Ada beberapa individu pm saya ‘screenshot’ pertama & bertanya kenapa saya ‘double standard’ dalam posting berkenaan isu predator seksual tetapi kes Zamri Vinoth pula saya berdiam diri.
Saya bersangka baik mereka yang bertanya itu baru ‘follow’ saya sejak kes isu predator seksual. Mungkin juga mereka ini ingin memprovokasi & bukannya benar-benar serius dalam isu predator seksual. Namun saya bersangka baik.
Untuk makluman yang bertanya, ketika Zamri Vinoth ditahan polis pada 25 Julai 2018 untuk siasatan atas tuduhan rogol, saya berada di Mesir bersama Bro Shah Kirit & Abu Shariz atas jemputan Kedutaan Besar Malaysia di Mesir untuk mengendalikan kursus dakwah kepada pelajar Malaysia di sana.
Saya menerima berita beliau ditahan lebih kurang jam 5pagi Mesir (11pagi waktu Malaysia). Saya terus menghubungi isteri beliau & memberitahunya bahawa usah risau tentang perbelanjaan harian kerana InshaAllah kami akan membantu mereka.
Saya juga memaklumkan kepada isteri beliau bahawa kami akan menyokong Zamri jikalau dia memang tidak terlibat & kami tidak akan menyokongnya andai dia terlibat!
Setelah polis melengkapkan siasatan, tiada pendakwaan kerana Zamri mempunyai alibi ke atas pertuduhan tersebut. Zamri telah menyaman seorang individu bernama Arun Doraisamy kerana memfitnahnya. Saya tabik kepada Zamri kerana berani mengambil tindakan saman terhadap individu yang memfitnahnya.
Prinsip saya jelas. Yang salah itu tetap salah walaupun diri sendiri apatahlagi sahabat seperjuangan. Yang tak bersalah tetap tak bersalah walaupun dari orang yang memusuhi & membenci saya.
Prinsip saya memang begitu. Saya tidak akan komen apa apa kes yang saya tidak tahu latarbelakang & bukti-buktinya. Saya memilih untuk bersikap neutral bagi memberikan keadilan kepada yang dituduh & menuduh.
Pada 28 April 2019, beliau sekali lagi ditahan polis untuk membantu siasatan atas tuduhan menghina agama Hindu. Pada 29 April 2019, saya terus memuatnaik status yang dengan jelas saya mengatakan;
“Andai beliau (Zamri) terbukti bersalah, saya sebagai Muslim tidak akan mempertahankan beliau kerana mempertahankan prinsip Islam danundang-undang negara mengatasi individu. Namun andai beliau tidak bersalah, saya akan mempertahankan beliau.”
Namun hasil siasatan polis dalam kes ini juga didapati Zamri tidak bersalah kes diklasifikasikan sebagai NFA.
Saya konsisten dengan prinsip saya. Saya tidak memihak kepadanya dengan mengatakan ianya adalah fitnah atau cubaan menjatuhkannya kerana saya perlu berlaku adil kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Persoalan kepada mereka yang bertanya atau menuduh saya bersikap ‘double standard’;
“Apa pula prinsip anda?”
Pada waktu yang sama, terdapat beberapa portal berita melaporkan kononnya Zamri Vinoth mempunyai rekod jenayah merogol dan sebagainya. Zamri bertindak memberikan amaran saman akan dilakukan jikalau mereka tidak memperbetulkan kenyataan mereka & meminta maaf.
SAYS & FMT https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/06/25/correction-to-our-report-on-zamri-vinoth/ telah membuat pembetulan & permohonan maaf secara terbuka kepada Zamri Vinoth. https://www.facebook.com/285669801544013/posts/2101142439996731/?d=n
Tidak cukup dengan itu, diberikan pelbagai label-label kepada saya & Zamri Vinoth kerana ketaasuban ataupun kemalasan membaca & mengkaji yang menyebabkan sel sel otak tidak berkembang dengan baik.
Is ok je untuk berbeza pendapat dan sebagainya tetapi menuduh & mengeluarkan kenyataan fitnah? Ajaran Islam manakah yang mengajar anda begitu? Saya & Zamri telahpun mengambil tindakan saman terhadap beberapa individu yang tidak serik megeluarkan kenyataan fitnah sebagai pengajaran.
Nasihat saya kepada mereka yang telah membuat tuduhan & fitnah secara bertulis terhadap kami, anda diberikan masa 24 jam untuk membuat permohonan maaf secara terbuka serta memadamkan kenyataan anda yang berbentuk fitnah terhadap kami. Sila hantar link permohonan maaf anda ke Facebook kami.
SAYS & FMT telah memperbetulkan kenyataan mereka & meminta maaf kerana jelas ianya tidak benar. Anda boleh padamkan status dan enggan meminta maaf tetapi tidak mengapa, identiti anda semua telah dikenalpasti & segala bukti-bukti telah kami miliki.
Telah berulangkali kami membiarkan & memaafkan tetapi ada yang masih meneruskan tuduhan & fitnah mereka. Kemaafan perlu diseimbangkan dengan keadilan & pengajaran untuk masa hadapan. Kemaafan ada masa & tempatnya begitu juga keadilan juga perlu ditegakkan.
Jikalau hanya menggunakan konsep kemaafan tanpa neraca pertimbangan keadilan, tiada perlunya Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam & para sahabat Radiyallahuanhum berjihad & tidak ada perlunya hukum qisas di dalam Islam.
Jikalau memang fitnah, saman mereka yang memfitnah. Kami tidak suka memainkan emosi masyarakat & menagih simpati. Kebenaran akan terbukti jua.
*Kami tidak akan komen kes-kes lain yang pengadunya tidak datang kepada kami & kami tidak tahu bukti-buktinya. Kami hanya komen kes yang pengadu datang kepada kami beserta bukti-bukti yang telah kami sahkan keasliannya.
同時也有5部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Era moden ini, didik anak cara Rasulullah selalu dilupakan. Zaman gajet yang serba canggih ini memerlukan ibu bapa yang bijak dalam mendidik anak-anak...
portal islam 在 Papa Azri Facebook 的最佳解答
*UMNO TIDAK PERNAH DAN TIDAK PERLU MEMBINCANGKAN SOAL KERJASAMA DENGAN DAP*
1. Hari ini *tular poster yang diedit menggunakan logo portal berita Sinar Harian dan MalaysiaGazette* kononnya saya menyokong kerjasama dengan DAP.
2. Pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sejak dari awal lagi konsisten dan tegas bahawa *DAP adalah parti chauvinis* yang tidak pernah mahu mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan, kedudukan Raja-Raja Melayu dan keistimewaan Melayu-Bumiputera yang sudahpun termaktub dalam Perlembagaan.
3. Hakikatnya UMNO sehingga hari *tidak ada rekod bekerjasama dengan DAP* bahkan tiada langsung hasrat ke arah itu.
4. 191 Bahagian UMNO yang selesai bersidang kelmarin termasuk Pemuda UMNO seluruh Malaysia *tidak ada satu pun yang mengusulkan atau membincangkan soal keperluan untuk bekerjasama dengan DAP!*
5. Justeru PEMUDA UMNO berpendirian tegas bahawa *TIDAK RELEVAN LANGSUNG ISU KERJASAMA DAP* ini untuk dibangkit dan dibincangkan dalam MAJLIS KERJA TERTINGGI mahupun PERHIMPUNAN AGONG UMNO.
*Dr Asyraf Wajdi Dusuki*
_Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia_
4 Januari 2021
portal islam 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
MRM MELANTIK PENGURUS BESAR REV MEDIA GROUP SEBAGAI PENASIHAT STRATEGI DIGITAL
.
Kami di Multiracial Reverted Muslims (MRM) mengumumkan pelantikan pengurus besar Rev Media Group, Hafriz Zulpakar sebagai PENASIHAT STRATEGY DIGITAL (Digital Strategy Advisor) MRM. Alhamdulilah.
.
Hafriz mengasaskan portal OhBulan! pada 2008 dan pada tahun 2014, Rev Asia Holdings membeli OhBulan! sebelum MEDIA PRIMA membeli Rev Asia pada 2017 dengan harga RM105juta. Hafriz mempunyai 10 tahun pengalaman dalam dunia digital media.
.
Kami di MRM sangat yakin dengan pelantikan Hafriz Zulpakar bersama dengan ‘Media Warfare Advisor’* MRM, Dr Noor Nirwandy serta Media Strategy Advisor MRM Lutfi Ali bakal meningkatkan lagi keberkesanan dakwah MRM menerusi pelbagai cabang media khususnya digital media.
.
Dunia telah memasuki IR 4.0 dan dakwah Islamiah juga perlu diselarikan dengan perkembangan teknologi. Saya masih teringat kata-kata Dr Zakir Naik ketika International Dawah Training Programme (IDTP) pada 2016 di Mumbai, India;
.
"Jikalau kebatilan mampu membelanjakan berbilion dollar untuk membawa manusia jauh dari Allah, kenapa kita yang mahu mengajak manusia dekat kepada Allah begitu bakhil dan tidak sanggup mengambil bakat yang terbaik serta berbelanja."
.
Ya, secara jujurnya saya sangat terinspirasi dengan kata-kata Dr Zakir Naik. Kita yakin Islam akan menang dan bantuan Allah akan tiba tetapi itu bukan alasan untuk kita membiarkan dakwah kita lesu tidak selari dengan zaman dan teknologi. Ingati pesanan ini;
.
"Kebatilan yang terancang akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak terancang."
.
Jazakumullahu Khairan di atas sokongan sahabat semua dan teruskan sokongan anda serta doakan juga kami demi ummah untuk Islam kerana Allah Subhana Wa Ta’ala.
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #mediawarfare #mediastrategy #mediawarfaremrm #mediadakwahmrm
portal islam 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
Era moden ini, didik anak cara Rasulullah selalu dilupakan. Zaman gajet yang serba canggih ini memerlukan ibu bapa yang bijak dalam mendidik anak-anak. Berbalik kepada ajaran Islam, kita perlu didik anak cara Rasulullah SAW. Kita tidak mahu nilai-nilai murni yang sepatutnya kita tanamkan dalam diri mereka, dibajai dan disirami unsur-unsur yang boleh melemahkan serta menghasilkan tanaman yang tidak berkualiti. Maka ramai kini ibu bapa prihatin yang tercari-cari teknik terbaik mendidik anak-anak.
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
portal islam 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
Nampaknya, Suhaimi sekali lagi mencetuskan kontroversi nekad menolak vaksin Covid-19 meskipun Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Bakri menyarankan umat Islam untuk mengambil vaksin. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Suhaimi berkata dia tidak mengecam ulama atau pun mufti, namun apa sahaja hujah mengenai vaksin ia tidak dapat mengubah keputusannya. “Aku tak kecam ulama atau mufti, tak juga berniat menghasut sesiapa. Apa pun hujah orang, itu tidak akan semudah-mudahnya mengubah pendirian aku.
“Ini sebab aku pun ambil dalil dari al-Quran. Dalam al-Quran, Allah kata kalau kau ikut cara hidup kebanyakan manusia atas muka bumi ni, nescaya kau akan disesatkan dari jalan Allah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Suhaimi juga nekad bahawa dia lebih rela mati daripada membiarkan agamanya dihina dan diperbodohkan oleh musuh Islam. #SUHAIMISAAD #BULETINVIRAL
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
Thanks for watching!
portal islam 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
Apa yang mencurigakan orang ramai apabila di profil akaun TikTok Sajat, kelihatan lambang salib diletakkan di bahagian ‘bio’ yang sekaligus menimbulkan persoalan ramai. #BULETINVIRAL mengulas isu ini.
Lambang emoticon berbentuk salib di profil TikTok usahawan kosmetik ini telah menimbulkan rasa pelik di kalangan netizen sehingga ramai yang bertanya apa sebabnya dia menggunakan lambang tersebut.
Hal ini sekaligus membuatkan netizen berspekulasi mengenai status agama Sajat yang berkemungkinan sudah keluar daripada Islam. Allahuakhbar!
Adakah Sajat memilih untuk memeluk agama Kristian? Sekaligus, adakah Sajat sudah murtad?
Salib ialah diertikan sebagai tanda yang berupa garis yang bersilang seperti tanda campur (lambang agama Kristian, Palang Merah, dan lain-lain).
Bimbang dengan akidah Sajat yang makin terpesong Mampin tampil mahu membantu dan bimbing usahawan kosmetik itu.
Presiden, Mohd Azmi Abdul Hamid yakin semua pihak memberi perhatian dan memandang serius masalah ini. Beliau berharap keadaan dapat dikawal dengan sebaik mungkin dan penuh hikmah.
Jalan keluar dengan menghormati tanggungjawab pihak berkuasa dan mengguna pendekatan kasih sayang dan mendidik secara penuh hikmah perlu dilakukan. Sesungguhnya, apa yang mahu dicapai ialah Sajat, dengan penuh keinsafan, kekal dalam Islam.
Pihaknya turut yakin, ketika lafaz itu dibuat Sajat berada dalam keadaan tertekan, emosi yang tidak terkawal dan bukan dari lubuk hati yang sebenar.
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
Thanks for watching!