Pagi semua Alhamdulilah dah settel kemas 1 rumah apa stg nk basuh kain plak lepas tu masak tghari apa stg ..selamat hari malaysia semua ..
Yg tgh baca ni ,semoga kita semua dimurahkan rezeki ,dipermudahkan urusan kita didunia n akhirat dan bahagia bersama tersyg Aminn
#rumahku #syurgaku #Alhamdulilah
同時也有13部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,Selamat Hari Jadi Iman, Autism Boy 7 tahun. Bermonolog sikit... Autisme.. kau datang tidak ku jemput. Masuk rumahku tanpa sedar hinggalah guru tad...
「rumahku」的推薦目錄:
- 關於rumahku 在 Make up by Bellaz Facebook 的精選貼文
- 關於rumahku 在 Make up by Bellaz Facebook 的精選貼文
- 關於rumahku 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於rumahku 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳解答
- 關於rumahku 在 Nikmatul Rosidah Youtube 的精選貼文
- 關於rumahku 在 Riha Jamil Youtube 的精選貼文
- 關於rumahku 在 Rumahku 志工團 - Facebook 的評價
- 關於rumahku 在 Raissa Anggiani (Rai) - Kau Rumahku - YouTube 的評價
- 關於rumahku 在 RUMAHKU - Real Estate Landing Page - Pinterest 的評價
rumahku 在 Make up by Bellaz Facebook 的精選貼文
Omaigoddddddd Diffuser OKAYA Malaysia ❤️❤️❤️ can’t wait smpai rumahhhh (rumahku syurgaku)
Lepas ni wangiii sedapplah letak dirumah ka bilik makeup
Therapy minda cek
Cer teka brapa kalau betoi bellaz bg 1set yg jual xboleh teka muahahhaha klue (paling terbaik n murah takat skrg ni )
rumahku 在 Facebook 的最佳貼文
Aku masih teringat, Siaran TV hari itu adalah sangat menakutkan, berita terkini memaparkan Malaysia telah di serang, kelihatan gambar mayat-mayat bergelimpangan di Kelantan dan Johor yang di papar di skrin TV, gambar jet penceroboh sedang berligar di ruang udara KL dan letupan demi letupan berlaku.., sebentar kemudian TV padam dan seluruh taman perumahan Black out.
Kemudian terdengan bunyi tembakan, ledakkan bom, juga laungan orang menjerit dan menangis di sana sini..
Dalam kegelapan black out, aku merangkak mencari anak dan isteri, setelah memastikan anak isteri selamat, aku merangkak pulak pergi mengunci pintu dan menutup semua tingkap, dalam kegelapan malam bersama kebingitan perperangan, Aku kukuh berpelukan bersama anak beranak di sudut bilik sepanjang malam..
Tiga hari kemudian, bekalan makanan di rumah Aku sudah habis, beras, tepung, biskut, Maggie, dan kacang semua sudah habis di makan, Aku yang tidak berani nak keluar rumah terpaksa juga keluar hari ini, sebab anak dah menangis tak nak makan biskut lagi, menangis nak makan nasi, menangis nak pergi main kat luar dan menangis nak makan aiskrim, lalu dengan terpaksa, Aku keluar juga dari rumah mencari makanan untuk anak dan isteri tercinta, walaupun bukan anakku, tapi anak saudara merangkap anak tiri kerana ayahnya yang merangkap kembarku telah meninggal dunia akibat kencing manis dua tahun lalu, tapi aku anggap macam anak sendiri, lagipun masih darah yang sama mengalir dalam tubuh si anak..
Dari luar rumah, Aku terlihat langit telah menjadi mendung kerana banyaknya asap di sana sini, dan kereta serta motorku nampaknya sudah hancur berkecai..
Dalam kesamaran pagi, yang dipenuhi kabus dan asap, namun aku masih tahu meniti jalan menuju kedai runcit berhampiran, tapi kedai sudah hancur dan di depan kedai di dapati jalan menjadi begitu tidak rata sekali, bila tersadung dan terjatuh barulah aku perasan jalan yang tidak rata itu adalah disebabkan mayat mayat yang bergelimpangan, dan aku yang sudah lama tidak menangis di atas sejadah hari ini telah bercucuran air mata dengan selebat lebatnya kerana hampir semua mayat itu Aku kenal siapa tuannya, cikgu sekolah, anak saudara, jiran sebelah, tauke kedai mamak, pelayan restoren, anak Pak haji, anak pak ngah, ajk surau, pemuda PAS, orang tabligh, JKK Umno, anti vaksin, ejen shopee, sipolan sipolan..
Oh, mereka semua sudah menjadi mayat..
Tiba tiba Aku terdengar bunyi tembakkan lagi, dan aku sempat lari bersembunyi di sebuah tapak pembinaan yang belum siap, di sana Aku bertemu dengan beberapa kawan yang turut bersembunyi di situ..
Dari tingkap bangunan persembunyian, Aku dapat melihat operasi pecah rumah dari tentera penceroboh telah berjalan, rumah di pecah masuk dan semua penghuni rumah di paksa keluar dan berkumpul di padang taman permainan yang biasa budak budak main bola, dan aku sangat panic tapi tak boleh buat apa-apa bila melihat pintu rumahku di tendang tentera pengceroboh, beberapa askar penceroboh terus masuk dan sebentar kemudian, terlihat isteri aku di seret keluar dengan di cekak rambut, isteri aku mengelumpur meronta tapi di sepak dan di terajang membuatkan isteri Aku terus pengsan, air mata aku terus tumpah apabila melihat anakku juga di layan dengan cara yang sama kejam..
Mereke di seret ke tengah padang, sedang darah mengalir dari kepala mereka.
Tiba tiba berlaku perkara yang lebih dahsyat, semua orang lelaki yang berkumpul di padang telah di tembak sorang demi sorang, anak anak juga di tembak dan di pijak pijak, wanita pula di rogol sebelum ditembak.., isteri aku juga di rogol dan di tembak di kepla, anak aku juga mati di pijak..
Beberapa orang kampong yang bersembunyi mula menjadi hysteria, menjadi gila dan mula mencapai kayu, atau parang lalu keluar dari tempat persembunyian, terus tentera penceroboh tahu bahawa masih ada yang hidup, maka peluru di lepaskan, bunyi bom, letupan di sana sini.., darah bergemercikkan, dan tapak pembianaan yang belum siap itu terus menjadi hancur berkecai bak padang terkukur.., aku sudah tidak sedarkan diri.
Tak lama kemudian, aku terjaga dari pengsan, Aku dapati diriku bersama beberapa rakan yang masih selamat, rupa-rupanya mereka semua selamat melarikan diri buat sementara waktu dan bersembunyi dalam hutan berdekatan, baru aku perasan, kakiku yang sangat sakit, bila dilihat rupanya sebelah kakiku telah tiada, dan rupanya aku pengsan akibat pendarahan teruk terputus kaki akibat serangan pagi tadi, tapi masih ada kawan kawan yang sempat membantu memapah Aku lari ke hutan, kemudian mereka membalut lukaku.
Aku menangis lagi, lalu seorang rakan menghulur ubi mentah, Aku makan dengan rakus dan terus teringat anak anak yang lapar pagi tadi, dan air mata terus tumpah mengenangkan anak dan isteri telah mati di bunuh tentera penceroboh, air mata menamkah masin pada ubi mentah yang sungguh menyelarakan aku yang lapar ini..
Belum sempat aku habiskan makanan, terdengar lagi bunyi tembakan, darah melimpah membasahi ubi mentah, beberapa rakan terus mati serta merta akibat kepala berkecai di tembak tentera penceroboh, Aku campak ubi dan mula merangkak lari tak tahu ke mana, dengan kaki yang masih berlumuran darah, Aku mengesot sedang telinga bingit terdengar bunyi letupan dan tembakan..., tiba tiba aku menggulusur jatuh ke sebuah sungai berdekatan, dalam keadaan kelam kabut aku yang tenggelam timbul cuba menggapai sebab tak mampu berenang dengan satu kaki...
Akhirnya Aku dapat berpaut pada sebatang kayu yang hanyut.., oh, rupa rupanya bukan kayu hanyut, tapi beratus ratus mayat yang sedang hanyut ke muara, dan aku bertambah sedih kerana hampir semua mayat itu aku kenal, dan aku menjerit jerit memanggil nama Allah, apabila ternampak mayat isteri dan anakku juga sedang hanyut menuju muara..., sungai telah lama menjadi merah..
Apabila sungai mulai cetek, dengan susah payah aku tarik mayat isteri dan anakku ke tebing sungai, lalu aku baringkan mayat isteri di sebelah kanan, dan mayat anak di sebelah kiri sedang aku berbaring di tengah antara mereka..
Aku berbaring menunggu maut, kematianku sangat sedih, di saat begini aku teringat dengan kembarku yang pernah terlantar di hospital atas sebab penyakit yang tidak boleh di selamatkan lagi. Kencing manis tahap kritikal. Kakinya di potong, tapi tak sesedih aku, sakitnya di ziarahi kawan kawan, majikan serta saudara mara yang datang mengucapkan salam terakhir, siap makan anggur dan layan Facebook, malahan, segala permintaan arwah yang logik-logik telah dipenuhi oleh isteri dan keluarga, namun arwah masih rasa terkilan dihati sebab rumah yang baru habis ‘installment’ dan baru lepas ‘renovation’ 2 bulan lepas, masih belum puas di diami lagi, tambahan pulak, kereta MPV yang baru di beli, belum puas meronda lagi, kasihan sungguh!
Tapi aku hari ini, berbaring di tepi sungai bersama mayat isteri dan anak yang semakin berulat, tiada teman datang ziarah, tiada buah anggur,..oh, kejap lagi aku akan mati, kembarku waktu mati, mayatnya di mandikan, dikapan, di solat dan di arak kekubur naik keretamayat, lepas tu ada tahlil 3 hari, tapi aku mati hari ini, bersama mayat isteri dan anak yang berulat, dan mayatku juga akan berulat, dan mungkin akan datang anjing meratah mayatku, oh.., mengertilah aku kini erti merdeka..
Erti Merdeka:
"Merdeka adalah bila kita mati, mayat kita dimandikan, dikapankan, disolat, dan ditanam dengan bermaruah, dan jiran datang tahlil rumah kita, tak merdeka, bila kita mati, mayat kita dibiarkan berulat di tepi jalan kerana jiran sibuk berperang, selamat menjadi mayat yang merdeka.”
Selamat Merdeka, selamat hari Malaysia.
(Kisah ini dipetik dari Buku Hamka Keretamayat)
Ps: Merdeka yang sebenar adalah apabila kematian kita dicemburi oleh orang yang beriman. Sebagaimana kisah Sahabat yang syahid, Nabi uruskan mayat mereka hingga Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar merasa cemburu kepada mayat yang merdeka! sejauh mana kematian kita dicemburui orang beriman? atau kematian kita tidak dipeduli langsung kerana kita gagal menjadi muslim yang bermanfaat-renung renungkan, semoga Woha sampai syurga.
rumahku 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳解答
Selamat Hari Jadi Iman, Autism Boy 7 tahun.
Bermonolog sikit...
Autisme.. kau datang tidak ku jemput.
Masuk rumahku tanpa sedar hinggalah guru tadika perasan kehadiranmu.
Dan doktor sahkan kau ada dirumahku.
Mula mula aku terkejut, apatah lagi bila baca banyak kisah buruk tentangmu.
Tapi aku sangka baik, engkau makhluk Tuhan yang diciptakan, dan dalam ciptaan Tuhan pasti akan ada hikmah.
Lalu akupun membuka hatiku padamu, aku pelajari sifatmu, aku fahami tindakkan mu, dan aku menerimamu sepenuhnya.
Rupanya bukan semua cerita buruk tentangmu, banyak kisah positif yang aku baru tahu tentangmu.
Apa apapun, Kini engkau telah menjadi sebahagian dari hidupku.
Darimu aku kenal parent lain yang sangat baik membantuku walau tidak pernah bersua muka.
Darimu aku kenal dunia baru. Darimu aku belajar Bahasa Tuhan.
Terima kasih autisme kerana sudi berkenalan denganku melalui anakku dan menjadikannya anak syurga.
Dan kepada anak syurgaku, bawalah ayah terbang bersamamu di syurga.
Woha!
Hamka Keretamayat
Link video Autisme Boy Play Feezing Time
https://youtu.be/QdJDq5Ajeu4
rumahku 在 Nikmatul Rosidah Youtube 的精選貼文
rumahku 在 Riha Jamil Youtube 的精選貼文
maka pada hari Rabu yang bersejarah ini telah saya tempuhi hujan yang lebat lalu ke cawangan mcd yang terdekat (45 minit dari rumahku, maaf luar bandar ???) lalu saya ke drive thru dan berkata pada akak staff "akak mcd 3x pedas satu set" kemudian saya menempuh hujan kembali dan pulang ke rumahku untuk makan. sekarang saya bertarung pula dengan sakit perut dan cirit,, harapnya semua usaha ini berbaloi dan bukan satu tindakan yang sia-sia (seperti majoriti tindakan saya dalam hidopku ini) ???
rumahku 在 Raissa Anggiani (Rai) - Kau Rumahku - YouTube 的推薦與評價
Raissa Anggiani (Rai) - Kau Rumahkuhttps://youtu.be/PgF_LYwJsFQSONGCOMPOSER : Raissa Anggiani @raissanggianiMUSIC PRODUCER : Risky Ares ... ... <看更多>
rumahku 在 RUMAHKU - Real Estate Landing Page - Pinterest 的推薦與評價
Feb 8, 2021 - RUMAHKU - Real Estate Landing Page designed by Nazmi Javier. Connect with them on Dribbble; the global community for designers and creative ... ... <看更多>
rumahku 在 Rumahku 志工團 - Facebook 的推薦與評價
Rumahku 志工團。 1815 個讚· 19 人正在談論這個。大家好!我們是Rumahku!我們的訴求是「提升醫療場域對外籍看護的友善度」,實踐行動包含:在台灣醫院內設立穆斯林 ... ... <看更多>