Mencari Pemberat Dalam Kehidupan
Sekarang saya berada di KLIA 2 menuju Pulau Penang. Masa masih awal. Mencari sudut cafe yang selesa untuk meneruskan penulisan manuskrip saya bertajuk "The Theory of Circulation of Wealth and Risk Sharing in Islamic Finance". Menulis di airport & atas kapalterbang memang mempersonakan.
Sebelum sampai di KLIA, saya sempat menyantuni majlis perkhawinan anak kawan isteri saya di Cyberjaya. Di majlis tersebut, berjumpa dengan YB Dato' Seri Zahid Hamidi. Saya sempat bertanya khabar beliau dan sempat berfoto dengan YB. Seperti biasa, kami berfoto juga dengan pengantin di samping mengucapkan tahniah dan doa kepada mereka.
Sebelum majilis ini, sya juga sempat menyantuni majlis kenduri perkahwinan puteri rakan kongsi saya Pn Norliza Tajuddin di Semarak, KL. Kami membuat perniagaan menyediakan teknologi alternatif kepada disel dengan campuran air. InsyAllah akan berada di pasaran tidak lama lagi.
Sebelum itu, mendapat berita Mak Ndak kami yang tidak sihat. Selepas sahaja program saya di Twins of Faith di Hotel Istana, kami semua bergegas ke sana.
Sebelum itu, saya berbicara di hadapan para peserta Twins of Faith anjuran Mercy Mission bertajuk "The Bandwidth of Time in Religious Life". Semoga bermanfaat. Sempat sembang dengan rakan2 luar negara bersama Sheikh Gabreel al-Romaani tentang isu kewangan Islam. Masa tak mengizin kerana terpaksa berkejar ke hospital. Akan sambung nanti perbincangan.
Semalam, selepas sahaja sampai di KLIA dari Dubai, saya menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Khas Keewangan Islam (JKKI) yang dipengerusikan oleh YB Dato' Ir Amirudin Hamzah di pejabat beliau. Banyak rancangan yang telah dirancang. Semoga JKKI dapat meleraikan banyak isu bagi melonjak kewangan Islam di Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi & wibawa.
Apa sebenarnya pemberat kehidupan? Berbuat baik pada setiap masa dari sekecil2 kepada sebesar2nya & jangan membuat kejahatan.
Kamu boleh menjadi terbilang tapi jangan sombong
Tulis apa yang kamu nak tapi jangan memperkecilkan mana2 insan
Kamu boleh mengkritik apa yang kamu nak tapi jangan menyerang peribadinya.
Menanti masa untuk terbang ke Pulau Mutiara di samping membelek2 manuskrip lama.
MDB
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...