Ramai yang tidak tahu bahawa saya pernah memiliki sebuah restoran Cina Muslim yang menyajikan dimsum halal oleh in-House chef serta makana Cina di Dataran Glomac Kelana Jaya pada 2008. Saya baru sahaja 3 tahun memeluk Islam dan pada waktu itu sukar mencari makanan Cina Muslim yang halal dibandingkan dengan hari ini.
.
Alhamdulilah perniagaan tidak bertahan lama kerana jikalau tidak, barangkali saya tidak terlibat dalam profesion terbaik pada hari ini iaitu dakwah dan kebajikan. Semua itu adalah proses pembelajaran dan pematangan buat diri.
.
Saya masih memasang impian untuk membuka restoran Cina Muslim suatu hari nanti andai Allah mengizinkannya dan andai ianya baik untuk dunia dan akhirah saya serta tidak menjadikan saya lalai dari berdakwah.
.
Selebriti, ahli perniagaan, rombongan pelancong malahan menteri seperti Dato Seri Noh Kmar serta seisi keluarganya adalah antara pelanggan tetap kami. Ada sahabat yang pernah menjadi pelanggan di restoran saya dulu? Kalau saya buka restoran berapa ramai di kalangan sahabat akan datang eh? 😉
.
*Saya suka makan dan saya sangat cerewet bab makan mak saya tidak akan settle for anything less that very sedap. 😬.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #zhenghedimsum #cinamuslimfood #chinesemuslimfood #restorancinamuslimfirdauswong @ Multiracial Reverted Muslims - MRM
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...