Rawatan Muka Daripada Si Bepop
Salam dan hai kepada semua pembaca iium ni. Yeah , aku Si Bepop kembali lagi untuk menyinari hidup anda. Hahahah .Okay kali ni , aku nak kongsikan dengan korang semua tentang rawatan muka dengan menggunakan bahan ALAMI aka natural. Aku ni seorang bekas Beautician dan aku pernah bagitahu korang kan bahawasanya kulit muka aku ni tersangatlah sensitif so aku ni memang tak berani nak tukar product skincare kerana aku setia pada yang satu . cewahhhhhh. Hehehhe so ini tips-tips yang aku boleh share dengan korang dengan hanya ambil bahan-bahan yang ada kat rumah .
1. Untuk Naikkan Seri Muka
– Okay , ini perkara biasa lah kan , semua orang nak nampak muka berseri termasuk lah aku. So kat sini ada 3 tips yang boleh korang amalkan tak kira laki ke perempuan , semua boleh. Hehehhe
Tips 1
Menggunakan air basuhan beras .
Haa ini tips tarak tipu punya kerana aku pun amalkan sebab nak ikut macam ibu dan arwah nenek aku. Muka dorang muda je walaupun umur dah cecah 50+ dan 70+. Sebabnya dorang cuci muka dengan air basuhan beras yang ketiga. Macamana nak buat ? Hahahah senang sajo , bila ibu ke ayah ke suruh masak nasi , rajinkanlah diri tu pergi masak sebab time tu jelah nak buatnya pun. Sambil basuh muka tu , selawat 3 kali dan niat. Insyaallah berkesan. Lagi satu kan , ibu aku suka kunyah beras. Tapi macam ekstrem pulak kan , keras pulak tu. adakah itu salah satu petuanya untuk cantik dan awet muda ? Hmmm jeng jeng jeng.
Tips 2
Basuh muka dengan air kelapa.
Okay , yang ini aku jarang buat tapi aku pernah tengak mula uncle aku awet muda je , korek punya korek , dia kata seminggu sekali , dia akan cuci muka dengan air kelapa , biarkan kering lalu bilas . Bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan muka tanpa botoks. Hehehe disebabkan harga buah kelapa mahal , pergilah kait kat kampung ataupun beli dan buat sebulan sekali. Janji buat daripada takda kan ? Nak awet muda tak anak-anakku ? Hehehe
Tips 3
Bancuhan serbuk kunyit + madu + yogurt asli
Ini tips aku dapat kat kawan aku time tengah tunggu train. Kenapa aku tanya dia sebab muka dia bersih walaupun kulit dia agak gelap. So sambil tunggu train datang , aku tanyalah kat kawan aku tu , dia cakap dia guna bancuhan kunyit tu untuk dijadikan masker muka. Seminggu sekali. Aku pun try buat , memang nampak kesan . Antara kesannya, parut jerawat hilang dan muka bersih . Make sure korang buat time weekend je tau , sebab muka ada kesan kuning sikit. Tapi sekejap je. Dont worry.
Lagi satu hanya guna bahan yogurt asli sahaja pun boleh. Sapu then biarkan 15 minit lalu bilas. Memang efek dia cepat. Cuba try uolss.
2. Untuk hilangkan blackhead & whitehead
Tips 1 :
Bancuh baking soda + jus lemon
Korang bancuh dulu bahan ni then sapu kat area yang bermasalah terutama sekali bahagian hidung, biarkan dalam 3 minit lepas tu balut kedua-dua jari telunjuk dengan tisu bersih dan picit keluar whitehead & blackhead. Memang banyak keluar. Then bilas okay.
3. Untuk hilangkan masalah penuaan pada wajah.
Tips ni memang berguna kepada orang yang takut nampak tua. Simple je bahan dia.
Tips 1 :
Guna air mawar sebagai toner. Banyak khasiat air mawar ni . Ada vitamin A , C dan E. Mana nak dapatkan air mawar ? Senang je. Pergi mydin tanya pekerja minta air mawar. Dia akan bagi yang botol kecik dan label tak silap colour biru. Dah dapat bahan dia , korang transfer air mawar tersebut ke bekas spray dan spray pada muka korang lepas cuci muka. Efek dia , pori pori muka semakin kecil dan muka korang nampak golwing gituuuuu.
Okay ini adalah tips seterusnya ialah yang selalu korang abaikan dan rasanya tak amik peduli pun iaitu :
4. Tukar cadar dan sarung bantal 2 kali sebulan. Sebab apa kena tukar ? Sebab bila korang tidur , minyak asli daripada rambut korang boleh menyebabkan salah satu faktor muka korang berjerawat. Yelah tak bersihlah kan even korang cuci rambut sekalipun. Memang kotor. Dengan peta air liur basi korang yang bertempek kat sarung bantal macam peta dunia tu pergh lagi senanglah jerawat membiak sebab dia suka pergi benda yang kotor. Hahahah aku cakap berdasarkan pengalaman. Jangan kecam saya.
5. Untuk pengetahuan korang , kalau mandi kan , sila cuci rambut dahulu baru cuci muka . Sebab kalau korang cuci muka dulu , nanti liang pori terbuka then korang cuci rambut pula , bahan bahan yang ada dekat shampoo bila korang bilas tu akan kena kat muka kan. Dia akan menyumbat pori muka dan maka dengan itu terhasil lah rakan karib anda iaitu JERAWAT. So sila cuci rambut dahulu barulah muka yaa.
6. Lepas korang dah cuci muka dengan bersih , sila lap muka korang dengan tisu bersih / tuala khas untuk muka sahaja. Cara lap dia adalah dengan dap dap sahaja jangan pergi sental. Kesian kulit korang nanti . hehehe Jangan campur dengan tuala badan sebab kuman banyak membiak kat situ. Janganlah nak menambahkan keturunan ‘J’ kat muka korang.
So , itulah tips yang aku boleh kongsikan korang . Terus terang aku cakap kalau kita guna bahan natural ni memang hasil dia lambat tapi memuaskan. Rajin dan istiqamah , haa jangan lupa selawat dan niat untuk kebaikan , insyaallah nampak hasil dia sebab aku pun amalkan walaupun tahap malas dia tu bermaharajalela kat badan aku ni tapi nak cantik dengan selamat punya pasal, aku tepis semuanya hehehhe.
Hopefully , tips tips daripada aku ni dapat membantu korang yang mengalami situasi sama macam aku dulu tu. Insyaallah , Allah beri banyak khasiat dan kebaikan daripada sumber alam cuma kita kena rajin cuba dan cuba.
Bye iium fans ,
Love you guys & xoxo.
Yang benar,
Bepop.
– Bepop
Kredit :
iium confession
www.iiumc.com
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
masker wajah yang bagus 在 YanieYusuf Facebook 的最讚貼文
1st time yanie try masker coklat . antara facial terbaru yang korg boleh try dan rasainya sendiri.. Masker coklat sangat bagus utk kelembapan dan tegangkan kulit wajah.. yanie dah cuba, korg bila lagi..hihi.. Segar muka selepas berfacial semalam. Nanti sebelum raya leh buat lagi ini.. Ada promosi Raya di AIRELLYN BEAUTY STUDIO. Jom korg berspa..Jangan lupa like fb dan instagram diorg tau..
.
Instagram: @spa_best_murah
@spa_best_murah
@spa_best_murah
@spa_best_murah
.
AIRELLYN BEAUTY STUDIO
No.6A, 1st Floor, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
.
#AirellynBeautyStudio
#spaAirellyn
#KelabBloggerBenashaari #seksyen7ShahAlam
#spacelebriti
#airellyn
#facialshahalam
#facialshahalam #spashahalam #pusatkecantikan #rawatanmuka #cantik #letscantik
#cantikpersiscelebriti