Walau dah berpuluh tahun menetap di sini, tekak saya masih pada makanan negeri kelahiran saya, Negeri Che Siti Wan Kembang yang dikenali juga sebagai Serambi Mekah.
Masalahnya sangat susah nak cari masakan Kelantan yang betul betul rasa seperti kita makan di sana. Kalau nasi kerabu Kelantan, pastinya nasi kerabu dari @fn.caters adalah pilihan saya. Nasi kerabu dengan harga berpatutan dengan portion yang banyak.
Saya biasa mengulang makan dua kali untuk menghabiskannya. Ulam ulaman yang digunakan bukan ulaman biasa. Siap ada kuah tumis yang sangat sedap. Jom siapa nak merasa, boleh hubungi @fn.caters (+60 11-1006 9297) Ada juga roti john, lasagna dan macam macam lagi yang memamg kayangan sangat kualiti dan rasanya.
#nasikerabukelantan
#fncaters
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,Selamat datang ke rancangan kolektif dari Destinasi TV, Jelajah Makanan Malaysia. Dimana dalam video ini kami mempersembahkan makanan mengikut jenis ...
「nasi ulam dan nasi kerabu」的推薦目錄:
- 關於nasi ulam dan nasi kerabu 在 Facebook 的最佳解答
- 關於nasi ulam dan nasi kerabu 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於nasi ulam dan nasi kerabu 在 Azizan Osman Facebook 的最讚貼文
- 關於nasi ulam dan nasi kerabu 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
- 關於nasi ulam dan nasi kerabu 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
- 關於nasi ulam dan nasi kerabu 在 Annur Syuhadah Youtube 的最讚貼文
nasi ulam dan nasi kerabu 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
Nasi Kerabu Kelantan 😋
Kuah Sambal Tumis
Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak
Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.
Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit.
Sambal Ikan
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan selayang - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Kisar kesemuanya.
Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Bunga kantan
Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.
Nasi
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna biru(atau guna 15 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
Serai diketuk
Daun limau purut
Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
Resepi ayam madu bakar
Bahan2
Ayam (rebus spruh masak) sbb tkut lmbt msk hehe
Gula
Tos tiram
Madu
Sos cili
Cili kering
Bawang blnder
Kuantiti sy agak2 je.. Tpi mmg guna bhan2 kat ats je..😊😊 Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk
kredit:nurul farhanim
nak lagi resepi..join jer: Ibu Masak Apa Hari Ni
nasi ulam dan nasi kerabu 在 Azizan Osman Facebook 的最讚貼文
RICE-TO-WEDNESDAY
Pernah panggil macam ni tak?
Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang pada MULAnya berwarna kebiruan, dan dimakan dengan ikan masin atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain.
Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Sekarang Nasi Kerabu dah ada pelbagai warna, ada warna kekuningan dan ada juga warna putih.
Bila kali pertama anda MULA makan Nasi Kerabu?
nasi ulam dan nasi kerabu 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
Selamat datang ke rancangan kolektif dari Destinasi TV, Jelajah Makanan Malaysia. Dimana dalam video ini kami mempersembahkan makanan mengikut jenis kategori mereka. Maka dengan itu kami mulakan Episod 1 dengan makanan nasi.
Nasi yang pertama ialah Nasi Lemak Saleha diusahkan oleh Puan Saleha binti Abdullah sejak 30 tahun yang lalu. Kini beliau meluaskan empayar nasi lemaknya dengan pembinaan dapur dan restoran baharu di Sri Rampai.
?Lokasi » Nasi Lemak Saleha
No. 2, Jln Seri Rejang 4, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.
?Lokasi » Nasi Kerabu Pulau Belacan
Kawasan Perindustrian Mara, 16100 Pengkalan Chepa, Kelantan
Nasi yang ketiga ialah Nasi ambeng atau nasi ambang adalah hidangan nasi wangi yang terdiri daripada nasi putih kukus, kari ayam atau ayam kicap, rendang daging lembu atau ayam, sambal goreng jawa iaitu gorengan tauhu, tempe dan kacang panjang, bergedel, dan serunding.
Ia adalah masakan Jawa yang popular, terutamanya dalam masyarakat Jawa-Melayumdi negeri-negeri di Malaysia iaitu Selangor dan Johor, Singapura serta di Jawa, Indonesia.
?Lokasi » Warung Ibu Nasi Ambeng
LOT216 Batu 6, 456500 Tanjong Karang, Selangor
Terima kasih buat yang menonton dan teruskan menyokong Destinasi TV!
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV. Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv
nasi ulam dan nasi kerabu 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
Bahan-bahan dan cara-cara menyediakan Nasi Kerabu.
1) Nasi Kerabu ?
Bahan-bahan:
Beras
Daun Limau Purut
Pewarna biru / bunga telang
Garam
Cara-cara:
Basuh beras dengan bersih. Toskan lebihan air. Masukkan air secukupnya untuk masak nasi. Tambah daun limau purut dan masukkan pewarna untuk biru kan nasi. Masukkan garam dan kacau sebati.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
2) Budu ?
Bahan-bahan:
Budu
Gula Melaka
Lengkuas
Serai
Halia
Cara-cara:
Masukkan semua bahan dan masak sehingga sebati, jangan terlalu lama.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
3) Serunding kelapa ?
Bahan-bahan:
Kelapa parut
Serai
Halia
Bawang Merah
Garam & Gula
Cara-cara:
Masukkan semua bahan dan masak sehingga gelap kekuningan.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
4) Sambal Ikan ?
Bahan-bahan:
Ikan Sardin/Ikan Selayang
Garam & Gula
Cara-cara:
Masukkan ikan yang sudah direbus. Gaul dengan sebati bersama garam dan gula. Masak sehingga garing dan halus.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
5) Kerabu Ulam ?
Bahan-bahan:
Kacang Panjang
Kangkung
Bunga Kantan
Kobis
Cara-cara:
Basuh hingga bersih. Hiris sayur secara halus.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
6) Sambal Nasi Kerabu ?
Bahan-bahan:
Cili Padi
Garam & Gula
Cuka
Cara-cara:
Masukkan semua bahan dan blend sehingga halus.
Selamat mencuba semua. Kalau dah masak nanti jangan lupa tag kami!
nasi ulam dan nasi kerabu 在 Annur Syuhadah Youtube 的最讚貼文
Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort 2019 | Berlayar menaiki bot merentas tasik sementara menunggu waktu berbuka menjadi tarikan unik yang terdapat menerusi pakej bufet berbuka puasa sempena Ramadhan tahun ini di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) dengan tema 'Gerbang Iftar Nusantara'

Sajian bertemakan citarasa masakan nusantara dengan campuran beberapa menu istimewa ketimuran seperti nasi mendi dan kabsah turut menjadi daya penarik bebrbuka puasa di sini sewaktu menjamah juadah di kala senja berlatarkan pemandangan Tasik Bukit Merah yang terbentang seluas 7000 ekar.

Beberapa gerai dihias cantik memudahkan pengunjung memilih juadah kesukaan selain menjadi penyeri bahagian ruang legar menghadap tasik berhampiran Le' Lac Cafe, disulami dengan alunan muzik akustik yang dimainkan pada setiap hari Rabu, Jumaat serta hujung minggu pastinya menggamit suasana berbuka puasa menjadi lebih syahdu.

Kambing bakar yang menjadi antara menu wajib tatkala berbuka di hotel turut dihidangkan selain ayam golek dan beberapa menu santapan nusantara seperti kari kambingg berkentang, bawal hitam goreng berempah, sambal sotong, rendang daging, daging tetel masak mamak, gulai udang dengan pisang muda dan sebagainya.
Eksekutif Chef BMLR, Noorul Qamar Mohd Noor, berkata sebanyak lima set menu yang bakal bersilih ganti mengikut hari disajikan pada tahun ini.

Ini meliputi sehingga 50 jenis hidangan termasuk sajian makanan barat seperti spaghetti, bebola daging, pai shepherd, pasta fusili bakar, serta makaroni ayam tumis dengan sos keju berserta tomato.

Katanya, hidangan lain seperti laksa Sarawak, roti John, murtabak, kambing serta ayam cincang Bamia, sup berempah serta cendawan, ikan kembung serta pari bakar, mi udang, roti prata, bubur nasi, cucur bergoreng, pencuci mulut yang turut disertakan dengan pelbagai jenis kerabu, salad, dan ulam-ulaman turut menjadikan juadah berbuka di sini lebih meriah.
"Menu yang bersilih ganti pada setiap hari bertujuan meraikan kepelbagaian citarasa pengunjung di mana mereka dapat menempah pada hari tertentu yang bertepatan dengan menu kesukaan mereka sepertimana dihebahkan melalui edaran flyers, banner, media sosial, dan sebagainya."
"Kita turut menawarkan promosi pemberian satu baucer percuma untuk setiap 10 tempahan berbayar selain berbesar hati menjadi perantara kepada mana-mana pihak yang berkeinginan menaja anak-anak yatim dan fakir miskin untuk merasai pengalaman berbuka puasa dengan juadah di sini." ujarnya.
Menariknya, pakej bufet berbuka puasa di Bukit Merah Laketown Resort ini benar-benar memberikan 'feel' sajian nusantara dengan memberikan pilihan tempat duduk secara tradisi dan membuatkan kita rasa dekat dengan kampung sendiri. Selain makan secara formal di atas meja, pengunjung boleh memilih untuk makan secara bersila di beberapa runagan khas yang disediakan.

Dengan kadar RM 45 bagi dewasa serta RM 35 untuk kanak-kanak, warga emas, dan Orang Kelainan Upaya (OKU), pengunjung pastinya berpuas hati ditambah pula dengan perkhidmatan pelayaran tasik menaiki bot secara percuma bagi 60 penumpang terawal setiap hari melalui dua sesi pelayaran masing-masing pada jam 6.15 serta 6.45 petang.

Bagaimanapun, perkhidmatan pelayaran tasik itu juga bergantung kepada paras air Tasik Bukit Merah yang menjadi nadi pengairan bagi daerah Kerian serta sebahagian daerah Larut Matang dan Selama memandangkan bot hanya boleh bergerak apabila paras air berada pada paras air tertentu.
Bagi pengunjung yang ingin menghidupkan malam di bulan Ramadhan, usah bimbang kerana solat tarawih secara berjamaah juga akan didirikan di surau yang terletak tidak jauh dari lokasi bufet.
Sementara itu, promosi istimewa turut ditawarkan untuk pembelian awal pada harga serendah RM 35 bagi dewasa dan RM 25 kanak-kanak, warga emas, serta OKU untuk pembelian yang telahpun bermula, iaitu dari 1 April - 30 April 2019.
Pakej penginapan juga ditawarkan pada harga serendah RM105 untuk bilik biasa di Laketown Hotel dan RM 175 untuk bilik studio Kampung Air bermula 6 Mei - 31 Mei 2019 dengan disertakan bersama satu baucer bufet berbuka puasa untuk seorang.
Gerbang Iftar Nusantara
Pakej Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort
Bukit Merah Laketown Resort
Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
http://www.bukitmerahresort.com.my
Hubungi :
+605 - 890 8888
+605 - 890 8000 (fax)