KURMA AYAM, SALAH SATU HIDANGAN WAJIB KENDURI KAHWIN ORANG-ORANG UTAGHA.
Assalamualaikum dan Salam Ceria + Salam Santai di Hujung Minggu. Semoga kita semua senantiasa dirahmati dan dilimpahi rezeki oleh Allah yang Maha Esa. Syukur Alhamdulillah.
Masih terfikir-fikir menu keluarga untuk makan tengah hari nanti? Apa kata Kak Noor cadangkan masak Kurma Ayam stail bonda. Kalau terlebih rajin tu...bolehlah masak nasi minyak atau nasi tomato untuk dimakan bersamanya.
Seingat Kak Noor semasa zaman kanak-kanak dulu, lauk kurma ayam merupakan salah satu lauk yang wajib dihidangkan di kenduri kahwin oghang-oghang Utara selain ayam masak merah. Dimasak pula menggunakan kawah secara gotong royong. Selalunya lauk kenduri rasanya lebih sedap walaupun kita masih menggunakan resepi yang sama untuk masakan harian. Dimakan pula bersama nasi minyak. Kenduri kahwin dulu-dulu selalunya dihidangkan dengan nasi minyak dan nasi putih. Sekarang ini dah ada nasi tomato, nasi hujan panas, nasi mandy, dan pelbagai nasi lagi. Ada tak orang hidangkan nasi kandaq untuk kenduri kahwin? Hm.... sedap juga kalau pekena nasi kandaq kat kenduri kahwin
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 cawan susu sejat
2 cawan air
3 biji ubi kentang - dibelah 4
1 biji tomato saiz besar - dibelah 4
2 biji cili hijau - dibelah dua tetapi tak putus
Bahan-bahan dikisar sehingga lumat:
5 sudu besar serbuk rempah kurma BABAS
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras - opsyen
Air secukupnya
Bahan-bahan ditumis:
1 biji bawang besar - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 batang serai - dititik
2 inci halia - dihiris mancis
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan - dikoyak dan disimpul
Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan serai dan daun pandan, dan tumis sehingga naik bau. Selepas itu masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, hirisan halia, bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga bawang kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan kacau rata. Tutup periuk dan guna api sederhana. Masak sehingga rempah garing dan terbit minyak.
3. Selepas itu masukkan ayam dan gaul rata sehingga rempah menyelaputi ayam. Biarkan mereneh di atas dapur selama 5 minit.
4. Tuangkan susu sejat bersama 2 cawan air dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga kuah mendidih. Kemudian masukkan ubi kentang.
5. Selepas ayam dan ubi kentang empuk, bolehlah dimasukkan buah tomato dan cili hijau. Tutup api dan taburkan bawang goreng dan daun pudina sekiranya suka. Tutup periuk supaya aromanya tidak keluar.
6. Kacau rata terlebih dahulu sebelum dihidangkan.
Selamat Mencuba.
「menu masakan harian sederhana」的推薦目錄:
- 關於menu masakan harian sederhana 在 Sajian Dapur Bonda Facebook 的最讚貼文
- 關於menu masakan harian sederhana 在 Menu Masakan Sederhana Sehari-hari - YouTube 的評價
- 關於menu masakan harian sederhana 在 INSPIRASI PAKET MENU MASAKAN HARIAN YANG ENAK ... 的評價
- 關於menu masakan harian sederhana 在 220 ANEKA MACAM MENU HARIAN ideas - Pinterest 的評價
- 關於menu masakan harian sederhana 在 Teras inspirasi - Aneka menu masakan harian sederhana 的評價
menu masakan harian sederhana 在 INSPIRASI PAKET MENU MASAKAN HARIAN YANG ENAK ... 的推薦與評價
![影片讀取中](/images/youtube.png)
INSPIRASI PAKET MENU MASAKAN HARIANBeli Set Top Box TV Digital:Tokopedia ... INSPIRASI PAKET MENU MASAKAN HARIAN YANG ENAK DAN SEDERHANA. ... <看更多>
menu masakan harian sederhana 在 220 ANEKA MACAM MENU HARIAN ideas - Pinterest 的推薦與評價
2019 Nov 3 - Kumpulan tentang aneka macam resep masakan harian bisa Anda ... Resep Cara Membuat Capcay Spesial yang Enak, Mudah Praktis dan Sederhana ... ... <看更多>
menu masakan harian sederhana 在 Menu Masakan Sederhana Sehari-hari - YouTube 的推薦與評價
3 Menu Masakan Sederhana Sehari-Hari (Masak Hemat 3 Menu #26) · resep dapur mantul. resep dapur mantul. •. 1.9M views • 3 years ago. ... <看更多>