Apabila Kerajaan Pakatan Harapan membawa usul UNDI 18, kami bawa dan angkat usul ini di Parlimen. Parlimen adalah tempat semua Rang Undang-Undang dibahas dan diluluskan.
95% Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang sokong dan luluskan usul ini.
Waktu Pakatan Harapan menjadi kerajaan, kami hormat dan junjung institusi Parlimen. Kalau ada hal yang perlu dibuat untuk kebaikan negara dan rakyat, Parlimen adalah tempat terbaik untuk Kerajaan dan Pembangkang bincang dan bahas.
Tapi waktu Kerajaan Perikatan Nasional (BERSATU, UMNO, PAS) memerintah, institusi Parlimen sudah jadi anak tiri.
Sudah 2 kali sidang Parlimen ditangguh. Pada 18 Mei 2020, sesi sidang Parlimen hanya dibuat dalam masa 1 hari sahaja.
Pada tahun ini, sidang Parlimen terus ditangguh dan Dewan Rakyat tertutup rapat.
Kalau Parlimen sudah ditutup, saya boleh katakan demokrasi di Malaysia sudah makin tenat. Langsung tidak ada justifikasi mengapa Parlimen ditutup, sedangkan stadium bola, pasar malam, pusat beli belah, pangggung wayang dan sekolah semua dibuka macam biasa.
Hal UNDI 18 ini pun hal yang sangat penting. Kerajaan Perikatan Nasional nak tangguh sehingga September 2022. Tapi, tak pernah bawa hal ini ke Parlimen untuk dibahaskan kerana Kerajaan Perikatan Nasional takut untuk berhadapan dengan soalan dan perbahasan.
Akhirnya, rakan pembangkang saya iaitu YB Hannah Yeoh, YB Dr Maszlee Malik, YB Maria Chin dipanggil polis berikutan hal Protes UNDI 18. Ini bukan yang kita mahu dan bukan apa yang negara perlu.
Memetik kata YB Hannah, "Persoalan ini (UNDI 18) patut dijawab di Parlimen, bukan balai polis".
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/undi18-persoalan-ini-patut-dijawab-di-parlimen-bukan-balai-polis-hannah-yeoh-291368
Search