Check - Pinterest 的評價
manuskripcinta 在 Syamnuriezmil Facebook 的最佳解答
“Buka mulut.”
“Tak nak.”
“Abang suruh Zahira extend...”
“Hesy!”
Nak tak nak terpaksalah aku buka mulut juga. Kadang-kadang menyakitkan hati, tapi kadang-kadang menghiburkan hati juga. Another stupid games of heart!
“Stress of having to write for a deadline can be inspiring. Sometimes, pressure is good. Tapi, masuk hospital macam ni, is not worth it. Buat ibu susah hati, buat abang susah hati. Kalau marahkan abang, marahlah abang... jangan marahkan pada diri sendiri. Abang tak bolehlah tengok sayang terlantar, lemah dan tak bermaya atas katil... it’s hurting me. Kalau mama tahu... mesti dia pun risau. Sebab itu abang tak beritahu mama pun.”
“Nak beritahu buat apa, bukan ada kena mengena pun!”
“Buka mulut.”
“Ada lagi dalam mulut ni...”
“Tak ada gigi nak kunyah ke? Itulah... tak suka minum susu, asyik minum nescafe. Mana nak datang kalsium? Kan gigi dah tak kuat.”
Lidah tu tak ada tulang... tapi, boleh menyakiti hati. Mulut loji!
“Hesy. Bukan sebab gigilah. Kan kunyah kena 40 kali. Sunah!”
“Ada saja alasan. Telanlah. Tak payah kunyah. Bukannya budak kecil nak lekat kat kerongkong pula. Zirafah pun, boleh telan tak payah kunyah sampai 40 ni...”
“Apa kena mengena zirafah pula ni?”
“Jumlah tulang leher zirafah sama dengan jumlah tulang leher kita.”
Dia zirafahkan aku pulakkk!
“Buka mulut.”
“Kenyanglah.”
“Makanan kat hospital ni, cukup untuk diet setiap hari pesakit makan. Tak ada kurang, tak ada lebih. Sayang makan apa yang kenyang?”
Dia yang hantar makanan banyak-banyak kat aku... dia tanya aku pula!
“Makan hati?”
“Aahhh... masak kicap.”
#manuskripcinta
Drama hari tu best kan?
manuskripcinta 在 Fadlan Hazim Facebook 的最讚貼文
Standby depan tv guys, pukul 10 ni ada ulangan drama #DiaAdelia dekat @tv_okey Astro 109🥰 ganti #manuskripcinta ☃️❄️
manuskripcinta 在 Telemovie Syawal Mencari Cinta in 2023 | Check - Pinterest 的推薦與評價
Jan 11, 2023 - Telemovie Syawal Mencari Cinta #Telemovie #Telefilem Check more at ... Drama Manuskrip Cinta #Drama #TVOkey Check more at https://movinfomy. ... <看更多>