“Abang mayat, cikgu raba Kemaluan perempuan untuk semak darah Haid sebab pelajar berbohong tak nak solat, tak tulis pun isu ni?”
Xx
Alamak tak tahu pun? Isu apa ni? Google jap, ok, dah faham, ada cikgu suruh pelajar perempuan solat, perempuan tu cakap sedang Haid, cikgu tak percaya, lalu raba kemaluan, pelajar jadi stress.
Adohai, zaman pakcik sekolah dulu, tak pernah dengar kejadian sebegini, sebab bila kita suruh perempuan solat, jika dia berbohong? Maka terlepaslah kita dari tanggung jawab, dia dah Haid, dia dah baligh, dosa sendiri tanggung.
Lebih bagus, buat jadual, semak kitaran haid, jika Haid terlalu kerap, hantar ke hospital, orang ada masalah Haid biar doctor yang selak dan periksa, takut ada barah atau kanser atau apa-apa masalah, jangan sampai cikgu pergi raba murid sebab undang undang Malaysia, Pegang kemaluan kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah merupakan kesalahan yang amat besar di sisi undang-undang.
Rujuk Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 jelas menyatakan bahawa menyentuh menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak, dipanggil sebagai amang seksual, yang mana penjara tak lebih 20 tahun dan sebatan.
Jadi jangan lah meraba..,
Bab cakap bohong, teringat zaman Nabi, kisah Tiga sahabat Nabi kena PKP kuaratin diri sebab tak ikut Jemaah dakwah dan jihad, yang mana waktu semua penduduk lelaki Madinah keluar berjihad, tiga sahabat ni sibuk dengan kerja dikebun nak petik kurma baru masak.
Nama sahabat itu adalah Kaab, Hillal dan Murarah R.A.
Bila Nabi balik berdakwah, Nabi pun Tanya kepada lelaki yang tak sertai jihad apa alasan mereka?
Waktu itu, lapan puluh orang munafik datang bercakap bohong, bagi alasan ada masalah peribadi tak dapat join nabi berdakwah dan berjihad padahal sibuk dengan dunia dan takut mati.
Maka sahabat Nabi ni pada mulanya ada orang cakap, bagilah alasan sikit, nabi ni pemaaf, tapi tiga sahabat ni iman dia tinggi, dan tak nak cakap bohong dan pilih untuk mengaku bersalah, kami tak sertai jidah sebab kami sibuk dengan kebun.
Lalu ketiga tiga mereka kena hokum ala ala PKP, iaitu semua orang kena jarakkan hubungan social dengan ketiga sahabat tadi, tak boleh bercakap, tak boleh tegur, pendek kata semua kena pulaukan orang yang sengaja tak nak bantu agama kerana sibuk dengan dunia.
Malahan isteri mereka semua balik rumah masing masing kecuali isteri Hilal sebab Hilal dah tua tak mau nak urus diri. Isteri Hilal minta izin nak jaga suami uzur dan Nabi benarkan tapi tak boleh bersetubuh.
Maka bermulah episode kemurungan tiga sahabat itu, sangat sedih dan nangis hari hari.
Sahabat tu pergi pasar tiada orang tegur, pergi masjid orang tak tegur, salam pun orang tak jawab, semua penduduk Madinah patuh arahan Nabi iaitu jangan buat hubungan social dengan orang yang segaja tak nak ikut keluar berdakwah dan berjihad.
Aduh, sedihnya.., sahabat tu sangat takut mati waktu PKP tu sebab confirm masuk neraka, dan takut Nabi wafat waktu mereka masih PKP sebab tiada siapa yang boleh bantu mereka.
Sahabat tu kena pulau lebih 40 hari hingga orang kafir datang ajak mereka suruh tukar agama dan nak bagi hidup mewah kat nagara kafir.
Bencana apakah ini?
Tapi sahabat tu sabar, setia pada islam dan mengaku bersalah dalam bertaubat, hari hari menangis bertaubat hingga hari ke 50, Allah ampunkan dosa mereka dan Nabi umum taubat mereka di terima lepas solat subuh, terus sahabat ni peluk Nabi dan bagitahu nak bagi semua harta untuk agama tapi Nabi suruh simpan sedikit untuk anak bini.
Moral cerita ni, kepada wanita haid, jangan cakap bohong macam orang munafik, mereka lepas di dunia tapi akhirat masuk neraka paling bawah, maka bercakaplah benar walaupun kena hokum, kerana hukuman dunia itu lebih ringan berbanding akhirat.
Lagi satu Moral, zaman Nabi, tak ikut Nabi berdakwah kena pulau.., aduhhh, akhir zaman lagi sedih, orang berdakwah pulak kena pulau, aduh..
Sempena musim PKP ini, marilah kita insafi dosa kita yang banyak abaikan dakwah .
Kepada Allah kita semua akan kembali, dan seburuk buruk takdir bila kita dipulau oleh Nabi di telaga Kausar, dan dipulau oleh Allah di akhirat, nak pergi mana? Nerakalah PKP kita selamanya,
Nauzubillah, Maka insafilah, bertaubatlah kerana abaikan dakwah dan moga Allah ampunkan dosa kita semua keraan Allah Maha pengampun.
Kepada perempuan tak Haid tapi mengaku Haid sebab malas solat, tolong baca selok belok di neraka agal tak janggal bila ke sana.
Kepada cikgu yang pernah meraba pelajar tapi tak mengaku, dunia boleh lepas, tapi rujuk surah yasin ayat 65 cerita, tangan itu akan berkata kata nanti di akhirat bercerita pernah buat maksiat, mana mau lari!
Jadi kepada semua pihak, marilah bertaubat, semoga kita semua woha sampai syurga!
Amin.
Iklan sikit:
Ps: Tadi cerita pasal Surah Yasin tangan berkata kata, Jadi sempena hari baik bulan baik, saya nak ajak kita semua jom belajar hafal Yasin, saya nak cerita tak pandai, tapi ada sahabat saya tulis Ebook Mudahnya HAFAL Yasin, katanya jika ikut pengalaman dia, kurang dari dua minggu dapat hafal InsyaAllah.
Semoga Ramadan ini berlalu dengan meninggalkan Yasin dalam dada kita, Alhamdulillah.
Klik sini.
https://mudahnyahafalyasin.onpay.my/order/form/yasin/hamka
Woha sampai Syurga!
同時也有394部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,Selamat datang ke Jelajah Inspirasi Usahawan Selangor yang dibawakan khas oleh Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor. Dalam episod ini Rhys ...
「ramadan 2017」的推薦目錄:
- 關於ramadan 2017 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於ramadan 2017 在 Facebook 的最佳解答
- 關於ramadan 2017 在 Papa Azri Facebook 的精選貼文
- 關於ramadan 2017 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
- 關於ramadan 2017 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
- 關於ramadan 2017 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
- 關於ramadan 2017 在 Ramadan 2017: Muslims marked the first day of Ramadan 的評價
- 關於ramadan 2017 在 Ramadan 2017: Fasting hours worldwide - EgyptToday 的評價
- 關於ramadan 2017 在 When is Ramadan 2017, What is Ramadan, Fasting ... 的評價
- 關於ramadan 2017 在 Cherrys - Fahad Mustafa Wardrobe Of 17th Ramadan 2017 of ... 的評價
ramadan 2017 在 Facebook 的最佳解答
*HULURKAN TANGAN UNTUK YAMAN RAMADAN INI*
Alhamdulillah, ketika kita memasuki bulan yang penuh keberkatan ini, Allāh telah mewajibkan ibadah puasa keatas setiap hambaNya, agar kita dapat merasakan sebahagian kecil dari kesulitan yang dihadapi oleh saudara-saudara kita yang memerlukan.
INFAQ dan sumbangan/sedekah sudah tidak asing lagi ketika Ramadan menjelma.
Pertubuhan Erth Ul Mustafa (EMO) dan Ummah Aid Foundation (UAF) adalah salah satu daripada organisasi antarabangsa yang sedang bergiat penuh secara langsung memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk kepada rakyat Yaman sejak tahun 2017 lagi. Sehingga kini, kami telah berjaya mengumpulkan sejumlah RM 1 juta.
Bantuan kami merangkumi pelbagai keperluan. Dari menyokong ulama’, tajaan pendidikan, bantuan makanan kepada fakir miskin, menyiapkan perbelanjaan untuk rawatan kritikal, menyediakan ubat-ubatan, air bersih, membina tempat perlindungan agar sebahagian dari mereka mempunyai tempat untuk berteduh, bantuan kecemasan dan sebagainya.
COVID-19 telah menyebabkan kerajaan Persekutuan di seluruh dunia menyekat perbelanjaan hanya untuk negara mereka sahaja. Ini menyebabkan bantuan kewangan dan sumbangan kepada PBB 🇺🇳 untuk Yaman 🇾🇪 telah merosot lebih dari separuh untuk tahun 2021.
Situasi di Yaman menjadi semakin sulit & kritikal. Dengan penuh kasih sayang & sifat belas kasihan yang dikurniakan Tuhan buat kita semua, marilah bersama mengambil peluang kita menggembleng tenaga & usaha untuk memberikan bantuan kepada negara dengan krisis kemanusiaan yang paling teruk di dunia pada tahun 2021.
UMMAH AID FOUNDATION 🇲🇾
Maybank: 5623 666 55 629
Imran Angullia: +60177980058
Tempoh sumbangan: Sehingga 13 Mei '21
https://www.facebook.com/1783812608534103/posts/2761080740807280/
ramadan 2017 在 Papa Azri Facebook 的精選貼文
~Islam di Perancis - Islamophobia~
.
Sejak beberapa hari ni, ramai bertanya saya tentang keadaan sebenar apa yang berlaku di Perancis.
.
Saya mohon maaf sebab hanya berdiam diri, kerana saya ingin menunggu kenyataan rasmi organisasi Muslims of France (Musulmans de France), Majlis Ulama dan kenyataan Imam-Imam Perancis.
.
Walaupun saya telah lama tinggal di Perancis, tetapi bagi saya rakyatnya lebih memahami akan urusan negara mereka sendiri berbanding seorang penumpang seperti saya.
.
Sebenarnya keadaan Islamophobia di Perancis adalah sangat rumit untuk diringkaskan, kerana ia adalah hasil daripada satu pengalaman yang panjang.
.
Kata ulama terkenal Perancis, Syeikh Dr Tariq Ramadan, kita perlu kembali ke zaman raja monarki, kemudian ke zaman kolonial, sebelum ke zaman moden Perancis, agar boleh memahami peristiwa ini.
.
Secara ringkas, Perancis asalnya merupakan negara barat yang paling kuat beragama pada zaman dahulu. Kuatnya pengaruh mereka sehinggakan Pope di Vatican hanyalah boneka raja Perancis.
.
Tetapi setelah sekian lama, akhirnya agama telah mengecewakan mereka. Puluhan peristiwa berlaku seperti penipuan Raja Philip IV sehingga terbubarnya Knights Templar, peperangan 300 tahun atas nama agama dan kezaliman agamawan yang hidup bermewah tanpa memikirkan kemiskinan rakyat marhaen.
.
Pengalaman selama ribuan tahun ini mengakibatkan hilangnya kepercayaan rakyat kepada golongan agamawan. Lalu lahirlah konsep Laïcité iaitu Sekularisme di Perancis, di mana agama dipisahkan daripada pemerintahan.
.
Sekular di sini juga bermaksud kepercayaan agama tetap boleh diamalkan kerana ia adalah hak individu, tetapi tidak boleh dipamerkan di khalayak ramai. Konsep ini terpakai untuk semua rakyat Perancis.
.
Maka orang Islam tidak boleh memakai purdah/niqab, orang Kristian tidak boleh memakai salib dan orang Yahudi tidak boleh memakai kippah di khalayak ramai.
.
Saya pernah cerita secara terperinci sejarah Sekularisme di Barat dalam post saya yang terdahulu di Instagram. Secara umum, sistem Sekularisme ada baik dan buruknya di Barat.
.
Antara kebaikan Sekularisme di Barat ialah muslim yang merupakan kumpulan minoriti telah dijamin hak mereka dan tidak boleh didiskriminasi oleh undang-undang.
.
Maka tidak hairan terdapat Imam-Imam Perancis yang menyeru pemerintah untuk menghormati konsep Laïcité (Sekularisme Perancis) ini, sama seperti mana ulama-ulama di Malaysia menyeru pemerintah menghormati Perlembagaan Persekutuan.
.
Sekarang mengenai Islam pula. Kita perlu faham bahawa Perancis mempunyai peratusan muslim paling ramai di dunia Barat, iaitu seramai 10%.
.
Untuk memahami konteks, peratusan kaum India di Malaysia hanyalah sekitar 7%. Ini bermaksud kita lebih mudah bertemu muslim di Perancis berbanding bertemu sahabat India kita di Malaysia.
.
Tetapi sedihnya, orang Islam Perancis umumnya terpecah kepada 2 golongan: majoriti yang bermanhaj sederhana, dan minoriti yang berfahaman ekstrimis. Para Imam Perancis memanggil golongan minoriti ini sebagai Jemaah Takfiri atau Salafi Jihadist.
.
Tambahan pula, sejak 10 tahun kebelakangan ini, banyak aktiviti keganasan telah berlaku di Perancis, yang mana kesannya telah mengeruhkan lagi imej agama Islam.
.
Di bawah ini ialah ringkasan statistik keganasan di France sejak 10 tahun yang lepas:
.
# 2010 - 3 kejadian, 1 mati
# 2011 - 8 kejadian, 4 cedera
# 2012 - 65 kejadian, 8 mati, 8 cedera
# 2013 - 12 kejadian, 5 cedera
# 2014 - 14 kejadian, 1 mati 15 cedera
# 2015 - 36 kejadian, 161 kematian, 300 cedera
# 2016 - 12 kejadian, 89 mati, 451 cedera
# 2017 - 9 kejadian, 3 mati, 16 cedera
# 2018 - 3 kejadian, 10 mati, 30 cedera
# 2019 - 3 kejadian, 4 mati, 16 cedera
# 2020 - 7 kejadian, 4 mati, 11 cedera
.
Berdasarkan statistik ini, kita boleh faham bahawa kebimbangan dan ketakutan rakyat Perancis mempunyai asas yang kukuh.
.
Tambah memilukan kita, suara muslim yang moderat dan sederhana di Perancis seolah-olah tenggelam dengan amukan media yang memukul rata bahawa Islam adalah agama keganasan.
.
Kata Imam Hassan Chalghoumi, imam besar Masjid Drancy bahawa kita muslim telah kalah dalam melontarkan suara dan mempromosi kebaikan agama kita sendiri.
.
Sewaktu saya berforum awal tahun ini dengan Mufti Perancis, Syeikh Mohamed Abdel Aziz Mahmoud Ghonim al-Azhari, beliau berkata bahawa kadangkala banyak tindakan orang Islam Perancis ini telah merugikan agama Islam itu sendiri.
.
Islam mengajar kita supaya sentiasa berhikmah dalam berdakwah, terutama ketika dalam keadaan lemah dan sedikit. Saya tidak katakan kenyataan President Emmanuel Macron adalah tepat kerana sudah tentu ucapannya telah mengguris hati umat Islam.
.
Tetapi saya katakan biarlah kita berlawan dan berprotes dengan saluran yang tepat, bukan dengan keganasan. Mesej perlu diberi dengan tegas, jelas dan berhikmah.
.
Hargai dan hormatilah jasa para ulama Eropah, yang bersusah payah memerah otak untuk mengsyi'arkan agama Islam di sebuah bumi yang asing. Perjuangan ini bukan dihampar dengan permaidani merah.
.
Buat para sahabat yang ketawa dan me"padan muka"kan peristiwa ini, ingatlah apa yang saya beritahu tadi, bahawa muslim di Perancis adalah muslim teramai di dunia Barat.
.
Kebanyakan mereka walaupun berkerakyatan Perancis, tetapi sebenarnya ramai daripada mereka dari segi genetik keturunan, berasal dari benua Arab Afrika (Morocco, Algeria, Tunisia, Libya etc).
.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak kenyataan di media-media sosial, dan berlaku banyak konfrontasi di jalanan, untuk menghalau muslim pulang ke negara asal mereka.
.
Hal ini meresahkan hati mereka kerana mereka adalah rakyat Perancis yang sah, bukan rakyat mana-mana negara lain.
.
Tidak seperti saya, jika berlaku apa-apa kejadian tidak diingini, saya sentiasa boleh pulang ke Malaysia pada bila-bila masa.
.
Buktinya sewaktu pilihan raya umum 2017, penentang utama jawatan Presiden Perancis, Marie Le Pen telah menjadikan agenda penghapusan Islam sebagai modal utama kempen politik beliau.
.
Sebab itu para Imam Perancis telah mengarahkan rakyat Muslim Perancis untuk menyokong Emmanuel Macron pada waktu tersebut, melihat kepada mudarat yang lebih ringan.
.
Keadaan Muslim di Perancis sama seperti kata pepatah Melayu, keluar mulut harimau, masuk mulut buaya, ditelan mati emak, diluah mati bapa.
.
Alhamdulillah rakyat Perancis secara umum telah menolak politik kebencian yang cuba dibawa, menyebabkan kempen anti Islam tersebut mentah-mentah dibakul sampah oleh rakyat. Alangkah indahnya jika mereka semua ini muslim.
.
Tetapi orang bijak pandai akan nampak yang bibik-bibik kehancuran sudah mula sedikit demi sedikit terzahir, seolah-olah bom jangka yang menunggu masa untuk meletup jika tidak dirawat.
.
Sebab itu kami penduduk muslim di Eropah menyeru dunia untuk lebih memfokuskan agenda menzahirkan dan melonjakkan suara kesederhanaan ini, dan melawan kegilaan media, daripada mengecam tanpa mengetahui konteks dan realiti di Perancis.
.
Di samping itu mesej yang tegas perlu diberi kepada kerajaan agar tafsiran konsep Laïcité (Sekularisme Perancis) tidak disalah guna sebagai tiket menyebarkan kebencian dan permusuhan antara rakyat.
.
Saya bersetuju dengan kata-kata Dr Khaliesah Kamal, bahawa kerajaan Perancis adalah sangat pemurah, adil dan saksama, tanpa mengira warganegara, bangsa dan agama, menjadikan kami selesa berada di tanah air kedua kami ini.
Akhir kata,
Je suis musulman. L'Islam est parfait, pas moi. Si je fais une erreur, rejetez la faute sur moi, pas sur ma religion!
(I am Muslim. Islam is perfect, not me. If I make a mistake, blame it on me, not my religion!)
Doakan sahabat-sahabat se-akidah kalian di bumi bersejarah ini dengan penuh kebaikan dan kekuatan.
Sekian,
Solehin Ismail,
Khamis 20/10/2020
Bandar Grenoble,
Pergunungan Alpes, France
ramadan 2017 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
Selamat datang ke Jelajah Inspirasi Usahawan Selangor yang dibawakan khas oleh Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor. Dalam episod ini Rhys berada di Daerah Petaling untuk berjumpa dengan usahawan ZERO to HERO dan berkongsi cerita perjalanan perniagaan mereka.
Abdel Cuci merupakan perkhidmatan servis cucian "Deep Cleaning" yang professional. Jom tonton Rhys berjumpa dengan pemilik Abdel Cuci, Encik Najmuddin berkongsi mengenai kisah perniagaan beliau. Beliau juga menunjukkan cara-cara pembersihan karpet yang betul. Ikuti perjalanan Rhys bertemu beliau dan usahawan lain di Daerah Petaling ini.
Jom tonton untuk melihat keunikan produk usahawan tempatan.Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
ramadan 2017 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
Rasa nak makan gulai tempoyak? Ikan Patin? Nak rentas negeri masih lagi PKP. Jom beli ikan patin di Laziz Patin dan cuba 4 resepi mudah ni!
Menu 1: Ikan Patin Goreng Berlado
Menu 2: Patin Gulai Tempoyak
Menu 3: Udang Masak Gulai Tempoyak
Menu 4: Pais Tempoyak Ikan Pari
Dapatkan produk Laziz Patin di:
Shopee: www.lazizpatin.com/shopee
Ejen Laziz: www.lazizpatin.com/ejen
Website: www.lazizpatin.com
#destinasitv #laziz #ikanpatin
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
ramadan 2017 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
Mee goreng mamu ini mempunyai keunikannya tersendiri berbanding mee goreng biasa. Bahan yang diletakkan ke dalam mee goreng tersebut menaikkan aroma dan selera sesiapa sahaja yang menikmatinya.
Penduduk Lembah Klang khusunya di Shah Alam yang rindukan mee goreng di Pulau Pinang boleh mendapatkannya di sini.
?Lokasi » Mee Mamu -Seksyen 2, Shah Alam (berhampiran medan selera)
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
ramadan 2017 在 Ramadan 2017: Fasting hours worldwide - EgyptToday 的推薦與評價
CAIRO – 18 May 2017: In less than two weeks, the Holy month of Ramadan will come to enlighten some Muslims' hearts. ... <看更多>
ramadan 2017 在 When is Ramadan 2017, What is Ramadan, Fasting ... 的推薦與評價
Aug 4, 2013 - Share this on WhatsAppRamadan 2017 When is Ramadan 2017: Starting on May 27, Saturday – Ending on June 25, Sunday I never realized how faith [ ... ... <看更多>
ramadan 2017 在 Ramadan 2017: Muslims marked the first day of Ramadan 的推薦與評價
Muslims around the world have marked their first day of Ramadan on Saturday. Around one-point-six billion Muslims across the world observe ... ... <看更多>