Kenyataan "anti-sains" dari Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim perlu disangkal oleh kerajaan Perikatan Nasional.
Menteri tidak boleh lah menafikan bahawa Malaysia dan global sedang berhadapan dengan krisis perubahan iklim yang kritikal.
Hanya kerana kegagalan Menteri untuk diundang ke Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim di Amerika Syarikat (AS) pada 22 dan 23 April ini, Menteri ini terus mendakwa bahawa Malaysia tidak berhadapan dengan impak perubahan iklim.
Sejak Tuan Ibrahim menjadi Menteri, komitmen dan rasa tanggungjawab Malaysia untuk berhadapan dengan krisis perubahan iklim dilihat makin lemah.
Kalau dulu, Kerajaan PH berusaha untuk membentangkan Rang Undang-Undang Jerebu Merentas Sempadan. Tapi di bawah kendalian Tuan Ibrahim, sudah tidak ada komitmen yang serupa.
Malah, Menteri tak perlu tengok jauh-jauh untuk menafikan krisis iklim yang berlaku. Setiap tahun, Malaysia berhadapan dengan banjir besar, jerebu, pembalakan besar-besaran dan macam-macam lagi.
Ini semua adalah hal iklim. Jawatan sebagai Menteri Alam Sekitar bukan satu jawatan token yang boleh diambil ringan. Tanggungjawab untuk membentang dan melaksanakan undang-undang alam sekitar perlu giat dibuat.
Malah, Tuan Ibrahim kena faham bahawa hal perubahan iklim ini adalah hal merentas sempadan juga. Sebab itu Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim ini penting untuk Malaysia pergi ke hadapan dan memimpin rantau ASEAN dalam hal menjaga alam sekitar.
Malangnya, Tuan Ibrahim lebih selesa untuk menafikan bahawa Malaysia bukan di bawah kategori negara yang terksesan dengan impak perubahan iklim.
https://www.malaysiakini.com/news/569717
perubahan iklim 在 Nurul Izzah Anwar Facebook 的最佳貼文
Penubuhan Kaukus Reformasi Ekonomi, Sosial dan Kebajikan.
Arahan yang dikeluarkan semalam oleh Pimpinan Pembangkang bagi meluluskan peringkat dasar Belanjawan 2021 amat mengecewakan banyak pihak. Kami sudahpun bersedia untuk menolak Belanjawan tersebut sehinggalah arahan di minit akhir yang mengikat ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengikut kepatuhan disiplin parti.
Pun demikian, para penyokong kami dengan jelas menyuarakan keperluan membulat tekad dan Istiqamah dalam mempertahan kebajikan, kepentingan rakyat dan negara. Jelas bahawa selaku wakil rakyat pembangkang yang bertanggungjawab, kepercayaan rakyat bukan sahaja harus dihormati tetapi dilunaskan menerusi tindakan sewajarnya.
Ahli Parlimen telah dipilih oleh Rakyat untuk mewakili kepentingan mereka; dan sepanjang menggalas tanggungjawab, jelas bahawa kami tidak sempurna; tetapi perlu terus berusaha memenuhi harapan ramai. Oleh itu, izinkan kami berusaha memperbaiki prestasi menerusi pembentukan kaukus ini.
Setelah semalaman merenung peristiwa Belanjawan, kami telah memutuskan untuk bersama-sama memperjuangkan dan menekuni perincian dasar alternatif yang bertumpu kepada peranan kami selaku wakil-wakil rakyat dari pihak pembangkang.
Belanjawan 2021 gagal menyediakan jaring keselamatan sosial yang mencukupi untuk warga pekerja di Malaysia.
Dengan hanya bertumpu kepada langkah populis gesaan ramai ahli politik berkisar pengeluaran awal KWSP, kerajaan hanya memudahkan laluan penabung menggunakan dana simpanan masa depan, bukannya melakukan sedaya upaya untuk membantu rakyat menabung.
43% daripada senarai pencarum di bawah umur 55 tahun, mempunyai simpanan kurang daripada RM 10 ribu melalui Akaun 1. Dengan simpanan yang tidak bertambah, pihak Kerajaan lebih rela membiarkan rakyat menikmati kehidupan persaraan dengan pendapatan yang tidak lebih daripada RM 41 sebulan selama dua puluh tahun yang mendatang. Sebaiknya kerajaan dahulukan dana, selamatkan simpanan rakyat.
Terdapat juga kekurangan fokus kepada penjanaan peluang pekerjaan yang kalis masa depan, termasuk kalis pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi berikutnya. Keadaan ekonomi dijangka bertambah buruk menjelang 2021.
Belanjawan yang hanya menabur janji- janji melalui hasil pendapatan dan memotong sebegitu banyak kemudahan penting yang pastinya tidak memenuhi keperluan Rakyat. Ini menjurus ke arah permasalahan yang lebih besar apabila terus dimainkan seperti kesan terhadap perang pemerdagangan global dan komitmen dalam menangani cabaran perubahan iklim.
Kaukus ini percaya bahawa Kerajaan pada masa ini mesti memberi tumpuan kepada kesiap-siagaan dasar yang konkrit dan terperinci mengenai isu-isu utama semasa:
- Peluang Pekerjaan yang Menepati Keperluan Masa Depan
- Perjanjian Baharu yang Hijau
- Perluasan Jaringan Keselamatan Sosial
Sebagai Ahli Parlimen, semestinya mewakili komponen koalisi di dalam Dewan Rakyat. Bahkan, sebagai anggota Pembangkang dalam demokrasi berparlimen, Ahli Parlimen bertanggungjawab dalam menyediakan asas sistem semak dan imbang yang secukupnya dalam mengekang keboborokan pihak kerajaan.
Kita juga tidak boleh mengkesampingkan isu keadilan sosial dan anti rasuah yang dijuarai oleh KEADILAN, yakni selama ini banyak diangkat oleh para penyokong kita. Inilah prinsip-prinsip yang akan terus diperjuangkan sebagai pembuat dasar pembangkang yang teguh, untuk menjulang bakti dan kesetiaan kepada Raja dan negara.
Akmal Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru (KEADILAN)
Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang (KEADILAN)
Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh (KEADILAN)
***
The Setting Up of the Economic, Social and Welfare Caucus
Yesterday’s directive by leaders of the Opposition to pass the Budget came as a disappointment to many.
We ourselves were ready to vote down the budget until the last-minute instructions to stand down, which we adhered to as per the conventions of party discipline.
However, our supporters have made it emphatically clear that it is crucial to be dictated by our conscience in matters of national importance. We want to honour that trust placed in us and act accordingly.
Members of Parliament were voted in by the Rakyat to represent their interests. Along the way we fell short of fulfilling expectations. It is therefore incumbent upon us to rectify matters and acknowledge our shortfalls, which we intend to do through the creation of this Caucus.
Having spent the night reflecting on the Budget vote, we have decided to come together to champion clear-cut policy alternatives by diligently performing our role as opposition lawmakers.
Budget 2021 failed to provide sufficient social safety nets for the underprivileged in Malaysia. With interventions such as early EPF withdrawal, the government is forcing people to borrow from their future instead of providing the necessary support today.
43% of EPF contributors under the age of 55 have less than RM10,000 in their Account 1. Especially during a time when savings have not increased, the Government is more than willing to let people borrow from their future of RM41/ month for the next 20 years. The government should prioritise providing relief funds instead in order to protect our savings and future-proof our retirement.
There is also a lack of focus on job creation especially at a time when many Malaysians have been forced out of work as a consequence of the COVID-19 pandemic and subsequent economic crisis. This situation is only going to worsen in 2021.
A Budget that overpromises on revenue and undercuts vital services is not one that serves the needs of the Rakyat. It also does not address the bigger issues at play such as taking advantage of the global trade war and addressing the challenges of climate change.
This Caucus believes that the Government of the day must focus on providing concrete and definitive policies on these current key issues:
- Future Centred and Future Proof Job Creation
- A Green New deal
- No one Left Behind, Broadening of Social Safety Nets
As Members of Parliament, we must, first and foremost, represent our constituents in the Dewan Rakyat. As members of the Opposition in a parliamentary democracy, we also have the responsibility of providing sufficient checks and balances against the excesses of the government.
We must also not forget the issues of social justice and anti-corruption that KEADILAN stands for, and for which our many supporters have dedicated themselves to. These are the principles that we will continue to champion as proud opposition members, to manifest service and loyal to King and country.
Akmal Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru (KEADILAN)
Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang (KEADILAN)
Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh (KEADILAN)
perubahan iklim 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最佳解答
10 Cadangan MUDA Belanjawan 2021
1. Melanjutkan moratorium sehingga Jun 2021.
2. “1 Keluarga, 1 Laptop” : Menyediakan sebuah komputer riba atau elaun tunai berjumlah RM1,000 bagi setiap keluarga untuk kegunaan pembelajaran atas talian.
3. Bantuan tunai berjumlah RM50 sebulan bagi pelajar universiti sebagai perbelanjaan pembelajaran atas talian bagi tempoh 6 bulan yang akan datang. Ini selari dengan usaha kerajaan menambahkan router internet mudah alih untuk meluaskan jangkauan ke kawasan yang tiada atau lemah cakupannya.
4. Bonus 2 bulan untuk pekerja barisan hadapan seperti kakitangan perubatan, polis dan tentera sebagai penghargaan kepada pengorbanan mereka untuk negara dan meningkatkan semangat dalam menangani Covid-19.
5. Geran tambahan bagi latihan semula dan naik taraf kemahiran bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, juga menyediakan bantuan dan penempatan pekerjaan (fokus kepada sektor-sektor tenaga boleh diperbaharui).
6. Geran tambahan dan pelepasan cukai untuk perniagaan yang mengutamakan pengambilan pekerja tempatan dan graduan baru, serta yang menggunapakai amalan contoh dalam mengurangkan pencemaran dan kesan rumah hijau.
7. Melanjutkan program subsidi gaji untuk perniagaan dari Januari ke Jun 2021, dan memberi subsidi yang lebih tinggi untuk industri-industri yang terkesan teruk seperti F&B, pelancongan, dan penerbangan.
8. Memperluaskan jaringan keselamatan sosial (elaun, dana, dsb.) untuk komuniti rentan seperti mangsa keganasan rumahtangga, komuniti OKU, artis dan seniman, dsb. (akibat daripada peningkatan mendadak kes Covid-19).
9. Peruntukan dana bagi memudah dan menggalakkan pelaburan berkaitan tenaga lestari dan boleh diperbaharui untuk mencipta pekerjaan bernilai tinggi bagi rakyat Malaysia sekaligus bersedia mendepani perubahan iklim
10. Peruntukan dana kawasan Parlimen yang saksama bagi semua Ahli Parlimen untuk memastikan pengagihan kewangan yang lebih pantas ke kawasan terjejas dan proses desentralisasi bantuan untuk kebaikan rakyat berjalan lancar.
2 November 2020
Parti MUDA