Tahniah dan syabas kepada sahabat yang merokok jauh dari tempat larangan. Semoga Allah memudahkan kalian berhenti merokok suatu hari nanti. Allahuma Ameen
.
#notosmoking #merokokharam #islam #muslim #dakwah #firdauswong
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
notosmoking 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
1. Betul, perokok bukannya sampah masyarakat dan tiada siapa yang mengatakan perokok adalah sampah-sarap.
.
2. Betul, perokok juga ada hak untuk merokok dan peniaga juga ada hak untuk menentukan apa yang terbaik untuk perniagaan mereka.
.
3. Namun para peniaga dan perokok perlu ingat bahawa orang yang tidak merokok ini juga bukannya sampah sarap atau pengutip sampah yang menyedut asap rokok yang dihembuskan oleh para perokok.
.
4. Kami non-smoker juga ada hak menghirup udara segar. Di manakah Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPA), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA & Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) tatkala hak pelanggan non smoker seperti kami dicabuli? Kenapa anda tidak pernah memprotes?
.
5. Apakah MSCSPGA, PRESMA & PRISMA hanya menganggap perokok sahaja mempunyai hak dan pelanggan manakala kami yang non-smoker ini tiada hak dan bukannya pelanggan?
.
6. Jikalau mahu berkompromi tanpa menafikan hak mana-mana pihak, maka saya cadangkan;
.
a) Sediakan bilik khas untuk perokok merokok dan bukannya bilik khas makan untuk perokok
.
b) Pihak restoran bertanggungjawab memastikan para perokok tidak merokok di luar bilik merokok dan bahagian lain restoran terutamanya bilik air bebas rokok.
.
c) Demi menjaga hak non-smoker, pihak restoran perlu menghalang atau menghalau mana-mana pelanggan yang merokok di luar bilik merokok.
.
d) Pihak restoran juga perlu sediakan fog machine yang boleh digunakan oleh pelanggan non-smoker apabila terdapat pelanggan perokok yang degil merokok di luar bilik merokok agar fog machine boleh dihalakan kepada para perokok.
.
e) Diminta pihak restoran juga sediakan fire extinguisher agar boleh digunakan oleh pelanggan non smoker andai pelanggan perokok tidak mematuhi larangan.
.
Itu sekadar pandangan saya secara peribadi. Bagaimana pula pandangan sahabat semua baik yang smoker dan non-smoker? Jaga tutur bahasa kita ya dalam bertukar-tukar pandangan.
.
#notosmoking #health #nonsmokerrights #firdauswong #islam #muslim #healthyliving @ Multiracial Reverted Muslims - MRM