Aidil Adha 1442 Hijrah
Hati ku berdebar di awal pagi
Di awal pagi Syawal lepas aku jatuh sakit
Didoakan aku sihat pagi ini untuk merayakan Hari Mulia
Ahhh....sakit memang ujian Allah
Masih terasa kesakitan awal Syawal
Sebenarnya satu dunia sedang sakit
Ini ujian dari langit
Ia mungkin juga azab
Satu dunia sedang berkorban untuk masa depan yang lebih cerah
Memang dunia kena berkorban
Sejauhmana pengorbanan kita selama ini
Atau kita hanya berkorban kalau ada lebihan
Pengorbanan kita terpilih
Kalau kurang, kita diam....kita bakhil.
Pengorbanan bukanlah sikap terpilih
Ia perjuangan sepanjang masa
Ia rukun kehidupan
Mana mungkin berjaya kalau tak pandai berkorban
Pergorbanan ada saudara kembar
Harapan penyeri pengorbanan
Qurban sembelihan biarlah ada harapan
Kurban masa, tenaga dan harta biarlah bersalut harapan...ihtisab
Ihtisab....kau di mana
Kami semua mecari-cari kamu
Jelmakanlah diri kamu
Senang kami nak hiasi diri kami dengan mutiara pengharapan
Ya Allah...kurniakanlah kami pengharapan yang tinggi
Semoga pengorbanan kami mencetus pengharapan
Kami nak rawat dunia yang sakit....
Kami nak rawat masyarakat yang berselirat
Aamin ya Rabb al-Alamin
Selamat Hari Raya Aidil Adha 1442 Hijrah
MDB
「mutiara hijrah」的推薦目錄:
- 關於mutiara hijrah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
- 關於mutiara hijrah 在 Ainie Haziqah Facebook 的最佳解答
- 關於mutiara hijrah 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
- 關於mutiara hijrah 在 Mutiara hijrah - Facebook 的評價
- 關於mutiara hijrah 在 Mutiara Hijrah on Instagram: “Self healing terbaik ... - Pinterest 的評價
- 關於mutiara hijrah 在 Mutiara Hijrah : Air yang kita minum seharian tanpa water filter 的評價
mutiara hijrah 在 Ainie Haziqah Facebook 的最佳解答
AISHAH GHANI | SENATOR WANITA PERTAMA
Tan Sri Aishah Ghani dilahirkan pada 1923 di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat di Selangor. Wanita bersemangat waja ini melalui kehidupan penuh berwarna-warni berikutan penglibatan meluasnya dalam bidang kewartawanan, politik serta perjuangan untuk golongan wanita.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Raya, Cheras sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Arab Diniah Puteri, Sumatera dari 1936 hingga 1939 diikuti Kolej Latihan Guru Tinggi, Padang pada 1940, apabila beliau mula mengenali dunia politik berikutan Malaya ketika itu dijajah.
Sekembalinya ke tanah air pada 1943, Aishah merasa betapa pahitnya penindasan Jepun yang ketika itu berkuasa di Malaya dan bertekad mendapatkan kemerdekaan tanah air dengan menyertai PKMM yang ditubuhkan pada akhir 1945.
Tan Sri Aishah Ghani merupakan seorang wartawan - pada mulanya di Pelita Malaya, lidah rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan kemudian Berita Harian. Tujuan beliau menulis untuk Pelita Malaya ialah bagi menggalakkan wanita menyertai politik selain menyedarkan mereka tentang kemerdekaan.
Pada tahun 1963, Aishah Ghani telah dilantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Naib Ketua Wanita UMNO. Pada tarikh 13 September 1962, beliau telah dilantik untuk menjadi sebagai Senator dan ia telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Selain itu, beliau pernah dipilih menjadi wakil Malaysia dalam Jawatankuasa Perpaduan Golongan Afro-Asia di Algiers, Algeria, wakil Malaysia di Seminar Wanita Asia di Berlin dan wakil Malaysia di Suruhanjaya Persidangan Status Wanita di PBB. Sumbangan dan jasanya turut dihargai apabila dinamakan sebagai Tokoh Wanita Negeri Selangor 1996, Tokoh Warga Emas Selangor 2002, Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1423 Hijrah/2002, menerima Anugerah Pejuang Kemerdekaan Selangor dan Anugerah Mutiara Pertiwi daripada Puteri Umno. Aishah turut menghasilkan autobiografinya bertajuk 'Aishah Ghani Memoir Seorang Pejuang' pada 1992.
Salam kemerdekaan daripada,
Ainie Haziqah
#WanitaMerdeka
#WanitaMudaKerja
#MalaysiaPrihatin
Penulisan ini disunting daripada Bernama (19 April 2013) dan Sinar Harian (28 Ogos 2020).
mutiara hijrah 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
Bab bersara umur 65 tahun ni, pada pendapat aku, jika korang seronok dengan kerja korang, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi, maka eloklah ambil skim pencen umur 65 tahun, sebab orang macam korang,
(Baca: yang seronok dengan kerja, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi,)SANGAT di perlukan dalam perkhidmatan awam, maka, jika kerajaan bagi skim penven umur 70 tahunpun, korang ambiklah.
Tapi jika korang bosan dengan kerja, pergi kerja lambat tapi balik awal, lepas tu buat kerja lembab nak mampus, selalu bermuka bosan, ponteng kerja tu selalu, mengular usah cakap, dan pergi kerja asyik bincang tentang isu politik sempit... maka...
Nasihat aku, korang tak payah ambik pencen umur 65 tahun, korang akan menyusahkan rakyat, ambil pencen awal pun tak payah, 40 tahun ke, 55 tahun ke, jangan!, aku nasihat, korang elok berhenti terus!
Buat bazir duit kerajaan jer bagi korang kerja, tapi pergi kerja, buat kerjanya sikit, tapi sibuk ‘mengeteh’ sambil bincang isu politik taik tak sudah sudah, buang current jer...
So, nasihat aku kepada semua kakitangan awam:
SUKAILAH KERJA ANDA, DAN JIKA TIDAK SUKA, CUBALAH UNTUK SUKA, DAN JIKA TIDAK SUKA JUGA, ELOKLAH BERSARA TERUS, KERANA, SESIAPA YANG SUKA DENGAN KERJA DIA, MAKA DIA TELAH BERSARA PADA HARI PERTAMA DIA BEKERJA.
(nota bagi pekerja yang slow: ‘Bersara’ sebab seronok bekerja sehingga tak terasa bekerja, tapi rasa sedang bersara, tak paham lagi memang lembab, elok berhenti terus)
Jadi, bila korang dah ‘pencen’, tak payah risau lagi tentang bersara awal, bersara umur 60 tahun ke, 80 tahun ke, kerana korang sudah seronok dengan kerja, rasa bahagia, dan menunaikan kerja dengan penuh komitment serta sentiasa kreatif berinovasi, tahniah!
Jika korang rasa nak menulis, nak beribadat, nak berdakwah, nak daki gunung, nak menyelam cari mutiara, jangan tunggu pencen, korang bukan kerja 24 jam, dan hujung minggu ada cuti lagi, lepas tu banyak cuti umum yang bercantum cantum, dan andai korang ada projek besar, boleh apply cuti panjang, jangan tunggu pencen, buat sekarang. Hidup terlalu singkat untuk bertangguh.
Korang tahu tak? Nabi berdakwah umur 40 tahun, umur 53 tahun Hijrah ke Madinah, dua tiga tahun lepas tu, bermulalah zaman perang, bermakna perang badar, perang uhud, perang hunain, perang khandak ni berlaku di zaman nabi umur pencen jika kerja kerajaan, bermakna, semakin tua, makin bersungguh nabi dalam mengembangkan agama.
Tapi di mana kita diumur pencen? Sibuk kembangkan agama? Atau hanyut dalam dunia sepi orang tua tua, menangis bila anak anak tak balik ziarah, bimbang harta berkurang atau terlantar sakit jiwa yang merebak kepada jasad, waktu tu nak pergi masjid pun tak larat.
Maka sekarang, waktu sihat dan masih bekerja, janganlah lupa tanggung jawab pada agama, jangan tunggu waktu pencen untuk ubah dunia, jangan bertangguh tunggu pencen, sebab Hidup terlalu singkat untuk bertangguh.
Untuk itu Jika aku diberi peluang, aku akan ambik pencen paling maximum, jika bersara 80 tahun pun aku ambik, sebab aku memang akan suka dengan kerja aku, so aku dah ‘bersara’ dah, dan andai kata, aku rasa tension dengan ‘aktiviti bersara’, aku akan ambik cuti tanpa gaji untuk mengembara, atau berniaga, dan apabila dah penat mengembara atau berniaga, aku akan masuk pejabat balik, eh, silap?, aku akan ‘bersara’ balik.
Bila dah 'bersara' maka banyaklah masa mengeteh.
Jom mengeteh! Banyak lagi boleh kita sembang mambang!
Woha!
Ps: Tanda ekonomi negara itu bagus, banyak peluang kerja untuk orang muda dan orang tua dilambatkan pencen, lebih maju lagi, pencen awal dan bergaji penuh. Tapi negara kita kerja makin sukar tapi pencen dinaikkan.. hmmm, kita sambung bincang bab ni sambil mengeteh.. huhuhu.
Ps2: Beribadat kuat di bawah langit dunia, lalu berehat di bawah arash di padang mahsyar, dan menikmati pencen ibadat selamanya di syurga, jumpa di sana, tingkat lapan, umur 30-an. Woha,!
mutiara hijrah 在 Mutiara Hijrah on Instagram: “Self healing terbaik ... - Pinterest 的推薦與評價
2022 Mar 8 - 8866 Likes, 27 Comments - Mutiara Hijrah (@mutiara.hijraa) on Instagram: “Self healing terbaik ... ... <看更多>
mutiara hijrah 在 Mutiara Hijrah : Air yang kita minum seharian tanpa water filter 的推薦與評價
Mutiara Antioxidant Alkaline Water System adalah mudah untuk dikendalikan oleh pengguna. * Produk yang halal * Menggunakan tempurung kelapa ... ... <看更多>
mutiara hijrah 在 Mutiara hijrah - Facebook 的推薦與評價
Kalau nak mulakan dakwah di media sosial, tajdid niat dulu. Kita berdakwah ni bukannya nak kejar followers, bukan nak kejar likes dan bukannya nak kejar ... ... <看更多>