Hari ini Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberi kelulusan bersyarat kepada beberapa jenis vaksin COVID-19 selepas melalui penilaian NPRA.
Vaksin tersebut adalah:
i) Vaksin AstraZeneca yang dikilangkan oleh Medimmune Pharma in Netherlands;
ii) Vaksin Coronavac yang dikilangkan oleh Sinovac di China,
iii) Vaksin COMIRNATY (Pfizer) yang dikilangkan oleh BioNTech di Germany.
Seperti yang telah diumumkan, kesemua vaksin ini membentuk potfolio vaksin COVID-19 di Malaysia. Pengumuman ini pastinya dialu-alukan yang akan mampu menambah bekalan vaksin untuk negara. Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu saya jelaskan.
Bagi AstraZeneca, untuk memenuhi tempahan yang tinggi, vaksin ini diproses di beberapa kilang, di banyak lokasi. Untuk Malaysia dan Asia Pasifik, vaksin ini dikilangkan di Thailand dan bukannya di Netherland.
Ini bermakna, kilang AstraZeneca di Thailand juga perlu mendapat kelulusan NPRA sebelum vaksin ini dapat digunakan di Malaysia. Ini bagi memastikan kilang ini menepati piawaian termasuklah ‘Amalan Perkilangan Baik’. Kita masih menunggu data bagi kilang di Thailand ini.
Begitu juga vaksin Sinovac yang dibeli secara pukal, proses pengisian ke dalam vial (fill & finish) akan dilaksanakan di kilang Pharmaniaga di Puchong. Kilang ini juga perlu mendapat kelulusan NPRA. Ini termasuklah untuk menguji tahap kestabilan vaksin tersebut.
Sementara menunggu kilang Pharmaniaga mendapat kelulusan NPRA, saya telah meminta Sinovac untuk menghantar vaksin yang dikilangkan sepenuhnya dari China ke Malaysia. Ini akan membolehkan Malaysia menambah bekalan vaksin untuk digunakan dalam Fasa 1 PICK.
Bagi Pfizer pula, kelulusan ini adalah untuk sebuah lagi kilang yang membuat vaksin mereka di Eropah. Sebelum ini, tempahan vaksin Pfizer untuk Malaysia dikilangkan di Belgium. Dengan kelulusan hari ini kita juga mungkin menerima vaksin Pfizer yang dikilangkan di Jerman
Justeru, walaupun kelulusan hari ini sangat dialu-alukan, apa yang saya nyatakan ini perlulah dibaca bersekali.
https://kpkesihatan.com/2021/03/02/kenyataan-akhbar-kpk-2-mac-2021-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-kali-ke-354-berkenaan-pendaftaran-vaksin-covid-19/
pharma belgium 在 Pharma.be | Algemene vereniging van de ... 的相關結果
pharma.be, de Algemene Vereniging van de Geneesmiddelenindustrie, is de koepelorganisatie van een 130-tal innovatieve farmaceutische bedrijven actief in ... ... <看更多>
pharma belgium 在 List of Pharmaceutical Companies in Belgium - ICH GCP 的相關結果
Pharmaceutical Companies in Belgium in alphabetical order · Amgen. Amgen is one of the world's leading biotechnology companies. · Astellas Pharma · AstraZeneca. ... <看更多>
pharma belgium 在 PharmaBelgium-Belmedis - Together we care | Accueil 的相關結果
Siège Social: SA Pharma Belgium-Belmedis NV, Avenue Emile Vanderveldelaan 82 - B-1200 Bruxelles Siège Administratif: Marthe Versichelenstraat 1 - 9052 ... ... <看更多>