Sahabat 🙏🏽❤️
Suatu ketika itu dikala lagu lagu cinta mula menyatu didalam Kalbunya. Dikala mana dia mula merasa bahawa hatinya telah didatangi restu atas kaedah 'Dua jiwa menjadi satu'. Kala mana juga apa saja yang dilihatnya adalah tiada yang lain melainkan hanyalah 'Bunga-bunga cinta' dan ombak-ombak rindu semata-mata'.
Maka dilembah fenomena itu jualah dia mula melihat dan mula sedar bahwa didalam tubuhnya ada sebuah Taman yang amat indah, indahnya amatlah berlebihan dari segala jenis Syurga yang pernah diperdengar ceritakan oleh mereka-mereka yang fasih menyusun bahasa-bahasa Agama.
"Hatinya telah dihuni seberkas rasa CINTA. Akalnya tiada tempat untuk menempatkan cerita-cerita Neraka.
Dia adalah manusia berjiwa bahagia,
'Tuhan sedang membimbing batinnya', segala yang gelap dan merbahaya tidak terujud lagi dilembah sukmanya.
Sebegitulah Dia bersama Dia, saling bersama, bertautan tangan saling mesra, bersama tatapan mata yang saling menterjemah 'Ah! dunia ini adalah milik kita berdua, persetan apa kata mereka', kerana cinta kita, kitalah yang rasa. Maka sebegitulah mereka, kerana sebegitulah seharusnya jiwa kala dipanahi Asmara.
Sehinggalah pada satu masa itu tiba saat cinta mereka terpaksa melintasi tanah yang gersang lagi merekah, saat mata mereka saling merah dihinggapi debu-debu jalanan yang maha panas. Saat itulah juga tiba-tiba mula ada Makluk asal pengasas 'sifat cemburu dan pembiak virus kebencian', Sang Azazil, gagah hebat bertindak meronakan segala babak cinta sehingga berubah menjadi DERITA.
'Keparahan rasa bersama-masa, maka kedua Jasad mereka pun terpisah jauh, dan terdamparlah sepasang jiwa bersama hasrat yang merekah merah. Kemesraan diantara akal dan hati telah kehilangan arkap. Cinta yang terjalin berubah menjadi benci. yang tinggal hanya sepi, hanyalah serangkaian kenangan yang hanya membuahkan seberkas rasa sakit hati.
Lama tersangatlah lama terbiar dia berjalan penuh sendiri, 'segala puisi kasih didalam hati berubah menjadi ranting-ranting kering penuh berduri'.
Sehinggalah saat hatinya mulai bosan terhadap 'kehidupan' dan mengambil keputusan untuk menutup segala pintu-pintu mimpi.
Lalu datanglah seseorang berceritakan kepadanya bahawa cinta yang pernah ada itu adalah BUKAN cinta sebenar cinta, lantas seseorang itu mula mengupas cerita memecah mindanya, mencelikkan mata batinnya dan akhirnya dengan tenang 'khabarkan berita gembira' ke dalam hati Nuraninya, tentang adanya satu fasa RAHASIA, tentang satu kisah Kekasih yang sentiasa menemani walau apa sekali keadaan yang dilalui dan Kekasih itu jua selalu saja tidak pernah kering dari memuji.
Sesaat itu menitislah airmata kesedaran. sedarlah dia akan keistimewaan 'yang hidup' lagi maha beserta walau di mana sahaja dia berada.
Sangat dapat dirasai oleh nya akan nafas keimanan lembut ditiup ke dalam sukmanya. Hatinya segar, tragedi yang memilukan hilang tak meninggalkan kesan.
Dia akhirnya telah bertemu KEKASIH yang sebenarnya, yang mananya selama ini sentiasa Ujud, sentiasa Qidam, selalu saja Baqa, tetap Mukholafah istimewa dengan tanpa ada persamaannya, Kekasih telah berjanji, Begitu Qiyamuhu Binafsihi, sungguh amatlah tersendiri berdikari bediri dan menjalani, Sungguh benarlah bahawa didalam detik yang sama, CINTA YANG SATU tidak akan menjadi DUA, terserlah lah nyata Wahdaniyah yang menterjemah akan keESAan dan ketunggalan Nya.
"Dan hari ini, walau apa sekalipun akan terjadi, Dia bersama hatinya terlah pun bersetuju memilih untuk terus pamirkan senyum manisnya, akan terus saja berjenaka bersama siasah dunia, terus saja bersenda gurau disebalik dugaan dan ujian dunia.
Akan tetap teguhkan hatinya untuk terus saja menyanyi-nyanyi sambil isyaratkan istilah dimatanya bahawa apa yang ada didalam Hati Fuadnya- iaitu 'AKU, UNTUK DISAAT INI, ADALAH SEKALI LAGI SEDANG JATUH CINTA". ❤️🥰.
https://youtu.be/TvHxt--T6ss
🚶🏽♂️.......
🌷
Search