Alhamdulillah semalam Habib Syech Assegaff sempat bertamu di rumah saya dan kami sempat merakamkan ucapan & doa Habib buat mereka yang terlibat dengan bencana banjir.
Khas untuk anda.
Malam ini #MalamCintaRasul2015 di Dataran Merdeka bermula 8 malam.
#AzizanOsman
rumah habib syech 在 Azizan Osman Facebook 的精選貼文
Semoga hari Isnin anda hari ini dirahmati Allah swt serta dipermudahkan segala urusan. Sollun A'lan Nabi.
Allahummassolli wa sallimwa baarik alaih wa ala alaih
Agenda Hari Ini:-
Insya Allah hari ini dan esok misi segera adalah mendapatkan barang & makanan untuk diisi ke dalam 2 buah lori 3 tan untuk dihantar terus kepada mereka yang terlibat dengan bencana banjir di kawasan luar di Kelantan. Anda boleh bantu sumbang dengan hubungi Richwell di 012-2696492.
Jangan sumbang tengok dan sumbang kutuk, itu sumbangan yang agak sumbang. Sumbangan berserta doa amatlah diperlukan sekarang oleh banyak mangsa. Kita ajak ini bukan pasal kita bagus tetapi mengajak kepada kebaikan memang tuntutan agama, baca dan faham maksud Surah Al-Asr.
Petang ini juga mesyuarat persediaan terakhir untuk sekretariat Malam Cinta Rasul 2015. Program yang bakal menjadi alternatif untuk anak-anak muda dan sekeluarga berkumpul bersama di Majlis Ilmu (Majlis Zikir) yang dikatakan taman taman syurga. Ia dibuat di Dataran Merdeka kerana di situ selama bertahun-tahun ini adalah tempat di mana acara konsert muzik berlangsung dan pihak DBKL selalu komplen tentang sarung kondom yang telah dipakai dibuang di banyak tempat di kawasan Dataran Merdeka selepas acara tahun baru. Inisiatif beberapa NGO ini selain daripada menganjurkan program yang mengajak orang mendekati Allah swt dan Rasul saw adalah ia menjadi satu ruang yang diisi dengan pengisisan yang baik yang bukan sahaja boleh di sertai secara live di Dataran Merdeka tetapi anda dapat tonton di TV Al-Hijrah sebagai program alternatif yang baik.
Fitnah iblis bila ada yang mengatakan program mengajak orang mendekati Allah swt dan Rasul saw adalah pembaziran. Tidak ada pembaziran di dalam usaha menyatukan ramai orang serta membawa orang mendekatkan diri kepada Tuhan dan Rasul saw. Ini yang patut dilakukan oleh mereka yang menjadi pemimpin tidak kisah dari parti mana atau jawatan mana. Atau yang pernah memegang mana-mana jawatan apatah lagi jika dalam bidang pendidikan.
Kejatuhan moral semakin dahsyat. Statistik yang pernah dibuat oleh para academician sendiri beberapa tahun lepas menunjukkan percentage anak muda yang solat adalah tidak sampai 30%. Kita tidak boleh tunggu mereka dapat hidayah untuk datang ke masjid tetapi kita perlu adakan pendekatan-pendekatan yang akan menarik mereka mendekati majlis ilmu dan mudah-mudahan bila mereka semakin suka dengan majlis ilmu di mana-mana pun then mereka akan mula mendekati masjid-masjid.
Program ini juga akan mengambil peluang dan ruang untuk mengadakan solat Isya' dan Solat Hajat bersama di lapangan terbuka memohon bantuan Allah swt, keampunanNya serta memohon kurniaNya agar Malaysia dielakkan dari segala jenis musibah dan bala. Setiap satu bencana yang datang dariNya selain dari berpunca dari kelemahan kita tetapi ia tetap dariNya, maka kepada Dialah kita memohon pertolongan.
Program ini nanti juga akan menjadi medan untuk kita membuka lebih banyak kesedaran betapa pentingnya kita menyumbang bersama untuk membantu meringankan bebanan mangsa bencana banjir di pelbagai negeri. Satu kutipan kilat akan dibuat pada malam tersebut dan ianya akan dipastikan sampai 100% kepada mangsa banjir samada dalam bentuk barangan, makanan ataupun bantuan wang.
Anda boleh pilih untuk solat bersendirian tetapi kan lebih baik solat berjemaah. Anda boleh pilih juga untuk berselawat bersendirian tetapi saya percaya bila kita berkumpul di satu majlis memuji Allah swt dan RasulNya, ia pasti di sertai dengan doa para malaikat di langit dan di bumi. Saya percaya perkara tersebut kerana saya pernah terbaca tentang kisah Rasulullah saw Israk Mikraj mengenai malaikat mencari-cari tempat orang berkumpul memuji Allah swt dan Rasul saw. Kita boleh adakan acara ini di satu masjid tetapi beritahu saya masjid mana yang boleh menampung kapasiti lebih 50,000 orang Insya Allah.
Saya juga ingin ingatkan tentang kos penganjuran program ini tidaklah seperti yang difitnahkan melibatkan berjuta ringgit. Kosnya adalah sangat minimal kepada AV system dan kos tersebut ditanggung oleh beberapa orang serta pihak NGO yang mencintai Rasulullah saw dan mencintai majlis yang menyatukan ummat. Jika buat program TV seperti Maharaja Lawak ada kos, buat program muzik muzik pun ada kos, buat program Jom Heboh pun ada kos, buat program ceramah politik pun ada kos, buat program yang baik pun ada kosnya.
Bencana bila datang pun lebih banyak kos.
Apakah kos yang anda sanggup bayar untuk menyatukan ummat?
Apakah kos yang anda sanggup bayar untuk menyelamatkan Iman anak-anak anda?
Apakah kos yang anda sanggup bayar untuk mendekatkan lebih ramai kepada Allah swt dan Rasul saw?
Semua orang ada keutamaan masing-masing dan bila ada orang lain perkara yang mendekatkan lebih ramai orang lain kepada kebaikan, jangan kita pula menjadi seperti iblis yang membisikan keraguan atau menghalang kebaikan.
Insya Allah guru yang diundang nanti adalah Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid yang akan berkongsi ilmu serta kehadiran Habib Syech Assegaff serta kumpulan qasidahnya yang langsung tidak pernah menuntut sebarang bayaran sebagaimana ramai ustaz yang mengajar di masjd atau ceramah agama, tidak ramai yang meletakkan bayaran, ada beberapa orang sahaja yang set bayarannya berapa.
Kita memang undang imam berdekatan untuk menjadi imam solat Isya' dan Solat Hajat, kita juga minta Imam bawakan selawat serta qasidah-qasidah dan nasyid nasyid mengenai kisah Rasul saw serta zikir-zikir memuji Allah swt tetapi tidak ada imam yang sanggup. Jika ada mana-mana Imam yang bagus yang bila dia berqasidah, orang ramai akan stay berqasidah bersama, tolonglah rekomen kepada kami.
By the way, saya ingin juga mengajak mana-mana kumpulan yang bakal berkumpul untuk demonstrasi di Dataran Merdeka yang saya percaya kebanyakkannya muslim untuk join Solat Isyak berjemaah serta solat hajat sama-sama untuk berdoa kepada Allah swt agar dengan kekuasaanNya, Dia turunkan lagi harga minyak dan gerakkan hati pihak yang berwajib untuk turunkan lagi harga minyak, jika itu hajatnya. Yang penting pakaian bersih untuk solat. Anda boleh ambil wudhu' dari rumah atau di Dataran nanti akan di adakan tempat wudhu' Insya Allah.
Sesiapa yang ada apa sahaja hajat, marilah turut serta kita doa solat hajat bersama, mudah-mudahan berkat saf-saf yang tersusun dan banyaknya yang berkumpul serta keikhlasan hati-hati di kalangan anda nanti, mudah-mudahan Allah swt terima doa kita semua.
Jom turun dan turut hadir Malam Cinta Rasul 2015 di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014 bermula pukul 8 malam - 12 malam Insya Allah. Jangan lupa bawa sejadah sendiri serta air minum, ia tidak diberikan kerana jimatkan kos.
Bencana demi bencana, musibah demi musibah Allah swt datangkan. Masa untuk kita bersatu, bersama dan bermunajat kepadaNya dengan berkat Rasulullah saw kekasihNya, mudah-mudahan doa kita semua diterima.
#AzizanOsman
#Richwell
Malam Cinta Rasul 2015
rumah habib syech 在 Azizan Osman Facebook 的最佳貼文
Terima kasih kepada TVAlhijrah kerana hadir membuat liputan majlis "I want to touch Anak Yatim" sempena 10 Muharram isnin lepas yang dianjurkan oleh pihak Pertubuhan Kebajikan Richwell di Rumah Pengasih Warga Prihatin. Terima kasih juga sekali lagi kepada Tuan Haji Saiful Nang serta seluruh warga rumah anak yatim ini. Terima kasih juga para Alumni & Adun Bangi, YB Ustaz Shafie Ngah yang kebetulan juga merupakan salah seorang graduan program saya kerana sudi meluangkan masa hadir serta anda yang mendoakan dari jauh. Malam ini jangan lupa tonton Tv9 untuk ulangtayang Program Raudhatul Mahabbah bersama Habib Syech di Kota Bharu. #AzizanOsman