Bila saya bercerita tentang asal usul nama saya, hamka di ambil dari ulamak Hamka Indonesia.
Maka ada orang tanya saya dua soalan.
1. “Kenapa isteri Hamka tidak bertudung?”
2. “Kenapa Hamka menyokong kaum muda wahabi?”
Kemudian mereka bagi bukti, gambar isteri Ulamak Hamka tidak bertudung dan tulisan Hamka yang menyokong kaum muda wahabi.
Saya pun search tentang tudung isteri Hamka dulu, saya jumpa huraian panjang lebar oleh kopicengkih.blogspot.
Antara alasan sipenulis, pada zaman 50-an hingga 80-an, masyarakat anggap tak bertudung tu biasa, sebab ada juga gambar isteri Hamka bertudung dan tidak bertudung. Jadi si penulis suruh kita raikan zaman dan suasana.
Okey, saya boleh terima, sebab saya masih ingat, dulu pergi sekolah rendah berseluar pendek, walau saya anak guru mengaji, cikgu ramai pakai selendang, anak ustaz pakai seluar pendek, zaman itu kefahaman aurat bukan macam sekarang. TV pun belum ada pembaca berita bertudung, malahan penyanyi nasyid perempuan zaman tu pun tidak bertudung, rujuk al Jawaher dan Al Mizan, bersusun macam Rabbani tapi semua free hair.
So hujah saya sama macam penulis, zaman lepas perang dunia ke dua dahulu, kefahaman tentang aurat dalam masyarakat tak sama macam sekarang.
Balik kepada isu Hamka menyokong kaum muda Wahabi, jika kaitkan balik kisah isteri beliau tidak bertudung dengan zaman masyarakat rata rata tidak bertudung, jadi bab menyokong wahabi kita kena rujuk kisah Hamka ketika di penghujung hayatnya.
Untuk itu saya rujuk tulisan saudara Helmi sahabat saya dari Patriot.
Diceritakan bahawa ketika Hamka mengimamkan solat di sebuah masjid yang dimana majoritinya ialah mereka yang sefahaman dengan Nahdatul Ulamak. Dalam solat subuh tersebut, seluruh jemaah terkejut entah kenapa Hamka tiba-tiba membaca doa Qunut yang sememangnya tidak sinonim dengan organisasi Muhammadiyah yang pernah diketuai oleh Hamka.
Kisah ini ditulis dalam buku bertajuk “Wisdom of Gontor” karya Tasirun Sulaiman, halaman 47 yang diterbitkan oleh “Penerbit Mizania” pada 2009.
Versi yang lain pula menceritakan apa yang dijawab oleh Hamka ketika bertanyakan tentang soal itu seperti berikut:
“Dulu aku hanya membaca satu kitab sahaja. Hari ini aku sudah meneliti banyak kitab. Ternyata ilmu Islam itu sangatlah luas.”
Maka dari hujah dua penulis di atas, maka menjawablah soalan kenapa isteri Hamka ada bergambar tidak bertudung, dan kenapa Hamka di waktu muda keras seperti “wahabi’ namun di waktu tua setuju dengan luasnya ilmu islam.
Akhir kata saya petik lagi kata penulis Patriot:
Hamka ketika di lewat usianya direkodkan pernah menyatakan bahawa tidak menyenangi konflik antara kaum Muda-Tua yang menurutnya lebih banyak memecahbelahkan ummah atas soal khilaf yang sudah lama diselesaikan oleh para ulamak, meski pada usia mudanya Hamka juga terlibat dalam konflik itu.
Sepanjang riwayat Hamka, Hamka menerima Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar Mesir pada tahun 1959, Guru Besar (Profesor) oleh Universiti Moestopo Jakarta pada tahun 1960 dan juga Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1974.
Betapa besarnya hati seorang ulamak ketika itu. Hamka menurut saya ialah seorang ulamak yang sangat hebat peribadi, ilmu dan sumbangan kepada masyarakat Islam khususnya untuk bangsa Melayu. Beliau bukan sahaja arif dalam soal agama, bahkan menggariskan definisi Melayu yang baru yang sehingga hari ini dipegang oleh kita semua.
Lampiran:
https://www.thepatriots.asia/hamka-ulama-melayu-agung-sepanjang-zaman/?fbclid=IwAR2B5blz_tsEPB4Npl2iabts2w9FY2Yp8Foi_g7YSdTUc2ngcGRXpv8ILSw
https://kopicengkih.blogspot.com/2015/10/isteri-buya-hamka-pun-tak-pakai-tudung.html?fbclid=IwAR1THmRDZ37zfT5SGlYm6V2P3eKdqDNek58IwXCYc-FEt1zfgYlg0jqztHY
「nasyid 80an」的推薦目錄:
- 關於nasyid 80an 在 Facebook 的精選貼文
- 關於nasyid 80an 在 AL MIZAN _ PANDUAN HIDUP (1979) _ FULL ALBUM 的評價
- 關於nasyid 80an 在 Al Mizan & Hidayah - Koleksi Lagu Lagu Kenangan 1 - YouTube 的評價
- 關於nasyid 80an 在 LAGU SLOW ROCK MALAYSIA 80-90AN - YouTube 的評價
- 關於nasyid 80an 在 KOLEKSI JIWANG 80AN DAN 90AN TERBAIK - YouTube 的評價
- 關於nasyid 80an 在 LAGU JIWANG 80AN DAN 90AN TERBAIK - 90AN - YouTube 的評價
- 關於nasyid 80an 在 Dr MAZA - Nasyid pada era 80an dan 90an tidak begitu... 的評價
- 關於nasyid 80an 在 Nasyid 80an | By Info bermanafaat menjadi ilmu kehidupan 的評價
- 關於nasyid 80an 在 Tembang Kenangan tahun 80an-90an ~ 17 Hits Lagu Lawas ... 的評價
nasyid 80an 在 Al Mizan & Hidayah - Koleksi Lagu Lagu Kenangan 1 - YouTube 的推薦與評價
Al Mizan & Hidayah - Koleksi Lagu Lagu Kenangan 1. ... <看更多>
nasyid 80an 在 LAGU SLOW ROCK MALAYSIA 80-90AN - YouTube 的推薦與評價
LAGU SLOW ROCK MALAYSIA 80-90AN - LAGU JIWANG 80AN DAN 90AN TERBAIK - KOLEKSI LAGU JIWANG LEGANDA APOLLO FM #APOLLOFM ... ... <看更多>
nasyid 80an 在 AL MIZAN _ PANDUAN HIDUP (1979) _ FULL ALBUM 的推薦與評價
AL MIZAN _ PANDUAN HIDUP (1979) _ FULL ALBUM ... Orkes Sinar Murni Full Album Kompilasi | Lagu Qasidah | Lagu Nasyid | Lagu Qosidah Lawas. ... <看更多>