4 Renungan sewaktu PKP.
1.Rumah kita adalah gambaran Kubur, jika rumah kita selesa, ada makanan, ada kasih sayang.. alhamdulillah, itulah rumahku syurgaku, tapi jika rumah kita bersesak, makanan tiada, selalu bergaduh dalam rumah, maka hidup macam dalam neraka, rujuk hadis, kubur itu boleh menjadi TAMAN SYURGA atau LEMBAH NERAKA.
2.Duduk di Rumah rasa susah macam neraka, boleh kibar bendera, ada NGO bagi bantuan, silap silap Utsaz Ebitpun sampai, Alhamdulillah, sama jugak di Kubur nanti ada Bantuan sampai dalam bentuk, Sedekaj Jariah, Ilmu yang bermanfaat, dan Doa anak yang soleh.
3.Waktu PKP tak boleh rentas Daerah, Nanti akhirat nak rentas minum air di telaga Nabi, ada sekatan dari Malaikat, orang yang benci Nabi Muhammad SAW tak boleh rentas dan kena bersesak di padang Mahsyar, yang Berjaya minum akan lepak bawah Arash.
4.. Waktu PKP, pergi mana-mana, kena check suhu badan, jika demam, tak boleh masuk, akhirat nanti, nak masuk syurga, kena semak Iman, Sihat ke tak sihat?
Jika Iman kita sihat, InsyaALLah boleh masuk syurga.
Tapi jika tak sihat? Aduh nak kena rendam dalam Neraka dulu.
Jadi.. macam mana nak tahu Iman kita sihat? Nak pakai alat apa nak semak?
Jawapannya ada dalam Al quran dan hadis, yang mana kita boleh semak “suhu” Iman kita.
Iaitu jika kita buat ibadat rasa tak sedap, contohnya bila solat rasa tak best, bermakna Iman kita tak sihat.
Bukan sebab solat tu tak best, tapi Iman yang sakit, macam orang sakit makan KFC rasa hambar, bukan salah KFC, tapi salahkan seleranya yang hilang sebab demam, maka sama jugak bila Iman kita sakit, solat rasa beban, puasa rasa leceh, zakat rasa sesak, haji rasa berat… adohai..
Jadi memang nak kena buat usaha atas Iman, yang mana jika nak sihat tubuh badan, kena jaga makan dan senanam, maka untuk sihatkan Iman Nabi suruh kita banyakkan belajar ilmu (makan) dan berdakwah(bersenam)
Lain tanda Iman kita OK adalah bila buat dosa rasa sedih, bila dengar nama Allah rasa takut, bila tengok orang buat maksiat rasa risau, dan banyak lagilah tanda tandanya.
Semoga kita semua dapat masuk syurga. Suhu Iman ok tak demam, SOP Rukun Islam dan Rukun iman semua patuh. Tak ada contact rapat dengan syirik dan kufur. Result negative munafik.
Alhamdulillah.
Terus layak masuk syurga walau lokasi bawah sekali pun takpe.. asalkan tak masuk neraka.
Woha!
Video: Rumahku Syurgaku-Woha! https://youtu.be/uprmEufYEwI
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
nama makanan daerah 在 Facebook 的最佳解答
Bayangkan korang hidup zaman Nabi, masuk islam di Mekah lepas tu kena siksa dengan orang kafir, tapi satu hari, korang dapat peluang larikan diri, terus tinggalkan Mekah dan menuju ke Madinah.
Perjalanan dari Mekah jalan kaki 450km, lebih kurang 9 hari perjalanan zaman tu.
Tapi sampai Madinah, Nabi tak terima korang, dan serahkan korang Kembali kepada orang kafir.
Sedih tak? Mampu tak hadapi ujian hidup macam tu?
Satu pihak nak seksa korang sebab masuk islam, lalu korang lari ke arah Nabi Muhammad SAW ketua orang islam untuk mintak tolong tapi Nabi tak benarkan korang rentas daerah, terpaksa patah balik kena PKP di Mekah, bukan kena kurung tak bagi makan, tapi kena siksa di Mekah, sedih tak?
Itulah ujian hidup yang berlaku pada sahabat Nabi Bernama Abu jandal yang baru masuk islam.
Semua tu kerana SOP perjanjian Damai, di Hubudaiyah yang mana dalam perjanjian itu mengatakan:
Orang yang telah masuk Islam dan berhijrah, harus dikembalikan ke Mekah dan orang Islam yang murtad dari Islam tidak dikembalikan ke kaum Muslimin.
Alkisahnya Abu Jandal telah disiksa, dan dirantai oleh kaum kafir karena keislamannya, namun telah berjaya lari ke Madinah, Ayahnya yang bernama Suhail datang dan lempang Abu Jandal, ambik balik ke Mekah untuk dimurtadkan Kembali.
Pesan Nabi pada Abu Jandal: “Dalam waktu dekat, Allah akan membukakan jalan bagimu.”
Abu Jandal akur dan ikut ayahnya Kembali ke Mekah, Nabi sendiri terpaksa akur sebab SOP perjanjian tu dan tulis macam tu.
Tak lama kemudian, Abu Bashir ra yang baru masuk islam telah melarikan diri dari Mekah dan lari ke Madinah.
Kaum kafir mengutus dua orang untuk membawanya kembali ke Makkah. Sesuai dengan perjanjian, Nabi SAW mengembalikan Abu Bashir ra kepada mereka.
Abu Bashir berkata, “Ya Rasulullah, aku datang setelah menjadi Muslim, dan engkau kembalikan aku kepada kaum kafir untuk menyeksaku?”
Nabi pun sedih dengan situasi ini, namun Nabi SAW hanya mampu menasihatinya, “Insya Allah Abu Basir, sebentar lagi Allah akan membukakan jalan bagimu.”
Taat Nabi Taat Allah, Akhirnya, Abu Bashir ikut juga dua orang kafir itu pulang ke Mekah.
Di tengah perjalanan, Abu Bashir tahu sampai ke Mekah beliau akan di azab hingga murtad atau mati, maka Abu Basir pura pura baik dan mesra dengan dua orang kafir itu.
Pendekkan cerita dalam perjalanan pulang ke Mekah yang Panjang, Abu Basir ra berkata kepada orang kafir yang mengiringnya pulang.
“Hai kawan, cantik betul pedang kamu, kagum saya tengok”
Orang kafir itu pun mengeluarkan pedang dan berlagak:
“Ya, pedang ni memang hebat, aku telah menebas banyak orang dengan pedang ini.”
“Boleh aku tengok kejap?”
Selamba orang kafir tu bagi Abu Basir pegang pedang tu, sejurus sahaja pedang itu berada di tangan Abu Bashir, terus di libas kepala orang kafir tu sampai putus kepala, dan kawannya yang sorang lagi, terus lari lintang pukang menuju Madinah, Abu Basir bergegas kejar dari belakang.
Maka bermulalah aksi kejar mengejar dipadang pasir.
Pendek cerita, orang kafir itu berjaya sampai ke Madinah dan terus berlari ke arah Nabi sambil menjerit:
“Temanku telah dibunuh dan sekarang akan tiba giliranku,”
Tak lama kemudian, muncul Abu Bashir bersama pedang terhunus, dan baju yang ada percikan darah, lalu berkata,
“Ya Rasulullah, engkau telah memenuhi janjimu dengan mereka, dan aku pun telah dipulangkan, namun aku tidak memiliki janji apa pun yang menjadi tanggung jawabku atas mereka. Kulakukan semua ini karena mereka berusaha mencabut agama dariku.”
Nabi faham situasi Abu basir namun tetap suruh beliau balik ke Mekah, sungguh Tiada tempat selamat lagi baginya, tinggal di Madinah, bila bila masa orang kafir akan datang dan tangkap beliau dan Nabi tak boleh halang, Abu Basir sangat sedih lalu lari dari Madinah dan bersembunyi di Kawasan hutan berhampiran pantai.
Kemudian Abu Jandal ra yang dengar kisah ini, telah larikan diri sekali lagi tapi kini tidak meminta suaka di Madinah, malahan bergabung dengan Abu Basir di Kawasan hutan berhampiran pantai, lama lama bilangan mereka semakin ramai, hingga mencecah 70 orang, pelarian islam dari Mekah makin ramai dan semuanya bergabung dengan Abu Basir hingga mencecah 300 orang.
Sahabat Nabi ni berjiwa pahlawan, dan tanpa ketua (nabi) mereka semua kini menjadi pahlawan tidak bertuan, mereka jadi macam Ronin (Samurai tidak bertuan) yang membawa Haluan sendiri dan merbahaya kepada musuh mereka.
Maka Gerakan ini menjadi Tentera tidak bertuan dan menyerang orang kafir dari masa ke semasa terutama orang kafir yang melintas Kawasan gurun dan pantai atau nak pergi meniaga di Daerah lain, memang kena serang.
Kaum kafir di Makkah pun merasa ketakutan sehingga mereka terpaksa menjumpai Nabi SAW dan merayunya dengan menyebut nama Allah, agar Nabi arahkan geng islam area pantai henti menyerang orang kafir.
Tapi nabi bagitahu mereka tidak bertuan sebab kamu tak bagi mereka pulang ke Madinah, terus orang kafir insaf kerana faham sahabat Nabi tanpa Amir lebih bahaya lalu mereka ubah SOP dengan benarkan semua pelarian islam Kembali ke Madinah.
Dengan perubahan SOP ini, maka berduyung duyung orang Mekah masuk islam dan hijrah ke Madinah tanpa ada gangguan. Bibit kemenangan Islam semakin hampir.
Lalu Nabi tulis surat kepada Abu Basir dan semua pelarian islam, kembalilah ke Mekah, Allah telah menolong kamu.
Kemudian Nabi dan beribu ribu orang islam Islam telah pergi Mekah dan menawan Mekah tanpa pertumpahan darahpun sebab Allah telah campakkan kegerunan pada orang kafir apatah lagi dengan bilangan orang islam yang sangat ramai.
Berhala yang menghias Kaabah, 360 buah, telah di musnahkan, dan Mekah telah bebas dari berhala selamanya, malahan semua orang kafir telah dihalau dari Mekah selamanya dan tanah Mekah haram dipijak orang kafir sampai hari ini.
Islam telah menang!
Balik kepada kisah Abu Bashir dan Abu Jandal serta pelarian islam lain yang telah sekian lama terseksa hidup dalam buangan, akhirnya sangat gembira kerana mereka semua telah dibenarkan pulang ke Madinah, diberitakan, abu Bashir pada waktu itu sedang nazak, sakit teruk, tidak dinyatakan punca nazaknya, letih berperang atau kekurangan zat makanan, tapi dalam catatan sejarah, Abu Basir sedang terlantar sakit menanggung ujian hidup.
Namun surat kemenangan dari Nabi yang mengajaknya pulang akhirnya sampai ke tangan beliau, bercucuran air mata beliau menerima surat itu kerana Allah telah terima ketaatan beliau pada Nabi walau hidup dalam derita, lalu surat itu di ciumnya kerana rindu kepada Rasullulah, dan Abu Basirpun menghembuskan nafasnya dengan surat Nabi menutup wajahnya.
Siapa potong bawang ni? Sob sob..
Tuan tuan, kita semua sedang di uji, dengan PKP, PKPD, SOP, Covid, Ekonomi, PDPR, anak OKU, dan sebagainya, namun ambiklah masa baca kisah Nabi dan Sahabat, bacalah taklim, sungguh kisah mereka orang awal masuk islam telah diuji dengan ujian yang sangat berat tapi masih mampu meningkatkan keimanan, sedangkan kita dalam baki nikmat yang banyak, ada yang menggadaikan keimanan.
Semoga Allah ampun dosa kita semua dan kurnia syurga.
Tahniah Abu Basir, Abu Jandal! dan semua pelarian islam yang tabah hadapi ujian hingga hujung nyawa!
Ayoh kita semua, bertabah dengan semua ujian hidup! Kerana kita pelarian syurga
Jom Woha sampai syurga!
nama makanan daerah 在 Facebook 的最佳貼文
Nabi Muhammad SAW pun kena PKP?
Hari ni kita semua sedih sebab kena PKP di rumah masing masing, sempena duduk rumah, tahukah korang bahawa Nabi pun pernah kena sekatan ala ala PKP, perintah Kawalan Pergerakan yang lebih dahsyat, berlaku pada umur Nabi 45 tahun.
Semuanya kerana orang kafir benci dengan Dakwah Nabi, lepas tu mereka dengar Nabi nak Hijrah ke tempat lain, sebab masa tu Nabi dah hantar 83 orang ke Habsyah, terus orang kafir jumpa Raja Habshah minta jangan terima orang islam.
Orang kafir juga ugut nak bunuh Nabi, tapi keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib tak bagi, maka Abu Lahab ketua orang kafir telah buat SOP yang mana, Baikot semua keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, lepas ni tidak boleh kahwin dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, tak boleh beli barang mereka, dan tak boleh jual barang mereka, tak boleh ziarah, tak boleh buat hubungan social, sekat sumber rezeki dan mereka tak dibenarkan rentas daerah.
Alangkah azlimnya SOP ini padadah Nabi pun saudara mara Abu Lahab jugak.
PKP pun bermula, Nabi dan penyokongnya di pulau dan dikepung di lembah Abu Mutalib, selama tiga tahun.
SOP perjanjian Boikot ini digantung di Ka’bah. Dan semua orang wajib taat, siapa langgar SOP seperti pergi hantar makanan, atau pergi jual barang, akan dipukul dan diseksa.
PKP kita makanan masih ada atas meja, InsyaAllah ada bantuan dari jiran, tapi PKP Nabi Diceritakan terpaksa memakan daun-daun dan pucuk kayu serta rumput kering. Ada anak sahabat yang mati dalam ribaan kerana ibunya tiada susu.
Al-Suhaili menceritakan jika terdapat unta-unta perniagaan tiba di Mekah, Orang Kafir sanggup beli dengan harga dua kali ganda membuatkan tiada peniaga yang mahu curi masuk jual makanan sedang di rumah kami, dari jauh mereka mampu mendengar tangisan anak menjerit kelaparan setiap hari.
Tekanan kelaparan sangat dahsyat sehingga Saad bin Abi Waqqas cerita beliau makan kulit unta yang dijumpai di tengah jalan, dan makan sikit sikit untuk bertahan hidup.
Jadi bagaimana Nabi dan penyokongnya mampu bertahan PKP zalim itu selama tiga tahun?
Di riwayatkan ada anak saudara Siti Khadijah dan rakan-rakannya yang sentiasa berusaha 'menyeludup' masuk bekalan makanan ke perkampungan Abu Talib itu dengan cara melepas unta di tengah malam bersama makanan berisi gandum dan kurma, yang ajaibnya, unta itu dapat lepas sekatan SJR orang kafir, dan dapatlah orang islam sedikit makanan, itupun dengan catuan, sebiji kurma sehari, dan ada setengah biji dan banyak hari berlapar.
Namun ada riwayat cerita, bukan semua unta lepas SJR, ada yang hilang dicuri puak lain di tengah jalan, semua ini adalah ujian Allah.
Maka banyaklah kisah sedih orang islam yang tak boleh ke mana mana, tak boleh kerja, tak boleh ke ladang, ada duit tapi tak boleh beli makanan, ada jodoh tapi tak boleh kahwin, dan masalah utama adalah kelaparan.
Begitulah Allah uji generasi pertama umat islam dengan kesusahan demi kesusahan dalam memperkuatkan keimanan mereka.
Satu hari Nabi bagitahu pada Abu Talib, yang SOP gantung dekat Kaabah tu dah musnah di makan anai anaik kecuali nama Allah, dan orang yang tulis SOP itu telah lumpuh kedua tangannya.
Abu Talib pun bawa berita ini, dan bila orang kafir periksa memang betul SOP dah musnah di makan anak anai, dan penulis SOP sudah lumpuh tangannya, maka timbul kegerunan dengan “sihir” nabi Muhammad, padahal itu semua adalah Mukjizat, lalu mereka membatalkan PKP maka bolehlah Nabi dan sahabat kembali bekerja, beli makanan, kahwin, ziarah, rentas daerah, dan berdakwah!
Namun ujian Allah datang lagi, tahun itu juga Abu Talib yang selalu menjaga keselamatan Nabi Muhammad SAW meninggal dunia, lebih sedih Abu Talib mati tanpa islam, bercucran air mata Nabi sedih tengok jenazah Abi Talib yang susah payah kena PKP bersamanya, namun mati dalam keadaan bukan islam. Nabi sedih kerana sedar tanpa Iman bapa saudaranya akan kekal selamanya dalam neraka.
Bila ketiadaan Abu Talib, PKP dah habis tempoh jadi lebih teruk sebab bila-bila masa orang kafir boleh bunuh Nabi, bertambah sedih, tahun itu jugak, sebulan selepas kematian Abu Talib, Khatijah isteri tersayang meninggal di ribaan Rasulullah SAW, dan dikatanya punca kematian adalah akibat kekurangan makanan waktu PKP.
Bercucuran lagi air mata Nabi, sedih sungguh, dua orang tersayang meninggal dunia berturut turut,
Dulu waktu PKP duduk rumah dilayan bini dengan mesra, hilang penat, tapi sekarang.., Balik rumah dah tak de bini, bangun tidur dah takde bini, makan sorang sorang, tidur sorang sorang, basuh baju sorang sorang, jemur baju sorang-sorang, lipat kain sorang sorang, kemas rumah sorang sorang.., siapa tak sayang bini ooii?
Jika kita tetntu terfikir, Agaknya isteri ada di dapur? tapi pergi dapur tiada orang, hmm, isteri aya ada kat bilik belakang kot? Tapi bila pergi tiada orang jugak, dada bederbar debar, masuk bilik, katil kosong, baru sedar, isteri dan seminggu meninggal, sedih woiiii, sampai terfikir isteri macam masih hidup, sob sob sob…
Jadi tuan tuan Bayangkan kita jika PKP macam zaman Nabi, dengan makanan takde, dengan ancaman bunuh, lepas tu orang tersayang satu demi satu meninggal. Allahu.
Tapi Nabi tak putus asa, sempena dah boleh rentas dareah, Nabi cuba berhjrah ke Taif sebab dah tiada orang nak lindungi dia di Mekah, sampai di Taif kiah sedih berulang lagi, Nabi kena pukul, Nabi kena baling batu hingga berdarah darah, sepanjang jalan orang tua, orang muda, dan kanak kanak baling batu pada Nabi yang umurnya 50 tahun!
Bayangkan jika ayah kita umur 50 tahun kena baling sebijik batu? Tapi Nabi Muhammad SAW umur 50 tahun kena baling beratus ratus bijik batu sampai orang baling tu penat.
Nabi kemudian pulang terhencot hencot dari Taif dengan bercucuran air mata dan bercuruan darah dipakaian hingga mengalir ke kaki, ada riwayat kata capal nabi dibasahi darah hari itu.
Nabi akhirnya duduk rehat bawah pokok menangis pada Allah, ujian apa pun saya sanggup sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha. ujian apa pun saya sanggup sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha.
Malaikat datang nak buat serangan pada penduduk Taif, Tapi Nabi tak benarkan, Nabi bagitahu jika bereka tak nak beriman, aku doakan anak cucu mereka yang beriman.
Biar habis lencun baju Nabi dengan darah, pemaaf tetap sifat Nabi, maka tahun habis PKP itulah merupakan tahun kesedihan dalam kelendar Islam.
Kesedihan Nabi tidak lama, Dan Allah hiburkan Nabi dengan bawa Nabi rentas daerah sampai ke Palestin, naik kenderaan paling canggih pernah wujud, lepas tu Nabi Rentas bumi, naik langit pertama, sampai langit ke tujuh, dan di jalanan Nabi bertemu dengan Rakan seperjuangan, seronok Nabi dapat borak dengan Nabi Nabi terdahulu, dan kemuncak bahagia, Nabi bertemu Allah berkali kali, dan dihadiahkan solat lima waktu. Capal yang pernah berdarah dibenarkan pijak Langit tertinggi sewaktu Nabi bertemu Allah berbeza dengan Nabi Musa yang kena buka capalnya sewaktu jumpa Allah.
Sewaktu Nabi berundur bertemu Allah kekasihnya, Nabi Muhammad SAW telah berdialog dengan Nabi musa a.s tentang kurniaan Tuhan kepada ummat akhir zaman, lalu dinasihat oleh Nabi Musa agar Nabi bertemu Allah semula untuk dikurangkan perintah solat kerana 50 itu terlalu banyak,
Menurut tafsir Buznama, Allah Maha tahu kemampuan ummat akhir zaman yakni solat 5 waktu sahaja, namun pertemuan Nabi kekasih Allah digembirakan dengan peluang bertemu dengan Allah banyak kali dalam isu penawaran waktu sembahyang yang telah ditakdirkan yang mana setelah beberapa kali Nabi digembirakan bertemu dengan Allah, akhirnya solat dikurangkan kepada 5 waktu dan sekali lagi Nabi digembirakan dengan diberitahu walaupun ummat Muhammad solat hanya 5 waktu tapi pahala masih sama dengan 50 waktu. Subhanallah.
Apabila Nabi pulang ke dunia, Semua sahabat Nabi telah menerima perintah solat dengan gembira, malahan ada yang memberitahu, jika Nabi Muhammad SAW terima 50 waktu sehari semalampun mereka sanggup. Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri sahabat sangat tinggi setelah bermujahadah PKP selama tiga tahun.
Tapi korang yang membaca cerita ini, ada yang berfikir, kenapa Nabi Muhammad SAW tak naik sekali lagi jumpa Allah untuk kurangkan solat hanya sekali seminggu ke?, sekali setahun ke?, Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri korang sangat rendah kerana tidak pernah bermujahadah dalam berdakwah sebab sibuk layan FB dan blog perasan bagus ‘berjihad’ cukup hanya bersandar pada kerusi dan gerak-gerakan mouse, adohai.. PKP pun makanan masih penuh peti ais, internet laju, mana nak mujahadahnya? Adohai..
Nabi kini kena PKP lagi, orang kafir tak benar Nabi keluar Mekah, namun Nabi dengan semangat baru secara senyap senyap Nabi rentas daerah dan Hijrah ke Madinah.
10 tahun kemudian, Nabi kembali ke Mekah bersama ratusan ribu sahabat lalu menawan Mekah dari orang kafir, seluruh berhala di sekeliling kaabah telah dimusnahkan, dan Mekah telah menjadi tanah haram untuk orang kafir selamanya sehingga ke hari ini.
Alhamdulilah.
Akhir kata:
Tuan tuan dan puan puan para pembaca sekalian, Nabi tak sedih kena PKP, tiada makanan, sahabat kena siksa, sahabat ada yang OKU, dan macam macam kesusahan, semua tu nabi tak bercucuran air mata sebab kesusahan itu sementara sahaja, Tapi Nabi sedih bila ada orang mati tanpa Iman, kerana tanpa Iman kita akan kekal di Neraka selama lamanya!
Semoga Allah matikan kita semua dalam Iman, macam P Ramlee mati tersenyum dalam Ali Baba Bujang Lapok
Woha!
Hamka keretamayat
PKP3.0 sambung lagi.
Bertabahlah.