Antara 100 buku terbaik ini, fuhhh not bad aku baca 5 daripadanya hahahaha. Dalam tahun 2004-2009 dulu aku memang ulat buku & memang minat baca buku tulisan Ramlee Awang Murshid & Nass Alina Noah.
Sooo diantara 100 buah buku ini aku pernah baca ;
1. Mereka Yang Tertewas - Hasanuddin Md Isa
Ini antara nover pertama aku baca tapi malangnya tak habis baca.
2. 1515 - Faisal Tehrani
Dulu kat sekolah ada Nilam so keikhlasan nak baca buku ni tak ada sangat. Pinjam kt library baca sikit-sikit lepas tu tak paham & stop. LOL
3. Tombiruo - Ramlee Awang Murshid
Penulis novel thriller nombor satu di Malaysia, tapi dalam banyak2 karya Ramlee, aku lebih suka novel A.D.A.M lebih banyak nilai patriotik dan boleh jadi novel wajib sastera sekolah menengah.
4. Bila Tuhan Berbicara - Faisal Tehrani
Lepas aku baca habis novel Lantai T. Pinkie karya A.Samad Said yang berbentuk "drama" yang memerlukan kau ada imaginasi yang tinggi buatkan aku terbeli buku ni. Tapi buku jenis "drama" ni kalau baca bagi aku personally serius cepat bosan tp tak tahu la orang lain. So tak habis baca jugak, Wakaka.
5. Jibam - Ibrahim Anon
Aku terjumpa buku Jibam kat atas meja cikgu sejarah aku Norlizanawati, aku cakap nak pinjam tapi dia kata "kalau awak dapat A, saya bagi pinjam" Tapi belum sempat STPM aku pindah semenanjung & cikgu tu bagi buku tu sebagai hadiah & cerita Jibam sedih gile stok keluar air mata punya cerita.
Sekian saja status saya pasal buku. Rare gak la post status camni. Haha.
100 Novel (dan Koleksi/Antologi Cerpen) Melayu Yang Mesti Dibaca
Pernah tengok cerita The Equalizer? tenang betul watak utamanya yang berusaha membaca 100 buah buku yang mesti dibaca. Senarai 100 buah buku bagi Bahasa Inggeris ini senang sahaja dicari di Amazon dan Goodread. Tapi kalau khazanah buku kita sendiri? Inilah persoalannya. Celah mana nak cari senarai 100 novel terbaik yang mesti baca? Tenang semua, jangan berputus asa dan memilih untuk membaca novel seperti Suamiku Dulu Ganas Kini Manja sebagai jalan pintas untuk kelihatan tenang membaca buku seperti The Equalizer.
Jadi inilah dia, 100 buah novel-novel melayu yang mesti dibaca dan senarai ini tidak disusun berdasarkan ranking. Sebelum kita sibuk hendak baca khazanah buku luar negara, lebih molek untuk kita meneliti khazanah dalam negara kita sendiri. Perut bumi, tinggi langit, ombak badai dan panas mentari kesemuanya habis digali, diamati dan diambil inspirasinya oleh penulis-penulis berkenaan. Dan ingatlah, terdapat kesalahan yang lebih besar dari membakar buku iaitu tidak membacanya.
Sedikit nota, kriteria pemilihan novel-novel tersebut adalah berdasarkan ulasan pembaca dan yang menekankan mana-mana unsur ini; 1) semangat kebangsaan 2) kemanusiaan 3) komentar sosial dan politik 4) cerita yang berlatar belakangkan persekitaran dan sikap masyarakat dan; 5) jalan cerita yang sedap untuk dibaca. Cabaran terbesarnya untuk kita sekarang adalah untuk mendapatkan naskah-naskah tersebut yang sebahagian besarnya agak terhad atau tidak lagi berada di pasaran. Tuan-tuan dan puan-puan mungkin boleh menghubungi DBP, ITBM atau mana-mana kedai buku yang bermaruah.
Akhir kata, tanamkan azam untuk cuba membaca buku-buku ini. Tak dapat 100, separuh pun jadi. Tak dapat separuh, 10 pun jadi. Tak dapat 10, Cubalah satu dulu. Kalau satu pun tidak sudi hendak membaca, periksalah denyut nadi sendiri. Mungkin sudah jadi zombi.
1. Naratif Ogonshoto - Anwar Ridhwan
2. Ranjau Sepanjang Jalan - Shahnon Ahmad
3. Anak Mat Lela Gila - Ishak Haji Muhammad
4. Rimba Harapan - Keris Mas
5. Sangeetha - Azizi Haji Abdullah
6. Putera Gunung Tahan - Ishak Haji Muhammad
7. Turunnya Sebuah Bendera - Usman Awang
8. Salina - A. Samad Said
9. Jibam - Ibrahim Anon
10. Manikam Kalbu - Faisal Tehrani
11. Seorang Tua Di Kaki Gunung - Azizi Haji Abdullah
12. Budak Beca - Ishak Haji Muhammad
13. Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman - Anwar Ridhwan
14. Sungai Mengalir Lesu - A. Samad Said
15. Imam - Abdullah Hussain
16. Langit Petang - A. Samad Said
17. Ayahanda - Azizi Haji Abdullah
18. Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid
19. Leksikon Ledang - Nor Azida Ishak, Fadli Al-Akiti
20. Empunya Hikayat - Zainal Rashid Ahmad
21. Luka Nering - Malim Ghozali PK
22. Nenek - Razali Endun
23. Juara - S. Othman Kelantan
24. Penyeberang Sempadan - Anwar Ridhwan
25. Merentas Gerhana - Norhisham Mustaffa
26. Tivi - Shahnon Ahmad
27. Kail Panjang Sejengkal - A. Samad Ismail
28. Senjakala - Baharuddin Kahar
29. Hikayat Faridah Hanum - Syed Sheikh Ahmad Al Hadi
30. Anak Titiwangsa - Keris Mas
31. Srengenge - Shahnon Ahmad
32. Bila Tuhan Berbicara - Faisal Tehrani
33. Serigala Dan Sekuntum Tulip - S.M Zakir
34. Warisnya Kalbu - Sri Rahayu Mohd Yusop
35. Hujan Pagi - A. Samad Said
36. Tulang-Tulang Berserakan - Usman Awang
37. Panglima Awang - Harun Aminurrashid
38. Warisan - Abdul Talib Mohd Hassan
39. Sidang Serangga - Ishak Haji Muhammad
40. Ah Fook - Jong Chian Lai
41. Mereka Yang Tertewas - Hasanuddin Md Isa
42. Waris Pejuang - Ruhaini Matdarin
43. Hikayat Abdullah - Munsyi Abdullah
44. Menara - Isa Kamari
45. Wira Bukit - A. Samad Said
46. Tembok Tidak Tinggi - A. Samad Ismail
47. Sulatus Salatin - Tun Seri Lanang
48. Bukan Legasi Lalang - Sri Rahayu Mohd Yusop
49. Konserto Terakhir - Abdullah Husssain
50. Semenanjung Menangis - Ariff Mohamad
51. Puisi Untuk Esdyzuar - Nisah Haji Haron
52. Bercakap Dengan Jin #1 - Tamar Jalis
53. Hikayat Tanah Jauh - Zainal Rashid Ahmad
54. 1515 - Faisal Tehrani
55. Sukma Angin - Arena Wati
56. Nyawa Di Hujung Pedang - Ahmad Murad Nasaruddin
57. Kunang Pesisir Morten - Raiha Bahaudin
58. Daerah Zeni - A. Samad Said
59. Kanang: Cerita Seorang Pahlawan - Maznan Noordin
60. Saga - Abdul Talib Hassan
61. Begawan - Arena Wati
62. Melor Kuala Lumpur - Harun Aminurrashid
63. Keris Melaka - Ahmad Bakhtiar
64. Rantau Selamat - Abdullah Hussain
65. Embargo - Zahari Affandi
66. Mencari Locus Standi - Nisah Haji Haron
67. Odisi Tanah Kencana - Sri Rahayu Mohd Yusop
68. Di Negeri Belalang - Anwar Ridhwan
69. Ini Saya Punya Kerja - Usman Awang
70. Patah Tumbuh - Keris Mas
71. Ingin Jadi Pujangga - A. Samad Ismail
72. Lagenda Budak Setan - Ahadiat Akashah
73. Ahli Politik - S.M Zakir
74. Kelabu - Nadia Khan
75. Perlumbaan Kedua - Marwilis Haji Yusof
76. Merpati Putih Terbang Lagi - Khadijah Hashim
77. Ombak Bukan Biru - Fatimah Busu
78. Buah Kering Di Hujung Ranting - Marwilis Haji Yusof
79. Bumi Lestari - Rebecca Ilham
80. Tok Guru - Shahnon Ahmad
81. Sudara - Arena Wati
82. Pujangga Melayu - Mohd Affandi Hassan
83. Yang Miskin Dan Yang Mewah - Ishak Haji Muhammad
84. Masuk Ke Dalam Cahaya - Abdullah Hussain
85. Lentera Mustika - Nisah Haji Haron
86. Ombak Samudera - Arena Wati
87. Adik Datang - A. Samad Said
88. Desa Pinggitan - Ibrahim Omar
89. D.U.B.L.I.N - Wan Nor Azriq
90. Tujuh Keturunan - A. Razak Adam
91. Penderhaka - Ramli Selamat
92. Interlok - Abdullah Hussain
93. Pulanglah Perantau - Aziz Jahpin
94. Pecah - Khairulnizam Bakeri
95. Tombiruo - Ramlee Awang Murshid
96. Di Sebalik Dinara - Dayang Noor
97. Awang Vampiro - Nizam Zakaria
98. Rindu Aroma Padi Bunting - Arena Wati
99. Mahabbah - Shahnon Ahmad
100. Dunia Adalah Sebuah Apartmen - Anwar Ridhwan
- Mizan Hashri
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...