Go'Bang Maju is probably the most well known restaurant in Temerloh for tempoyak dishes. They recently opened a branch in Bangi so tempoyak lovers staying around Bangi/Kajang area need not travel all the way to Temerloh to enjoy this delicacy.
*the river fishes they use are sourced from Sungai Pahang, the D24 tempoyak paste is prepared in the central kitchen at Temerloh to retain the original taste and quality.
**try the Pais Ikan Bakar Tempoyak.. it's absolutely delicious.
#Patin #IkanPatin #Tempoyak #IkanPatinTempoyak
【Masakan Tempoyak D24 Ori Temerloh di Bangi】
Temerloh juga dikenali sebagai Bandar Ikan Patin dan Go'Bang Maju merupakan antara pilihan tepat untuk merasai masakan ikan patin tempoyak.
Bagi mereka yang berduduk di Bangi dan sekitarnya, tahukah anda bahawa Go'Bang Maju mempunyai sebuah cawangan dekat Bangi Gateway?
Jadi andai terasa nak makan 『Patin Tempoyak』 dan 『Pais Ikan Bakar Tempoyak』 asli dari Temerloh, bolehlah datang ke Restoran Go'bang Maju Patin Tempoyak Bangi untuk memuaskan selera anda.
Ikan patin yang diguna disumber dari Sungai Pahang manakala pes tempoyak D24 berasal dari dapur sentral Go'Bang Maju di Temerloh. Ini membolehkan rasa dan mutu masakan tempoyak mereka terpelihara sepanjang masa.
Pais ikan bakar tempoyak juga amat disyorkan terutamanya untuk mereka yang belum pernah mencuba menu istimewa ini. Ikan tilapia dan patin memang sesuai digunakan untuk hidangan ini kerana isi mereka manis dan berlemak.
Selepas disalut penuh dengan pes tempoyak pekat, ia dibalut dalam daun pisang lalu dibakar. Kaedah ini memberi rasa tempoyak yang lagi 'kaw' dan creamy pada ikan, sedap sangat!
Restoran ini juga menyaji ikan bakar air asam, daing salai, dan nasi campur dengan lauk pauk masakan kampung yang menarik seperti udang galah, ikan patin goreng, tempoyak pucuk ubi, ikan nyoknyok masak lemak, ayam goreng berempah dan ulam ulaman.
Patin Tempoyak:
Patin Tempoyak Sangkar Sungai - RM15 (isi dan ekor), RM14 (kepala)
Patin Tempoyak Buah Liar - RM28 seekor
Pais Ikan Bakar Tempoyak - RM18 (patin), RM5.50/100gm (Tilapia)
Ikan Bakar Air Asam:
Kembong, Keli & Pari - RM10
Siakap - RM5.50/100gm
Tilapia - RM5.50/100gm
Lain-lain:
Ikan Kerai - RM12/100gm
Udang Galah - RM15/pc
Patin Goreng - RM10/pc
Ayam Goreng Berempah - RM4.50/pc
Ulam - RM1
Sambal Hitam - RM7/kotak
【Go'Bang Maju Patin Tempoyak Bangi】
🏠 12 & 13A Jalan BG 3B/6, Bangi Gateway 3B, 43650 Bangi
🕛 11am - 10pm (tutup Isnin)
📞 017-369 1705
FB: Gobang Maju Patin Tempoyak Bangi
.
.
#GobangMaju #PatinTempoyak #IkanPatinTempoyak #PaisIkanBakarTempoyak #Bangi #BangiGateway #Halal #Patin #IkanBakar #Seafood #Ikan #MyMakanTV #Makan
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...