MARI MENGENAL TEPUNG
Apa itu Tepung ?
(1) JENIS :
▪️TEPUNG SERBAGUNA (All Purpose Flour) / PLAIN FLOUR(Tepung gandum biasa)
Tepung serba guna sesuai untuk sebarang jenis masakan dan lebih mudah didapati.
➰FUNGSI :
Tepung ini paling banyak di pasaran dan harganya lebih rendah seperti cap wau, cap kunci, cap sauh dan macam-macam lagi. Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut. Tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2 atau 3 kali jika ingin membuat kek atau pau.
Kegunaan : Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.
(2) JENIS :
▪️TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Di kenali sebagai tepung utk roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik) pada roti apabila di uli.
➰FUNGSI :
Tepung berprotein tinggi sangat sesuai untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut
(3) JENIS :
▪️TEPUNG PAU / TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah mempunyai warna lebih cerah dan putih.
➰FUNGSI :
Tepung ini lebih sesuai untuk membuat kuih pau dan seumpamanya apabila diadun bersama yis. Pau juga akan menjadi lembut dan halus.
(4) JENIS :
▪️TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bikarbonat). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.
➰FUNGSI :
Kandungan tepung telah di campur dengan serbuk penaik serta soda bikabonat jadi tidak perlu menambahkan lagi serbuk penaik.
Kegunaan : Produk-produk pastri dan kek
(5) JENIS :
▪️TEPUNG SUPERFINE / TEPUNG KEK
Superfine sama kategori dengan flourcake flour. Tekstur tepung ini halus, seperti self raising flour tapi TIADA bahan penaik di dalamnya seperti self raising flour. Tepung ni dikategori dalam tepung rendah protien.
➰FUNGSI :
Tepung ini lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti kek, kulit tart dan pai.
(6) JENIS :
▪️TEPUNG HONG KONG / WATERLILY FLOUR
Sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau juga. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap sama.
➰FUNGSI :
Tepung jenis ini lebih halus dan putih amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana menjadikan tekturnya lebih lembut.
Kegunaan : Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih
(7) JENIS :
▪️TEPUNG ROSE Tepung Red Rose (Cookies Flour)/ TEPUNG BISKUT
Tepung rose sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun kita tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dan lebih rangup dari biskut yang diperbuat daripada tepung gandum. Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies. Elok kalau dibuat Biskut Almond London.
➰FUNGSI :
Tepung red rose atau di kenali dengan tepung cookies. Kandungan tepungnya telah di campur dengan tepung jagung dan bahan perangup. Tepung jenis ini lebih halus dan ringan dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut. Tepung ini juga boleh di tambah dengan tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada resipi.
Kegunaan : Produk-produk pastri dan biskut
(8) JENIS :
▪️TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran tepung jenis ini mempunyai pelbagai jenis warna pembungkusnya.
➿Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).
➿Plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang lebih terang.
➿Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih.
➰FUNGSI :
Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding.
(9) JENIS :
▪️TEPUNG BERAS/ Rice flour
- Dikenali sebagai tepung beras.
➰FUNGSI :
Merupakan tepung yang diperbuat daripada beras yang dikisar halus. Biasanya digunakan untuk membuat apam, bihun & bancuhan pisang goreng.
(10) JENIS :
▪️TEPUNG PULUT / Glutinous rice flour
- Dikenali sebagai tepung pulut. Diperbuat daripada beras merah yang mengandungi kadar peratusan kanji yang tinggi dalamnya.
➰FUNGSI :
Biasanya digunakan untuk membuat kuih tradisional yang lain.
(11) JENIS :
▪️TEPUNG JAGUNG / Corn flour
- Dikenali sebagai tepung jagung. Kegunaannya sangat meluas dalam pembuatan kek, biskut, kuih-muih & masakan.
➰FUNGSI :
Fungsinya untuk memekatkan adunan seperti kuah. Dalam pembuatan biskut pula bertujuan untuk medapatkan tekstur yang ranggup & rapuh.
(12) JENIS :
▪️TEPUNG OPTIMA
Sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.
➰FUNGSI :
Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan kek span. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air dan mentega saja. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunan menjadi pekat dan likat. Kemudian sedia untuk dibakar.
(13) JENIS :
▪️TEPUNG KASTAD / Custard powder
Tepung ini akan berwarna kuning apabila dicampur air.
➰FUNGSI :
Banyak digunakan dalam pembuatan biskut dan kuih, bertujuan untuk mewangikan & mendapatkan warna asli kekuningan tanpa meletakkan pewarna.
Itu antara jenis-jenis tepung dan fungsinya yang kakmie cuba senaraikan. Sebenarnya banyak lagi tepung-tepung yang belum tersenarai di sini. Cuma penggunaan tepung tersebut agak terhad dan jarang-jarang digunakan.
Berdasarkan pencerahan ini, kakmie harap semoga kita semua akan lebih arif dan makin kenal tepung yang sesuai utk masakan kita. InsyaAllah..sama2 kita belajar dan share lah kepada sesiapa saja yang belum mengetahui✌🏻😁
Sumber : azlitamasammanis.com & maszie.blogspot
#mari_mengenal_tepung
#infotepung
#dapurkakmie
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過31萬的網紅飲食店独立学校 /こうせい校長,也在其Youtube影片中提到,I made this recipe in response to a viewer request for a soup that can be gulped down. I like spicy tastes, so the recipe is spicy, but you can adjus...
red rice kanji 在 飲食店独立学校 /こうせい校長 Youtube 的最佳貼文
I made this recipe in response to a viewer request for a soup that can be gulped down. I like spicy tastes, so the recipe is spicy, but you can adjust to your own taste
今回は視聴者さんからのリクエストでがぶ飲みできる汁物が見たいと言うことで作ってみました。僕は辛いの大好きなので辛めに作りましたが、お好みで調整してみて下さい
〜Chicken Meatballs〜
・Ground Chicken Meat 150 grams
・Leeks 20 grams
・Salt 1 grams
・White Pepper a pinch
・Potato Starch 5 grams
・Sake 5 ml
〜Ingredients〜
・Fresh Wood Ear fungus As needed
・Bok Choy As needed
・Malony Glass noodles As needed
〜Seasoning〜
・Water 1 liter
・Red Miso 30 grams
・White Miso 20 grams
・Doubanjiang 10 grams
・Chilli oil A small amount
・Chicken Soup Powder 15 grams
〜鶏団子〜
・鶏ひき肉 150g
・長ねぎ 20g
・塩 1g
・ホワイトペッパー 少々
・片栗粉 5g
・酒 5cc
〜具材〜
・生きくらげ 適量
・チンゲンサイ 適量
・マロニー 適量
〜味付け〜
・水 1リットル
・赤味噌 30g
・白味噌 20g
・豆板醤 10g
・ラー油 少々
・鶏がらスープの素 15 g
★Subscribe to the channel here
【チャンネル登録はこちら】
https://www.youtube.com/channel/UC_IE...
#Japanese #Meatballs #Chicken
Hello everyone. I'd like to introduce myself. My name is Kosei.
I was born on August 28th in 1985 and now I am thirty four years old.
I was born and brought up in the countryside of Nagasaki Prefecture.
I've started training for cooking since when I was 18 years old in Nagoya.
When I was 24 years old, I started my own business and now I run some restaurants in Tokyo.
I want to spread the attraction of Japanese culture in particular Japanese dishes through YouTube.
I just started learning English.
初めまして。僕の名前はこうせいと言います。1985年8月28日生まれの34歳です。日本の長崎と言う地域で生まれ育ち、18歳の時に名古屋で料理の修行を開始。24歳で独立して現在まで日本の東京で飲食店を経営しています。
YouTubeを通じて、和食を中心に色々な料理や日本の文化などを楽しみながら発信できればなと考えています。英語が全然わからないので勉強中です。
★KOUSEIのTwitter
https://twitter.com/KOUSEI26578627?la...