[Bendera Putih]
'Ini semua naratif pembangkang'
'Kenapa nak kibar bendera putih? Takkan mudah menyerah kalah'
'Angkat tangan berdoa je, Jangan angkat bendera putih!'
Pelbagai naratif saya baca di medsos. Sangat menarik dengan masing-masing membawakan hujah kepada pandangan kepada kempen mengibarkan bendera putih bagi yang memerlukan bantuan bekalan asas.
Tidak kurang ada yang marah kepada ahli politik kerana 'hijack' kempen yang dimulakan rakyat dan menyoal kenapa bukan ahli politik yang memulakan kempen sebegini tetapi sibuk berebut kuasa.
Saya tiada kuasa dan tiada hak menentukan naratif siapakah yang benar dan siapakah yang salah. Cuma saya berminat berkongsi satu sisi yang hampir luput dari masyarakat moden.
"Ah sudah, nak cakap pasal Islam ada ajar pasal bendera putih la tu"
Tidak. Tidak. Saya bukan nak ulas Islam ajar atau tidak letak bendera putih untuk yang memerlukan bantuan.
"Habis tu? Nak cakap pasal apa?"
Bila nampak kempen kibarkan bendera putih ini, saya kagum dengan kreativiti masyarakat dalam membantu satu sama lain. Kempen bendera putih itu juga membuatkan saya tersenyum memikirkan bagaimana BERWAWASANNYA Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam bukan sekadar dalam bab ketuhanan tetapi juga dalam kehidupan bermasyarakat.
Bagaimana Rasullullah Sallalahu Alaihi Wasalam mengingatkan kita akan tanggungjawab sebagai manusia yang bermasyarakat;
"Tidak termasuk orang yang beriman, orang yang kenyang sementara jiran tetangganya kelaparan."
(HR al-Tabarani, no. 12579)
Ya. Baginda mengatakan bahawa kita tidak orang beriman kalau kita tidur dalam kekenyangan sedangkan jiran kelaparan. Bagaimana Baginda mengajar agar kita perlu prihatin akan masyarakat sekeliling kita.
"Wahai Abu Dzar ! Jika kamu masak sayur, maka perbanyaklah kuahnya dan perhatikanlah tetanggamu”.
[HR Muslim no. 2625]
Bagaimana Islam memberikan perhatian kepada keperluan jiran sehinggakan Nabi merasakan mereka adalah seperti waris;
"Jibril terus menerus berwasiat kepadaku untuk berbuat baik terhadap tetangga, sehingga aku mengira dia akan menjadikannya sebagai ahli waris”.
[HR Al-Bukhari (6014) dan Muslim (2624)
Islam mengajar umatnya untuk sentiasa ambil tahu akan keperluan jiran tetangganya. Mereka juga mempunyai hak terhadap kita. Mungkin kita belum kaya tetapi jadilah insan yang kaya jiwa dan insan yang terbaik dengan menjadi jiran yang terbaik;
"Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah orang yang paling baik diantara mereka terhadap temannya. Dan sebaik-baik tetangga di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap tetangganya”.
[HR Tirmidzi no (1944)]
Bendera putih barangkali ikhtiar terakhir mereka yang memerlukan. Bagi yang perlu, tiada apa yang perlu dimalukan.
Namun suatu muhasabah buat kita andai jiran kita menaikkan bendera putih. Itu petandanya kita masih belum menjadi Muslim yang terbaik di sisi Islam. Kita kurang prihatin akan keperluan jiran tetangga kita. Waktu bermuhasabah. Waktu untuk kita membantu satu sama lain.
Usah tuding jari pada kerajaan & ahli politik. Apa yang pasti, mereka akan dihisab sebagaimana kita juga akan dihisab di Padang Mahsyar. Kita tidak perlu menjawab untuk mereka kenapa beria-ia mahu menjadi wakil rakyat tetapi rakyat tidak terjaga namun kita mungkin akan ditanya tentang hak jiran tetangga yang kita tidak tunaikan.
Yang terputus bekalan asas, boleh mohon di https://mrmcare.com/food/ dan kami akan proses secepat mungkin dan bantu semampu mungkin dengan dana terhad yang kami miliki. Moga Allah ampuni kekurangan kami dan terima sedikit usaha kita bersama. Allahuma Ameen
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Firdaus Wong,也在其Youtube影片中提到,...
muhasabah islam 在 Facebook 的最佳解答
Ini untuk semua yang selalu dikecam, dihamburkan perkataan kebenciaan, kepada yang sering dibuli di social media atau di rumah, di sekolah, di dalam kejiranan, dalam group whatsapp atau di mana mana sahaja
Fokus ke atas diri kita ❤️
Fokus pada energi yang baik ❤️
Fokus pada yang positif ❤️
Kumpulkan segala kekuatan unjuk menjauhkan diri dari mereka yang sering menjatuhkan. Mereka itu hanya segelintir jumlahnya.
Sedih? Mestilah sedih apabila dikata macam2 sedangkan kita tak ganggu hidup mereka.
We dont deserve them, neither them.
We have to let go all the loads if we want to fly high.
Terima kasih kepada yang hantar mesej pada saya semalam. Terima kasih atas kasih sayang. Terima kasih kerana mengingatkan hijrah itu ada dalam ajaran islam.
I focus on you who love me for who i am. Who love me to be who i want to be. The most important: i love who i am. ❤️😇
Hidup kita tak perlu approval orang lain. Orang yang dok tunjuk kebencian tu tak pernah nampak salah sendiri; atau masa kecil banyak duka. Tak dapat apa depa nak. Banding2kan diri mereka dengan orang lain. Paling sedih tak pernah muhasabah atau tengok diri sendiri.
Semoga Allah beri petunjuk dan mereka dapat merasa kebahagiaan setelah membina diri. Amin amin. Ya rabbalalamin 🤲🏻🤲🏻🤲🏻
Love you ❤️
#staystrong #prayformalaysia #nouruldepp #nouruldeppshares #nouruldeppsays #nouruldeppqoutes #nouruldeppcares #sihatonline #kurusonline #programnouruldepp #onlineprogrambynouruldepp #teamdivakurusbynouruldepp #divakurusbynouruldepp
muhasabah islam 在 Facebook 的最讚貼文
Bahaya jika rasa kaya,
Sedang Allah Maha Kaya
Qarun juga begitu mewah,
Sama hancur Firaun yang bedebah
Tiang agama tinggi nilaian,
Janganlah jangan dijadikan mainan
Maruah Islam pada solatnya,
Tanpa solat bak bangkai bernyawa
Kecewa dengan pengikut dan penjilat,
Tak kisah solat dihina martabat
Kerana mulut badan binasa,
Kawallah emosi amarah membara
Jika ini di luar negara,
bimbang-bimbang dah hilang nyawa
#muhasabah
Orang di negara tertentu bermati-matian hendak solat tapi dihalang dan disulitkan. Kita yang aman tenteram, sudah ada ruang selesa... Boleh pula buat gurauan kasar tak bertempat!
#dunia makin huru-hara 🥲
muhasabah islam 在 Firdaus Wong Youtube 的精選貼文
muhasabah islam 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳解答
Apa yg sy rasakan dlm jiwa sy ialah ilmu yg bermenafaat yg sy amalkn dlm perniagaan dn memacu diri sy utk terus ke depan memegang ciri2 keislaman yg sy perlukan utk berlaku adil pada manusia lain.. Dan mendapat kenyamanan hati bila sy pegang syariat kuat2.. bkn sbb sy nak tunjuk sy baik..
.
Kpd pembaca di youtube atau di mana2 media social sy.. memang susah utk mengekalkan dlm diri manusia.. lebih susah dari mencari kekayaan.. mencari kekayaan itu telah dpt sy buktikan.. tapi utk mencari kebaikan, blm tentu sy istiqomah..
.
Sbb tu bila banyak musafir, sy banyak muhasabah diri.. mujahaddah diri.. dn sy mengharapkan anak sy tiru sifat sy yg mana baik..
.
Peniaga di bawah sy yg sy namakan jutawan bonda, sy anggap sbgai anak didik sy.. supaya menjadi seorg mukmin yg baik.. seorg peniaga yg berektika mulia, memegang syariat islam dn mengasihi manusia lain..
.
Itu yg sy terapkan sbb tu sy bawa mereka ke palestine utk melihat perjuangan kita bkn setakat peniaga tetapi mbangunkan islam dn mbantu negara2 islam utk mbangun..
.
Smoga ia menjadi fardhu kifayah yg disaksikan di hadapan Allah bila kita di akhirat nanti.. mudah2an ia menjadi syafaat dlm kehidupan dn penerang sewaktu dlm kematian nanti