KURNIAAN MAKANAN SECARA BERTERUSAN SULTAN IBRAHIM RINGANKAN BEBAN RIBUAN KELUARGA DI JOHOR
Seramai 556 keluarga yang terjejas pendapatan menerima kurniaan bantuan makanan daripada DYMM Sultan Johor yang secara tidak langsung meringankan beban dan meneruskan kelangsungan hidup.
Sumbangan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) disampaikan wakil Baginda, Yang Berhormat Mejar Cina Dato’ David Wong diiringi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Dato' Mohd Noorazam Osman, Pegawai Daerah Johor Bahru, Dato' Abdul Rahman Salleh dan Penghulu Mukim.
Dato' Noorazam berkata, kurniaan kotak makanan daripada DYMM Sultan Johor ini sememangnya memberi semangat kepada keluarga yang terjejas pendapatan akibat penularan COVID-19.
"Patik menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas kurniaan yang tidak pernah putus daripada Tuanku Sultan Johor kepada rakyat Baginda," kata Dato' Noorazam.
Sementara itu, Penghulu Mukim Plentong, Mohd Nurul Faiz Aman, berkata penerima sumbangan melibatkan pelbagai kaum yang bukan sahaja terjejas pendapatan akibat COVID-19, malah anak yatim dan Orang Kurang Upaya turut tersenarai dalam penerimaan.
Bantuan makanan daripada Baginda Tuanku Sultan disampaikan kepada golongan memerlukan dipelbagai daerah secara berterusan sejak April tahun lalu.
#sultanjohor
#johor
#royalpressoffice
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過40萬的網紅David Teo,也在其Youtube影片中提到,Persembahan Bobo pertama kali bersama penyanyi asal lagu Sayang - Shea dari Indonesia....
mbjb 在 Facebook 的精選貼文
Dalam situasi semasa pandemik ini, amat penting untuk memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat dipelihara, dan memiliki akses kepada barangan keperluan asas. Pada 6 Julai 2021, saya telah menitahkan agar tempat perlindungan sementara segera didirikan untuk para gelandangan di Johor.
Kerajaan Johor bertindak pantas dengan membuka dua tempat perlindungan sementara di Perling dan Anjung Singgah yang dapat menampung sehingga 200 orang. Tempat perlindungan kekal ketiga sedang dibina oleh MBJB di Taman Larkin Perdana dan dijangka siap menjelang Julai 2022.
Ini adalah komitmen saya kepada rakyat untuk memastikan mereka mempunyai tempat untuk berteduh dan tidak kelaparan. Rakyat didahulukan, daripada yang lain.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
-----
In this current pandemic it is crucial to ensure that every segment of society is taken care of, and has access to basic neccesities. On 6th July 2021, I had decreed that temporary shelters be established immediately for the homeless in Johor.
The Johor Government has acted swiftly by opening two temporary shelters in Perling and Anjung Singgah which can accomodate a total of 200 people. A third permanent shelter is being built by MBJB at Taman Larkin Perdana and is expected to be ready by July 2022 .
This is my commitment to the people to ensure they have a roof over their heads and do not go hungry. They come first, above anything else.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor
mbjb 在 Facebook 的最佳解答
SOUTHERN VOLUNTEERS JOHOR BAHRU
Menjunjung Titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Program Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 oleh 25 orang Southern Volunteers Johor Bahru (MBJB) memasuki hari ke-12 pada hari ini dengan kerjasama Ahli Majlis Zon Taman Daya, Puan Hajah Roziyati binti Othman dan Jawatankuasa Penduduk Zon Taman Daya serti Ahli Majlis Zon Dato’ Onn / Kangkar Tebrau, Encik Mohd Faizal bin Abd Rahaman dan Jawatankuasa Penduduk Zon Dato' Onn / Kangkar Tebrau.
Rekod pendaftaran vaksinasi pada hari ini adalah sebanyak 2,267 orang dan seterusnya menjadikan jumlah pendaftaran vaksin terkini adalah seramai 9,930 orang.
Pendaftaran hari ini meliputi kawasan Kg. Sri Purnama, Kg. Baru Pandan, Kg. Bunga Ros, dan Kg. Ulu Pandan serta menerima borang pendaftaran dari Taman Perling, Kg. Melayu Pandan, Kg. Melayu, Taman Suria, dan Taman Johor Jaya.
Terima kasih diucapkan kepada Ahli Majlis MBJB Zon Teluk Danga, Zon Kg. Melayu Majidee / Taman Suria, Zon Taman Molek dan Zon Johor Jaya di atas kerjasama pada hari ini.
Program Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Southern Volunteers ini akan terus berjalan sehingga 23 Julai 2021. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan Southern Volunteers Johor Bahru (MBJB) di atas komitmen dan usaha yang berterusan dalam melaksanakan tugas demi menjayakan program ini.
mbjb 在 David Teo Youtube 的精選貼文
Persembahan Bobo pertama kali bersama penyanyi asal lagu Sayang - Shea dari Indonesia.
mbjb 在 Johor cops laud MBJB enforcement officer, public for coming ... 的推薦與評價
A local council enforcement officer came to a 30-year-old woman's aid after her handbag was snatched by a man on a motorcycle. ... <看更多>
mbjb 在 Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - 首頁 - Facebook 的推薦與評價
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) · 15,316 人在這裡打過卡 · http://www.mbjb.gov.my/ · +60 7-219 8000 · 政府機關 · Impressum. ... <看更多>